ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, November 30, 2014

Kemalangan Maut Motosikal Yang Kerap Terjadi Boleh Di Elakkan JIKA...

Saya pernah menulis tentang saranan ini dan berharap agar Kerajaan melakukan tindakan pantas agar lebih banyak nyawa rakyat Malaysia dapat diselamatkan.

Setiap tahun lebih 5000 nyawa rakyat Malaysia maut di tangan Motosikal. Dari 5000 ini mungkin ada saudara kita dan mungkin anak kita juga bakal memenuhi senarai 5000 nyawa ini. Atau mungkin bapa kita yang ke Surau, atau mungkin kita sendiri.

Perlu difahami bahawa statistik JPJ menunjukkan lebih 500 ribu moto baru didaftarkan setiap tahun dan jumlah diatas jalan adalah sebanyak 15 juta unit motosikal.

Pemilikan motosikal adalah tinggi berbanding kenderaan lain kerana ia mampu milik. Kebanyakan pemegang IC Merah dan juga permit kerja Pakistan dan Bangladesh membeli motosikal kerana ia murah sesuai dengan kehadiran mereka di Malaysia membuat harta bawa pulang.

Sekarang kita fokus pula kepada masalah utama penyebab kemalangan motosikal iaitu hampir 10,000 kemalangan motosikal setahun.

Cuba perhatikan semua jalan raya di Malaysia, baik 3 lorong, baik 2 lorong dua hala, atay selorong dua hala, dan pelbagai lagi jenis lorong, perhatikan apakah ada lorong motosikal?

Ya. Tiada lorong motosikal yang ada adalah lorong kereta, yang dipisahkan dengan lorong kenderaan berat yang paling hampir dengan lorong haram motosikal atau lorong kecemasan kereta rosak.

Cuba ingat kembali ujian bertulis JPJ, apakah dalam grafik itu wujud lorong motor atau motor berkongsi dengan lorong kereta? Jika lorong itu dikongsi, apakah kesedaran kenderaan lebih besar bahawa mereka berkongsi dengan motor.

Apakah kereta sedar mereka perlu berkongsi dengan motor? Apakah mereka rela dan setuju?

Lakukan eksperimen ini, bawa motor anda ditengah-tengah lorong kereta dan anda akan di hon oleh kereta dan lori. Akhirnya laluan paling selesa adalah diatas garisan putih antara dua lorong kereta.

Ketiadaan lorong kereta ini disahkan lagi oleh Cukai Jalan Motosikal. Cukai Jalan Motosikal adalah percuma kerana motosikal tiada jalan disediakan untuk motosikal. Mereka hanya perlu membayar RM 2 sahaja sebagai kos pentadbiran atau process fee.

Soalan saya semula, apakah anda mahu salah seorang 5000 rakyat Malaysia yang terkorban itu adalah anak anda, suami anda ataupun bapa anda, mungkin anda sendiri?

Jika tidak adakah anda bersetuju jika perlu membayar RM 10 setahun sebagai yuran khas jalan motor. Pada masa dahulu cukai Jalan motor adalah RM 32.50 setahun.

Bayangkan jika 15 juta motosikal membayar yuran khas jalan motor, maka RM 150 juta dapat dikutip dan digunakan untuk membina jalan motor secara berperingkat di seluruh Malaysia.

Jalan motor ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan yang melindungi penunggang motosikal.

Mungkin ada yang kata tidak perlu bebankan rakyat, dan orang yang berkata sedemikian biasa adalah perokok yang mampu beli RM 10 rokok sehari.

Sebenarnya, lebih separuh atau 8 juta pemilik motosikal ini adalah warga asing. Mereka patut membayar lebih lagi untuk kemudahan kekal Malaysia dimana mereka membawa pulang semua kekayaan di kampung mereka.

Justeru, pada saya tiada lagi dolak-dalik, komen ataupun penentangan terhadap cadangan ini melainkan kita mahu lihat lebih ramai terkorban dimana giliran kita atau keluarga kita mungkin tiba bila-bila masa.

Khas untuk JPJ dan penunggang motosikal kuasa tinggi saya ingin berkongsi pengalaman saya yang berjahit lebih 50 jahitan seluruh badan kaki dan tangan kerana kemalangan motosikal.

JPJ perlu tambahkan module teknik jatuh motor dan teknik menghadapi jatuh ketika superlaju dalam kursus mereka.

Jatuh dalam keadaan laju, badan kita tidak mampu mengikut arahan otak kerana kuasa momentum yang kuat menekan badan justeru banyak penunggang kuasa tinggi jatuh dengan cara yang salah dimana mereka maut tetapi motor kuasa tinggi mereka selamat. Jatuh pun ada tekniknya iaitu melompat sekuat hati keatas meninggalkan motor agar melambung tinggi supaya lebih masa di peroleh atas udara sebelum jatuh. 

Bagi motor tidak laju, teknik jatuh lebih mudah dipelajari walaupun ia terjadi dalam 1ms kerana badan tidak ditekan kuasa momentum.

Mungkin impaknya akan akibatkan patah atau putus, tapi nyawa masih dapat diselamatkan.

Malangnya satu-satunya cara motosikal kuasa tinggi belajar jatuh adalah dari perlumbaan motosikal 250 cc atau 500 cc yang jalan mereka luas serta menggunakan blok jerami lembut sebagai penghadang jalan dan batu kerikil sebagai brek badan ketika diheret motor. Diatas jalan raya Malaysia, besi penghadang tajam, kereta laju arah berlawanan dan gaung yang menunggu,.

Ini kali kedua cadangan saya dalam 10 tahun ini, harap kita tidak perlu tunggu lebih lama sebelum masa kita pula tiba.

No comments: