Persamaan antara Pelajar Sekolah Menengah Teknik Persiaran Branch Ipoh dan Teknik Cheras, KL adalah mereka percaya bahawa mereka adalah produk yang lebih baik dari pelajar MRSM.
Samada benar atau tidak, taktik atau konsep acah pemikiran
yang dicipta Guru Teknik itu berkesan dengan mewujudkan “temporary perception” bahawa
pelajar Teknik adalah pelajar serba boleh/nakal/”explorer”, “with brain”.
Sebagai pelajar Teknik, saya tidak bersetuju kerana saya
berpendapat, apa dan dimana sahaja
Sekolah kita,ia sama sahaja kerana kejayaan kita bukan bergantung pada Sekolah
tetapi pada diri kita sendiri.
Bak kata pepatah Inggeris;
“What is in front of you, and what is behind you, is nothing
compare what is inside you”
“Masalah/Nilai di hadapan anda, dan pengalaman di belakang
anda, tidak mampu dibandingkan dengan apa yang didalam anda”
Walaubagaimanapun, saya tertarik dengan satu Page FB yang
mendapat banyak komen balas dari rakyat Malaysia berbilang kaum.
Topiknya adalah kewajaran PBS menggantikan sistem peperiksaan Sekolah.
Topiknya adalah kewajaran PBS menggantikan sistem peperiksaan Sekolah.
Saya seronok dapat tambah ilmu dari page itu, kerana
kebanyakan komen begitu ilmiah dengan fakta serta hujah yang padu dan
intelektual, tidak dinafikan ada komen yang amat naïf dan jahil, tapi tidak
banyak serta dilayan secara bijak dan berhemah.
Ia mengingatkan saya kepada seorang sahabat saya bernama
Yus, seorang pelajar MRSM yang mendapat 10A1 dalam peperiksaan SPM.
Katanya, kalau engkau masuk MRSM kau pasti akan dapat 10A1
kerana dari Tingkatan 4 malah ada MRSM sudah mula sejak Tingkatan 1, mereka latih
pelajarnya menjawab soalan koleksi SPM secara berterusan dan agresif hingga
Tingkatan 5.
Budak bodoh pun akan jadi pandai jawab soalan kerana hafal
soalan dan jawapan selama bertahun-tahun, sambungnya.
Sistem peperiksaan/ujian adalah sistem terbaik untuk mengukur
tahap pemahaman dan penguasaan ilmu seorang pelajar dan saya setuju.
Malangnya, Kerajaan terpaksa tukar sistem peperiksaan kepada
sistem pentaksiran berasaskan sekolah kerana sistem peperiksaan gagal lahirkan
pelajar yang fahami dan kuasai ilmu sebaliknya mereka hanya fahami dan kuasai soalan
sahaja!
Kajian menunjukkan ramai pelajar cemerlang SPM tercicir di
Universiti manakala hampir semua pelajar cemerlang SPM ini tidak memenuhi tahap
standard piawaian industri.
Lebih memeranjatkan ada kes dimana pelajar tidak cemerlang SPM
cemerlang di Universiti, dan lebih memeranjatkan mereka inilah yang sering
menjadi pekerja cemerlang dalam industri.
Selepas diambil berkerja, kebanyakan pelajar cemerlang SPM ambil
masa 1-2 tahun untuk memenuhi standard piawaian industri malahan ada yang ambil
masa lebih dari setahun hanya untuk sesuaikan diri.
Lantas, jika benar fakta dan kajian diatas saya akan salahkan
MRSM sebagai peintis, pengacau dan perosak kepada sistem peperiksaan Malaysia
dimana sistem yang sama telah dan masih digunakan oleh Tamadun China sejak 4000
tahun dahulu dengan jayanya.
Kebanyakan soalan SPM disediakan oleh Guru MRSM. Justeru,
mereka punyai “multi access” kepada koleksi soalan SPM sejak 20 tahun dahulu
dalam bentuk “hard copy” dan “soft copy”!
Dengan mudah MRSM akan beri pelajar MRSM ujian percubaan SPM
setiap bulan selama 2 tahun untuk kertas soalan 20 tahun lepas, pelajar akan
hafal soalan, tetapi lebih memahami soalan dari ilmu itu sendiri.
Kesannya, mereka lulus cemerlang dalam peperiksaan yang
gagal menguji pemahaman dan penguasaan mereka pada ilmu, tetapi hanya menguji
hafalan mereka pada soalan dan jawapan.
Gaya dan cara “kejayaan” MRSM ditiru Sekolah lain, malah
penggaut untung jadikan ia sebagai perniagaan ie buku koleksi soalan SPM dari
1980-2015, termasuk dalam bentuk perisian komputer.
Kesan domino effect ini kini telah mula dirasai apabila
pelajar cemerlang SPM ini gagal menjadi pelajar cergas, cerdas dan pintar.
Mereka memiliki QAQ, bukan IQ, bukan EQ, jauh sekali “genius”.
Malaysia yang semakin dikenali sebagai “syurga” Tenaga Mahir
mungkin akan kehilangan gelaran itu jika terus gunakan Tenaga Mahir Asing dari Jepun,
India, China, Pakistan dan Barat di industry dan “Research Centre”.
Untuk rekod, hampir semua “Research Centre” dan Sektor
Industri Swasta di Malaysia gunakan 90% tenaga mahir asing yang diimport dimana
tenaga mahir tempatan hanya “masih” digunakan di “Research Centre” dan industry
kritikal milikan penuh/separa/sedikit Kerajaan sahaja.
Jika keadaan ini berterusan, Malaysia akan di “downgrade” dari
pembekal tenaga mahir kepada pembekal Tenaga Buruh sahaja seperti Malaysia pada
awal tahun 80-an dan Bangladesh hari ini!
Sedar dengan krisis ini, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
bertindak “gila dan berani mati” menukar sistem peperiksaan kepada sistem pentaksiran
berasaskan sekolah.
Kerajaan dan Kementerian, khususnya Menteri Pendidikan
berharap pelajar yang cemerlang dalam SPM adalah pelajar yang memahami konsep
dan menguasai ilmu dan bukannya menguasai konsep Q&A yang pandai kerana menghafal
soalan.
Dari segi luaran, kedua produk ini setanding jika diberi
soalan dimana mereka akan jawab dengan tepat dan betul, tetapi jika diberi situasi(case
study) yang memerlukan ilmu sebagai pemboleh ubah, apatah lagi bila keperluan
tugas sedikit berbeza dari apa yang mereka pelajari, ia menunjukkan hasil yang
amat, amat jauh berbeza.
Produk MRSM dahulu jauh lebih berkualiti dari produk MRSM
hari ini.
MRSM adalah punca kepada kegagalan sistem peperiksaan atau
penilaian Malaysia yang turut ditiru oleh Sekolah-sekolah lain kecuali Sekolah
Cina dan penerbit buku soalan ramalan dan pembangun perisian komputer soalan
ramalan ie SkorA dll.
MRSM sejak 20 tahun dahulu terlalu pentingkan imej, nama dan
“overprotective” hingga sanggup guna apa jua cara untuk capai kejayaan pelajar
Melayu dalam SPM termasuk korbankan tujuan murni atau “sacred mission” pendidikan
yakni menguasai ilmu selain merangsang daya kreativiti badan dan minda manusia.
Perkiraan bahawa latih tubi soalan secara berulang, kaedah
memahami ilmu melalui soalan dan jawapan terbukti salah apabila pelajar ini
keluar ke industri mereka hanya mampu capai tahap “pengguna” sistem dan bukan “pengendali”
jauh sekali “pencipta” sistem.
Tujuan artikel ini ditulis bukan merendahkan, jauh sekali
menghina, tetapi sebagai “penulis picisan”, penulis berharap artikel ini dapat
membuka mata pentadbiran MRSM agar lebih kompetitif dan dapat tingkatkan usaha
mereka lahirkan pelajar yang cemerlang yang memahami dan menguasai ilmu bukan
soalan.
Negara maju memberi jalan pada Malaysia, ilmu hanya boleh
dikuasai melalui “hands-on” dan bukan dengan “menghafal” atau latih tubi
soalan.
Jika anda tidak percaya, pilih 2 orang untuk belajar satu bidang
kecil tidak berkaitan mereka eg Akaun, suruh calon 1 jawab 10000 soalan latih
tubi akaun, dan suruh calon 2 buat “hands-on” akaun. Hasilnya, ilmu akaun akan
lebih dikuasai Calon 1-soalan, atau Calon 2 – hands-on?
PS:
Dalam satu temuduga, satu soalan matematik jadi penentu samada
A atau B yang layak.
A jawab soalan betul dengan jalan kerja lengkap dan B jawab
soalan betul tanpa jalan kerja dengan gunakan kalkulator. Siapakah yang
menguasai ilmu, A atau B?
Dan jika anda adalah majikan, anda akan pilih A atau B?
1 comment:
numpang baca, hehhee, keren ni kritis
Post a Comment