Jangan risau, saya bukan mahu "hasut" anda masuk tarekat!
Tarekat bermaksud jalan. Apa jua jalan, baik Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Wahabi, 4 Imam, Tabligh dll semua dipanggil tarekat.
Malangnya, stigma terhadap terma tarekat ini begitu pekat dan likat hingga bila sebut tarekat sahaja terus terbayang ajaran sesat, kahwin kanak-kanak, anti kemajuan, kafir, syirik, dan bermacam lagi!
Sebenarnya, stigma buruk dialami terma tarekat ini juga sedang dijalankan keatas terma ISLAM oleh Barat.
Sebut sahaja Islam, terbayang kekejaman, keganasan, perempuan dipaksa, anak diseksa, kemiskinan, kemunduran dan bermacam lagi.
Secara harfiahnya Syurga tidak dimasuki kerana seorang Muslim baik atau jahat, solat atau tidak dll.
Syurga adalah hak ekslusif Allah dan AlQuran jelas sebut kita masuk Syurga kerana rahmat Allah, dan walaupun AlQuran tidak sebut syafaat Nabi menyumbang tetapi kita percaya ya.
Tidak kira dimana anda berdiri, kita semua mahu keRedhaan Allah.
Pada hari keadilan kelak, setiap Nabi dan Rasul akan dipanggil menjadi saksi bagi umatnya.
Para sahabat akan di adili, dan Nabi Muhammad SAW akan dipanggil sebagai saksi.
Almaklumlah ketika itu setiap manusia hanya mahu lepaskan diri dari neraka dan akan buat apa sahaja demi melepaskan diri walaupun terpaksa menuduh ibu, ayah, isteri, anak malah Nabi SAW dan Tuhan mereka sendiri.
Kemudian, akan dipanggil sipolan, umat 500 tahun lepas Nabi SAW.
Ditanya, dan disoal oleh para Malaikat dan Nabi hadir sebagai saksi.
Untuk sahkan jawapan sipolan itu akan dipanggil Gurunya/Bapanya yang mengajarnya sebagai saksi.
Betulkah anda mengajar si polan seperti ini dan seperti itu?
Maka saksi akan sahkan dan akan berkata, Ya Allah, benar aku ajarkan padanya apa yang diajarkan kepadaku oleh Guruku/Bapaku!
Kemudian, Guru kepada Guru atau Bapa kepada Bapa kita akan dipanggil, untuk menjadi saksi yang "risalah Allah" telah sampai kepada mereka oleh Rasulullah SAW(ada dalam Quran juga).
Hingga sampai kepada Nabi SAW, dan Baginda akan menjadi saksi kepada umatnya!
Justeru, tidak kira apa tarekat anda, sunnah wal jamaah atau apa sahaja, pastikan berguru.
TREND menyampaikan ilmu tanpa guru ini amat merisaukan apatah lagi bila ayat-ayat tersebut tidak ada dalam AlQuran.
Bukan kelayakan saya mahu katakan TREND ini salah atau betul, sesat atau tidak kerana saya tidak layak!
TAPI, kecenderungan TREND berguru di FB ini mempunyai risiko yang amat besar kerana di hari bersoal jawab kelak, siapa yang tidak berguru tidak akan berjaya dapatkan Nabinya sebagai saksi yang membantunya!
Atau lebih tepat, umat yang mendapat syafaat Nabinya sendiri justeru layak untuk rahmat Allah.
Sekali lagi saya tekankan, saya bukan mahu anda masuk mana-mana tarekat, tapi saya hanya mampu berharap agar kita semua berguru!
Benar atau tidak, ia jelas lebih berkat dengan berguru dan tidak semestinya Guru Tarekat. Ramai Guru Syariat, Ustaz, Ulama dll yang layak untuk ajar anda. Asalkan berguru dengan pewaris Nabi bukan pewaris Facebook Mark Zuckerberg.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment