ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, March 7, 2016

Tengku Mahkota Johor "Menyalak" Pun Tidak Dapat Keadilan, Apa Nasib Rakyat Biasa?

Saya rasa kasihan pada Tengku Mahkota Johor yang terus rendahkan diri Baginda berjuang demi bolasepak Negara.

Saya hiba melihat seorang Putera Raja yang boleh hidup sempurna tetapi menyulitkan diri hingga sanggup jadi seperti anjing menyalak bukit FAM.

TMJ konsisten dan istiqamah perjuangkan hak penyiaran Bola Sepak Malaysia jutaan ringgit setahun yang sepatutnya diagihkan pada Persatuan Bola terbabit.

Terbaru ketika mengutus rasa terima kasih pada Perdana Menteri kerana hadiahkan sejuta ringgit pada JDT yang menjuarai Piala AFC, TMJ sekali lagi "merayu" Najib Razak meminta FAM  untuk mengagihkan hak penyiaran pada Persatuan terbabit, tetapi seperti biasa, tidak diendahkan.

Pada mula TMJ "highlight" perkara ini saya berasa lucu, kerana kita maklum siapa yang berkuasa dalam FAM, dan siapa dalang dalam FAM pun bukan rahsia terselindung lagi.

Apakah mungkin jika Negeri diperintah Sultan, maka Negeri akan berperang kerana sebiji bola?

Fakta tetap fakta, hakikat tetap hakikat, TMJ dipihak benar.

Kita semua, sebagai rakyat biasa pasti pernah melalui keperitan tidak mendapat keadilan ie disaman parking sedangkan tiada parking sah dikawasan itu, disaman nombor plat sedikit sahaja besar dari biasa, diroboh dan di rampas oleh PBT kerana cukai dan lesen sedangkan peniaga Bangladesh bebas meniaga dengan derma harian pada penguatkuasa dsb.

Apa mahu jadi dengan Malaysia? Rintihan anak Raja pun tidak dipedulikan.

Keadilan diperjuangkan anak Raja pun tidak diendahkan!

Apa lagi yang tinggal untuk rakyat biasa apatah lagi orang miskin?

Tidak apa TMJ, Allah ada dan janji Allah itu pasti, masalahnya orang sudah tidak takut pada Allah lagi!

Allah beri setiap Raja peluang untuk ukir nama mereka dalam sejarah.

Mudah, pilih sahaja satu perjuangan, istiqamah dan tawakal, sejarah pasti akan ukir nama Raja-Raja Melayu khususnya zaman internet ini.

Saya terus berharap, sebagai Kesultanan Melayu yang terlihat peduli nasib rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya, TMJ yakni bakal Sultan Johor dapat juga perjuangkan;

1. Akademi Sains DiRaja

2. Pindaan undang-undang bayi luar nikah yang mensabitkan bapa lari(melalui ujian DNA) sebagai penanggung kos sara hidup bayi itu hingga dewasa

3. Pengauditan wang zakat oleh Audit berwibawa dan disiarkan untuk tatapan umum

4. Pelan rasionalisasi pemain bola khususnya kerjaya pemain bola selepas bersara(seawal 30 tahun) dengan tawaran kerja kerajaan dan bantuan pinjaman pelajaran

5. Islam Cyberlaw.

9 Raja Melayu punya pilihan untuk ukir nama baik atau tidak dalam Sejarah, tetapi Baginda-Baginda berpendapat sejarah tetap akan kenang mereka dengan baik walau apa jua mereka lakukan.

Namun suka patik ingatkan, zaman sudah berubah!

Arkib Negara, Kerajaan, Pustakaan dan Buku bukan lagi rujukan tunggal dan bukan pencatat sejarah tunggal.

50 tahun dari hari ini, cucu kita akan "search" di Google dan Yahoo! dan semua baik dan juga buruk Sultan akan terpampang di skrin komputer mereka.

Justeru, adalah bagus jika Tuanku Raja-Raja Melayu boleh pilih perjuangan dan ambil peluang ukir nama Tuanku dalam Sejarah samada dalam rujukan rasmi(sumber terkawal Kerajaan) dan dalam rujukan tidak rasmi(sumber tidak terkawal internet).

Dan, TMJ jauh kehadapan dalam hal ini! TM lain jangan berpoya lagi, ayuh bangkit ukir nama dengan megah!

PS:

Harap FAM dapat beri keadilan yang diperjuangkan Tengku Mahkota Johor kerana jika tidak kami sebagai rakyat biasa berasa tidak selamat kerana jika Tengku Mahkota Johor pun tidak diberikan layanan serta keadilan, maka apakah nasib rakyat biasa?

Lebih lagi, sejarah akan hukum FAM dan perlu diingatkan sumber sejarah bukan lagi sumber tunggal yang dikawal Kerajaan tetapi sumber internet seperti WIKIPEDIA menjadi rujukan utama.

Saya percaya FAM tidak mahu dicatat dalam WIKIPEDIA dan dibaca cucu kita dengan perkara yang hina dan keji.

It just a matter of time, to make a difference, or to be punished! Wallahualam.