Salam Puan Lisa,
Saya berharap Puan berada dalam inayah dan rahmat Allah bersama orang yang disayangi.
'
Mutakhir ini heboh dengan MO Courth Mammoth yang dikatakan menipu ramai pelanggan.
Apa penipuannya, saya tidak mahu buang masa senaraikan, boleh lihat sendiri di laman sosial.
Puan Lisa,
Isteri saya amat meminati Puan sejak dahulu bertanya kepada saya.
Lisa tidak sedarkah dia bersubahat dengan Court Mammoth untuk menipu pelanggan bila dia menjadi Duta Courth?
Jawapan saya pada hari pertama soalan ini ditanya adalah ringkas;
Manusia! Mana dia peduli hal orang lain, asalkan dia dapat duit itu lebih penting!
Hari Kedua isteri saya bertanya lagi. Mungkin disebabkan ada pengviral kedua kes penipuan Courth.
Jawapan saya juga ringkas.
Kalau ditanya pada Lisa sudah pasti dia akan jawab "kalau saya tidak jadi Duta, orang lain akan jadi Duta! Sama sahaja, paling penting kesedaran agar tidak tertipu."
Dan hari ini hari ketiga, isteri saya masih bertanya soalan sama pada saya membuatkan saya percaya beliau amat meminati dan menyayangi Puan Lisa.
Bosan dengan soalan, jawapan saya kali ini adalah saya berjanj padanya akan menulis pada Puan Lisa.
Saya bukanlah orang yang layak untuk menjatuhkan hukuman subahat, halal, haram, kafir dsb pada Puan Lisa dan pada sesiapapun.
Justeru, Puan Lisa boleh merujuk kepada Ustaz/Dr Maza/ Mufti/ Ulama dll yang lebih arif dalam bidang ini untuk menjelaskan hukum menjadi DUTA KEPADA PRODUK YANG MENIPU, itupun jika "terbukti" Courth menipu.
Tapi dalam hukum Islam, jika Courth tidak menipu kerana pelanggan yang setuju tandatangan sekalipun, dalam perniagaan masih ada hukum riba untung!
Wallahualam.
Sekali lagi, saya tidak menjatuhkan apa-apa hukum mahupun menuduh, cukup saya katakan, saya adalah suami kepada peminat Puan yang amat ambil berat tentang Puan, justeru saya hanya sampaikan harapan peminat Puan agar Puan menyelidiki hukum Islam tentang hasil dari menjadi Duta Courth ini.
Untuk rekod, kajian Sains dan juga pengiklanan membuktikan 70% kebolehpercayaan pengguna terhadap produk di dorong oleh faktor testimonial samada oleh Duta produk mahupun pelanggan sedia ada.
PS: Arwah Pak Cik saya Zainal Abidin pernah berkata, beliau gembira menjadi "jaga" Masjid kerana duitnya berkat walaupun sikit.
Duit banyak tapi tidak berkat, Allah akan kenakan "cukai" tinggi seperti sakit, masalah, anak sakit dsb yang akhirnya duit itu alir keluar jua.
Dia bukan ulama, tapi saya setuju dengan nasihatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment