ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, March 27, 2016

Bahasa Melayu Bahasa Paling Sombong Bodoh Dalam Dunia!

Saya adaleh(was) pejuang bahasa tegar.

Saya mencintai Bahasa Melayu, dan berkelahi dengan sesiapa sahaja yang menidakkan keagungan Bahasa Melayu.

Malah, ketika saya berada di puncak karier, dimana pernah dihantar Fujitsu bertugas di Dubai, saya kemudia ditemuduga oleh dua penemuduga Melayu sahaja.

Saya gunakan Bahasa Melayu, tetapi 2 Melayi ini suruh gunakan English sedang mereka tahu keputusan SPM dan latar belakang pekerjaan saya yang mahir English, dan saya berkeras menggunakan Bahasa Melayu, dan tidak dapat pekerjaan itu!

Begitulah saya perjuangkan Bahasa Melayu!

Saya mosih(sedang-ing) perjuangkan Bahasa Melayu! Tetapi tidak tegar seperti dahulu.

Kerana, Bahasa Melayu adalah Bahasa yang paling sombong bodoh dalam dunia ini.

Sebelum anda tidak bersetuju dengan saya, tahukah anda dalam buku Perlembagaan Indonesia setebal 1000 muka berwarna hijau dengan gambar Garuda dihadapannya tertulis bahawa pada tahun 1945, ketika Indonesia mencapai kemerdekaan, Indonesia bersetuju menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Indonesia.

YA! 300 juta Rakyat Indonesia menggunakan Bahasa Melayu yang lebih dikenali sebagai Bahasa Indonesia.

Oleh kerana asimilasi lebih 300 suku ie Minang, Jawa, Acheh, Batak, Boyan, Sunda, Banjar, dll yang mempunyai slanga Bahasa tersendiri, Bahasa Indonesia hari ini jauh kehadapan dari Bahasa Melayu sendiri.

Tidak cukup dengan Bahasa suku Minang dll, Bahasa Indonesia diperkukuhkan dengan Bahasa Belanda, Inggeris, Bahasa Teknologi, Bahasa Sains, Bahasa Komputer dan banyak lagi.

Yang panjang dipendekkan. Yang English di Indonesiakan, yang Minang di rasmikan, yang Jawa di raikan dan bermacam lagi demi kelangsungan "Bahasa Melayu Indonesia".

Malangnya, di Malaysia, pemilik Bahasa Melayu bodoh sombong dan enggan menerima slanga dari Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak, Cina dan India, jauh sekali Inggeris mahupun Bahasa Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu!

Sebagai orang Melayu jati dari Talok Kuantan, Riau, Sumatera saya tidak mempunyai masalah jika Bahasa Melayu tidak sempurna atau cacat sekalipun.

Tetapi apa yang lebih bebal dari Bahasa yang tidak mahu belajar dari kesilapan jauh sekali yang mahu memajukan dirinya sendiri?

Itulah Bahasa Melayu di Malaysia.

Pantang di usik, pantang ditegur, megah dan angkuh, tetapi bodoh!

Pejuang Bahasa palsu ini tidak tahu apa yang mereka perjuangkan.

PEJUANG PALSU ini umpama perjuangkan supaya Durian diiktiraf dan diakui dunia sebagai Raja Buah tetapi mereka tidak melakukan apa-apa untuk menambah baik kualiti durian(Thailand yang tambah baik durian dari penghasilan hingga ke isinya).

PPSMI dan terbaru Dwi Bahasa Universiti menjadi mangsa kebodohan Bahasa Melayu oleh Pejuang Bahasa Palsu!!!

Tahukah anda bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka hanya menterjemahkan 3 buah buku sahaja setahun, itupun selepas berpuluh mesyuarat di semua tempat pelancongan dalam dan mungkin luar negara?

Tahukah anda bahawa Indonesia menterjemah beribu naskah buku Sains, Ilmiah dan Novel setahun?

Artikel ini tidalah bertujuan untuk merendahkan Bahasa Melayu, tetapi kita harus berpijak pada realiti.

Realiti PERTAMA!!!

Bangsa Melayu bukan Bangsa pencipta malah tidak bangsa maju pun!
Kita tidak boleh bandingkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Bangsa pencipta seperti Jepun dan Korea dan bangsa maju seperti Perancis dll.

Mereka tidak perlu belajar Bahasa Inggeris kerana mereka mempunyai ciptaan sendiri dan sumber rujukan ilmiah yang tidak terhad dalam Bahasa mereka sendiri. Thailand dan Indonesia juga mempunyai banyak sumber rujukan tidak terhad dalam bahasa mereka tidak seperti Melayu!

Realiti KEDUA!

Bahasa Melayu adalah pecahan dari bahasa sanskrit dan juga Arab, sedikit campuran India.

Bahasa ini tidak mampu berdiri sendiri dan perlu menggunakapakai dan meminjam dari Bahasa lain ie Inggeris, Cina malah dari dialek Negeri seperti Kelantan, Kedah, Jawa, Cina dll.

Bahasa Melayu juga perlu menerima bahasa sains, teknologi dan komputer tanpa menukar ke istilah Melayu!

Tahukah bahawa Bahasa Inggeris yang hebat pun tidak menukar istilah bahasa sains, teknologi dan komputer pun tidak memasukkan kedalam Kamus rasmi mereka.

Tetapi mereka tetap terima istila tersebut tanpa menukar pada bahasa mereka!

Realiti KETIGA!

Melayu hanya ada sekitar 15 juta orang sahaja di Malaysia. Pelantun Bahasa Melayu tidak sampai 30 juta orang walau dihitung dan di"mark up" dengan apa jua cara sahaja pun.

Kepenggunaan yang rendah ini menjadikan Bahasa Melayu sangat tidak popular berbanding Bahasa Melayu Indonesia, malah mungkin berbanding Bahasa Kelantan di luar negara sekalipun!

Ketiga Realiti ini harus diakui dan sebelum kita berpekik-pekik mahu perjuangkan Bahasa Melayu, perbetulkan dahulu Bahasa Melayu kita.

Tidak perlu pergi jauh, sebut Malaysia pun tidak betul!


No comments: