Semua yang "mimpikan" Johor, Sabah, Sarawak dan Kelantan keluar dari Malaysia, tolong baca undang-undang PBB(UN Law).
Perlembagaan PBB dengan jelas mengatakan mana-mana "Negeri" keluar dari Negara dan mahu bentuk Negara Baru akan jadi negera tidak berdaulat.
Ingat perkataan NEGARA TIDAK BERDAULAT!
Sejarah Tingkatan 2 buktikan Malaysia sebelum ditubuhkan pada 1963 telah memohon jadi ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu dan hanya jika diterima Malaysia akan jadi NEGARA BERDAULAT
Perlembagaan PBB wajibkan pemohon mendapatkan sekurang-kurangnya dua undian dari Negara Jiran.
Permohonan Malaysia disokong Thailand tetapi dibantah keras oleh Filipina dan Indonesia(Malaysia ketika itu termasuk Singapura dan Brunei).
PBB tolak permohonan Malaysia dan bermulalah konfrontasi dengan Indonesia yang tidak mahu sokong Malaysia jadi Negara Berdaulat.
Akhirnya, Tun Razak(bukan Najib) yang bijak berjaya memujuk Presiden Aquino Filipina untuk sokong sekaligus melenyapkan cita-cita besar Presiden Sukarno Indonesia.
Malaysia akhirnya diterima menjadi Negara Berdaulat pada 16 September 1963.
Jangan heret Rakyat Malaysia jadi kebudakan dan undur kebelakang dengan cerita "mission imposible" boleh keluar dari Malaysia semudah itu.
Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak perlukan undi dari Malaysia dan Singapura,Thailand atau Filipina untuk diiktiraf ahli PBB dan jadi Negara Berdaulat.
Negeri ini akan jadi Negara tidak berdaulat dimana ia boleh diserang dan tidak akan dibantu PBB, dab semua hasil lautnya termasuk gas dan petroleum milik PBB.
Itu belum diambil kira pergolakan kuasa dan peperangan saudara untuk rebut kuasa pemerintahan Istana dan politik dimana ia tidak akan dibantu oleh sesiapa termasuk PBB!!
Malah mungkin ramai pihak haluan kiri akan ambil kesempatan.
Siapa yang akan jadi mangsa ketika itu?
Sudah pasti rakyat yang tidak tahu apa!
Apa nasib Sultan dan ahli politik?
Itu, saya fikir anda boleh lihat bagaimana nasib mereka di Negara-Negara lain, mereka tetap mewah, senang, cukup makan, aman, tenteram, bahagia dan sebagainya walau berapa buruk pergolakan Negara mereka.
Rakyat perlu fikir, apakah mereka mahu kembali mundur pada zaman dahulu seperti riwayat Maharaja China yang memenggal kepala rakyat yang tidak tunduk sujud padanya, ambil isteri orang dan miliki 3000 Gundik dan sebagainya!
Akhir kata, di Korea Utara ada seorang lelaki yang mempunyai kuasa besar tunggal dalam Negaranya dan lihat apa jadi pada Korea Utara! Manusia berubah, sebelum ada duit dia diam, bila ada duit dia bising, bila ada kuasa dia menekan, bukan orang lain, kita sendiri pun mungkin begitu.
PS: Ada komentar dakwa Sarawak juga minta keluar dari Malaysia. Sarawak bijak dan faham undang-undang PBB jadi Sarawak bukan minta keluar dari Malaysia, tetapi mereka minta kuasa autonomi.
Ada juga yang komen tentang Undang Tubuh Negeri yang berlainan antara Negeri serta contoh Singapura dan Brunei keluar dari Malaysia.
Dalam undang-undang dia ada pindaan, Undang-undang Tubuh Negeri ada pindaan samada pindaan dalam Negeri mahupun Persekutuan. Singapura dan Brunei keluar dari Malaysia sebelum 1970, ketika itu PBB masih belum wartakan undang-undang seperti UNCLOS, undang-undang sempadan, undang-undang gas, hasil bumi dll.
PS2: DAN, katalah apa yang saya katakan diatas semuanya salah belaka, maka berikanlah saya keuntungan jika mana-mana Negeri keluar dari Malaysia.
Dari bersatu kita berpecah. Lihat sahaja bagaimana pertumpahan Arab yang saling berbunuhan antara Syiah dan Sunni berlarutan hingga hari ini.
Lihat sahaja bagaimana Timor Leste yang tiada industri dan hanya ada hutan belantara memperoleh kemerdekaan dari Indonesia untuk menjadi Negara Berdaulat pada awal 2000 masih bergelut dan bergaduh sesama sendiri hingga hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment