Selama 15 tahun saya saksikan pelbagai keajaiban Allah dengan mata saya sendiri.
Sebut apa sahaja, semua pernah saya saksikan sendiri waima dengan ayat seringkas AlFatihah!
Kalau anda fikirkan penyakit/masalah anda mustahil diubati/diatasi, tiada yang mustahil dengan DOA!
Paling segar dalam ingatan adalah "pesakit" anak cacat.
Setiap kali anak cacat dibawa sebagai "pesakit", soalan wajib adalah "Apakah ini dosa atau ujian?"
Seperti biasa, hanya jika diminta(jika tidak dia tidak akan cerita hal lepas) Abah akan jawab secara terang dan jelas walaupun kejadian itu berlaku 10,20 mahupun 100 tahun dahulu, walaupun Abah tiada ketika kejadian itu berlaku.
Itu sedikit sebanyak keistimewaan yang Allah kurniakan padanya, dan Allah kuburkan anugerah itu bersamanya 20 tahun dahulu.
Sebagai pemerhati(bukan pewaris), saya hanya mampu berkongsi masa lepas itu sebagai harapan kita semua untuk masa hadapan. Bersama-sama!
Anak Cacat! Dosa Atau Ujian?
Dosa adalah masa lepas yang tidak perlu dikenang lagi(jika ada).
Arwah Abah yang juga Guru saya selalu pesan, lihat kehadapan, renung diri sendiri kerana Allah suka orang yang perbaiki amalan.
KESIMPULANNYA;
Anak cacat adalah satu "peluang" yang Allah bagi khas kepada ibu bapa anak cacat.
Jika lulus, mereka akan berada di barisan hadapan sekali masuk ke Syurga Allah.
Justeru, jika anda ada anak cacat, jangan bersedih! Allah menawarkan anda jalan pintas ke Syurga. Kemasukan secara auto ke Syurga dengan mudah hanya dengan menjaga "anak" Allah itu dengan baik.
Allah tidak akan timpakan manusia dengan dugaan yang tidak mampu dirinya pikul.
Allah juga berjanji akan uji manusia dengan cara yang berbeza.
Ada yang diuji dengan kekayaan wang dan ringgit.
Ada yang diuji dengan kemiskinan.
Ada yang diuji dengan sakit.
Ada yang diuji dengan anak.
Ada yang diuji dengan sifat takbur, riak, wujud, samaah, sombong, ceroboh tanah, munafik, syirik dan pelbagai lagi.
Malahan, sifat mulia juga adalah ujian bukan sahaja pada manusia, waima pada Nabi sendiri.
Senantiasa bersyukur pada Allah, walau anak anda cacat, bukan semua orang diberi peluang sama.
MEMANG, mudah saya bercakap, kerana anak saya tiada yang cacat. Sukar untuk saya letak kaki saya dalam kasut anda, dan bercakap dengan kesengsaraan dan pengorbanan anda.
Tapi, percayalah, kita semua hanya mampu berserah padaNYA dan berharap rahmatNYA pada kita.
Walau saya tiada anak cacat, tapi dari kecil saya bergaul dengan pesakit Abah yang cacat dan lihat air mata ibu bapa mereka.
Saya mungkin tidak faham, tapi saya benar-benar fahami harapan setiap orang yang datang. HARAPAN seorang ibu, seorang Ayah pada anaknya yang cacat!
HARAPAN itulah menjadi kekuatan mereka untuk terus cekal dan beriman pada Allah dan saya jamin, janji Allah adalah benar bagi orang yang sabar dan beriman.
InsyaAllah.
PS: Kehidupan sebenar bukan didunia ini. Di akhirat kelak, anak cacat dijamin Allah bebas dari dosa dan akan masuk Syurga.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Anak cacat bukan sebab kita berdosa..dosa tu kita jer tanggung sendiri.. takder kena mengena dengan anak..
Anak tu ujian Allah..Kalau di kurniakan anak OKU.. tak perlu malu patut bangga sebab itu adalah pahala..Anak OKU ni manusia.. So besarkan anak dengan kasih sayang
Post a Comment