ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, July 5, 2015

Islam Ada 2 Set Undang-Undang: Set Anwar & Set Najib

Benarkah Islam Ada 2 Set Undang-Undang?

Set pertama undang-undang Islam adalah bila si tertuduh orang yang kita suka, kita akan menafikan jenayah tersebut dan meminta bukti, kita minta saksi malahan kita tolak bukti saintifik seperti DNA, rakaman video dll.

Set kedua undang-undang Islam adalah bila si tertuduh orang yang kita tidak suka dan benci, kita akan percaya apa sahaja tuduhan terhadapnya dan tanpa ragu kita dengan pantas menghukumnya bersalah tanpa memberi dia peluang membela diri.

Hakikatnya, Islam hanya ada 1 set undang-undang SAHAJA iaitu kebenaran dan keadilan.

Hanya Allah sahaja tahu betapa saya benar-benar berharap tuduhan Najib terima rasuah atau curi USD 700 juta seperti yang dilaporkan WSJ adalah realiti dan beliau akan dihukum.

Saya seperti anda amat amat berharap agar Najib meletak atau dilucutkan jawatan tetapi malangnya saya orang Islam dan Islam hanya ada 1 set undang-undang iaitu tertuduh tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah dan tertuduh mesti diberi peluang membuktikan dirinya tidak bersalah.

Walaupun saya berharap Najib digulingkan dan amat berharap Najib bukan lagi PM Malaysia, tapi saya lebih berharap agar masyarakat Malaysia miliki mentaliti kelas pertama dan nilai tamadun tinggi. Lebih dari itu saya lebih berharap orang Islam tidak terjerumus kedalam dosa fitnah agar rahmat Allah terus turun di Malaysia.

Lagipun berapa ramai antara ibu bapa kita dahulu percaya tuduhan Mahathir punyai USD 100 juta di Akaun Bank Israel? Terlalu ramai sehingga Mahathir digelar Maha Firaun dan Maha Zalim. Saya dari mula hinggalah ke ketika Bank Israel sendiri menafikan tuduhan tersebut tetap tidak percaya kerana saya seperti anda, orang Islam yang wajib berpegang pada hukum Allah.

Cheers dan Selamat Berpuasa.


No comments: