ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, August 15, 2009

H1N1: MURKA ALLAH PADA UMAT MELAYU DAN MASA UNTUK HIJRAH

Persoalan mengenai H1N1 masih banyak belum terjawab. Apa yang pasti tidak mungkin ia boleh disembunyikan buat selamanya. Namun, tujuan kerajaan murni, untuk mengelakkan rasa panik, dan khabar angin yang tidak bertanggungjawab yang boleh membawa huru hara. Saya percaya kerajaan sedang bekerja keras untuk menangani wabak ini.

Dalam pada itu, kedengaran suara yang menyesatkan, yang menyatakan vaksin terbaik untuk mengelak dari wabak ini adalah dengan memakan daging babi. Kononnya virus ini sudah menjangkiti dan membunuh beratus ribu babi pada tahun 2006 dan kini darah babi sudah mempunyai antibodi menentang virus tersebut. Khabar angin ini disokong dengan jumlah kematian Melayu yang tidak makan babi mendahului peratusan korban H1N1 dan harga daging babi dipasaran pula melambung disebabkan permintaan yang meningkat.

Tidak kurang pula dengan pelbagai nasihat tidak professional, lambakan ubat vaksin palsu, risalah doa palsu dan bermacam-macam lagi yang digunakan untuk mengaut keuntungan atas kerisauan masyarakat.

Dalam Al-Quran, Allah dengan jelas berfirman di akhir zaman akan muncul banyak wabak yang tiada ubat. Lupakan dunia luar, bercakap mengenai Melayu, H1N1 merupakan kemurkaan Allah pada umat Melayu. Umat Melayu ditunjangi oleh Agama Islam dan bumi Malaysia disokong oleh amalan ibadah dan kemasyhuran Islam sebagai agama rasmi. Tidak kira apa sahaja hujah orang politik, yang pasti, Malaysia dibawah pemerintahan 50 tahun BN aman dan damai. Semua penganut agama bebas mengamalkan upacara agama masing-masing tanpa khuatir keselamatan mereka di ancam. Walaupun UMNO difitnah menolak Islam,, tetapi tiada seorang pun daripada kita tidak dapat melaksanakan Rukun Islam dengan bebas tanpa dipaksa. Malah, ramainya umat yang masih sujud di bumi ini, maka Allah haramkan bumi Malaysia dari sebarang bencana alam dan wabak yang meragut nyawa.

Namun, kini segalanya sudah berubah. Allah murka dengan perpecahan umat Islam berbangsa Melayu. Seolah-olah taksub dengan kelulusan Arab, orang Melayu diresapi ramuan perpecahan dan persengketaan beribu tahun kaum Arab berugama Islam. Di Tanah Anbiya itu, puak Syiah dan Sunnah masih lagi terus berpecah dan berbunuhan sesama Islam hanya untuk menegakkan saya benar dan dia salah. Malang buat kaum Melayu, itulah satu-satunya nilai yang dipelajari oleh pemimpin Islam kelulusan Arab. Bagai tidak takut dengan azab Allah, ramai orang Islam berani menjual agama untuk nikmat dunia yang sedikit, tidak berani mempertahankan Islam apabila Islam dihina, hilang adab dan sopan, dan yang paling menyedihkan hilangnya NILAI dalam jiwa Melayu.

Tiada lagi layanan khas dari Allah untuk kita. Siapa yang salah? Kita semua yang salah!! Dari rakyat biasa hinggalah kepemimpin dan Iman-Imam, kita semua tidak akan dilepaskan dari tanggungjawab kita atas kesalahan ini. Kita mengagungkan hiburan ditatkala Tilawah Al-Quran berlangsung, kita memuja artis dan menangis apabila anak-anak kita kalah dalam pertandingan berlakon, kita mengagungkan artis apabila mereka mati tetapi kita biarkan golongan agama mati kesejukan, kita bertepuk tangan apabila anak-anak kita berpeluk dengan wanita yang lebih tua dari mereka apabila kalah dalam pertandingan menyanyi, kita makan makanan yang dimasak oleh bukan Islam walaupun premis tersebut mendapat pengesahan sijil halal, kita sibuk membawa anak-anak kita ke Megamall tapi tidak ke masjid, kita kosongkan surau dan masjid dan biarkan golongan pencen memeritkan tekak yang kering, kita halalkan sumbang mahram, kita benarkan maksiat berleluasa, kita makan hasil riba, kita nikmati hasil bunga, kita biarkan arak bermaharajalela di kedai serbaneka yang bisa diakses dengan mudah oleh anak-anak kita, kita biarkan arak dijual dan diminum secara terbuka di KLCC dan Café-café, kita biar anak kita berpelesaran di Internet Café, di kedai mamak, di jalanan merempit, ronda-ronda sepanjang malam, kita hias malam dengan maksiat, kita sulam hari kita dengan kesibukan dunia, kita tidak menoleh lagi kemasjid kecuali pada hari Jumaat, dan hari ini, H1N1 Allah turunkan untuk bangsa Melayu hadapi.

Marilah kita berhijrah. Insaflah yang Maha Kuasa masih menyayangi kita dan hanya menghantar amaran kecil yang pertama. Jika kita masih alpa, wabak yang lebih besar bakal melanda sehingga turunnya Nabi Isa, Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, dan Imam Mahdi. H1N1 membawa kesan yang amat parah dan menjadikan Melayu Islam sebagai sasaran utama. H1N1 bisa merebak dengan mudah melalui pernafasan dan sentuhan. Dari Megamall yang sibuk dan tercemar, marilah kita bawa anak kita penuhi masjid. Dari bersentuhan dan berpelesaran malam hari, kita bawa anak-anak kita sembahyang malam, mengaji, dan isi sepertiga dari malam dengan ibadah, dari beriadah di tempat terbuka atau awam, kita beriadah bersama keluarga di rumah dan isi dengan zikir-zikir, dari sibuk dengan hiburan, dari mengangkat dan memuja artis, kita minta pada ustaz-ustaz, guru-guru, ulama-ulama berdoa pada Allah dan kita minta dan kita sertai program ibadah setiap malam hari di bulan Ramadhan dan kita teruskan kebulan-bulan seterusnya sehingga wabak H1N1 ini berakhir. Kita kembali kepadaNYA dan kita minta pada Allah dan tunjukkan semula yang kita, umat Melayu, tidak akan sesekali berpaling dari Allah dan Rasulnya dari apapun termasuklah nikmat dunia yang sedikit.

Kita minta pada pemimpin politik beragama Islam dari UMNO, PAS, dan PKR hentikan sengketa, hentikan cerca, mengejii, menghina sesama saudara, maafkan sesama saudara, jalinkan perpaduan, bersatu dan tegakkan Islam apabila ia ditindas dan dihina. Kita lupakan sementara semua ideologi dunia ini dan kita berdiri sebagai satu iaitu Islam yang bertuhankan Allah Yang Esa, dan Berasulkan Muhammad SAW. Marilah kita semua berhijrah dan semoga Allah masih kasihan pada kita dan tunjukkan kepadaNYA yang kita ikhlas untuk berhijrah. Kita boleh sesungguhnya kita umat Nabi YANG MULIA.

Friday, August 14, 2009

RAYU Dr Ridhuan Tee Terus Berjuang Kerana Allah & Kebenaran Pasti Menang

Saya amat tertarik dengan kenyataan berani Dr Ridhuan Tee Abdullah bertajuk Nasib Melayu di bumi Melayu yang mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Malah ada blog orang politik yang mencarut, mengeji Dr Ridhuan Tee, mencerca ibu bapa beliau, mengecam anak-anak beliau , dan menghina agama beliau iaitu Islam.Sudah pasti, hati beliau hancur dan luluh, dan anak serta keluarga beliau pasti akan berhadapan dengan tekanan.

Ini semua berpunca dari fakta(fakta adalah hakikat yang benar dan tidak boleh dicabar) yang beliau utarakan mengenai nasib orang Islam. Dalam artikel itu, beliau jelas, mengecam pemimpin Islam dan bukan Islam dari DAP, PKR, MCA, MIC dan PAS yang tidak memperjuangkan nasib orang Islam apabila ditimpa musibah. Cerita amat berlainan, jika nasib yang sama menimpa kaum mereka masing-masing, walhasil, mereka mengaku memperjuangkan semua kaum dan melalui Malaysiakini akhbar online, mereka menuduh Umno dan akhbar Utusan sebagai rasis.

Jelas, Dr Ridhuan Tee adalah pendakwah bebas yang tidak pernah mengatakan pendirian politik beliau, malah mungkin beliau juga mengundi pembangkang pada PRU lepas, namun, beliau dikecam oleh pemimpin pembangkang kerana cuba memperjuangkan Islam agama yang beliau anuti kini dan semata-mata dilihat bertentangan dengan agenda pembangkang. Nasib yang sama turut menimpa Tan Sri Harusani Zakaria dan Dr Asri.

Ketahuilah, Dr Ridhuan Tee adalah ulama tulen dan jauh lebih baik dari ulama politik sanjungan PAS seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Dato' Dr. Haron bin Din, Dato' Dr Hasan Ali, Dato' Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Ustaz Hj Nasharuddin Mat Isa, Datuk Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak, dan semua ulama, serta ustaz dalam PAS. Mereka ini semua dibayar gaji oleh rakyat untuk memperjuangkan Islam. Mereka diundi oleh rakyat kerana mereka berjanji untuk memperjuangkan Islam. Janji pada orang Melayu yang mereka akan menubuhkan kerajaan Islam. Mereka mengajak rakyat terutama orang Melayu membenci saudara Islam yang lain kerana menjadi penghalang kepada Negara Islam, penghalang kepada hukum hudud yang mereka kononnya perjuangkan. Mereka menanam kebencian dalam jiwa anak kecil pada UMNO dan Tun Dr Mahathir kerana kata mereka, UMNO bertanggunjawab membiarkan kilang arak beroperasi, arak dijual secara terbuka, disko bertaburan di ibu kota Negara Islam Malaysia, kedai judi diberi lesen, UMNO membenarkan sambutan Tahun Baru, sambutan Merdeka, sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Valentine, meletak bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan, membina patung penyu di Rantau Abang, dan macam-macam lagi. Mereka terus menerus menipu rakyat dan untuk membuktikan mereka utusan Allah yang suci mereka akan tuduh segala bencana seperti Virus JE, Tsunami, banjir, tanah runtuh, taufan Greg-Sabah, dan lain-lain sebagai balasan Allah kepada UMNO kerana membiarkan maksiat. Itulah PAS yang saya kenal sejak pandai membaca 20 tahun dulu.

Sesungguhnya Dr. Ridhuan Tee tidak menerima gaji dari rakyat. Beliau adalah pendakwah bebas yang berjuang menegakkan Islam agama Allah, iaitu agama yang bukan beliau anuti sejak lahir seperti kita orang Melayu. Allah Maha Besar dan berjanji bersama kebenaran, kini, satu persatu mainan keji iblis syaitan diperlihatkan kepada kita semua. Namun, petunjuk dan hidayah Allah adalah untuk mereka yang mahukannya. Dalam kepalsuan PAS perjuangkan Islam dalam Pakatan Rakyat, PAS menuduh UMNO kafir malah PAS enggan berkerjasama dengan Parti Islam terbesar di Malaysia iaitu UMNO.

Kini, Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP dari Jelutung menuduh Ahli Majlis PKR sebagai pengganas Islam kerana Jeff Ooi berpendapat sesiapa sahaja yang berniat untuk menegakkan hukum Syariah adalah Pengganas Agama, Karpal Singh menyanggah keras Negara Islam dan hudud dengan mencabar orang Islam langkah mayat beliau dahulu kalau mahu tubuhkan Negara Islam, Lim Guan Eng menuduh Peguam Kg Buah Pala yang beragama Islam mempunyai agenda lain, dan terkini Ronnie Liu memperjuangkan penjualan arak secara terbuka dan bebas malah dengan angkuh beliau mengatakan beer bukan dalam kategori arak mengikut hukum Islam.

Dalam kekalutan yang terjadi kerana kenaifan dan penipuan kita menjual Islam untuk kepentingan diri dan kuasa, semua umat Islam mengharapkan mereka yang bersih dan bebas dari mana-mana pengaruh politik seperti Dr Ridhuan Tee, Dr Asri dan ulama lain yang tidak terikat menerima punca pencarian dari UMNO, PAS, PKR dan DAP untuk memperjuangkan Islam.

Oleh demikian saya merayu kepada Dr Ridhuan Tee untuk terus berjuang untuk Islam tanpa ada gelaran Menteri atau Ketua untuk mana-mana Parti Politik. Saya berharap agar beliau cekal dan yakin Allah SWT bersama orang yang benar. Percayalah, saya cukup merasakan kesakitan yang ditanggung oleh Dr Ridhuan Tee yang datang dari bangsa Cina yang maju, yang kaya, yang dihormati, yang mendapat layanan khas di banyak syarikat besar kerana kerajinan mereka. Dr Ridhuan Tee melepaskan itu semua demi Allah, demi akhirat dan “ cuba ” untuk berasimilasi dengan orang Islam kaum Melayu. Ternyata ia amat sukar, kerana orang Melayu itu mudah dikudakan malah mudah percaya dan taksub. Namun, bersabarlah Dr Ridhuan Tee, perjuangan anda pasti Allah balas dengan Syurga yang Indah. Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang sabar, jangan seperti Ulama Tersohor Kelantan yang dipetik berkata kalau kita diam, kita tidak balas kejahatan orang pada kita maka kita bukan merendah diri tapi menghina diri sendiri. Yakinlah pada Allah Dr Ridhuan Tee, yang mana cacian dan makian adalah makanan utama Rasulullah SAW dan pewaris Baginda iaitu Ulama. Yang pasti perjuangan palsu yang menggunakan Islam pasti Allah balas jua.

Saturday, August 1, 2009

Kantin, Syarikat dan DEMO DEMO DEMO!!!!

Dalam banyak-banyak jenis perniagaan dan pekerjaan, kantin memerlukan kemahiran dan kecepatan berfikir serta bertindak bagi menginovasikan@merancakkan perkhidmatan. Selain itu, berniaga atau bekerja kantin juga memerlukan stamina otak serta komitmen yang tinggi terutama kantin kilang. Dalam industri pemakanan yang dikatakan banyak untung, kerja yang sama diulang setiap hari sehingga menimbulkan rasa bosan. Oleh itu, jika diperhatikan kita akan perasan fenomena pekerja kantin yang hanya bertahan 2 tahun dan perkhidmatan kantin yang semakin menurun setiap hari.

Itu kantin, semua pekerjaan lain juga mempunyai pelbagai sifat dan halangan yang berbeda. Dalam semua ini, pemimpin syarikat yang baik tidak memadai hanya mempunyai segulung ijazah, pengetahuan, kepimpinan, perancangan, dan komitmen bagi memacu Syarikat.

Itu Syarikat, apa pula yang diperlukan bagi melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri? Pada saya, amatlah sukar untuk menjadi Perdana Menteri dan amat mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, Perdana Menteri terpaksa jua melakukan satu-satu keputusan sungguhpun tidak popular dan teramat mustahil untuk mendapat sokongan semua pihak. Asalkan ia membawa kebaikan, manfaat terhadap golongan terbabit dan rakyat majoriti, ia merupakan kepuasan maksima seorang pemimpin. Menjadi norma manusia, lazim jika seorang manusia tidak puas hati dengan kerja manusia lain. Sedangkan manusia sendiri gagal untuk puas hati dengan “kerja” Allah SWT, dan KeRasulan Nabi Muhammad SAW inikan pula dengan kerja manusia!!

Malaysia kini kita sering dihidangkan dengan pelbagai demonstrasi jalanan. Malah, demonstrasi jalanan difatwakan hukum harus oleh PAS yang mahu dikenali sebagai parti yang memperjuangkan Negara Islam ala Langkah Mayat Saya Dulu. Malah dosa besar pada saya yang amat kecil ini untuk bermusyakarah dengan PAS jika mahu mempersoalkan fatwa-fatwa mereka, kerana PAS dianggotai oleh mereka yang maksum dan tinggi agama. Ini bukan tuduhan kerana terbukti pada apa yang menimpa Mufti Tan Harusani Zakaria dan Dato Asri. Dalam banyak-banyak demonstrasi besar ialah demonstrasi memperjuangkan keadilan bagi Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim pada September 1998, Bersih 2007, PPSMI 2009 dan terkini GMI 2009.

Umum mengetahui, semua demonstrasi hanya berjaya menarik penglibatan kaum MELAYU (baca bodoh) sehingga 99.99%. Jika ada India dan Cina pun hanya tidak lebih 50 orang. Umum juga dapat melihat tidak ada satupun demonstrasi yang berjaya kerana mana-mana Kerajaan dalam dunia sedar jika tuntutan demonstrasi dipenuhi maka akan banyak lagi demonstrasi yang akan diadakan.(China tidak memenuhi tuntutan demonstrasi suku Urumqi, Myanmar tidak penuhi tuntutan demonstrasi walaupun disertai Sami, Thailand tidak penuhi tuntutan demonstrasi untuk mengampunkan Thaksin, Iran tidak penuhi demonstrasi bantahan kemenangan Presiden Iran, dll).

Malangnya, demonstrasi memansuhkan PPSMI dilihat berjaya kerana akhirnya kerajaan “tunduk” dan memansuhkan PPSMI. Ini jelas adalah kesilapan yang amat besar oleh kerajaan dari segi prinsip kerana ia membawa angin kekuatan kepada pencinta demonstrasi jalanan yang Kerajaan takut dan akan tunduk pada mereka. Samada PPSMI itu baik atau tidak, tidak perlulah diperdebatkan lagi kerana ia keputusan muktamad, namun, ia seolah-olah menunjukkan kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi jalanan kerana keputusan memansuhkan PPSMI hanya dibuat selepas demonstrasi mansuhkan PPSMI berlaku dan bukan sebelum itu sejak mula dipersoalkan selepas Tun Dr Mahathir bersara pada tahun 2003. Dari segi prinsip, kerajaan perlu menghukum semua peserta perhimpunan haram memansuhkan PPSMI dan mengajak golongan itu terutama PAS, DAP dan PKR untuk berunding baik dan buruk PPSMI sebelum membuat keputusan. Ini perlu bagi menidakkan tanggapan masyarakat kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi jalanan dan menunjukkan kerajaan sedia berunding tanpa perlu mengheret anak kecil, ibu mengandung, orang tua, dan golongan peniaga ke kancah demonstrasi.

Kini, oleh kerana saya yang naïf ini sendiri berpendapat kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi memansuhkan PPSMI, 0.0037% atau 100000 dari 27 juta rakyat Malaysia turun ke jalan sekali lagi untuk menyertai demonstrasi memansuhkan ISA. Menyedari hakikat dan khuatir kerajaan takut dan akan tunduk pada 0.0037% rakyat Malaysia ini, berdondong-dondonglah NGO-NGO Melayu untuk turun menyokong ISA. Tujuan mereka supaya kerajaan jangan takut dengan demonstrasi jalanan dan Perdana Menteri harus memikirkan kepentingan rakyat majority dan bukan 0.0037% rakyat Malaysia bagi menjamin kesejahteraan rakyat amnya. Persoalan samada benar kerajaan takut atau tidak saya tidak tahu, tetapi kini kerajaan dilihat sebagai takut dan pembangkang bijak menangguk dan menjadi pembela rakyat dikala kerajaan sudah berjanji untuk mengkaji ISA. Dan, dengan izin Allah, jika ISA benar-benar dimansuhkan atau dipinda maka rakyat sekali lagi akan merasakan kerajaan takut dan pasti tunduk pada tuntutan demonstrasi jalanan dan pembangkan pula akan diangkat sebagai hero dan PAS akan mendakwa fatwa mereka adalah sahih dan pemimpin suci mereka mulia disisi Allah.
Maka, demonstrasi di Malaysia yang dianggotai oleh 99.99% Melayu(baca bodoh) akan mengadakan lebih banyak demonstrasi termasuk membuat tuntutan beli susu anak.

Harapan saya pada Perdana Menteri dan para pembesar kerajaan supaya jangan tunduk pada tuntutan demonstrasi jalanan yang tidak sampai 1% rakyat Malaysia pun. Dan jika memang keputusan kelak menyebelahi mereka, bijaklah mengendalikannya supaya rakyat tidak berfikiran yang kerajaan takut dan tunduk pada demonstrasi jalanan.

Pada para penunjuk perasaan, saya tahu anda akan mengucapkan tahniah pada diri anda dan rakan demonstrasi anda, tetapi cubalah ucapkan tahniah kepada peniaga-peniaga yang terpaksa menutup kedai hari ini, dan saudara serta rakan anda yang terlibat dalam kesesakan dan kemalangan jalanraya dan lihat reaksi mereka. Dan, fikirkanlah jika demonstratsi meresapi sehingga menjadi budaya Melayu(baca bodoh), apalah keuntungan bagi kita bangsa Melayu yang sememangnya mundur(baca diberi bantuan tapi malas dan suka buang masa) ini.

Friday, July 3, 2009

Malaysia Majmuk & Demokrasi Membodohkan Rakyat

Ramai yang kata kita satu bangsa. Ramai yang kata tidak bererti semua orang kata. Namun dalam sistem demokrasi yang banyak cacat celanya, ramai bermaksud semua. Sebagai contoh seramai 9999 undi Parti A dan seramai 9998 undi Parti B, dalam demokrasi kesemua 19997 mengundi Parti A.

Saya bangga menjadi orang Melayu, Alhamdullilah syukur beragama Islam dan berbangsa Malaysia. Namun, bukan semua orang bersifat terbuka dan sedia mendengar jika saya seorang Melayu mengatakan India bodoh dan kaki mabuk, Cina “opportunist” dan menipu dalam perniagaan, malahan Melayu sendiri tidak boleh terima jika saya mengatakan Melayu malas dan lemah mental dan semangat. Pokoknya, jika saya seorang Melayu mengatakan sebegitu pada kaum bukan Melayu, saya pasti kita rakyat Malaysia tidak dapat menerima dengan baik. Adakah ini yang dimaksudkan Malaysian Malaysia atau 1Malaysia? Adakah Tanah Air ini bumi merdeka yang mana saya bebas untuk berkata demi kebaikan rakan saya tanpa mengira latar belakang mereka?

Kaum India sebenarnya tidak boleh menyalahkan orang lain dalam kemelut yang menimpa mereka. Kerana selepas 3 Pemimpin Melayu bertukar, 4 Pemimpin Cina bertukar, India masih mahu memilih untuk mengekalkan pemimpin yang sama iaitu Datuk Seri Samy Vellu. Datuk Seri Samy Vellu adalah pemimpin yang hebat tetapi beliau gagal memartabatkan kaum India malah banyak skandal menunjukkan arah yang tidak pasti bahawa beliau menipu dan menindas kaum India. Sebagai rakyat marhein, kita mudah tertipu dengan dakyah serta janji kosong pembangkang apatah lagi kehidupan makin menghimpit. Dengan pertimbangan yang dikuasai emosi kita mengatakan protes kita dengan mengundi Pembangkang. Nasib kita rakyat marhein terutama minority kaum India makin terhimpit. MIC yang sepatutnya berjuang untuk membela kaum India pula memilih untuk terus mengekalkan Pemimpin yang sama. Seperti yang saya katakan pada awal artikel ini, inilah demokrasi yang naïf, waima 1,000,000 orang menolak Datuk Seri Samy Vellu tetapi 1,000,001 orang memilih Datuk Seri Samy Vellu, demokrasi akan mengatakan 2,000,001 memilih beliau. Asasnya, kaum India perlu menyalahkan diri sendiri atas musibah dan kesempitan hidup saudara sebangsa mereka.

Sesungguhnya perjuangan Hindraf tidak wajar disokong oleh kaum India kerana ia mempunyai perkataan “Hindu”, sepertimana kaum Melayu tidak wajar menyokong PAS kerana mempunyai perkataan “Islam”. Kita rakyat Malaysia mahukan satu Parti yang memperjuangkan semua rakyat tanpa mengira jantina, kaum mahupun agama. Itupun jika kita masih mahu melihat kita sebagai bangsa Malaysia. Setidak-tidaknya, ia satu impian beribu batu yang dimulakan dengan langkah pertama untuk melihat anak-anak kita berasimilasi bersama dan hidup dengan persaingan yang adil dimasa depan.

Dalam formula BN, UMNO perlu menjaga dan memperjuangkan kaum Melayu, MCA perlu menjaga dan memperjuangkan kaum Cina, MIC perlu menjaga dan memperjuangkan kaum India, begitu juga di Sarawak dan Sabah. Atas semangat Bangsa Malaysia, 1Malaysia ataupun Malaysian Malaysia, jika ada masalah barulah ia dibawa ke meja rundingan MT BN dimana ia dikepalai oleh UMNO selaku Parti yang memperjuangkan majoriti bangsa Malaysia iaitu kaum Melayu. Apa saja istilah tidaklah begitu penting jika dibanndingkan dengan memasyhurkan kita semua sebagai Bangsa Malaysia berlainan kaum. Bangsa Indonesia dengan suku Minang, Jawa, Acheh, Banjar, Batak, dan banyak lagi tetapi satu Bangsa. Ia amat penting untuk memansuhkan ruangan Bangsa dalam boring mahupun butir peribadi.

Oleh itu, saya berharap, agar kaum India perlu sedar nasib dan takdir mereka terletak dalam tangan mereka sendiri untuk mereka sendiri perjuangkan, begitu juga dengan kaum Melayu, Cina dan lain-lain. Pilihlah pemimpin yang betul dalam Pilihanraya akan datang dan gunakan undi sebaik-baiknya. Pilihlah Parti yang boleh diyakini untuk menjadikan kita satu bangsa Malaysia yang berlainan kaum dan agama tetapi hidup aman dan damai.Akhir kata kepada kaum bukan Melayu seperti saya, saya sebagai rakyat marhein sayangkan anda semua dan mahu anda menjadi sebangsa dengan saya dan marilah kita abaikan retorik orang-orang politik. Biarlah ia tertanam dalam diri kita sebagai Bangsa Malaysia.

Monday, June 15, 2009

Sister In Islam

Al-Quran menyebarkan agama Islam yang agung yang diturunkan oleh Allah selepas
3 kitab terawal untuk semua umat manusia. Kesucian Islam diperjuangkan dan dipertahankan oleh kaum Lelaki manakala ia dipelihara dan diperindahkan oleh kaum wanita. Sungguhpun, sejarah islam menenggelamkan peranan kaum hawa, tetapi Allah menekankan betapa kaum hawa itu amat berkuasa, bijak, tulang belakang, dan hebat. Namun, yang biasa kita dengar, lelaki mempunyai 1 nafsu dan 9 akal manakala perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal, tetapi yang kita jarang dengar ialah lelaki selalu gagal mengawal 1 nafsu walaupun dikurniakan dengan 9 akal manakala perempuan berupaya mengawal 9 nafsu dengan 1 akal. Walauapapun, lelaki dan perempuan umpama irama dan lagu, atap dan tiang, dll dan peranan wanita tidak wajar diketepikan.

Dalam arus kemodenan, jantina bukanlah kayu ukuran mahupun “passport” untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan madah Melayu. Malah dalam Islam juga mengatakan kaum perempuan akan lebih banyak dari kaum lelaki di akhir zaman. Suka atau tidak, kita agak berada diantara fasa terakhir sebelum ia memasuki fasa akhir zaman. Oleh yang demikian, selain dunia perlu digerakkan oleh kuasa wanita yang melebihi “kuasa” lelaki, maksiat juga perlu dibendung, dakwah perlu disebarkan, Islam perlu dipelihara kesuciannya oleh “kuasa” wanita yang melebihi “kuasa” lelaki. Sehubungan itu lahirlah pelbagai gerakan, parti, kumpulan, persatuan, kelab, “fan club”, ideology, tarekat@kepercayaan dan blog, yang masing-masing berusaha untuk memperjuangkan hak dan kebenaran kepercayaan golongan tertentu. Yang pasti, usaha ini dilakukan bagi membawa kebaikan unuk dinikmati oleh semua makhluk Allah. Sayugia, Allah mengingatkan lagi umat Islam yang mana ada 73 jalan dalam Islam satu sahaja jalan yang betul. Proses halal atau haram mahupun pembuktian kepada siapa betul, siapa salah bukanlah diputuskan oleh manusia tetapi oleh Allah. Tugas manusia adalah berusaha mendekatkan diri pada Yang Esa dan yang selebihnya terserah pada Yang Agung.

Janji syaitan dan permintaan Syaitan yang Allah tunaikan adalah untuk membiarkan Syaitan terus menerus berusaha menyesatkan anak cucu Adam. Dalam proses mendekatkan diri pada Allah, Syaitan akan terus mendampingi kita dan saya percaya kita berada di satu zon yang selesa untuk terus menekan kaum wanita. Sebagai contoh, saya pernah mengikuti mahram saya untuk menguruskan proses penceraian. Jika tanpa saya, beliau sudah pasti akan pergi keseorangan ke Pejabat Agama menebalkan muka. Jika tiada saya sebagai satu-satunya saudara beliau tidak mahu pergi kerana malu. Bukankah agama Islam menyuruh kita mengangkat martabat wanita bukan memalukan mereka, bukankah sepatutnya kita boleh meminta Pegawai Pejabat Agama ke rumah ibu bapa beliau , ke rumah mereka aaua paling tidak ke surau berdekatan tempat tinggal. Proses penceraian, konflik rumah tangga, gantung tak bertali semua ini amat terkesan pada kaum wanita. Emosi mereka mudah terganggu dan jika Islam sudah mengingatkan kaum lelaki yang mereka ada 9 akal tidakkah mereka terfikir tindakan lanjutan atau tindakan bodoh isteri@bekas isteri mereka yang ada 9 nafsu? Malangnya, 9 akal yang Allah anugerahkan pada lelaki ini digunakan untuk berskandal, kahwin empat, cari perempuan, dan macam-macam lagi. Secara ringkas, saya berasa sistem agama kita masih banyak ruang yang boleh diperbaiki demi menjaga kepentingan dan hak serta membela kaum wanita.

Malangya, kita lebih suka bercakap dari bekerja. Bagi golongan ulama pula mereka lebih selesa untuk terus berpegang pada hukum Allah tanpa menperincikan kenapa Allah turunkan hukum sedemikian. Jika golongan ulama berhenti berpolitik dan bertelingkah, mereka pasti berjaya memperincikan sebab hukum Allah sedemikian adalah kerana mahu membela kaum wanita dari tekanan berterusan pada emosi “1 akal”. Justeru, mereka boleh memperbaiki sistem Syariah sekaligus mencapai kehendak Allah. Saya percaya jika Allah mahu kita berpegang teguh pada hukum Allah tanpa memperincikan dan memahaminya, Allah sudah pasi boleh menurukan kepada kita terus 1 naskah Al-Quran atau Allah boleh menghantar Malaikat Jibril mengajar dan menerangkan seluruh isi Al- Quran pada Nabi Muhammad SAW dalam masa sehari, sebulan atau setahun.

Saya faham akan betapa sensitifnya isu ini terutama apabila saya menghentam peranan ulama yang lembab dalam menjaga kesucian Islam. Jika golongan ulama lebih agresif sudah pasti kini Islam mempunyai Islam Cyberlaw atau sekurang-kurangnya satu sistem penyampaian untuk dijadikan sebagai panduan kepada umat islam dalam dunia cyber berkaitan yang mana haram dan yang mana halal. Ingatlah, sebaik-baik dakwah adalah tauladan. Orang bukan Islam pasti secara “automatic” akan beragamakan Islam jika umat Islam menunjukkan contoh yang baik dan bukannya bermusuh aau bertelingkahan.

Dari kepincangan sistem Islam ini yang jelas mengabaikan kepentingan kaum wanita, lahirlah kononnya harapan baru bagi kaum wanita iaitu Sister In Islam. Secara peribadi, saya berpendapat Sister In Islam agak sedikit terlalu terbuka@liberal dari segi pegangan mereka, “skirt” dan “freehair” adalah perkara biasa dan ini agak sensitif kepada mata-mata putih. Dari segi ideology dan perjuangan, saya rasa Sister In Islam agak agresif atau radikal terutama pandangan mereka dan komen mereka terhadap hukum Allah yang melibatkan kaum wanita terutama isu poligami. Istilah lebih tepat dalam Islam adalah sekular. Sekular dalam huraian ringkas adalah kita memodenkan islam, atau kita “meng-educate-kan” islam dengan “education” kita. Mungkin dalam dunia moden, kita boleh menerima pertikaian kerana ia membawa kepada perbincangan, perdebatan, musyakarah dan seterusnya hukum atau fatwa. Namun, dalam dunia Islam golongan yang selayaknya berdebat hukum Islam adalah ulama. Rujuklah permasalahan kepada yang ahlinya, sabda Rasulullah SAW.

Langkah PAS bukanlah satu kejutan kerana Sister In Islam sudah lama menjadi senjata dan modal politik PAS kerana ia agak condong sedikit kepada BN. Malah ia dilihat akrab dengan anak PM dan kini isteri PM. Apatah lagi melalui pembacaan yang saya tidak berapa pasti kesahihannya, Sister In Islam menyokong IFC dan 14 tuntutan IFC, Sister In Islam tidak mempunyai Ulama tetapi berani mempersoal dan memperdebat hukum Allah, Pengasas Sister In Islam adalah Aminah Wadud yang megimamkan solat(saya tertanya apakah pendirian Sister in Islam kerana kesalahan Aminah Wadud tidak adil diletakkan pada Sister In Islam), memperjuangkan konsep sama rata lelaki dan perempuan terutama suami isteri, dan banyak lagi yang tidak dicoretkan kerana tujuan artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan hukum siapa salah, siapa betul, siapa sesat, siapa halal dan siapa haram. Malahan perdebatan atau musyakarah melalui internet sebegini amatlah tidak digalakkan kerana ia merupakan medium satu hala. Tambah pula golongan yang selayaknya memberi komen ialah ulama.

Pokoknya, artikel ini bertujuan untuk menyedarkan PAS, bahawa pendekatan mereka senantiasa salah dan tidak pernah betul sejak dahulu hingga kini. Cara PAS “approach” selalu menindas yang lemah, menjauhkan yang sakit dan menyakitkan yang sihat. Cara PAS “approach” wanita yang tidak bertudung ialah mereka masuk neraka, artis ialah mereka tidak dapat cium bau syurga sekalipun, UMNO kafir, semua salah, kami betul, jangan dekat mereka, ini haram dan banyak lagi. Cara “approach” ini telah mengakibatkan golongan yang salah ini(mungkin dalam kes ini Sister In Islam) melarikan diri dan menjauhkan diri dari PAS justeru PAS tidak berupaya mengubah mereka. Malah nasihat PAS juga mereka tidak pandang. Jika benar Sister In Islam salah dan sesat PAS sepatutnya menghantar Wanita PAS yang diketuai Yang Berbahagia Bijaksana Dr Lo Lo(aka Pembela Elizabeh Wong) untuk membetulkan Sister In Islam. Jika mereka tidak setuju boleh musyarakah bagi menyedarkan mereka. Jika gagal lagi PAS boleh hantar pasukan unuk beri kaunseling. Bukankah Allah bagi kita akal untuk kita menyedarkan saudara kita yang dalam kesesatan dan bukan mengharamkan mereka, menekan mereka, mengenepikan mereka sehingga mereka memilih jalan keluar yang lebih membuat Allah murka. Betapa besarnya pahala PAS jika berjaya menyedarkan orang sesat dari mengharamkan mereka, memulaukan mereka, menjauhkan diri dari mereka.

Saudaraku dan Saudari,

Inilah masa untuk berubah untuk PAS, UMNO, PKR, Sister In Islam, semua umat islam dan semoga Allah memberi kebaikan kepada semua kita. Hentikanlah berpolitik, bekerja kerana Allah dan demi Islam.

Dan kepada Sister In Islam, secebis pesanan saya, moderate is perfect.

Monday, March 9, 2009

KES BULI DISEKOLAH

Sebagai Negara Dunia Ketiga Malaysia perlulah banyak belajar dari Negara Dunia Pertama. Namun, meniru kaedah dan sistem Negara lain tanpa memahami latar belakang dan keseluruhan sistem Negara tersebut perlu dielakkan. Sebenarnya, Malaysia adalah Negara Dunia Kedua namun sifat, sikap, semangat dan mentaliti Malaysia adalah seperti Negara Dunia Ketiga. Kenapa ia terjadi sedemikian adalah kerana rakyat Malaysia gagal memahami intipati kata keramat Malaysia Boleh!!! Malaysia Boleh adalah setakat slogan namun ia adalah penggerak utama banyak Negara maju termasuk Amerika.

Kes buli di Sekolah sebenarnya tidaklah menggambarkan sifat sebenar anak-anak kita. Namun, pengaruh rakan, media hiburan dan tidak lupa dunia tanpa sempadan iaitu Internet perlu diberi perhatian serius. Umum mengetahui, betapa mudah untuk memperoleh sumber video dan gambar seks dan ganas dari Internet. Anak-anak adalah kain putih yang dicorakkan oleh ibu bapa. Guru dan Sistem Pendidikan pula berperanan untuk merangsang daya kreativiti akal dan badan anak-anak. Saya bersetuju bawah Guru bukanlah Polis dan jika Guru mampu untuk mendisplinkan Pelajar sekalipun, ia menuntut penerimaan baik serta positif secara menyeluruh dan berterusan dari kesemua ibu bapa. Jika tidak, ia bukan sahaja mengundang masalah lain tetapi juga merosakkan minda dan sifat Pelajar dari dalam.

Sepertimana kepercayaan orang Melayu, jika ibu bapa petani, maka anak petani, jika ibu bapa penoreh, maka anak penoreh, jika ibu bapa penjahat, maka anak penjahat, jika ibu bapa penagih dadah, maka anak penagih dadah, jika ibu bapa doktor, maka anak doctor dan sebagainya, orang Melayu percaya jika mereka tidak pernah memukul anak mereka, maka Guru tidak boleh menjentik sedikit pun anak mereka. Lebih teruk lagi, pemikiran ini terbawa-bawa sehingga Ibu Bapa percaya jika mereka tidak hisap dadah maka anak-anak mereka pasti tidak akan hisap dadah. Dunia amat berlainan setiap tahun, malah setiap hari ada sahaja penemuan dan peralatan canggih baru yang dipasarkan. Anak-anak perlulah mendapat pendedahan sewajarnya, pengawasan yang ketat, bimbingan yang lebih erat serta ada keperluan mendekati golongan ini secara halus. Seperti yang saya kata, ibu bapa tidak boleh fakir yang anak-anak mereka sama seperti mereka dan akan jadi seperti mereka, tidak mungkin lebih. Anak-anak lebih bijak sebenarnya, malah jauh lebih bijak dari ibu bapa diusia yang sama. Ini kerana Dunia telah mengalami evolusi yang amat ketara dengan adanya Komputer dan Internet.

Sistem Pendidikan merupakan satu Sistem yang dicipta oleh manusia dengan mengambil kira segala aspek bagi tujuan melahirkan insan yang hebat. Namun, fizikal, mental dan spiritual Pelajar perlu digerakkan oleh Pelajar itu sendiri bagi memaksimakan kebolehan Pelajar. Bantuan dari ibubapa, rakan, saudara, guru, kenalan, dan teman istimewa amat perlu. Program-program Luar Sekolah juga banyak membantu tumbesaran fizikal, mental dan spiritual Pelajar. Mentaliti pengguna dan bukan pencipta, Amerika hebat dan Malaysia tidak, England hebat bermain bola, Malaysia tidak mampu, China laju berenang dan Malaysia lambat, Cina pandai berniaga dan Melayu tidak, kalau tidak menipu bukan Cina, kalau tidak mabuk bukan India, Singh is King dan sebagainya adalah satu anasir yang menular dan merosakkan Pelajar dari dalam. Tidak penting apa yang dihadapan atau dibelakang kita, tetapi yang penting adalah apa yang ada didalam kita. – dari Buku Stephen R. Covey.

Salah satu program yang mahu saya tekankan dan cadangkan bagi membanteras kes buli sekolah, gangsterisma dan salah laku pelajar adalah SUKAN. Negara Dunia Pertama seperti Amerika memanglah maju namun keburukan dari kemajuan adalah harga yang perlu dibayar setiap Tamadun, Negara, Bangsa dan Agama. Gangsterisme dan dadah merupakan krisis berterusan Pelajar Sekolah Amerika. Namun, ia berjaya dikurangkan melalui aktiviti dan Program Luar Sekolah terutama Sukan. Amerika bukan sahaja maju dan berjaya tetapi juga merupakan Jaguh Utama mengungguli Sukan Olimpik sejak berdekad lamanya. Sukan bukan sahaja memerlukan kemahiran dan minat, tetapi, kesungguhan, semangat juang, berkerjasama sebagai pasukan, disiplin, sikap(attitude), nilai, komitmen, pemikiran positif, kecenderungan untuk berjaya, tidak mudah mengalah, senantiasa bersaing dengan adil, semangat memajukan diri, semangat menerokai dan mengatasi kelebihan diri sendiri, dan banyak lagi. Sukan di Amerika amat banyak sekali dan mereka tidak sesekali memandang rendah terhadap apa jenis sukan sekalipun.waima Sukan Lasak. Jelas sukan lasak memerlukan keberanian dan pemikiran positif.

Sukan dapat mendisplinkan Pelajar dan mengisi masa lapang Pelajar. Ramai Pelajar suka melepak tanpa faedah. Sudah pasti, merempit jauh lebih baik dari melepak, malangya, rempit pula tidak disediakan litar yang selamat dan sesuai. Galakkan sukan, seni mempertahankan diri terutama silat, Program Luar Sekolah, komersilkan dan pertandingkan sukan traditional seperti konda kondi, guli, gasing, layang-layang, dam haji, congkak, basikal BMX, tarian zapin, tidak lupa “shuffle”, skateboard, terjun tiruk, meredah hutan, kuda longkang, berbasikal paling lambat, acara disiplin wikang mat rempit, dan sebagainya.

Sukan dapat membendung jenayah dan gejala lemah otak iaitu lepak dan ia terbukti berkesan di banyak Negara di dunia. Namun, sukan memerlukan pengorbanan semua pihak terutama ibu bapa. Ibu bapa senantiasa mahukan yang terbaik bagi anak-anak terutama dalam bidang pendidikan. Namun, kuasa Tuhan menjadikan setiap insane dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan setiap kelebihan sesorang adalah berlainan antara mereka. Ada yang dilahirkan dengan akal yang bijak, tangan yang besar, kaki yang kuat, otot yang kuat, semangat yang kuat, mulut yang petah, akal yang licik, lidah yang panjang, mata yang petak dan sebagainya. Apabila ibu bapa mendesak dan menekankan ank-anak diluar kemampuan dan kebolehan mereka, anak-anak ini akan jadi hamba kepada system yang tidak sesuai dengan mereka. Kerajaan, mahu tidak mahu terpaksa menyediakan prasarana pendidikan selepas Sekolah termasuk Sijil Kemahiran, MLVK, SKM, Universiti dan sebagainya bagi memenuhi impian ibu bapa. Persoalannya, adakah ini merupakan impian bagi anak-anak kita? Tanpa disedari kita sebagai ibu bapa telah mensia-siakan anugerah Tuhan kepada anak kita semata-mata kita mahu melihat mereka berjaya mengikut kehendak kita.

Sunggupun begitu, Malaysia sebagai Negara Dunia Kedua perlu berfikiran dan mempunyai semangat, sikap, sifat, nilai dan mental seperti Negara Dunia Pertama, Fizikal tidak termasuk kerana Jepun dan Korea Selatan sudah membuktikan kepada semua sistem sedia ada bahawa fizikal bukan halangan langsung. Sukan juga adalah satu aktiviti riadah dan merangsang segala deria serta daya kreativiti badan dan minda. Saya tidak nampak cara lain selain Sukan bagi mendisplinkan dan melahirkan Pelajar yang hebat di luar akademik.

Sunday, March 8, 2009

WAHAI PEJUANG BAHASA DAN PAS – DIMANAKAH DEMOKRASI?

Saya amat jelik dan jijik mendengar manusia yang mengggelar diri mereka pejuang bahasa. Apatah lagi jika sudah bergelar Sasterawan Negara dan Pemimpin. Tanpa niat untuk menghina atau memperkecilkan sesiapa, GMP PPSMI dilihat sebagai satu senjata politik pembangkang. Buktinya, banyak lagi lapangan perjuangan yang diabaikan oleh golongan yang sayangkan Bahasa Melayu. Antaranya;

1) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu dibenarkan penggunaan didalam Dewan Tertinggi Negara dan Negeri – Dalam kes ini ramai pemimpin yang tidak menggunakan Bahasa Melayu malah ada yang tidak tahu berbahasa Melayu langsung sebagai contoh MP PR Goh Sworn Burn.

2) Memperjuangkan semua urusan rasmi Kerajaan Pusat dan Negeri WAJIB berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan hanya menggunakan Bahasa Melayu terutama Laporan Polis, SPRM, KWSP, JPN, PBT, LHDN, KASTAM, Imigresen dan lain-lain. Urusan tidak menggunakan Bahasa Melayu adalah tidak sah – Dalam kes ini penulis pernah terserempak dengan kaum India warganegara Malaysia tidak memahami Bahasa Melayu di IPD K.Selangor. Pihak polis terpaksa menggunakan Pengantara Bahasa.

3) Memperjuangkan semua urusan melibatkan undang-undang termasuk Perbicaraan Mahkamah dan Surat Perjanjian Pembelian Rumah(SNP) menggunakan 100% Bahasa Melayu – Dalam kes ini semua 100% Surat Perjanjian Pembelian Rumah(SNP) dalam Bahasa Inggeris yang sukar difahami kerana menggunakan terma Bahasa Undang-undang. Manakala Mahkamah pula menggunakan Bahasa Manglish atau Bahasa Melayu rojak.

4) Memperjuangkan semua jenis mesyuarat GLC dan urusan yang melibatkan GLC mestilah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya – Dalam kes ini tidak perlu diulas, lihatlah sendiri GLC banyak menggunakan Bahasa apa?????

5) Memperjuangkan Berita Perdana Media Elektronik menggunakan Bahasa Melayu Asli atau Baku – Dalam kes ini tontonlah Berita apa yang anda dengar dan pujian harus diberikan pada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana pernah mewajibkan semua Stesyen Televisyen menggunakan Bahasa Baku.

6) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Antarabangsa iaitu Inggeris digunakan sepenuhnya disemua Lapangan Terbang dalam bentuk Lisan dan bertulis – Ini amat penting kerana ia adalah pintu utama Malaysia dan imej Malaysia. Di banyak Negara dalam dunia hanya Bahasa Ibunda dan Bahasa Antarabangsa digunakan di Lapangan Terbang mereka.

7) Memperjuangkan hanya Bahasa Melayu digunakan dalam urusan Bank – Dalam kes ini Bahasa Inggeris senantiasa dan banyak mendapat tempat.

8) Memperjuangkan Bahasa Pembelajaran semua Subjek di IPTA/IPTS/Profesional Cert wajib diajar dan dipelajari dalam Bahasa Melayu dan Wajib semua peperiksaan dan ujian IPTA/IPTS/ Profesional Cert dalam Bahasa Melayu- Dalam kes ini terlalu banyak subjek IPTA/IPTS dalam Bahasa Inggeris. Profesional Cert tak usah cerita.

9) Memperjuangkan supaya semua buku yang diberi kebenaran dijual dan diedarkan di Malaysia WAJIB datang dengan dua Versi; 1) Versi Bahasa Asal; 2) Versi Bahasa Melayu – Dalam kes ini 99% buku Bahasa Asal tidak dialih Bahasa ke Bahasa Melayu terutama buku Ilmiah

Jika dibandingkan dengan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris, kedaulatan Bahasa Melayu terjejas 99% oleh 9 lapangan Perjuangan Bahasa yang diabaikan Pejuang Bahasa dan PAS.

Gerakan Memansuhkan PPSMI bukanlah ancaman kerana Kerajaan pada mulanya dilihat tegas untuk meneruskan dasar yang telah berusia lebih 5 tahun. Walaupun ada beberapa barisan pemimpin Kerajaan yang menolak PPSMI, namun, ramai juga barisan pemimpin pembangkang yang menyokong dasar ini. Menambah luka, UMNO dibawah pentadbiran Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan lemah untuk bertindak tegas dalam hal ini. Pada masa yang sama, orang Melayu juga cenderung untuk percaya pada fitnah dan diperalatkan.

Malahan penulis yang termasuk dalam golongan “celaka” seperti kata Hadi Awang, merasakan adalah tidak perlu untuk risau ataupun peduli. Ini kerana Kerajaan dilihat konsisten dalam mempertahankan dasar yang diperjuangkan oleh beratus ribu Pelajar. Mereka berhempas-pulas sejak Tahun 1,2,3,4,5,6 sejak 2003 dan kini mereka hanya ada kurang dari 5 tahun mengikut peringkat untuk menyesuaikan diri jika PPSMI dimansuhkan.Malah ada yang hanya ada kurang dari setahun sebelum SPM.

Demonstrasi PPSMI pastilah digelakkan oleh dunia. Sudah pasti, Abang di Indonesia akan berkata, bodohnya orang Melayu, PPSMI diperjuangkan, yang lain-lain diabaikan (seperti 9 diatas) malah tidak diperjuangkan. Lebih-lebih lagi Gerakan PPSMI oleh golongan yang menggelar diri Pejuang Bahasa dan PAS telah menghina demokrasi. Mereka menolak demokrasi, menafikan hak orang lain (2599200 Rakyat Malaysia, kerana hanya 8000 yang hadir). Gerakan ini amat mirip kepada cara komunis memperjuangkan sesuatu.

Kedengaran segala hujah menyokong dan menentang termasuk cadangan isu ini diserahkan 100% oleh golongan pendidik dan pelajar untuk menentukan, kerana golongan ini adalah golongan yang terlibat sepenuhnya dan lebih tahu kelebihan, kelemahan, kemampuan, kepincangan, kebaikan jangka pendek dan panjang, kemusnahan, dan lain-lain lagi. Malangnya isu ini telah dimanupulasi pihak tertentu sehingga yang rugi adalah pelajar dan orang Melayu.

Saya mohon derhaka pada golongan yang lebih tua, guru-guru, tokoh pemimpin, tokoh ilmuwan dan pendidik dan semua yang terlibat dalam GMP PPSMI. Sebagai rakyat Malaysia, saya dan ramai lagi selain dari 8,000 penyokong GMP PPSMI juga mempunyai hak untuk menentukan PPSMI diteruskan. GMP PPSMI telah mengenepikan suara kami dan hanya memikirkan diri sendiri. Para pendukung GMP PPSMI, anda tidaklah celaka sehingga jika benar-benar PPSMI dimansuhkan.

Sehubungan itu, saya meminta Kerajaan meneruskan dasar ini dan jika ketentuanNYA memihak kepada PSSMI dikaji semula, saya minta sebarang tindakan memansuhkan PPSMI perlulah mendapat suara majority. Ya!!Majoriti kerana bukan anak GMP PPSMI sahaja yang terlibat dan bersusah payah mempelajari PPSMI, malah anak kami pendukung PPSMI juga. Oleh itu, jika Kerajaan bertindak bodoh tunduk pada GMP PPSMI, kami golongan menyokong PPSMI tidak pandai berdemonstrasi, tetapi, tolonglah buat UNDIAN secara demokrasi keatas semua rakyat Malaysia samada PPSMI diteruskan atau tidak. Biarlah ia ditentukan oleh majoriti rakyat Malaysia dan bukan hanya 8000 manusia hilang akal dan PAS sahaja.

Thursday, March 5, 2009

NASIHAT KEPADA POLIS

Saya warganegara Malaysia ingin menasihatkan pihak Polis yang gaji mereka dibayar oleh Cukai yang saya bayar. Nasihat saya seperti berikut;

1) Apabila anda mengesyaki sekumpulan penjenayah berketurunan A sedang berkumpul untuk melakukan jenayah jangan usik mereka

2)Jika Polis terserempak dengan rompakan bersenjata penjenayah berketurunan A biarkan sahaja mereka

3)Dalam situasi penjenayah berketurunan A mahu melepaskan tembakan kepada orang awam atau polis, jangan sesekali menembak mereka. Biarkan mereka habiskan peluru dahulu dan kemudian baru tangkap

4)Jika tahanan adalah dari keturunan A tempah bilik Hotel untuk mereka dan berikan mereka layanan di Raja

Nasihat ini wajib diikuti pihak Polis TANPA GAGAL jika tidak mahu Polis Dunia iaitu Amerika, UN, Britain dan Singapore masuk campur dan “mengerjakan” Polis Malaysia yang dicap sebagai Pembunuh dan Penghapus Etnik bagi Pihak orang Melayu.

Keturunan Kelas A yang saya maksudkan disokong perjuangan mereka termasuk orang Melayu sendiri.

INGAT!!! Biarkan mereka melakukan jenayah, jangan sesekali melepaskan tembakan pada mereka dalam apa jua situasi. Jika perlu, biarkan mereka terlepas.

Tuesday, February 24, 2009

UMNO DAN PENYAKITNYA

Pemilihan UMNO sudah hampir tiba. Di atas kertas adalah mudah untuk meramal siapa yang akan menang. Namun, banyak faktor yang akan mengubah apa yang sepatutnya. Banyak yang perlu dipertimbangkan untuk memilih seorang Ketua antaranya kredabiliti, keupayaan, kualiti, berfikiran jauh, berwawasan, berjiwa rakyat dan berkarisma. Jika silap, kita akan memilih pemimpin yang berkelas Malaysia sahaja, dan sesungguhnya disebalik perlumbaan manusia mengejar kemajuan, kita menolak kemajuan dengan memilih pemimpin yang tidak kompeten atau tidak cekap.

Masalah UMNO ialah UMNO cuba menyelesaikan masalah tanpa mengetahui masalah yang sebenar. UMNO Era Baru atau lebih dikenali sebagai Era penolakan rakyat paling teruk dalam sejarah masih gagal mengenalpasti masalah. Masalah yang sudah lama ini kini menjadi penyakit barah dalam UMNO. Penyakit utama UMNO sebenarnya bukanlah rasuah, kronisme, nepotisme, salah guna kuasa, dan lain-lain. Penyakit utama UMNO adalah penyakit korporat. UMNO adalah Parti Korporat dan bukan Parti Rakyat.

UMNO diasaskan oleh perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union. Diilhamkan oleh perjuangan meluhurkan kesucian Islam. Digerakkan oleh usaha melindungi adat dan adab Melayu dan Raja Melayu. Disatukan oleh nasib rakyat Tanah Melayu yang sengsara akibat peperangan. Pahlawan Melayu dan Pemimpin Melayu bingkas bangun memperjuangkan nasib rakyat terutama orang Melayu. Pemimpin tersohor seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir serta ahli biasa UMNO yang bisa menitiskan air mata memperkatakan, mengenang nasib anak bangsa. Pemimpin sejati menangis meminta bantuan untuk ke London, meletakkan jawatan untuk berkempen secara “Road Show” ke seluruh pelusuk Negara untuk memahami masalah rakyat marhein, untuk mendekati rakyat secara peribadi, dan untuk meyakinkan rakyat, KAMI BERSAMA KAMU.
Pemimpin Agung terus merencanakan rancangan yang memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat seperti Petronas, Felda, DEB, Felcra, Risda, Kemas, IJN, dan banyak lagi. Pemimpin hebat ini berterusan berusaha dan menitiskan air mata setiap kali memperkatakan nasib Melayu. Air mata jantan mereka mengalir apabila Melayu ditekan, Melayu lemah, Melayu longlai, Melayu gagal, Melayu ketinggalan dan sebagainya.
Pemimpin Rakyat ini akan bersama rakyat dan datang ke Kampung Selayang, Kampung Kodiang, Kampung Gajah, Kampung Parit, ke pendalaman untuk bersama rakyat, walaupun bukan dalam musim Pilihanraya. Mereka kepingin mendekati rakyat dan memahami masalah rakyat dari mulut rakyat sendiri bukan dari laporan terpilih sahaja.

Malangnya, UMNO sudah lupa akan asal usulnya. Lebih malang lagi, apabila UMNO hilang ingatan terhadap matlamat penubuhan UMNO pada tahun 1946. UMNO Era Baru dipimpin oleh mereka yang lebih sanggup meluangkan masa bermain golf, hadir di Konsert secara kerap, membuat rawatan muka secara insentif, berdebat di Televisyen mencari popular, bercuti ke Luar Negara setiap tahun, menghabiskan Cuti Tahunan setiap tahun, datang lambat ke Mesyuarat dan Pejabat. Pemimpin UMNO menjadi pemimpin orang korporat yang memudik kehulu hilir menghurungi mereka untuk memenuhi kepentingan satu sama lain. Pemimpin UMNO Era Baru tidak pernah datang ke Kampung Selayang, Kampung Kodiang, Kampung Gajah, Kampung Parit, ke pendalaman untuk bersama rakyat. Rakyat yang perlu bersama mereka setahun sekali melalui Rumah Terbuka yang juga dihadiri oleh golongan korporat. Pemimpin UMNO Era Baru berjaya meyakinkan rakyat bahawasanya KAMI BERSAMA MEREKA YANG KAYA, RAKYAT HARUS BELAJAR MENERIMA, RAKYAT MESTI MENGUBAH GAYA HIDUP DAN BERJIMAT CERMAT, RAKYAT MESTI BERUSAHA UNTUK MENGUBAH NASIB MEREKA, KAMI MILIKI RUMAH DI LUAR NEGARA, RAKYAT TINGGAL DISINI, KAMI MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT, KAMI HANYA BERCAKAP DAN TIDAK BERKERJA dan banyak lagi perkara yang negatif yang terpaksa kami rakyat marhein telan demi nikmat sebuah Negara Malaysiaku yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Nikmat dan hasil Parti Korporat UMNO bukan sahaja dinikmati oleh pemimpin pusat malah pemimpin Negeri, malahan pemimpin Bahagian dan Cawangan. Lihat sahaja berapa banyak tanah milik Ketua Cawangan UMNO, betapa besar dan indah mahligai Ketua Bahagian UMNO, yang peringkat Negeri dan Pusat tidak perlu disembunyikan lagi sehingga tertangkap oleh Pihak Berkuasa Negara Asing kerana kesalahan menyeludup wang berjuta ringgit. Dan sekarang bandingkan tanah, mahligai dan harta milik Ketua Cawangan dan Bahagian dengan rumah Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr Mahathir. Para Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Era Baru menjadi pemimpin dan menawarkan diri menjadi pemimpin kerana harta dan kuasa. Sedangkan, sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, mereka perlu berlumba-lumba untuk meninggalkan nama dan jasa. Bukannya harta dan dosa.

Penyakit UMNO ini perlu dibedah siasat dan dikenalpasti dan diberi perhatian serius oleh bakal Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. UMNO perlu bekerja keras demi mengubah UMNO termasuk melakukan pengorbanan yang besar dengan mengenepikan pemimpin yang tidak baik, mengubah UMNO menjadi Parti Rakyat dengan memilih Pemimpin Rakyat. Menghindarkan UMNO dari menjadi Parti Koporat dengan menolak Pemimpin Korporat. Namun, ini tidak boleh dilakukan Dato Seri Najib Tun Razak berseorangan. Para perwakilan yang mewakili suara ahli UMNO biasa perlu bijak memilih dan seterusnya membantu Dato Seri Najib Tun Razak mengubah UMNO dari Parti Koporat menjadi Parti Rakyat semula. Dan, kurang-kurangkanlah masa di Padang Golf, di Konsert dan di Luar Negara. Luang-luangkanlah masa bersama rakyat di Kampung, di Pendalaman dan bercuti bersama kami di Dalam Negara.

Selamat Bersidang dan Selamat Mengundi.

Tuesday, February 10, 2009

UJIAN TERAKHIR AKA GODAAN TERAKHIR

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini hidup saya amat senang. Kerana sudah berhenti kerja dan sedang mencari peluang perniagaan. Tetapi masalah terbesar ialah, tidak tahu mahu mula dimana dan apa. Tinggalkan permasalahan itu. Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu pesanan Arwah Abah kepada anak murid beliau. Kini anak murid beliau menceritakan kepada saya.

Cerita ini memang jarang didengar dan diingatkan waima didalam ceramah perdana. Ia jarang didengar kerana semua insan yang berpengalaman dan pernah menghadapinya tidak mampu memberitahu kita kerana mereka sudah kembali kepada Allah. Orang yang telah mati sesekali tidak akan hidup semula. Kisah ini berkisar tentang ujian terakhir Ujian terakhir atau lebih tepat godaan terakhir. Sebagai manusia yang dijadikan oleh Allah S.W.T daripada tanah dan sebagai Khalifah, Malaikat yang dijadikan dari api tidak berpuas hati kerana diperintahkan untuk tunduk kepada Nabi Adam A.S. Atas sebab itu, Malaikat tersebut dilaknat Allah S.W.T dan diusir. Walaubagaimanapun, Allah S.W.T telah berjanji akan membiarkan Syaitan menggoda anak cucu Nabi Adam A.S. dan menyesatkan mereka dan menjadikan mereka pengikut Syaitan. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar dan azab Allah itu amat keras.

Syaitan berikrar dan bersumpah akan terus berusaha untuk menyesatkan anak Nabi Adam A.S. waima sehingga sesaat sebelum hari kiamat berlaku. Apa yang kita jarang dengar ialah Syaitan akan terus berusaha untuk menyesatkan setiap Muslim dan Muslimat sehingga ke NAFAS TERAKHIR mereka. Oleh itu untuk mengelakkan diri setiap muslim itu berjaya disesatkan oleh Syaitan yang senantiasa, yang setiap saat berada bersama kita, untuk menyesatkan kita, MAKA hendaklah hati nurani kita, lidah kita, setiap saat menyebut nama Allah.

Oleh kerana tiada orang yang telah mati mahu datang pada kita dan mengesahkan kesahihan Ujian Terakhir ini, Tuan dan Puan jangan sesekali percaya. Sesuatu yang tiada dalil jangan dipercayai. Cuma, marilah kita sama-sama berdoa pada Allah JIKA ADA ujian terakhir ini, semoga kita terus dilindungiNYA dan diberi kekuatan untuk melepasi ujian tersebut. Semoga kita terus kekal menjadi hamba Allah dan Syaitan tidak berjaya menyesatkan kita.

Diceritakan, sewaktu Malaikat Maut hendak mencabut nyawa atau roh yang terakhir maka segala gambaran mengenai segala salah laku, kebaikan kita, orang yang kita kenali, harta, peristiwa dan banyak lagi diimbas kedalam otak kita. Dan menambah lagi ujian pada kita, kita akan rasa sakit yang amat sangat. Sakit yang tidak pernah sesiapa pernah rasai didalam dunia. Kita akan rasa lapar, dahaga, panas, pening dan sebagainya. Diwaktu ini datanglah Syaitan yang menyerupai ibu, ayah, datuk, guru agama, berserban, berwajah bersih, malah jika sipesakit itu adalah orang alim Syaitan akan menyerupai manusia dan mengaku diri sebagai Nabi Muhammad S.A.W. Masakan kita dapat membezakan adakah benar Nabi Muhammad S.A.W kerana kita tidak pernah tahu dan lihat akan wajah BAGINDA. Tawaran Syaitan adalah jelas, ikutilah aku ibumu, bapamu, gurumu, ulamamu, imammu, nabimu, malaikatmu, dan aku akan menghilangkan segala kesakitan engkau. Aku akan beri padamu, kesenangan dan bukan kesakitan, keindahan dan bukan keburukan, kekuatan dan bukan kelemahan, kekayaan dan bukan kemiskinan, syurga dan bukan neraka. Ikutlah aku dan sembahlah aku kerana aku Tuhanmu.

Segala yang dilakukan, ditawarkan dan diperkatakan adalah berbeza-beza dengan matlamat yang sama iaitu menyesatkan umat Islam. Sesungguhnya, kerana kesakitan yang amat sangat, dan kepandaian Syaitan dalam tipu daya, maka ramai manusia gagal dalam ujian terakhir. Jika ada yang sempat mengucap sesaat sebelum menghembus nafas terakhir sudah pastilah golongan ini telah lulus dengan cemerlang. Jika ada yang tidak mengucap bukan bererti gagal, mereka juga bias menolak godaan Syaitan ini dengan berkata dalam hati, Tuhanku adalah ALLAH dan kepada Allah aku kembali. Namun, saya difahamkan yang akan memberi kekuatan kepada kita untuk menjawab Syaitan dan seterusnya menolak godaan erakhir mereka ialah amalan kita sepanjang hidup. Wallahualam. Yang pasti, mulakanlah dari sekarang, setiap saat berzikirlah dan sebutlah nama Allah. Amin.

PS: Khusus pada golongan muda, termasuk saya :), saya pernah ketemu dua kejadian. 1) Ada sorang mamat pangku rakannya selepas kemalangan dan sepanjang perjalanan ke hospital, dia berkata pada kawannya dengan harapan supaya kawannya tidak "pergi". Soalannya yang terus diulang, What's your name? What's your gf name? Your gf wait for you bro, stay awake!! 2) Sang Suami pula menasihatkan si isteri sebelum masuk ke "labour room" supaya terus ingat pada anak-anak dirumah, mereka dan abang menanti sayang pulang. Yang baiknya minta mereka terus sebut nama ALLAH berulang-ulang. Wallahhualam.

Monday, February 9, 2009

Jangan Pakai Otak Tapi Gunakanlah Akal

Baru-baru ini saya menemani isteri dan anak ke Imigresen Damansara untuk membuat Passport. Tiba disana waktu adalah sekitar jam 3.00 petang, hari pertama selepas Cuti Umum Tahun Baru Cina. Kehadiran adalah luar biasa sehingga memaksa Imigresen terpaksa berhempas pulas melayan dan memenuhi tuntutan rakyat Malaysia. Kesilapan kecil adalah perkara biasa dalam memberi perkhidmatan kepada dalam ratio 1: 100.
Kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri. Bukanlah hendak membela sesiapa, yang salah tetap perlu diperbaiki. Cuma jangan kerana marah dan kecewa hilang kewarasan dan akan rasa puas selepas menyakiti orang lain semata-mata diri sendiri sakit hati.

Saya berkata demikian kerana ada satu adegan dimana seorang lelaki berbangsa bukan Melayu datang ke Kaunter tiket pada sekitar jam 3.30 petang untuk mengambil nombor giliran. Beliau diminta mengisi borang terlebih dahulu sebelum boleh mengambil nombor giliran. Ini adalah standard yang perlu dipatuhi bagi melicinkan urusan dikaunter dan mengelakkan nombor dipanggil tetapi borang belum lengkap diisi. Walaubagaimanapun, Imigresen perlu perbaiki perkhidmatan juga kerana tiada pemberitahuan yang jelas supaya pelanggan mengambil borang terlebih dahulu, naik keatas isi boring dan ambil nombor giliran. Kedudukan kaunter borang adalah tepat di pintu utama cuma kurang maklumat. Lelaki bukan Melayu ini kemudian kembali semula untuk mengambil nombor giliran malang baginya apabila kaunter mengambil nombor giliran sudah tutup kerana kehadiran penlangganluar biasa. Beliau gagal mengawal kemarahan dan seperti kebiasaan orang Malaysia, beliau memaki Pegawai Imigresen sambil mencarut ala Amerika. Walaupun saya menggangap, Pegawai Imigresen berjaya bertindak professional dan lelaki tersebut juga dapat nombor giliran beliau, namun saya tidak faham mengapa Pegawai Kaunter masih boleh menjawab panggilan telefon bimbit di Kaunter sewaktu melayan pelanggan. Semua jabatan termasuk juga KWSP dan Syabas pada saya tiada peraturan jelas bagi kakitangan mereka matikan atau tinggalkan telefon bimbit anda sepanjang bertugas di Kaunter.

Sewaktu isteri saya menunggu giliran untuk dipanggil di Kaunter Khas dimana lelaki tadi bersama isteri dan anak juga berurusan disitu, saya terdengar ucapan kata isterinya yang memarahi Pegawai Imigresen dan masih bercakap dengan agak kuat sepanjang perjalanan kepintu keluar. Beliau jelas memarahi Melayu dan mengatakan kalau Melayu boleh siap hari ini. Sedangkan jam 4.00 petang dan 3 jam adalah tempoh perlu untuk siapkan Passport. Saya sendiri yang dating lebih awal dari beliau juga selesai kemudian dan hanya boleh mengambil Passport keesokan hari. Janganlah kerana marah anda sahaja, perpaduan kaum yang dihancurkan. Inilah dikata jangan pakai otak tapi gunakanlah akal.Akal itu Nur Allah. –Amin.

Saturday, February 7, 2009

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Kita orang Melayu berugama Islam terikat dengan hukum Allah dimana kita perlu taat pada pemerintah. Walaubagaimanapun, orang Melayu telah banyak belajar dari sejarah sejak ia dicatat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya, Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim Raja Disanggah yang merujuk kepada Sultan Mahmud. Terbukti orang Melayu itu lurus hatinya, pekerti budinya, sopan tingkahnya, santun tuturnya, manis senyumnya, Islam ugamanya, suci jiwanya. Taatnya bertempat, marahnya teratur, tegurnya membina dan kritikannya berlapik. Bencinya dendam, pantangnya derhaka, taatnya pada Quran, kasihnya pada Raja dan Negara.

Raja menjadi pemulihara agama Islam sejak berzaman lamanya, malah Raja juga mempunyai daulat kerana pengorbanan dan usaha mereka dalam memulihara agama Islam. Maka orang Melayu harus dan wajib berterima kasih kepada Raja yang komited melindungi agama Islam, mempertahankan tanah tumpah Melayu, meluhurkan adat dan identity Melayu. Tanpa Raja, maka sudah pastilah kita semua masih lagi dijajah. Pahlawan-pahlawan Melayu terus menentang penjajah demi mempertahankan agama, adat dan Raja Melayu. Biar mati anak jangan mati adat pesanan mereka. Datuk Maharajalela membunuh J.W.W. Birch dan memberi mesej yang jelas pada bangsa lain, jangan dicemar agama, adat dan Raja Melayu.

Selepas 500 tahun lamanya penderhakaan Jebat dan terdirinya Kerajaan Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan, kini kita kembali mendengar penderhakaan rakyat kepada Raja Melayu. Dipelopori oleh bukan Melayu iaitu Karpal Singh yang pernah ditampar Kiai Arshad kerana mempersoalkan kedaulatan Sultan Selangor, kini ramai Melayu pula derhaka pada Sultan yang telah berjasa pada orang Melayu sejak sejarah Melayu dicatatkan. Golongan Melayu yang berani derhaka ini terdiri dari Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Nik Aziz, Dato’ Seri Hadi Awang, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Dato’ Seri Idris Jusoh kerana secara terang-terangan mempersoalkan keputusan Sultan. Namun penderhakaan pada Sultan Perak lebih teruk kerana ia disertai oleh 3000 rakyat Perak. Mungkin kamu semua terlupa siapa Sultan Melayu. Biarlah diperkenalkan sekali lagi. Sultan adalah individu yang telah melindungi dan menyatukan Datuk Nenek Moyang Melayu yang sewaktu itu hidup di hutan, di atas pokok, di dalam gua dan menggunakan undang-undang rimba. Selain memperkenalkan tamadun dan agama Islam, Sultan juga menjaga keselamatan, kesihatan dan kedaulatan umat Melayu. Ekonomi dan sumber hidup umat Melayu juga adalah tanggungjawab Sultan dimana ia dijaga dengan baik tanpa ada kes mati kebuluran dicatatkan oleh Datuk Nenek Moyang Melayu. Sultan begitu berkuasa dan ditaati Datuk Nenek Moyang Melayu waima sewaktu zaman penjajah. Selepas Sultan Selangor dan Johor memberi restu akan tertubuhnya Malay Union, maka bermulalah episod baru sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.

Selepas itu, kuasa Sultan sekali lagi dikurangkan bagi mengimbangi peranan Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Kini, kuasa Sultan amatlah terhad. Jika tidak kerana pergolakan politik di Perak, Sultan akan terus dilupai dan dipinggirkan kecuali 5 tahun sekali. Oleh demikian, adalah amat kurang sopan apabila pihak-pihak pemimpin Melayu terus mempersoalkan keputusan Sultan Perak sedangkan Baginda Raja hanya bertindak melalui kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda. Terhadnya kuasa Baginda Sultan sehingga Baginda pernah ditempelak oleh Karpal Singh yang dilaporkan mempertikaikan tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang menitahkan Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Jamry yang disifatkan sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri. Malah kuasa Sultan yang amat terhad ini dipergunakan dan dicabar sepenuhnya oleh golongan seperti Karpal Singh kerana beliau tahu tiada peruntukan undang-undang derhaka pada Raja seperti di Thailand.

Kini, orang Melayu dengan membuta tuli berlumba-lumba untuk menderhaka pada Sultan semata-mata kerana Baginda tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sedangkan mereka tahu Sultan Perak hanya menggunakan kuasa Baginda yang terhad dan tertakluk kepada undang-undang. Bukankah Pakatan Rakyat masih mempunyai cara iaitu undang-undang. Malah Pakatan Rakyat boleh menggunakan kuasa dan pengaruh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menarik kembali sokongan ADUN bekas Keadilan termasuk UMNO. Bukankah selama ini, pemimpin PAS, DAP dan PKR begitu percaya kepada keupayaan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli Parlimen BN bagi membentuk Kerajaan Malaysia Baru. Perak pun beliau tidak mampu, masakan Malaysia?

Terang lagi bersuluh, bukanlah keputusan Sultan yang tidak disenangi tetapi ialah perpaduan orang Melayu dan kesetiaan orang Melayu kepada Raja yang perlu digugat. Perlu diingat peranan Raja termasuklah peranan sebagai simbol bagi autoriti awam, perpaduan, kesinambungan dan identiti negara. Seperti di negara-negara lain, Raja dan sistem beraja menjadi jati diri negara yang merangkum sejarah dan intipatinya. Raja-Raja juga adalah pelindung kepada agama dan demokrasi. Ini semua harus difahami apabila kita memperkatakan kuasa budi bicara Raja-Raja dan Yang di Pertuan Agong dalam soal agama, pelantikan kerajaan dan pembubaran dewan. Konsep dan peranan itu juga harus sentiasa diingati dalam kita memahami segala keistimewaan yang diberikan kepada Raja-Raja oleh perlembagaan dan undang-undang. Maka persoalan yang perlu diteliti, Apakah benar kuasa Raja sedang dicabar atau ada agenda jahat lain? Orang Melayu amatlah bodoh apabila mencabar dan menderhaka pada Sultan kerana Sultan adalah benteng terakhir kedaulatan Melayu. Jika suatu hari ditakdirkan kerajaan berdominasikan Melayu runtuh di Malaysia, hanya Raja berupaya menyatukan Melayu untuk memperjuangkan Melayu, agama serta mempertahankan kesucian Islam. Ini kerana institusi Raja akan terus kekal manakala Parti Pemerintah bisa runtuh dan bertukar-tukar.

Ekonomi.

Selain dari kuasa Sultan Perak yang terhad, Sultan Perak juga perlu memikirkan nasib rakyat secara keseluruhan. Bukan hanya pemimpin Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional yang perlu difikirkan. Mereka ini kesemuanya mempunyai rumah dan wang yang cukup untuk makan bagi 10 tahun mendatang. Malah golongan yang paling sukakan Pilihan Raya ialah golongan ahli perniagaan yang dipelopori oleh bangsa bukan Melayu. Bagaimana pula dengan nasib rakyat kebanyakan yang sudah tentu pasti akan jatuh ditimpa tangga. Umum mengetahui Pilihanraya Negeri Perak akan memakan belanja berpuluh juta. Ini adalah wang rakyat yang mempunyai banyak kegunaan lain untuk pembangunan rakyat. Lebih-lebih lagi keruntuhan ekonomi Amerika Syarikat, Jepun, dan banyak lagi krisis perbankan akan melanda Malaysia dalam tempoh masa terdekat. Butakah mata mereka yang berdemonstrasi ini? Pekakkah telinga mereka dalam berita kejatuhan ekonomi Amerika dan Jepun yang amat teruk sejak 80 tahun lalu. Malah Syarikat Korporat bertaraf MNC di Malaysia sudah mula membuang pekerja. Sultan Perak menjalankan amanah Allah S.W.T kepada beliau dengan menggunakan kuasa yang terhad yang diberikan kepada mereka, Sultan Perak jelas bijak dengan mengutamakan kepentingan rakyat kebanyakan. Sesungguhnya Tuanku, majoriti rakyat kaum Melayu bersumpah akan menghunus keris membela dan mempertahankan nyawa dan kedaulatan Tuanku jika tidak ada perlembagaan dan undang-undang yang melarang. Ini kerana kami golongan yang tahu mengenang budi Ayahanda Baginda Sultan serta seluruh keturunan Baginda Sultan sejak wujudnya Melayu di bumi Allah.

Thursday, January 22, 2009

HUDUD ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA ISLAM UNTUK PERJUANGKAN

Komen menerusi Utusan Online daripada Mustaqim Abdul Rahman <acaivirgo7@yahoo.com> : Hudud adalah undang-undang islam yang telah jelas tertera didalam al-quran. Cuma pelaksanaan hudud tidaklah terkandung dalam al-quran secara jelas, tetapi Khalifah-khalifah yang utama, Imam-imam yang utama, ulama-ulama terkemuka dan para wali serta mursyid Allah telah menggariskan beberapa panduan. Sejak hudud dicanangkan oleh sebuah parti politik di Malaysia , ia menjadi satu wadah perjuangan yang telah berjaya mengalahkan parti lawan mereka dari segi jumlah undi dengan golongan sasaran iaitu orang islam yang berada di luar Bandar kerana kita semua WAJIB MENGIKUT AL-QURAN. SESIAPA MENENTANG ATAU MENUKAR KALAM ALLAH BERERTI KELUAR DARI ISLAM.Dengan menggunakan modal hukum ini dan segulung kertas dari Universiti Arab, para pemimpin parti ini telah berjaya meyakinkan, meracuni dan menakluki pemikiran dan prinsip ramai muslim di Malaysia bahawa yang memperjuangkan islam ialah mereka. Orang Melayu selain dari parti mereka adalah kafir dan menentang hukum Allah. Parti lawan mereka pula bersikap moderate dan senantiasa mengatakan hukum hudud ini perlu dikaji dan tidak dapat dilaksanakan mengikut acuan Arab kerana Malaysia adalah Negara berbilang kaum, bebas beragama, dan Perlembagaan Malaysia sudah memaktubkan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular. Parti moderate ini jelas mahu menjaga perasaan dan menghormati hak bukan islam didalam pakatan mereka yang telah terbina sejak selepas merdeka. Kini tampaknya, parti yang kununnya memperjuangkan hudud ini juga menjaga hati dan perasaan bukan islam dalam pakatan mereka. Tambahan lagi, kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil senantiasa berlaga kerana mempunyai kuasa yang sama tinggi. Malahan, jika hudud hanya untuk islam, apa akan jadi jika orang islam yang seperti Ustazah dari kem Ayah Pin isytihar keluar islam untuk menggelakkan dikenakan tindakan Mahkamah Syariah yang hanya membicarakan orang Islam sahaja. Hudud boleh mengakibatkan ramai murtad kerana mahu menggelak hukum dunia. Tidak mungkin?? Sudah terjadi pun pada kem Ayah Pin, masih dibicarakan kes itu. Jika perlembagaan Malaysia mengatakan pilihan untuk memilih samada dibicarakan mengikut hukum hudud atau hukum sivil saya yakin 99.99999% pesalah islam akan memilih hukum sivil. Dan untuk melayakkan mereka tidak dibicarakan oleh hukum hudud, 90%mereka sanggup isythihar keluar islam. Apa???Hudud mengatakan keluar islam hukumnya bunuh!!!Tetapi perlembagaan Malaysia jelas mengatakan kebebasan beragama!!! Kita sekali lagi menemui konflik diantara dua kuasa mahkamah ini!! Semestinya, sebelum laksanakan hudud kita perlu pinda perlembagaan supaya tiada kebebasan beragama!!Apa agaknya reaksi Datuk Seri Karpal Singh, Datuk Seri Lim Kit Siang, Datuk Seri Lim Guan Eng, Datuk Seri Samyvellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, Teresa Kok dan Hindraf!!!!Berbalik pada hukum hudud, parti ini telah berjaya menimbulkan kebencian luar biasa dan kebencian luar dari ajaran islam di jiwa pengikut mereka terhadap parti lawan mereka. Malah, Ketua yang mereka paling hormati di Kelantan juga pernah mengatakan matlamat parti tersebut ialah menghancurkan parti lawan mereka yang juga islam semata-mata kerana tidak memperjuangkan hudud(islam). Sebagai seorang islam, marilah kita bersatu dan ketepikan kepentingan dunia. Ketepikan politik, kuasa, harta dan keduniaan. Marilah kita bersatu padu utamakan agama Islam. Utamakan hukum Allah. Mari kita bersatu melaksanakan hudud di Malaysia. Tidak mustahil untuk melaksanakan hudud jika semua umat Islam bersatu padu. Hanya bersatu padu untuk merealisasikan hukum ini sahaja, tidak perlu keluar dari pakatan masing-masing. Sesungguhnya jika hudud mustahil untuk dilaksanakan dan perlu dapat "kebenaran dan restu" dari bukan islam, marilah kita memulakan langkah impian hudud kita dengan perbincangan terbuka, forum perdana terbuka, "brainstorming", kajian, idea, perbahasan ataupun sekadar sembang kedai kopi pun sudah memadai. Hukum hudud adalah hukum Allah yang mana tidak mungkin ia tidak relevan. Cuba kita perlu berbincang untuk menyesuaikan dengan keadaan Malaysia , menjelaskan dan menjaga perasaan bukan islam dengan memberi penjelasan, dan mengelakkan kelemahan atau "blackhole" dalam sistem undang-undang Malaysia . Marilah bersatu dan sebagai PM, saya menyarankan dan mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk memulakan inisiatif ini dengan melantik sebuah Panel Bebas atau Komiti Bebas untuk membincangkan atau lebih tepat "brainstorming" pelaksanaan hudud. Mungkin tajuknya banyak dan antaranya berbunyi Hudud: Undang-undang Tuhan Untuk Manusia, Hudud: Mimpi atau Realiti, Hudud: Mengikut Pandangan Pakar Perundangan, Hudud: Dari kacamata bukan islam dan undang-undang sivil dan banyak lagi. Panel ini mestilah wakil yang terdiri dari ketua - ketua parti dan agama dan semestinya mestilah dianggotai oleh Datuk Seri Karpal Singh, Datuk Seri Lim Kit Siang, Datuk Seri Lim Guan Eng, Datuk Seri Samyvellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, Teresa Kok dan Hindraf. Pilih juga dari rakyat golongan marhein. Jangan kita lupa hudud adalah tanggunjawab setiap umat islam, melainkan anda mahu isytihar keluar dari Islam. Saya juga ingin menyarankan dan mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengenepikan dendam politik dengan melantik tiga individu yang sejak dahulu bertungkus lumus memperjuangkan hudud iaitu Mursyidul Am PAS yang begitu bersih dan dihormati kawan dan lawan,Datuk Seri Nik Aziz, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, dan Datuk Seri Harun Din. Pakar undang-undang pula boleh terdiri dari Datuk Seri Zaid Ibrahim, Puan Ambrisa(Bar Council), Zulkifli Nordin dan ramai lagi. Saya yakin dengan keikhlasan hati Datuk Seri Nik Aziz, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, dan Datuk Seri Harun Din yang telah banyak membazir tenaga dan menggunakan harta sendiri dalam memperjuangkan hudud dan Islam pasti mereka bertiga mampu untuk menggerakkan sebuah forum dan panel bebas dan ceramah kesedaran dan pengenalan hudud diseluruh Malaysia justeru memberi umat Islam satu harapan dalam pelaksanaan hudud . Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga perlu memberi sokongan yang cukup, dan kuasa yang cukup termasuk untuk muncul dalam media elektronik perdana bagi menjelaskan hukum hudud pada bukan Islam. Selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju dengan penubuhan panel tersebut, kita boleh mengadakan forum perdana(siaran langsung) yang pertama dengan memanggil Datuk Seri Nik Aziz, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, dan Datuk Seri Harun Din untuk berucap dan memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia. Forum Perdana ini mesti dihadiri oleh Ketua bukan islam seperti Datuk Seri Karpal Singh, Datuk Seri Lim Kit Siang, Datuk Seri Lim Guan Eng, Datuk Seri Samyvellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, Teresa Kok dan Hindraf. Secebis peringatan untuk kita semua: AL QURAN ADALAH KALAM ALLAH, JANGAN DIPERALATKAN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI, DAN HUKUM AL-QURAN ADALAH HUKUM YANG JELAS DAN TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN ATAU DIUBAHSUAI DAN WAJIB UNTUK SEMUA UMAT ISLAM PERJUANGKAN DAN PATUHI. WAJIB UNTUK SETIAP KETUA YANG TELAH ALLAH PILIH UNTUK PERJUANGKAN.

Surat terbuka untuk Datuk Seri Najib Tun Razak,

Datuk Seri,

Saya turut berpendapat bahawa kekalahan Barisan Nasional dan UMNO di Kuala Terengganu bukan salah Datuk Seri Najib. Rakyat tidak menolak UMNO, malah majoriti rakyat masih dan akan terus sayangkan UMNO. Mereka juga akan terus menyokong UMNO dan mereka ini terdiri dari golongan rakyat marhein yang tiada punya jawatan ataupun menyertai mana-mana demonstrasi atau aktiviti politik dan persatuan. Soal pembangkang kuat ataupun rakyat menolak BN tidak wujud langsung kerana majoriti rakyat sudah bersuara dan memilih kerajaan yang mereka kehendaki pada PRU 12. Golongan minoriti memang sukar dan tidak akan menerima suara majoriti, ini adalah hakikat kehidupan.

Kekalahan UMNO di dua pilihanraya kecil bukanlah penolakan rakyat terhadap pemimpin pusat. Ini kerana, Pilihanraya Kecil hanya satu kerusi jika dari 222 kerusi parlimen. Jangan termakan dakyah Rampasan Kuasa melalui aktiviti melompat Parti. Orang berpelajaran dan berakal pasti tahu ia mustahil dilaksanakan. Jika 100 orang ingin melompat parti sekalipun untuk membentuk kerajaan baru, Perdana Menteri akan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atas alasan ini bukan suara rakyat sebelum sempat urusan melompat parti selesai. Waktu itu, PRU 13 akan diadakan dan BN akan terus menang untuk memerintah Malaysia. Malah, jika mereka merancang untuk membuat kekecohan sewaktu peralihan kuasa dalam UMNO Mac 2009 ini, jangan lupa Perdana Menteri juga berhak untuk mengisytiharkan darurat dan seterusnya tentera akan mengambil alih sehingga rakyat selesai memilih kerajaan sekali lagi. Oleh itu rampasan kuasa melalui lompat parti tidak lain dan tidak bukan hanyalah retorik politik dan satu tindakan membodohkan rakyat oleh pemimpin yang pandai dan yang bodoh.

Datuk Seri,

Penjelasan diatas adalah untuk rakyat supaya Datuk Seri dapat terus fokus pada apa yang akan Datuk Seri lakukan selepas menjadi Perdana Menteri March ini. Penolakan rakyat marhein terhadap UMNO di pilihanraya kecil adalah penolakan rakyat terhadap pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan dan bukan seperti dakwaan pembangkang yang rakyat menolak BN dan pemimpin pusat. Rakyat tidak perlukan pemimpin pusat untuk mengetahui masalah mereka, Kuala Terengganu terlalu jauh dari Putrajaya. Rakyat mahu pemimpin tempatan mengambil berat, mesra dan mahu menolong atau sekurang-kurangnya mendengar rintihan hati mereka.

UMNO Bahagian dan Cawangan kini penuh dengan pergolakan kuasa, perpecahan, berpuak-puak dan ramai pemimpin di peringkat ini yang lebih sanggup melihat UMNO hancur dari melepaskan kuasa. Mereka tidak langsung cuba untuk memulihkan UMNO Bahagian dan Cawangan mereka atau sekurang-kurangnya cuba bertindak adil terhadap ahli UMNO dan mendengar suara rakyat tempatan. Mereka ini terus angkuh, terus berusaha berbalah sesama mereka malah ada yang sanggup menyokong calon pembangkang asalkan seteru mereka dalam UMNO kalah.

Lebih dari itu Ketua UMNO dan Cawangan juga adalah individu yang kaya-raya, sombong, terlibat dalam kegiatan gangsterisme, menggunakan konsep suka hati bapak aku dan konsep ini bukan bapak kau punya jalan dan banyak lagi. Ahli Jawatakuasa UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan juga gemar menjadi broker tanah, peneroka tanah untuk kepentingan sendiri dan di Lembah Klang, banyak tanah kosong yang diambil dan dibangunkan menjadi Pusat Perdagagan UMNO Bahagian, Pusat Aktiviti UMNO Cawangan dan sebagainya yang menyewakan premis perniagaan. Ini adalah satu perkembangan sihat untuk ekonomi, malangnya, ahli biasa UMNO Bahagain dan Cawangan tersebut apatah lagi rakyat tempatan tidak pernah melihat penyata kewangan untuk kutipan sewa yang tinggi iaitu antara RM600-RM2500 satu premis untuk sebulan. Yang rakyat tempatan nampak ialah Ketua dan AJK Bahagian dan Cawangan menukar kereta mewah dan golongan ini mula menjadi golongan korporat yang sombong, sukar hendak berjumpa, meninggi diri dan banyak lagi perkara yang menjelikkan rakyat.

Datuk Seri,

Saya ulangi sekali lagi, golongan pengundi atas pagar dan golongan pengundi tegar UMNO/BN banyak yang mengundi pembangkang kerana tidak tahan dengan korupsi dan gangsterisme serta kesombongan pemimpin tempatan UMNO. Pada PRU 12 lepas, selepas mengalami kekalahan temasuk kalah di banyak Negeri, ramai menggesa Presiden UMNO dan pemimpin UMNO Pusat bertanggunjawab dan meletak jawatan, tetapi mereka bukanlah punca utama rakyat menolak UMNO. Punca utama kami menolak UMNO ialah kerana kami tidak pernah berjumpa dengan pemimpin tempatan samada Bahagian atau Cawangann, samada Ketua atau AJK, samada siang atau malam kecuali pada minggu terakhir kempen pilihanraya. Itupun yang kami dapat ialah topi dan t-shirt. Masalah kami tetap sama, dan masalah kami ialah tiada tempat untuk mengadu. Mahu mengadu pada pemimpin pusat jauh, pemimpin Negeri sibuk, yang kami harapkan pemimpin tempatan. Sepatutnya, setiap Bahagian yang kalah, Ketua mereka patut meletak jawatan untuk bertanggunjawab atas kekalahan di Bahagian mereka. Manakala, setiap Cawangan yang kawasan mereka kalah dalam pilihanraya dilucutkan sementara jawatan Ketua mereka. Ini jelas menunjukkan rakyat peringkat Cawangan menolak Ketua Cawangan tersebut. Bagi Bahagian yang kalah tetapi Cawangan menang, jadikan Ketua Cawangan yang menang ini calon utama untuk merebut jawatan Ketua Bahagian tersebut.

Datu Seri,

UMNO perlukan pemulihan serius. Akaar pokok UMNO tidak salah. Akar ini telah memberi bekalan yang cukup pada setiap dahan untuk hidup dan menyokong daun.Yang perlu dibuang ialah daun yang telah dimakan ulat, dahan pokok yang telah dicemari bakteria berbahaya, dan kita perlu pastikan ia mendapat cahaya dan air yang cukup. Tubuhkan satu Flying Skuad yang bertindak sebagai skuad bebas. Yang menyelinap secara senyap-senyap dan menyiasat setiap Bahagian dan Cawangan yang kalah untuk mengetahui mengapa rakyat menolak UMNO kerana mereka. Rakyat pendam rasa yang lama, dulu, mereka ini bagus, malah jika tidak pun rakyat tidak menolak UMNO kerana sekurang-kurangnya, jika kami hantar surat bantahan atau aduan mengenai pempimpin tempatan kami, UMNO Pusat akan datang menyiasat dan kita akan dapat lihat perubahan. Kini, UMNO Pusat datang siasat juga, tetapi, penyiasat dan yang disiasat dilihat terlalu akrab dan tiada perubahan yang berlaku. Islam agama suci dan Agung, yang memalukan Islam dan menghina Islam itu sendiri ialah umatnya yang kebanyakan ini bukanlah pemimpin-pemimpin Islam. Oleh itu, UMNO perlu dipulihkan di peringkat akar umbi.

Ini masa untuk bekerja dan bukan untuk bercakap atau berretorik.

SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

Isu ini amat mencengkam kebelakangan ini. Tampak pihak yang teguh dan keras mempertahankan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik sebelum ini juga sudah mula kendur dan membayangkan akan kemungkinan matapelajaran Sains dan Matematik kembali kepada Bahasa Malaysia. Apa sahaja penjelasan pihak yang memperjuangkan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik, dipandang remeh dan diketepikan. Malah, pihak yang mahu ia ditukar kembali kepada Bahasa Malaysia sudah mula menampakkan hasil desakan mereka apabila Menteri dan ahli politik mula menyokong desakan ini. Tambahan pula Dr Khir Toyo juga menyokong secara terbuka ia ditukar kembali kepada Bahasa Malaysia selepas lebih 5 tahun ia dilaksanakan.

Cukup pasti, gerakan menentang Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang sebagai isu dalam pilihan raya dan juga untuk menyerang peribadi Negarawan Ulung, Tun Dr Mahathir, kononnya, ia menindas rakyat dan mengakibatkan rakyat terutama yang diluar Bandar ketinggalan. Malangnya, propaganda pembangkang ini mencipta bulatan pengaruh yang amat besar. Lebih malang lagi, dengan mudah kita semua boleh menyedari akan hakikat bahawa 99% dari mereka yang menentang datangnya dari kaum Melayu. Ini kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang merupakan faktor paling utama dalam mendapat kerjaya yang baik tidak menjadi masalah kepada bukan Melayu. Malah Bahasa Inggeris juga adalah senjata besar dalam temuduga melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan juga merupakan pra kelayakan yang wajib dipenuhi sebelum layak melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Jemu dengan penjelasan dari banyak pihak sebelum ini dari kem menentang dan menyokong, saya tiada niat untuk menambahkan lagi selirat pada tepung yang sudah berselerak. Saya cuma ingin menyarankan supaya isu ini dikembalikan kepada golongan yang berhak untuk memberi komen dan membuat kajian terperinci dan perdebatan terbuka bagi mencapai satu kata putus yang akhir. Dimana keputusan in tidak boleh dicabar atau diubah-ubah lagi dimasa hadapan kerana ia hanya akan merugikan dan menganiaya golongan pelajar terutama kaum Melayu yang 90% dari mereka belajar dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris hanya pada waktu subjek matapelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah iaitu kira-kira 2jam seminggu. Tidak dirumah, tidak diluar bersama rakan-rakan juga tidak di Sekolah. Ini amat berbeza dengan bangsa bukan Melayu.

Mutakhir ini, saya acap kali membaca dan melayari forum di internet yang suka membuat pembandingan Malaysia dengan Negara jiran terutama Indonesia, Jepun, dan China dalam isu ini. Sehubungan itu, izinkan saya berkongsi pengalaman sebagai rakyat Malaysia yang berhasil dari sistem pendidikan Malaysia. Saya mula pandai bermain catur Chess dengan baik sejak berusia 4 tahun dan berupaya mengalahkan orang dewasa pada umur 6 tahun. Minat ini amat mendalam, malangnya, catur Chess bukanlah satu aktiviti popular sekitar tahun 1985. Oleh itu, bakat ini tidak dapat saya bawa kemana selain dari memegang gelaran jaguh kampung. Bukan tiada usaha, tetapi tiada kelas yang menyediakan perkhidmatan mengajar bermain catur Chess peringkat “pakar”. Yang ada hanyalah buku Chess peringkat “pakar” dalam Bahasa English yang saya tidak faham langsung. Di Indonesia, mereka punyai lebih 100 naskhah buku catur Chess pada semua peringkat termasuk taktik Kasparov yang diterjemahkan kedalam Bahasa Indonesia. Selepas tunduk pada “takdir”, saya kesekolah sebagai insan biasa. Dan, minat saya mula beralih kepada mekanikal khususnya automotif. Saya juga pernah memenangi Anugerah Sains dalam bidang automotif sekitar tahun 1990. Pada waktu itu, mekatronik dan robotik adalah bidang amat baru di Malaysia. Sekali lagi saya gagal untuk meningkatkan diri kerana semua bahan ilmiah yang berkaitan adalah dalam Bahasa Inggeris yang saya masih gagal kuasai dengan baik. Ini amat berbeza dengan Jepun dimana budak berumur 7 tahun sudah pandai mencipta robot sendiri dengan berpandukan sumber beribu buku automotif didalam Bahasa Jepun. Sekali lagi saya tunduk pada “takdir”, minat saya beralih ke bidang IT. Seperti semua, saya percaya yang mana suatu hari nanti, hidup manusia, rahsia keselamatan dan kesihatan manusia, pertahanan dan senjata ketenteraan Malaysia, duit dan harta Malaysia, masa depan Malaysia, hala tuju Malaysia dan segala-galanya akan terletak pada butan papan kekunci komputer. Usaha saya waktu ini mula menunjukkan hasil apatah lagi penglibatan Melayu waktu ini seimbang dengan komposisi bangsa bukan Melayu didalam bidang IT. Sekitar tahun 1995, saya sudah pandai membuat program sendiri menggunakan aturcara Cobol, C dan banyak lagi. Namun, sebagai pengguna kepada perisian, kita hanya boleh menggunakan apa yang ada pada perisian tersebut. Minat saya untuk mencipta sesuatu yang lebih besar terhalang kerana sekali lagi semua bahan ilmiah berkaitan dengan IT di Malaysia adalah dalam Bahasa Inggeris. Ini amat berbeza dengan China dimana mereka mempunyai banyak buku IT yang diterjemahkan kedalam Bahasa Cina. Malah, mereka tidak mengizinkan Microsoft Windows masuk kepasaran China sebelum Microsoft Windows merekacipta perisian Windows dalam Bahasa Inggeris. China layak untuk mendesak Microsoft kerana China mempunyai ekonomi yang kuat selepas Amerika serta mempunya 2 billion manusia, atau 1/3 jumlah penduduk dunia yang bergelar pengguna.

Sebagai anak muda, saya ingin bertanya kepada Tuan dan Puan penentang Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik, apakah akan jadi pada saya jika saya menguasai Bahasa Inggeris dengan baik? Berapa banyakkah bahan ilmiah dalam semua bidang yang ada yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia? Untuk rekod Indonesia telah memterjemah beratus ribu naskhah bahan Ilmiah dari pelbagai Bahasa kepada Bahasa Indonesia bagi memudahkan ilmu digapai dan dipelajari. Jika tiada bahan ilmiah yang mencukupi dan mencakupi didalam setiap bidang didalam Bahasa Malaysia dan saya pula tidak menguasai Bahasa Inggeris bagaimanakah saya mahu maju? Bagamaimanakah anak bangsa saya mahu maju?

Akhir sekali dan sekali lagi, saya ingin meminta kepada semua ahli politik, peguam, menteri, doktor, doktor gigi, arktitek, engineer, pelajar sekolah, penuntut Universiti, ibu bapa, “forumer” dan semua insan lain selain dari golongan pendidik untuk tidak mencampuri dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat. Isu ini hendak dibiarkan kepada pihak akademik dan pendidik dari peringkat rendah sehingga peringkat tertinggi berbincang, “brainstorming”, berdebat, bermesyuarat, bertelagah, berselisih pendapat, walaupun sehingga terpaksa memecahkan kepala sendiri untuk memikirkan mekanisma yang terbaik untuk mengangkat anak bangsa Malaysia dari seorang pengguna sehingga berupaya menjadi seorang pencipta, dari seorang kaki lepak ke seorang ulat buku, dari seorang mat rempit ke seorang mekanik dan pelumba kelas dunia, dari seorang kongsi gelap ke seorang ahli perniagaan . Jika keputusannya ya, teruskan Bahasa Inggeris, jika tidak, bagaimana mahu menangani masalah kekurangan bahan ilmiah dalam Bahasa Malaysia terutama dalam bidang yang berasaskan Sains dan Matematik. Sekian.

Thursday, September 18, 2008

UMNO Revolution

Original Posting UMNO Revolution - Usir Melayu No Otak pada tahun 2008

Updated: Janji masih dipegang dan saya tidak akan menulis tentang politik lagi pasca PRU 13 kerana orang Melayu sudah memilih jalannya sendiri. Itu hak mereka walaupun ia jalan ke neraka.

PAU kali ini kian menggamit saya dan saya suka membaca semula artikel saya pada 2008 sebagai penyejuk hati. Selepas 5 tahun artikel ini diltulis, ia masih relevan kerana UMNO tidak pernah berubahpun sejak dulu.

PS: Terperanjat di Kg Wira Damai yang kecil ada 4 ketua cawangan yang sudah memegang jawatan selama lebih 20 tahun dan mereka masih memegangnya hingga hari ini. Bilalah agaknya anak-anak kita yang ada diploma, degree dan master boleh perjuangkan nasib bangsa melainkan di platform PAS dan PKR. Di Selayang pula, ada Cawangan Ketuanya, Ketua Wanitanya dan Ketua Pemudanya adalah suami, isteri dan anak, di Cawangan di KL pula semua ahlinya adalah ahli keluarga mereka. Pelik tapi benar!!!

UMNO adalah Parti Keramat orang Melayu. UMNO adalah tunjang kepada orang Melayu. Unggul UMNO maka unggullah Melayu. Hancur UMNO maka hancurlah Melayu. Tugas utama UMNO adalah merupakan Pengawal Utama Melayu, Pengawal Utama Kesultanan Raja Melayu, Pengawal Utama Ketuanan Melayu dan Pengawal Utama Agama Islam. Selain itu, perjuangan UMNO juga berteraskan survival keseluruhan orang Melayu dan kesucian Islam.

Empat tugas utama ini didukung dan dijalankan dengan baik oleh UMNO sejak zaman Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir. Namun, pada zaman kebebasan “Tun” Abdullah Ahmad Badawi, UMNO gagal sama sekali dalam menjalankan tugas mengawal 4 tugas utama ini. Di era Abdullah Ahmad Badawi, kita sudah mulai mendengar rakyat Malaysia mencabar maruah dan intergriti Melayu, Kedaulatan Kesultanan Raja Melayu, hak istimewa Melayu dan kedudukan agama Islam juga terus dicabar dan dipersoalkan. UMNO berketuakan Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja gagal menyempurnakan tugas utama malah ia telah dicerobohi berkali-kali dan perjuangan UMNO juga kini berteraskan survival golongan tertentu yang berkepentingan. UMNO jelas akan menuding jari menyalahkan takdir Tuhan(memang kegemaran orang Melayu) dan Abdullah Ahmad Badawi serta insan yang melantik beliau ke jawatan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir.

Dalam hal ini, ahli UMNO yang salah. Seluruh ahli UMNO hanya berpeluk tubuh melihat kerakusan rakan UMNO merompak harta Negara, kebodohan pemimpin UMNO diperkotak-katik oleh mereka yang hanya bertaraf Malaysia, kebaculan pemimpin UMNO dengan Singapura dan Amerika, penderhakaan dan penghinaan oleh kuasa dalam UMNO kepada individu paling berjasa dalam UMNO Tun Dr Mahathir, salah guna kuasa UMNO oleh pemimpin Persekutuan, Negeri, Bahagian dan Cawangan. Semua ini dan banyak lagi pelakuan yang jelas boleh meruntuhkan UMNO, melemahkan Negara, menafikan co-existence bangsa bukan Melayu hanya mampu dilihat tanpa tindakan waima membuka mulut sekalipun oleh ahli UMNO. Jelas, ahli UMNO haruslah bersama-sama Abdullah Ahmad Badawi memikul dosa, kesalahan dan kegagalan memikul 4 tugas utama dan memperjuangkan Melayu dan Islam. Ahli UMNO tidak berhak dalam apa jua carapun untuk mengaku tidak bersalah kerana Abdullah Ahmad Badawi telah menghadiri 5 Perhimpunan Agung UMNO sebagai Presiden dan dicalonkan serta “memenangi” kerusi Presiden pada pemilihan UMNO untuk kali kedua berturut-turut termasuk tahun 2008.

Dengan kuasa yang diberi pada ahli UMNO untuk mempertahankan dan mengukuhkan UMNO, ahli biasa UMNO mungkin tidak mampu untuk menentukan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda dsb, Ketua Wanita dsb, Ketua Puteri dsb, Ketua Putera dsb, namun, ahli UMNO mampu dan boleh untuk memilih Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang benar-benar layak. Malangya, ahli UMNO menggunakan kuasa undi pada mereka mengundi Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang bodoh, yang gangster dan samseng, yang ditakuti bukan yang dihormati, yang banyak projek dan banyak wang untuk diberi bukan yang berkaliber dan berkelayakan, yang korup bukan yang bersih dan amanah, yang belajar hanya lulusan SPM dan ada juga SRP, yang kotor dengan rasuah dan jenayah bukan yang tergolong dalam jemaah 2 waktu di Masjid, yang mulut busuk dengan perkataan nista dan carut bukan yang mulut wangi dengan kalam Allah dan sopan, yang haprak bukan yang hebat dan bijak. Ahli UMNO yang sebenarnya salah dalam soal ini. Ahli UMNO tidak cukup bijak atau lebih tepat bodoh, buta mata oleh wang ringgit, takut dibenci dan kehilangan kawan dalam soal memilih Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian. Ahli UMNO yang 100% beragama Islam gagal meletakkan Islam dan Al-Quran sebagai panduan dalam memilih Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian. Ketua Bahagian yang mereka pilih inilah yang akan memilih Presiden UMNO yang sejenis dengan mereka. Sejenis dan sespesis gila kuasa seperti Presiden UMNO yang kalah teruk tetapi enggan bertanggungjawab dan meletak jawatan. Ketua Bahagian dan Cawangan ini juga ramai yang kalah dikawasan mereka, tetapi jauh sekali meletak jawatan, Ketua Bahagian dan Cawangan ini menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi dan bangga mengatakan mereka sudah jangka akan kekalahan ini. Sehingga kini, tiada satu anak jantan pun dalam UMNO berani meletak jawatan waima jawatan sekecil Ketua Cawangan sekalipun sebagai tanda tanggungjawab atas kekalahan UMNO. Saya mengaku tidak undi UMNO kerana tidak suka akan Ketua Cawangan saya yang samseng dan kaya dengan kata nista dan carut bukan kerana Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli UMNO yang 100% orang Melayu ini bertepuk tangan dan bangga mendengar kehebatan dan careka bohongan Ketua pilihan mereka. Ahli UMNO ini semua malas membaca dan bodoh sombong oleh itu kuranglah ilmiah dan cerdik untuk mengenali kawan dan lawan, buruk dan baik, salah dan betul, benar dan tipu, kuat dan lemah, samseng dan alim dan seterusnya. Ahli UMNO yang malas membaca dan menyelidik boleh diumpamakan seperti seekor lembu yang ditarik dihidung akan terus mengikut Ketua yang salah, dan justeru, Ketua yang salah akan memilih Ketua Bahagian yang lebih salah dan Ketua Bahagian akan memilih Presiden yang SALAH X3. Ahli Parti UMNO perlu memahami, mengkaji dan membaca sejarah Parti Politik paling kaya dalam dunia. Dengan aset melebihi USD100 trillion, Parti Koumintang Taiwan juga berasal dari China. Yang mana, sejarah politik Cina adalah berusia beribu tahun dan buku naskah sastera sosio-politik Cina berjumlah berpuluh ribu naskah buku. Sebagai Ahli Parti, setiap ahli mempunyai kuasa untuk menentukan Presiden samada secara langsung atau secara tidak langsung. Kriteria Ketua dari semua peringkat mestilah mereka yang ada keupayaan dan pelajaran ataupun sekadar kejujuran dan keikhlasan berkhidmat untuk masyarakat dan parti. Sehubungan itu, Ahli UMNO mempunyai kuasa yang amat besar malah lebih besar dari rakyat biasa yang mengundi dalam Pilihanraya Umum. Kerana dalam Pilihanraya Umum, ADUN dan Parlimen mempunyai berpuluh ribu pengundi. Tetapi didalam sesebuah Cawangan UMNO paling banyak pun hanya ada kurang seribu pengundi, malah ada Cawangan hanya ada 100 ahli. Satu Undi amat amat berkuasa dalam menentukan Ketua Cawangan dan justeru Ketua Bahagian.

UMNO telah diberi peluang selama lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, ahli UMNO tidak belajar akan erti musuh utama sebuah bangsa dan punca keruntuhan bangsa dan empayar iaitu RASUAH. UMNO telah dianugerahkan oleh Allah oleh pemimpin yang begitu ulung dan baik sehingga tanpa bertindak dengan akal sekalipun yang mana ahli UMNO 80-an tetap memilih Ketua berdasarkan kereta siapa dan nota duit siapa lebih besar. Sungguh bernasib baik, UMNO dilindungi Allah oleh doa-doa nenek moyang kita sejak tahun 1946. Kini, doa itu sudah tamat tempoh. Ahli UMNO tidak lagi bernasib baik dan tidak boleh bergantung pada nasib semata dan perlu cepat belajar dari kesilapan dan lebih banyak membaca, berbincang dan sembahyang minta petunjuk jika perlu untuk memilih Ketua Cawangan. Jangan lagi menggadai maruah dan masa depan anak cucu kita hanya untuk RM 200 atau sate 100 cucuk. Amat malang bagi sebuah Parti seperti UMNO untuk mempunyai sejenis trend pelik iaitu kebanyakan Ketua Cawangannya merupakan orang yang sama kecuali dipecat melalui kematian atau sakit. Ahli UMNO perlu usir Ketua-ketua Cawangan dan Bahagian ini. Usir Melayu No Otak. Jika Ketua mereka ada “akal” dan tangan jangan diusir. Yang ada otak dan mulut perlu diusir.

UMNO perlu menjadi Parti Orang Kampung semula kata Tun Musa Hitam. Kata-kata beliau ini ada kebenarannya. UMNO masakini menjadi Parti Cepat Kaya ala-ala skim cepat kaya. Cuma pelaburannya adalah sedikit wang ringgit, kata-kata manis dan berpengaruh terutama pengaruh kuasa samseng dan gangster. Prinsip suka hati bapak aku dan suka hati aku kuasa ditangan aku sehingga menimbulkan gerun dan hormat dikalangan ahli biasa perlu dilupuskan secara total. UMNO akan menjadi longlai jika ia dibangunkan dengan cara yang salah. Itu dari segi kuasa dan samseng. Disudut wang ringgit pula, UMNO dibanyak bahagian sudah pun dikorporatkan. Bukan sahaja Ketua Bahagian dan jemaahnya amat kaya dengan kereta mewah, banglo mewah, Istana mewah, UMNO Cawangan juga tidak ketinggalan dalam usaha korporat mereka. Banyak tempat terutama di Lembah Klang, dapat dilihat Pusat Perdagangan UMNO, Pusat Perniagaan UMNO, Pusat Aktiviti UMNO yang mana semua pusat ini menyediakan premis kedai dan gerai untuk disewa. Ini amat menimbulkan rasa menyampah rakyat biasa pada UMNO. Jika usaha murni ini dijalankan dengan ikhlas, dengan jujur dan amanah, atau setidak-tidaknya dengan niat dan tujuan untuk membantu orang Melayu, pasti UMNO akan memenangi hati pengundi Melayu. Namun, persoalannya, siapa yang menjalankan audit dan pantauan keatas hasil sewaan ini? Adakah hasil audit pendapatan UMNO Bahagian dan Cawangan yang mempunyai pusat perniagaan ini diedarkan pada ahli biasa Bahagian dan Cawangan berkenaan dan pada UMNO Pusat? Parti Korporat ini jelas telah membelakangi teras perjuangan UMNO iaitu orang Melayu dan Islam. Parti Korporat UMNO ini berteraskan perjuangan untung dan rugi dan periuk nasi dinasti keluarga mereka. Bukan sahaja sewa yang mahal, RM200 mahal untuk orang kampung yang berniaga kecil-kecilan dan RM 1000 mahal untuk orang kampung yang berniaga sederhana kecil, Parti Korporat UMNO ini gagal memahami sebenar fungsi UMNO. Itu baru UMNO Cawangan dan Bahagian, UMNO Negeri dan Pusat pula, “lu pikirlah sendiri”!!!

Ahli UMNO perlu bangun dan bertindak. Pilih Ketua berdasarkan kelayakan dan keperibadian, bukan wang ringgit, kuasa, pengaruh samseng, harta dan dunia. Pilih yang ikhlas, jujur, amanah dan mempunyai sedikit nilai agama. Itupun, jika UMNO mahu kekal relevan. Atau setidaknya, mahu dihormati sebagai kawan dan lawan. Kini, janganlah mengharapkan nasib atau “miracle”. Jangan harap pada Tun Dr Mahathir. Setiap ahli UMNO perlu melakukan perubahan tanpa bantuan sesiapa dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan semua ahli UMNO bersalah dan berdosa pada generasi UMNO akan datang. Mungkin UMNO masih boleh “survive” tetapi bukanlah lagi sebagai Parti Keramat Orang Melayu tetapi Parti Sumpahan Orang Melayu. Ingatlah, nasib dan kedudukan kita terletak ditangan kita, untuk diperjuangkan oleh kita. Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari kita dengan izin Allah. Kekuatan UMNO bukan terletak pada pencapaian atau kuasa yang dimiliki, tetapi terletak pada bagaimana UMNO bangkit semula dari jatuh. Selamat bersidang kepada Ahli UMNO dan Selamat Diperbodohkan Sepenggal Demi Sepenggal lagi. Wassalam.

Mustaqim Abdul Rahman
Ahli UMNO Cawangan Biasa
“Yang telah tulis surat, tulis email, untuk keluar dari UMNO tetapi masih lagi ahli UMNO”