ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, February 25, 2016

Difitnah PakCik Sendiri: Saya Malu Jadi Melayu!

Sebelum berkahwin, saya ada seorang Abah, dan seorang Ayah.

Abah adalah Abdul Rahman Mohd Nurut, dan Ayah, tidak lain tidak bukan adalah Pak Usu saya.

Panggil saya poyo, tapi dalam hidup, kedapatan orang lebih tua mesra dan serasi dengan saya.

Cukup serasi untuk bercerita perihal seks mereka sedangkan anak mereka lebih tua dari saya.

Mesra hingga mereka tidak malu menangis di peha saya, mengadu, meluah dan meroyan isteri mati dll, samada ada mereka ada talian saudara atau tidak dengan saya.

Malah antara yang masih berbuku di hati ini bila Pak Aloi menangis bila rayuannya pada Abangnya untuk datang tidak diendahkan.

"Abang taknak datang Abang?" Rangisnya! (Rayu  Tangis)

Ada satu malam, Usu telefon jam 3 pagi, dan saya ambil dia di Pudu jam 4 pagi, baru balik dari Langkawi. Usu menangis seperti anak kecil, kerana anaknya melaporkan pada polis Langkawi untuk menangkapnya -cerita lebih terperinci hal ini akan mengaibkan orang, kepercayaan Usu tidak akan saya khianati.

Tidak cukup itu, Usu pernah beritahu saya, dalam hidupnya selain Abah saya adalah orang yang dia kasihi kerana semasa dia benar-benar sakit dan bukan sakit "olok-oloknya", sayalah yang papahnya ke Klinik Batu 6 Jalan Gombak, dan membayar semua bilnya walaupun saya sendiri terpaksa meminjam kerana baru berumur 17 tahun.

Perginya Usu, cukup meruntun hati ini, perginya seorang Ayah yang menyayangi saya, selepas 8 tahun Abah pergi.

Ayah, maafkan Acai Ayah, kerana masa Ayah hidup Acai tidak berkesempatan memanggil Ayah, tetapi Usu tetap Ayah Acai sampai bila-bila. Itulah kata yang sering saya katakan pada Batu Nesannya.

Malangnya, semalam saya dan Abang difitnah.

Kami dituduh merampas harta Usu selepas Usu meninggal.

Hahahahaha!!! Itulah manusia! Masa Usu hidup, tiada siapa peduli. Masa Usu dimamah usia dan sakit, ditahan di Lokap Sentul, semua malu mahu melawat jauh sekali membantu.

Saya yang berusaha, pelbagai cara sah dan haram untuk keluarkan dia yang tidak bersalah.

Yang menuduh kami, tidak lain dan tidak bukan adalah Pak Cik sendiri.

Mungkin, seperti biasa, dia ada hujah yang menghalalkan tindakannya. Tetapi dalam usia itu, saya agak pelik kenapa dia mesti "open fire" terhadap kami tanpa menyiasat dahulu?

Bukankah Islam dan AlQuran ajar kita apabila sampai satu berita kepada kita, kita harus siasat dan selidiki dan lebih afdal serta Islam jika kita bertanya pada yang tertuduh(kami)!

Nak siasat, bukan susah, Pejabat Tanah pasti ada rekod samada saya mengambil hak Usu selepas dia mati atau sebelum dia mati?

Dan jika mahu selidiki ikut adab Nabi, tanya empunya badan bukan tanya dan cerita pada orang tengah lebih lagi semua yang kenal MUSTAQIM ABDUL RAHMAN pasti akui saya adalah orang yang senang dibawa berbincang.

Tidak mengapa, saya dan Abang berikrar menerima tuduhan ini dan tidak mahu perjelaskan kerana sudah berpuluh kali berbuat demikian. Kami berpendapat, kalau Usu bangun dari Kubur dan menjelaskan sendiri pun mereka tetap tidak akan terima.

Sebenarnya, perkara ini bukan perkara besar jika dibandingkan fitnah "keluarga" pada Abah.

Abah pernah difitnah berpuluh tahun membomohkan iparnya sendiri hingga mati. Allah Maha Besar sebelum sipenuduh mati, dia mahu datang jumpa Abah minta maaf kerana orang sebenar yang membomoh ibunya datang mengaku pada mereka.

Sebagai hambaNYA, jika kita teliti kalamNYA, jika orang bunuh anak kita, Allah suruh balas, mata dengan mata, telinga dengan telinga, hidung dengan hidung.(Sam a sam i)

Pembunuh perlu dibalas bunuh, atau jika tidak, dia perlu membayar gantirugi pada keluarga mangsa, dan jika tidak, jika pembunuh bertaubat keluarga mangsa perlu maafkannya kerana itu lebih baik untuk mereka.

Ini bukan ayat saya, ini ayat Allah, dalam AlQuran, tapi orang Islam ramai baca AlQuran tidak faham makna. Sikit yang baca faham makna tapi tidak hadam/mendalami maksud.

Akhirnya kita jadi saling tuduh menuduh, semua salah, semua makan harta anak yatim, semua makan hak orang, kita seorang sahaja yang betul.

Ia bukan sahaja terjadi pada konteks keluarga tapi pada Negara, malah Negara berperang kerana masing-masing mencari SejutaSatu perbezaan dengan orang lain, tapi tidak cari Satu persamaan antara kita.

Untuk memaafkan, kami rela jika itu yang diperintah Allah.

Tapi kami malu jadi Melayu! Malu berkongsi darah Mohd Nurut, Fakeh Hayat dan Tok Kando dengan mereka yang berkenaan!

Wallahualam.

PS:

Abah sering berpesan, kemana kami pergi, kami bawa bendera Abdul Rahman, bendera Mohd Nurut. Buruk kami, buruklah Abah! Kalau buruk kita, buruklah moyang kami, Tok Kando!

Setahu saya, belum ada anak Abah yang menipu, yang janji tapi mungkir(mahu gadai rumah untuk kos peguam), yang munafik dll.

Dan pesan memang berkesan, selain hari bertemu Allah kami amat khuatir hari bertemu Abah kembali. Abah! Maafkan kami kerana gagal mempertahankan nama baik Abah dan Mohd Nurut dan gagal bimbing mereka yang berkenaan seperti yang Abah harapkan.

Oh ya! Jika anda berfikir cara saya salah kerana menyiarkan dalam FB, cara "mereka" juga salah kerana bertanya secara terbuka kepada berpuluh sanak lain!

Lagipun tujuan saya menulis jika ingin memalukan atau mencari masalah sudah pasti saya akan guna nama sebenar, tetapi tujuan artikel ini tidak lain tidak bukan adalah pengajaran untuk diri kita sendiri. Bak kata Sultan Ibrahim, cermin diri kita dahulu! Jelas, memimpin dengan tauladan bukan dengan contoh tidak baik.

Amat indah jika kita ikut adab Rasulullah SAW, angkat telefon, whatsapp, atau email tanya empunya badan(atau guna kuasa veto sebagai PakCik "summon" kami menghadap, bukan tanya melalui orang ketiga, keempat, kelima, keenam hingga puas memberi salah informasi pada semua orang untuk membenci kami.

No comments: