ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, March 15, 2016

Najib Razak: Bapa Kebencian Malaysia

Keadaan Malaysia hari ini tidak sama berbanding mana-mana tahun sejak Jepun hingga sebelum Najib menjadi Perdana Menteri.

Keengganan Najib Razak berundur walaupun di hina rakyat sendiri, di malukan rakan dan pengikut sendiri, di desak Mahathir dan ramai senior lain telah akibatkan satu atmosfera yang tidak pernah melanda Malaysia terjadi.

Bila ditanya pada anak sekecil 6  -11 tahun, 3 dari 10 mereka akan jawab Najib jahat naikkan harga barang. (hingga sepotong aiskrim lebih mahal dari 1liter minyak)

Bila ditanya pada anak semuda 12-15 tahun, 6 dari 10 mereka akan jawab Najib laksanakan GST dan susahkan ibu bapa mereka.(hingga elaun saku dan makanan mereka dikurangkan)

Bila ditanya pada anak seremaja 16-19 tahun, 9 dari 10 mereka akan jawab Najib mencuri 2.6 billion dari Negara.(hingga mereka lebih hebat menjawab soalan Najib dari soalan SPM)

Pada yang berumur 20 hingga 40 tahun, ia agak seimbang kerana dalam kalangan mereka ada yang bermanfaat dari Najib samada secara langsung atau tidak.

Kalau anda berlakon tidak sokong Najib dan tanya pada semua Cina tanpa kira usia, 11 dari 10 mereka akan zahirkan kegeraman pada Najib.

Kebencian tidak terkawal dalam masyarakat hari ini dipercayai kerana Najib kebal dan sanggup menerima kebencian malah Najib tidak peduli untuk laksanakan "damage control" hingga ia merebak cepat dan cetus lebih banyak kebencian.

Lihat sahaja cara Pegawai Najib, Keluarga dan Menteri seperti Ahmad Maslan, Annuar Musa, Zahid Hamidi, Aziz Kaprawi, Abdul Rahman Dahalan, Salleh Keruak, Azalina Othman malah anak-anak mereka tidak ketinggalan keluarkan kenyataan yang mengundang benci rakyat.

Angkuh(GST), "ignorance"(TPPA), menghina(Sulu), merendahkan(3D), syok sendiri(Padang Masyar) dan tiada asas(semua).

Semua ini buatkan rakyat rasa terancam, takut dan juga sedih.

TAPI, dikala rakyat bersedih rakyat akhirnya sedar, siapa yang peduli? Tiada siapa!

Kesilapan/kesalahan itu bukan sahaja tidak diperbetulkan Kerajaan atau dikawal kerosakannya tetapi juga tidak ditangani secara "sopan dan beradab", maka ia ditukar menjadi kebencian.

Kemana sahaja anda pergi dan berjumpa orang Malaysia waima Bangladesh dan Indonesia, cuba pancing nama Najib, tanpa perlu tunggu lama, pengundi dan pendatang ini akan makan umpan dan hamburkan segala kata makian pada Najib.

Respon anda pasti "Mahu kata suka, tidak suka! Mahu kata tidak setuju, setuju!"

Tenaga benci dan negatif itu terlalu kuat dan Kerajaan seharusnya tidak biarkannya tanpa dikawal.

Sebagai manusia biasa yang hanya gunakan 10% otak, kita perlu sedar bahawa tenaga negatif waima pada orang lain ie PM, boleh akibatkan kerosakan pada kesihatan badan, jiwa dan emosi kita tanpa disedari.

Kita hormati hak Najib untuk betulkan kesilapan(yang dibuat sendiri), kita junjung undang-undang Najib tidak boleh dicabar sebagai PM kecuali melalui PRU, malah kita akui Najib juga manusia yang punya perasaan.

Tapi alasan desak Najib berundur oleh Rakyat tidak sebanding alasan Tun Dr Mahathir yang umpama Bapa kepada Najib selepas Tun Razak meninggal dunia.

Perlu diingatkan, Najib berusia 21 tahun ketika Tun Razak meninggal dan Mahathir menjadi TPM.

Mahathir jadi PM ketika Najib berusia 26 tahun dan sejak itu Mahathir mula jaga Najib.

Malah ada kemungkinan besar Mahathir pecat Anwar(selain salahlaku) untuk pastikan Najib jadi Perdana Menteri.

Pada Mahathir, Anwar lebih sukar dikawal berbanding Pak Lah.

Jika pada malam itu Mahathir "lepaskan" Anwar yang terkenal dengan "cah keting" masa tewaskan GhafarBaba, sebagai PM kelak Anwar pasti akan balas dendam dan tidak akan beri laluan pada penyokong Mahathir malam itu, termasuk Najib.

22 tahun pengalaman jadi PM, Mahathir sedar bahawa Najib akan dikenang sejarah sebagai Bapa Kebencian Malaysia.

Apa yang harus Mahathir jawab pada Tun Razak di akhirat kelak? Apakah ini cara Mahathir membalas jasa Tun Razak? Membiarkan namanya, dan nama anaknya dikenang sejarah dengan cara tidak baik?

Mahathir sedar, mungkin budaya Melayu dan Malaysia tidak hingga bunuh pemimpin, tetapi sikap orang(Melayu) yang jarang marah, sekali marah akibatnya buruk, rajuknya lama, protesnya diam tapi keras. Dan sikap jarang marah Melayu ini juga diasimilasi Cina Malaysia, berbanding Cina China yang lebih senang marah.

Lebih lagi, sejarah pada zaman internet ini tidak ditulis dan disimpan oleh Kerajaan sahaja, tetapi ditulis rakyat dan disimpan dalam Timeline Facebook dan Search Engine Google.

Ya! Najib boleh terus jadi PM "hingga kiamat" dan orang Melayu akan lupa dosa-dosa Najib khususnya orang UMNO yang terkenal dengan "tanda harga semurah RM 200".

Malah Rakyat tampak sudah muak dan juak hingga komen dalam FB tidak lagi semeriah pada mula Najib diserang kerana mereka sudah ambil pendirian dan keputusan.

Tulisan Rakyat di Internet jadi rujukan sejarah yang akan ukir nama Najib sebagai Perdana Menteri yang paling dibenci oleh Rakyatnya sendiri. (tanpa kekesalan tidak seperti Suharto, Gaddafi, Mubarak waima Maha"thir-firaun" sekalipun)

Mungkin Najib tidak kisah, tapi Mahathir yang menerima budak hingusan sebagai amanah dari Tun Razak kisah dan peduli.

Rakyat tidak kisah, tetapi kami sedih dan tidak mahu biarkan tenaga negatif dan tenaga kebencian yang berpunca dari Najib dan Menterinya merosakkan jiwa dan merendahkan nilai masyarakat Malaysia khususnya orang Islam!

Apatah lagi mewariskan kepada anak-anak kami yang masih kecil dan generasi akan datang!

Benci bukan budaya, ia sikap negatif yang perlu dibuang, tapi jika orang yang dibenci sendiri "ignorance", ia adalah ancaman kepada nilai masyarakat dan tamadun tersebut!

PS:

Meletak jawatan bukan untuk kebaikan rakyat, tetapi untuk kebaikan nama Najib dan Tun Razak sendiri kerana kedua nama itu melekat dalam masyarakat Melayu.

Sejarah akan ukir nama Najib sebagai PM paling dibenci, dan menukar Tun Razak dari Bapa Perpaduan kepada Bapa Perpecahan!

Ingat! Sejarah tidak lagi ditulis dan disimpan oleh Kerajaan sahaja tetapi ditulis Rakyat dan disimpan FB dan Google.

#RespectMYPM adalah kelakar. Apakah respect layak diberi dengan hashtag sahaja. Respect sepatutnya "earning, not asking".

Respect adalah diberi bukan diminta, apatah lagi dengan cara mengemis!

Sebagai orang Islam, saya berdoa agar Najib diberikan petunjuk dan Malaysia terus dalam rahmatNYA.

No comments: