ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, May 27, 2016

Pesanan Pada Anti Vaksin: Berpecah Kita Roboh, BerSATU Kita Teguh

Pada 2008(anak pertama) saya akui saya rasa "dipaksa" ambil vaksin wajib dan kerana kekangan kos, saya tidak ambil vaksin option.

Pada 2011(anak kedua), anak saya dibedah paru-parunya seawal hari pertama. Doktor cadangkan saya ambil tambahan vaksin option, saya ambil walaupun "terpaksa".

Saya sepertimana anda bersikap "Ahh, zaman dahulu mana ada vaksin, sihat sahaja datuk moyang kita, umur pun lebih panjang dari kita".

Malahan, kalau boleh saya mahu isteri saya lahirkan anak secara normal dan Tawakawal(tawakal awal). Ialah, kalau mati ia sudah takdir Allah, kita serah sahaja bulat-bulat pada Allah.

Ayat serah bulat-bulat pada Allah muncul kurang dari 5 kali dalam AlQuran.

TAPI ayat "Allah suka pada orang yang perbaiki amalan" muncul puluhan kali.

Apa yang sudah terjadi adalah takdir Allah - no arguement,
NAMUN apa yang belum terjadi, akan terjadi mengikut "iqra" dan usaha seseorang manusia sudah tentu dengan izin Allah juga.

Maafkan saya jika anda jemu sikit baca artikel/komen yang caj alim guna nama Allah, AlQuran dsb, malah pengkritik juga dengan mudah kritikas(kritik balas) dengan berkata, kau guna nama Allah, Islam, AlQuran tapi engkau sendiri tidak betul, tiada kelayakan dsb.

Bukan anda sahaja rasa seperti itu, saya juga rasa seperti itu hingga saya jumpa ayat AlQuran yang katakan, "apabila disebut ayat-ayat Allah, janganlah kamu berpaling darinya". Kini saya tidak berani berpaling lagi walaupun kadang-kadang perasaan "menyampah" pada sipengutur masih ada - ikhlas dari "saya yang masih berusaha berubah!"

PESANAN PERTAMA adalah pesanan Allah pada kita yakni Allah suka orang yang perbaiki amalan.(disebut banyak kali dalam AlQuran lebih banyak dari serah bulat-bulat pada Allah)

PESANAN KEDUA adalah dari saya pada golongan anti vaksin yang katakan zaman dahulu tiada vaksin tetapi bayi sihat, nenek moyang kita panjang umur dll.

Zaman dahulu bukan sahaja tiada vaksin tapi juga tiada bius jadi kalau esok kita kena bedah perut, jahit tangan dll minta Doktor jangan letak ubat bius kerana orang dulu luka tidak letak ubat bius sihat sahaja.

Kita belum cerita tentang makanan orang dahulu yang ditanam sendiri tanpa baja, tanpa RACUN serangga perosak, tanpa suntikan pada ayam, tanpa peti ais dan pengawet menyimpan daging dan ikan bertahun sebelum kita makan, tanpa asap kereta dan industri yang disedut paru-paru mereka dll.

Malahan, orang dahulu gaya hidup sihat mereka "berak" di Sungai atau dilubang kambus sendiri sedang kita tidak pernah lihat tahi sendiri. Mereka mandi dan minum air telaga tanpa klorin dan plumbum, mereka tiada HP/Astro yang beradiasi(zaman Nokia isu radiasi HP sering dibincangkan kenapa kini didiamkan), tiada Dettol kerana mereka sagat daki dengan sabut kelapa- pedih ooo, dan bermacam lagi.

Hakikatnya zaman dahulu bukan sahaja tiada vaksin tapi juga tiada dialisis, tiada pintasan jantung, tiada kaki, tangan palsu, jadi apakah kita patut contohi orang dahulu?

Patutkah kita ikut cara orang dahulu bersihkan buah pinggang yang rosak, ikut cara mereka ubati jantung, ikut cara mereka ubat asma dengan menelan anak tikus dsb.

Malahan zaman dahulu tiada HIV dan penyakit kifarah lain kerana orang dahulu walaupun mundur(pada pendapat kita), tapi mereka takut pada Allah.

Orang pada zaman ini maju tapi sedikit sahaja yang takut pada Allah. Tidak perlu tengok jauh, tengok kiri, kanan kita pun sudah boleh nampak beberapa rakan yang tidak takut pada Allah. Kalau tidak nampak juga, tengok sahaja ahli politik dan pentadbir kuasa kerajaan, pasti nampak jelas.

PALING MUDAH, komitmen anti vaksin boleh terbukti jika anda sunat anak anda kelak dengan Tok Mudim. Tiada bius dan guna pisau ikut cara orang dahulu, berkubang dalam parit seharian digigit Aedes yang comel, sihat sahaja! (Tok Mudim sekarang pun dengarnya guna cecair bius, gunting dan ubat kuning)

Mulakan dengan anak sendiri pasti ramai akan ikuti tanpa pertimbangan!

Samada anti vaksin betul, atau pro vaksin betul, samada saya betul, atau anda yang betul tiada jawapan kerana tiada siapa mahu mengaku salah.

Namun, salah atau betul tidak tentukan pihak menang atau kalah kerana anti vaksin ada hujahnya ie tiada bukti saintifik kukuh boleh buktikan anak tiada vaksin mereka penyebab penyakit pada anak vaksin dan Pekerja Asing juga tiada vaksin TB, Malaria dsb, begitu juga pro vaksin ada hujah mereka dengan kes-kes penyakit terkawal menular kembali.

Sebaliknya yang menang/betul adalah mereka yang berfikir dengan hati dan yang kalah/salah adalah mereka berfikir dengan otak kerana lembu pun ada otak dan mereka yang berfikir dengan akal kerana anjing pun ada akal.

Sama-sama kita fikir dengan hati! Insya Allah, Tuhan tunjukkan jalan MUSTAQIM untuk ABDUL(hamba) RAHMAN(Allah).  :):) ;p ;p

Akhir kata, jom kita renung peribahasa orang-orang dahulu yang tiada vaksin ini, berpecah kita roboh, bersatu kita teguh.

Jom jadi SATU khususnya dalam kebaikan dan masa hadapan anak-anak kita.

PS: Saya mungkin tidak setuju dengan golongan anti vaksin, tapi saya juga tidak setuju dengan tindakan mana-mana pihak ie Tadika yang letakkan syarat hanya kanak-kanak vaksin sahaja diterima kerana masalah tidak diselesaikan dengan cipta masalah lain.

Syarat seperti ini jika disokong Kerajaan amat malang, kerana KERAjaan bukan kera yang mentadbir, tapi manusia yang sewajarnya fokus pada penyelesaian bukan pada masalah. Fokus pada hari esok, bukan pada 20 tahun dahulu ketika Mahathir menjadi PM. :(

Sebagai Kerajaan, pihak berkenaan boleh hantar Doktor/Jururawat untuk beri vaksin pada anak-anak yang tidak bersalah ini(mereka tidak salah kerana ibu bapa yang enggan), atau sesi penerangan@kaunseling@rayuan(panggil apa sahaja asalkan matlamat tercapai) untuk ibu bapa yang enggan.

Mungkin ada masalah jika penjaga enggan, tapi selagi kita mahu berusaha kearah kebaikan, tiada apa yang boleh halangnya. Positif!

No comments: