Masyarakat madani atau yang disebut pihak Barat sebagai “Civil Society” mempunyai prinsip asas pluralis, toleransi dan hak asasi manusia serta terkandung di dalamnya prinsip ‘demokrasi’.
Sejarahnya bermula seawal tahun 300 Masihi, ketika Nabi Muhammad SAW masih belum lahir.
Para ahli agamawan, dan falsafah "cuba" sementara ahli politik terus kaitkan madani dengan Islam, Madinah, Nabi SAW, pemikiran Ibnu Khaldun dan sebagainya.
Malah Anwar sebagai TPM cuba memenangi pemikiran Rakyat untuk menerima idea madani dengan menamakan Masjid Utama di Bandar Sri Damansara sebagai Masjid Al-Mukarramah.
Malangnya, Madani adalah acuan barat dan bukan Islam dimana demokrasi dan hak asasi manusia bukan sesuatu yang dijunjung Islam.
Pada tahun 1990, Utusan Malaysia menerbitkan akhbar sisipan 20 muka selama 2 hari berturut-turut menerangkan konsep masyarakat Madani.
Pada usia mentah 10 tahun, dari pemahaman saya, masyarakat madani adalah satu lagi punca kejatuhan Islam iaitu mengamalkan kasta antara elitis dunia dan si miskin.
Walaupun pengikut Anwar(UMNO) pada masa itu mendakwa ia baru dalam perancangan tapi ia juga dilihat kebijaksanaan Anwar mahu imbangi kuasa Al-Arqam yang semakin berkembang di "kampung" sebelah.
Hingga hari ini idea masyarakat Madani tidak pernah luntur khususnya bagi golongan elit yang tidak mahu "bercampur" dengan kekotoran(miskin).
Ia kemudian dijanakan semula dengan jaya oleh Indonesia yang mempunyai jurang besar antara orang miskin dan orang kaya.
Hampir semua Presiden selepas Suharto menyebut dan menekankan usaha kerajaan mewujudkan masyarakat madani di Indonesia termasuk BJ Habibie dan SBY.
Hakikatnya, konsep madani mampu memberi keselesaan kepada golongan kaya di Indonesia, golongan kaya di India dan ditempat lain yang mengamalkan kasta atau punya jurang yang besar.
Berbalik kepada persoalan apakah masyarakat Madani ini baik atau buruk?
Jika ditanya pada golongan profesional. elit, dan kaya sudah tentu ia baik kerana ia sudah lama dipraktikkan di Negara maju London, Scotland, Amsterdam dan banyak lagi.
Tapi apa nasib orang Miskin dalam masyarakat Madani?
Jika ibu bapa anda miskin, atau esok anda sendiri menjadi miskin, maka secara automatis anda akan keluar dari masyarakat Madani, bagaimana?
Orang miskin melihat masyarakat Madani dengan cara berbeza, tetapi kebanyakan percaya ia adalah usaha sisihkan dan mengkelaskan simiskin pada golongan "hamba" atau "second class".
Samada anda adalah golongan realistik, idealis dll yang penting adalah bagaimana Madani boleh memanfaatkan umat Islam khususnya dari sudut perpaduan serta keimanan?
Tidak perlu disorokkan, di Malaysia sudah banyak perumahan madani tumbuh dimana orang kaya, tinggal dengan orang kaya, dan miskin tinggal dengan orang miskin.
Madani adalah skala masyarakat bukan skala perumahan, namun seperti doktrin lain ia hebat dalam pengaruhi minda masyarakat berlainan budaya sebagai contoh doktrin Karl Marx lebih diresapi oleh Komunis China dan Korea Utara berbanding Rusia sendiri.
Manusia, jika mengikut kajian sains tidak mempunyai kuasa dalam menentukan pilihan hidup(baju apa, warna apa, rumah apa, makan apa) dimana semuanya dimanipulasi dan dipengaruhi oleh "super elit" yang kewujudan mereka kekal misteri.
Saya orang Miskin tapi mungkin kaya esok, begitu juga anda orang kaya mungkin miskin esok, justeru secara peribadi untuk saya sokong atau tidak sokong masyarakat Madani ia bukan isu.
ISUNYA bagaimana ia memecahbelah orang ISLAM kepada kasta.
CONTOH terbaik masalah perumahan Madani dapat dilihat di Bandar Sri Putra yang jelas mengkelaskan penduduk Bukit Mahkota sebagai kasta pertengahan dan Kampung Bangi sebagai kasta paling rendah dalam Islam.
Islam ada kasta? Tetapi itu yang sedang berlaku, secara halus dan tanpa disedari.
Jika kita sendiri(bukan tanggungjawab kerajaan) tidak berusaha menghentikan madani maka Islam akan ada kasta sepertimana elitis Jabatan Agama Islam yang selesa memakai kot duduk di bilik hawa dingin tanpa perlu berpanas, digigit serangga berdakwah kedalam hutan.
Golongan madani di perumahan Bandar Sri Putra ini kemudian akan "outclass" golongan bukan Madani dengan membeli hartanah mereka di Bukit Mahkota, dan seterusnya Kampung Bangi dalam kurang 20 tahun lagi.
Pada masa itu kawasan terbut bukan lagi perumahan madani, tapi ia akan menjadi masyarakat madani dimana mungkin Masjid dan golongan agama di situ juga akan memilih mayat berdasarkan tangga gaji mereka!!!
Perlu diingat, kasta dalam agama telah akibatkan Arab berpecah dengan teruk, dan kaum Saudi mengambil tindakan "saya tidak buat siapa mahu buat" dan mengawal Arab secara kasta dengan taktik divide and rule tanpa kira siapa sekutu mereka.
Malaysia masih berupaya hentikan masyarakat Madani dari merosakkan agama, mengkelaskan orang Islam ikut harta, pangkat, pendidikan dsb.
Orang elit perlu pergi ke Kariah orang Miskin, vice versa kerana sekaya dan sehebat mana kerjaya anda, ingatlah, rumah mewah 7 kaki panjang, 3 kaki lebar dan 6 kaki dalam jua destinasi kita semua.
Wallahualam.
PS: Idola saya dari kecil hingga hari ini masih Anwar Ibrahim dan Mahathir. Pada saya Anwar lebih berkarisma dari Mahathir.
Masyarakat Madani adalah perkara pertama yang saya tidak setuju dengan Anwar Ibrahim kerana sebagai anak kecil berusia 10 tahun, saya hanya mampu fikir jika Islam mengkelaskan umatnya mengikut perhiasan dunia dan bukan keimanan dan ketakwaan, apa beza Islam dengan agama Kasta dan agama berpaksi institusi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment