Saya tidak sokong PM, dan itu hak saya. Anda sokong PM, dan itu hak anda.
Malangnya tiada hak manusia dalam Islam, yang ada hak Allah iaitu kebenaran.
Saya dakwa saya di pihak benar dan pasti anda dakwa anda di pihak benar.
Justeru kita perlu berusaha untuk cari kebenaran dengan ilmu.
Malangnya dalam proses itu kita sering cari siapa yang salah bukan apa yang benar.
Lillahitaala, saya mahu sokong PM malah saya undi calon Parlimen BN Wangsa Maju pada PRU 13 yang lepas. Beliau adalah Shafie yang juga Pegawai Khas PM.
Saya berusaha sokong PM kita, dan blog ini ada rekod saya pertahankan PM dan menegur Tun Mahathir dengan adab Melayu, sopan, halus, penuh bahasa bahasi.
Sepertimana anda, saya cuba letakkan kepentingan Islam di hadapan kerana kita sedar kepentingan Islam lebih tuntas diperjuangkan melalui perjuangan Melayu, kerana keduanya tersimpul ampuh.
Namun saya rasa sikit kesal dengan "perangai" ahli UMNO yang "perasan" mereka sahaja yang perjuangkan Melayu dan Islam, orang lain tidak.
Kesal saya perkara kecil kerana agenda utama kita bukan saya, bukan anda, bukan Najib, pun bukan Mahathir sebaliknya, ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA.
Tiang perjuangan Agama, Bangsa dan Negara ini jadikan Malaysia Negara yang benar-benar unik dimana semua agama, semua bangsa perjuangkan agama dan kaum masing-masing sekaligus perjuangkan Negara, kecuali DAP yang sering menggambarkan Melayu rasis bila perjuangkan Melayu dan tidak sebaliknya.
Usaha gigih saya mencari sebab untuk sokong PM gagal.
Bukan kerana dosanya yang lampau, bukan kerana kesilapan beliau semalam tetapi kerana tiada perancangan untuk hari ini dan esok.
PENYOKONG PM, TOLONGLAH BACA MAJALAH EKONOMI.
1MDB rugi, derma 2.6 billion, Mahathir rasuah, Perwaja, BIMB, Proton, Rosmah, Altantuya, semua sejarah yang tidak boleh diubah.
Bosan, dan perlu ditinggalkan di belakang.
Kita perlu fokus pada hari esok kerana ia masih boleh diubah, bukan semalam yang mustahil diubah.
Mutakhir ini, lebih dari 100 pakar Ekonomi meramalkan kejatuhan ekonomi Malaysia dan rakan serantau akibat hutang Negara yang lebih seganda dari simpanan.
Orang UMNO tidak bacakah artikel dan majalah ekonomi?
Penyokong PM, I Love PM banyak yang bijak pandai, mereka tidak bacakah artikel ekonomi.
Para Menteri dan TPM tidak buat case study atas Greece kah?
Patutlah EDGE diharamkan, supaya orang Melayu yang memang malas membaca, yang memang sikit faham bahasa Inggersi, terus diperbodohkan.
Kita sudah tidak peduli isu 1MDB! Bosan!
Kita sudah lali isu derma! Mual!
Kita sudah tidak kisah Rosmah, Reza dan Jho Low! PiMam!
Kita sudah muak gerakan Tun Mahathir dan rakan! Keliru!
Tapi kita mahu tahu apa pelan Najib Razak? Apa rancangan beliau untuk Malaysia?
Beliau tidak perlu beritahu apa perancangan beliau, kerana rakyat pun sudah tidak percaya apa yang keluar dari mulutnya akibat banyak berbohong sebelum ini, tapi;
Najib Razak dan Kerajaannya perlu tunjuk tindakan Kerajaan dalam perancangan ini!
Bukan hari ini ekonomi jatuh baru mahu digerakkan pelan? Tindakan pra-perancangan, uji kaji perancangan dari pelbagai sudut patut sudah boleh dilihat!!!
Malangnya, ringgit naik sikit, jatuh banyak. Paras RM 3.60 adalah had ekonomi cukup makan.
Sebagai orang kampung yang hanya faham ekonomi dari majalah ekonomi, mustahil Malaysia jadi Negara berpendapatan tinggi jika ringgit berada atas RM 3.00 berbanding dollar.
Apakah RM 10,000 sebulan pendapatan tinggi? Kerana RM 10,000 hanyalah USD 2,000 sahaja, atau SingDollar 3,000 sahaja.
SingDollar 3,000 adalah Gaji "Fresh Graduates" di Singapura, dan sebagai Negara jiran, adakah ia gaji pendapatan tinggi kita?
Gaji Penjawat Awam Malaysia RM 3000 adalah gaji tukang sapu sampah di Singapura. Ikut teori mana Malaysia akan jadi Negara pendapatan tinggi seperti Singapura?
Ramai tidak faham keadaan Malaysia yang bimbangkan kerana mereka tidak faham hutang, dan tidak faham apa yang terjadi pada Greece?
Bagaimana sebuah Negara boleh muflis?
Saya terangkan cara mudah ;(amaran saya orang teknikal bukan orang kewangan tapi belajar dari majalah)
Pendapatan kita RM 40,000 setahun dengan perbelanjaan RM 30,000 setahun.
Simpanan kita RM 40,000 dan hutang kita RM 80,000.
Sebagai ketua Keluarga kepada ramai, kita tidak boleh gunakan simpanan RM 40,000 dan bayar semua hutang kita kerana selain ia tidak boleh dilangsaikan ia juga adalah simpanan kecemasan serta pelaburan kita.
Setiap tahun kita hanya boleh simpan RM 10,000 sahaja.
Sedangkan kadar faedah hutang adalah 8% setahun atau RM 3,000 setahun. Ini bermakna kita boleh kurangkan hutang setiap tahun kepada sebanyak RM 3000 dimana kadar asasnya akan berubah setiap tahun.
Walaupun lama dan banyak, ia dinamakan ekonomi sihat, hutan sihat walaupun berada di tahap sikit bimbang.
Masalah akan timbul apabila kita tidak bayar hutang kita RM 80,000 tadi ikut ketetapan pihak pemiutang.
Kadar 8% akan meningkat dan akhirnya RM 10,000 simpanan setahun tadi hanya mampu bayar faedah sahaja.
Kemudian ia terus meningkat akibat pengurusan kewangan teruk tadi telah menukar hutang sihat pada hutang sakit.
Walaupun kita berpendapatan RM 40,000 setahun dengan perbelanjaan RM 30,000 dan bayar bunga hutang RM 10,000 setahun "ngam-ngam" kita tidak mampu buat salah lagi.
Anak kita Wan Aim Dee Bee pula rugi berniaga dikejar Along. Kita terpaksa kurangkan pembayaran hutang untuk membantu beliau.
Kini kadar bunga pinjaman kita setahun sudah menjadi RM 30,000 setahun dengan pokok RM 80,000 dan pendapatan kita hanya RM 40,000 serta simpanan RM 40,000!
Hari ini, esok hingga seratus tahun lagi, kita berkerja untuk pemiutang. Setiap hasil yang kita dapat adalah untuk bayar hutang. Untuk perbelanjaan, kita akan gadai satu persatu harta kita.
Itulah caranya kerajaan muflis!
Malaysia ada simpanan RM 400 billion dan pendapatan cukai hasil, pintu, jalan, import eksport, GST, royalti Petronas(pada harga RM 120 setong) semuanya hampir RM 400 billion.
Perbelanjaan Kerajaan yakni gaji, tadbir urus, elaun, Jet dan lain-lain semuanya hampir RM 300 billion dimana hutang Negara hampir RM 700 billion ditambah RM 300 billion hutang jangka panjang dengan kadar faedah serendah 4 peratus.
Bagaimana Kerajaan mahu bayar hutang RM 1 trillion sedangkan simpanan hanya RM 400 billion, pendapatan kasar RM 400 billion dengan perbelanjaan tahunan RM 100 billion?
Akhirnya, Malaysia akan muflis.
Muflis bukan seperti orang Muflis, tapi kita berkerja, bayar cukai pintu dll semuanya untuk membayar bunga hutang hingga 1000 tahun lamanya.
Kesimpulannya, saya mahu sokong PM kerana saya secara peribadi berpendapat tiada siapa yang lebih layak dari beliau dalam kalangan UMNO!
Tapi, Najib perlu bertindak cepat, perlu merancang hari esok, sekurangnya beritahu ahli UMNO kerana mereka memang tidak tahu apa-apa, agar mereka boleh terangkan pada rakyat.
Hakikatnya,kita berada dalam keadaan amat berbahaya dan menyokong PM dengan hanya bercakap soal perkara lepas dan semalam tidak langsung bijak malah bodoh, kerana kita mahu tahu ada apa dengan hari ini dan hari esok?
Lebih lagi, adalah tanggungjawab Kerajaan menjelaskan laporan ekonomi khususnya dari analisis luar negara untuk kawal "spekulasi"?
Peliknya Kerajaan hanya biarkan laporan tersebut dan tiada penjelasan kukuh perancangan kerajaan membayar hutang dan paling penting membawa Malaysia keluar dari krisis ekonomi seperti zaman Gelap Amerika.
Najib Razak langsung tidak beritahu pelan Kerajaan mahu bayar balik hutang Syarikat Milik Kerajaan 1MDB?
Apa perancangan Kerajaan samada mahu tutup atau biarkan 1MDB beroperasi dengan kos gaji berjuta ringgit sebulan sedangkan 1MDB tiada ada "income" atau pendapatan!
Kalau ada sekalipun ia tetap tidak cukup untuk bayar gaji dan langsung sedikit pun tidak cukup untuk membayar bunga hutang.
Dan ahli UMNO pula terus sokong membabi buta tanpa mahu bertanya apa akan jadi pada Malaysia jika hutang jangka pendek melebih paras RM 800 billion?
Jangan percaya saya, saya bukan ahli ekonomi. Tolonglah baca majalah dan artikel ekonomi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment