Sedikit latar belakang mengenai saya.
KM: 2,000,000 ++
Jalan DiLiputi:
Seluruh Jalan Utama N9, 80% Jalan Utama Melaka dan Penang, 60% Jalan Utama Johor, PLUS, LPT, LTB, Singapore, Jakarta-Bandung, Dubai-Abu Dhabi, KK-Lahad Datu.
Umur capaian: 30 tahun
Saya adalah pemandu tegar dan syukur pada Allah, menepati kriteria, "feel the road" and "feel the car".
Saya mengaku saya juga ada menggunakan Emergency Lane atau Lorong Kecemasan sepanjang memandu lebih 2,000,000km ini lebih lagi pada Musim Perayaan, Polis Trafik sendiri arahkan kereta menggunakan lorong kecemasan supaya aliran trafik tidak kena kesesakan maut atau "deadlock".
Saya tidak mahu menolak tanggungjawab atau komen seperti saya tidak bersalah kerana saya boleh katakan saya fahami corak pemanduan pemandu mengikut Negeri.
Untuk pengetahuan anda, corak pemanduan pemandu adalah berbeza mengikut Negeri khususnya N9, Melaka, Johor, Pahang, Penang, dll, begitu juga Indonesia di Padang, Medan dan Jakarta juga berbeza dan perlu saya beri kredit, pemandu Johor(bukan JB) antara yang berdisplin.
Cerita ini akan menjadi menarik jika saya sentuh tentang penggunaan lorong kecemasan yang akibatkan Ambulan tersangkut dan bantuan tidak sampai pada masa hingga akibatkan dua nyawa melayang.
Fahami fakta ini;
Kesesakan di Lebuh Raya amat menyeksakan!
Justeru, ramai pemandu tidak dapat bersabar dan menggunakan Lorong Kecemasan termasuk saya. Saya bukanlah pengguna lorong kecemasan tegar, dari 10 kesesakan saya lalui, mungkin 1-2 kali sahaja saya gunakan lorong kecemasan atas sebab "kecemasan peribadi".
Kita boleh bercakap soal masalah sampai bila-bila, boleh maki-memaki, boleh merendahkan orang yang tidak sependapat dengan kita, boleh apa sahaja tapi ia tidak akan membawa kita kemana-mana.
Sebaliknya, kita harus bercakap dan fokus pada penyelesaian.
Penyelesaian bila kesesakan berlaku di Lebuh Raya;
PENYELESAIAN PERTAMA:
Adalah dari pihak PLUS atau Polis. Pada Musim Perayaan, Polis Trafik sendiri arahkan kereta menggunakan
lorong kecemasan supaya aliran trafik tidak kena kesesakan maut atau
"deadlock".
Pihak PLUS patut bertindak cepat guna pakai sistem tahan dan lepas.
Dan jika dekat dengan susur keluar, PLUS boleh arahkan pemandu masuk ke laluan alternatif dan minta Polis beri kelancaran jalan "dalam" sebagai contoh, dalam kes ini, pemandu dalam kesesakan boleh guna susur keluar PEDAS, dan memandu hingga ke Seremban dengan lancar di bantu Polis sebelum guna pelbagai pilihan seperti LEKAS, NILAI, Cyberjaya dll untuk ke Kuala Lumpur.
PENYELESAIAN KEDUA
Bila saya mahu cepat dan kecemasan peribadi, saya gunakan lorong kecemasan. Ada yang baik hati beri laluan, ada yang sakit hati tutup laluan.
Hari ini, hari saya, esok mungkin hari anda, dan anda gunakan lorong kecemasan atau "rampas" lorong orang lain secara paksa.
Biasanya bila saya bukan dalam kecemasan, saya tidak akan gunakan lorong kecemasan dan akan biarkan orang yang harinya perlu guna lorong kecemasan gunakan tanpa halangan atau sakit hati dari saya.
Jika isteri saya "cucuk", saya akan jawab, mungkin dia sakit perut mahu buang air agaknya.
Lagipun, memandu di Lebuhraya fokus pemanduan mudah hilang kerana bosan, jadi bila kesesakan kita boleh fikirkan hal rumah, pejabat, destinasi dan ambil "nafas" untuk fokus semula.
Penyelesaian KEDUA, adalah pentingnya kita bertolak ansur atas jalan raya.
Jangan hari-hari pula guna lorong kecemasan dan jangan pula halang orang lain yang ada kecemasan peribadi.
Dapat dilihat di rakaman video, kereta yang berada atas lorong kecemasan menghalang laluan Ambulan kerana kereta yang berada di Lorong paling kiri tidak beri ruang untuk mereka masuk.
Kalau pengguna lorong kecemasan pembunuh, lorong paling kiri boleh dianggap "rakan subahat."
PENYELESAIAN KETIGA.
Bukan sahaja di PLUS malah di Jalan Kuala Lumpur juga ada corak aliran trafik. Di Jalan Kuching, di Jalan Cheras, di Puchong, di Federal, di mana-mana sahaja, ada corak dimana jika kita mahu cepat, kita ambil lorong paling kiri dan himpit semula ke kanan bila berada di hadapan.
Masalah ini tidak dapat dielakkan kerana bilangan kereta di Kuala Lumpur terlalu banyak justeru undang-undang tidak dapat diikuti dengan sepenuhnya ie 30 kaki jarak antara dua kereta.'
Semua tahu, pihak yang ambil kiri kemudian himpit kanan akibatkan Jalan sesak teruk. Saya tidak nafikan, tapi jika diteliti punca, pemandu kereta perlahan suka berada di lorong paling kanan sedangkan mereka perlahan.
Mereka tidak mahu cepat, tapi mereka mahu selesa. Memandu di lorong paling kanan dengan kelajuan 50km, tidak perlu ubah laluan, tidak perlu brake kerana kereta hadapan jauh.
Akibatnya, pemandu mahu cepat terpaksa guna taktik kiri himpit kanan.
Penyelesaian masalah adalah sekali lagi SIKAP PEMANDU perlu beri laluan pada mereka dan susahkan diri anda sedikit di Lorong perlahan dan tengah kerana mereka lebih perlahan dari anda.
Ini adalah terpaksa, jika tidak, 1000 lorong pun tidak cukup jika setiap kenderaan mahu memandu ikut suka kelajuan dia tanpa ambil kira faktor luaran.
PENYELESAIAN KEEMPAT
Rancang Perjalanan.
Sikap pemandu di Malaysia adalah busuk hati.
Mereka memandu perlahan, dan bila nampak kereta dihadapan mahu tukar lorong mereka akan tekan minyak dan himpit rapat supaya tiada ruang.
Bila sudah berjaya menghalang, mereka akan memandu perlahan dan kembali jarakkan kereta mereka dengan kereta dihadapan.
Ini berlaku kerana pemandu tidak diajar modul pengurusan perjalanan semasa ambil lesen memandu.
Apa yang terjadi di Lebuhraya PLUS hingga akibatkan kematian boleh dielakkan sekiranya pemandu merancang perjalanan dengan baik.
Bagi yang tidak mahu memandu cepat, boleh guna jalan lama, atau boleh masuk ke RnR dan berehat.
Malah, boleh beri laluan kepada pengguna lorong kecemasan yang mahu cepat.
Lagipun, kemana kita boleh pergi dalam kesesakan itu, paling jauh pun 7-8 kereta dihadapan.
Mungkin pengguna lorong kecemasan tidak berfikir seperti itu, tetapi jika semua tidak, siapa akan. Kita boleh mulai, dan percayalah pada kitaran hidup, esok lusa, anak muda ini akan belajar dan mereka pula akan beri laluan guna laluan sesak dan beri laluan orang lain guna lorong kecemasan.
MATANG ATAS JALAN RAYA adalah kata kuncinya.
Alfatihah untuk 2 beradik tersebut.
Alfatihah,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment