Masih lagi tentang Tun Mahathir.
Satu-satunya dosa Tun Dr Mahathir adalah beliau terlalu bagus mengemudi Negara selama 23 tahun berseorangan dimana semua Menteri dan orang kanannya terlalu bergantung pada beliau.
Kehebatan beliau membawa satu krisis yang besar hari ini, dimana semua pemimpin UMNO dibawah beliau tiada nilai dan kualiti dimana bila beliau berhenti, pemimpin UMNO yang terlalu bergantung pada beliau menjadi PKU.
Terbaru Rais Yatim, bekas orang kuat Semangat 46 berkata keadaan Negara pada masa Tun Mahathir menjadi PM adalah jauh lebih teruk dari hari ini!
Hahahahahahahah! Feel the ground please, Najib asskisser!
Semua pembodek Najib ini hanya pandai bodek dan pekakkan telinga bila rakyat mengadu!
Saya tidak layak berhujah dengan Menteri seperti Rais Yatim, dimana saya mungkin akan dapat susah dari polis atau mungkin disaman malu!
Pemimpin boleh bercakap sesuka hati dan keluarkan semua fakta, semua laporan akaun dan ekonomi Negara, sejarah pelaburan, kehebatan Najib, kejujuran Najib, kemuliaan Najib, kesabaran Najib, Najib pemimpin kurniaan Tuhan, Najib Pemimpin hebat dan segala jenis puji pujian lain.
Tapi hakikat tetap hakikat.
Rasai nadi rakyat. BeeN BeeN BeeN atau dap dap dap?
Feel the ground. Rasai denyut rakyat!
Fact is fact.
Keadaan di bawah ini jauh berbeza pada masa Tun Dr Mahathir menjadi PM, antaranya;
1. Ekonomi!
Harga air kosong 0.5 liter adalah RM 1 atau RM 2.00 seliter.
Ia lebih mahal dari harga minyak RM 1.60 seliter akibat kegagalan Kerajaan menjaga ekonomi dengan baik.
Pada zaman Mahathir minyak hanya naik sebanyak 6 kali selama 22 tahun dan kenaikan hanya sekitar RM 0.05 sahaja. Kestabilan harga minyak penting dalam memastikan ekonomi stabil!
2. Kos sara hidup!!
Kos sara hidup terlalu tinggi dan barang semua mahal tidak setara dengan pendapatan rakyat akibat Kerajaan biarkan spekulasi, gagal kawal peniaga dan tunduk pada kuasa rasuah.
Pada zaman Mahathir sudah pasti ada rasuah. Tetapi kerana Bapa(PM) tidak kencing berdiri, maka anak yang kencing berlari pun tidak ramai dan masih lagi sayangkan "keluarga@Negara"!
3. Nilai rumah!!!
Nilai rumah dan nilai sewa rumah tidak setara dimana harga Rumah RM 300,000 dengan pembiayaan RM 2000 sebulan tetapi sewa rumah itu hanya RM 800-RM 1000 maksimum sahaja.
Kegagalan Kerajaan kawal ekonomi dan biarkan pemaju melambakkan pasaran hartanah dengan bangunan yang banyak membuatkan harga naik tanpa asas kukuh.
Pada zaman Mahathir, ada projek terbengkalai, tetapi tiada lambakan hartanah melampau.
Lebih penting pemilikan rumah benar-benar dimudahkan bagi orang miskin dimana peneroka bandar dibiarkan duduk setinggan dan diberi tanah lot di Selayang, Keramat, Ampang, Pandan, Gombak, Klang dll.(Dengan jajaran lebuhraya hari ini Kerajaan boleh buat di Kuala Selangor, Tanjung Malim dll tapi Kerajaan menjadi tamak dan enggan beri tanah kepada rakyat)
Tidak cukup itu, MARA digerakkan untuk bantu rakyat bina rumah dengan bayaran balik RM 50 sebulan.
4. GST!
Setiap kali ke kedai Cina, kebanyakan Cina akan melawak GST adalah duit Rosmah Mansor. Belian RM 100, Rosmah Mansor RM 6 katanya. Mereka amat marah kerana selain mesin duit GST mereka "dipaksa" beli kertas GST yang mahal.
Pada zaman Mahathir tiada GST yang bebankan pengguna!
Banyak cukai bebankan peniaga tetapi tidak dipindahkan pada pengguna dan jika ada ia adalah "rare case"! Jaminan Menteri harga barang akan turun kerana GST juga tidak bertanggungjawab dimana ada harga barang sudah naik lebih 4 kali sejak GST diperkenalkan.
5. Jenayah!
Sosio Ekonomi berkait rapat dengan kebolehan manusia hidup dengan selamat.
Malangnya, kadar jenayah berada dalam paras kritikal akibat dari ekonomi yang tidak baik. Polis akan jawab ia bertambah baik, tapi seperti yang saya kata, feel the ground!!!
Pada zaman Mahathir, jenayah ada, tetapi polis bijak mengawal penjenayah dengan Akta ISA yang membolehkan mereka menangkap penjahat sebelum kejahatan dilakukan.
Cukup sekadar bertanya pada diri, beranikah kita biarkan anak kita berusia 7 tahun - 10 tahun berjalan seorang diri di Kuala Lumpur? Atau ke Sekolah sendirian?
Pada zaman Mahathir, saya sendiri ke Chow Kit seorang diri pada usia 9 tahun. Secara Mathnya, Kerajaan gagal kawal PATI yang sedang berasimilasi dengan masyarakat kita, setiap 10 meter pasti ada 1 PATI dan mendedahkan anak kita pada bahaya!
6. Hospital.
Tidak dinafikan legasi Tun Mahathir memastikan sistem perubatan rakyat semurah RM1.00 tetapi keadaan semakin meneruk hari ini!
Mungkin Rais Yatim tidak tahu, ramai ibu mengandung yang terpaksa menahan sakit diatas kerusi keras Hospital selama 48 jam kerana masalah kehabisan katil.
Bukan Wad ibu mengandung sahaja, banyak Wad yang penuh sesak dan pesakit terpaksa menunggu katil kosong.
Budget untuk membayar gaji Doktor dan Petugas Hospital tidak cukup, Hospital tidak cukup! Budget tidak cukup ini adalah fakta dari Kerajaan sendiri.
Pada zaman Mahathir, jika Hospital kehabisan katil sudah pasti Hospital baru akan dibina!
Bilakah kali terakhir Kerajaan membina Hospital baru khususnya di Lembah Klang? Pada zaman Najib tiada satupun melainkan Hospital Swasta!
Mungkin 1.5 juta Bangladesh yang mahu dibawa masuk tidak akan sakit dan tidak perlu dirawat di Hospital kelak!
7. Peluang pekerjaan & pemberhentian kerja.
Tidak perlulah saya ulas peluang dan pembehentian pekerjaan kerana di rumah kita pasti ada masalah ini.
Cuma, kita harap pemimpin feel the ground sebelum bercakap guna lutut!
Berapa ramai orang kehilangan kerja pada zaman Najib dan berapa ramai orang kehilangan kerja pada zaman Mahathir waima krisis ekonomi 1986, krisis 1998 dan krisis minyak dunia berkali-kali!
8. Pendidikan.
Semua kelam kabut dari sekolah rendah hingga ke U.
Sekolah Rendah hari ini tiada yuran, tapi yuran PIBG, bayaran photostat dll semuanya lebih mahal dari yuran zaman Mahathir.
Harga makanan kantin terlalu mahal dan tidak dipantau kerana sewa kantin dinaikkan sekolah yang perlu mencari duit sendiri membayar kos operasinya.
Universiti tumbuh melata di setiap Negeri tanpa kawal selia. Akibatnya, ramai Graduan tidak berkualiti dihasilkan tapi gagal dapat kerja dan perlu membayar hutang PTPTN.
UPSR, PMR dan SPM semuanya menjadi mainan ujikaji dan kegagalan sistem peperiksaan menilai pengetahuan ilmu pelajar hanya secebis cerita kegagalan kerajaan.
Pada zaman Mahathir, pendidikan sama, dan sama, dan sama tanpa sebarang pertukaran dramatik.
Yuran semurah RM 20 tetapi tiada caj lain selain PIBG RM 10 setahun atau secara mathnya seorang pelajar hanya perlu bayar RM 30 setahun dan belanja makanan yang murah di kantin!
Belanja RM 1 cukup makan Nasi Lemak dan Air 20 sen. Hari ini air paip tambah sirap dan air paip Syabas dalam botol pun RM 1.00, jadi mahu makan apa?
Cikgu photostat secara percuma! (Masih ingat mesin photostat sekolah yang guna roller ink, kertas kuning kusam tapi kualiti dsb :))
Universiti sukar dimasuki tetapi Graduan berkualiti terhasil setiap tahun mengisi kekosongan jawatan hingga amat sukar mencari penggangur melainkan penggangur rela!
9. Divide and Rule Islam!
Kita maklum Jepun adalah pemula kepada konsep divide and rule antara kaum di Malaysia, mereka pecahkan Cina dan Melayu dimana konsep ini diteruskan secara langsung atau tidak langsung!
Tapi apa yang terjadi hari ini Islam dipecahkan agar orang Islam lebih mudah diperintah atau diperalatkan!!!
Kerajaan bukan gagal kawal tetapi sengaja biarkan Syiah, dan lain-lain doktrin serta fahaman bebas dibawa dan diamalkan ke Malaysia asalkan pelancongan dan pelaburan masuk!
Pada zaman Mahathir, Islam tidak pernah sekeliru ini hingga Sultan Johor sendiri terpaksa merendahkan diri mencemar diri tempelak golongan yang suka menyerang amalan Qunut, Tahlil, Talkin dll.
Cukuplah setakat 9 perbezaan antara zaman Mahathir dan Najib kerana semua pembaca sudah pasti dapat "feel the ground".
Jelas, dari rasa di "ground" ini, zaman Mahathir jauh, jauh beribu kali lebih baik dari zaman Najib!
Bukanlah tiada cacat dan cela, tetapi semua masalah dan rintihan rakyat diambil kira dan diusahakan.
Hospital dibina, jalan dibina, kesesakan jalan di pindahkan dari Kuala Lumpur, harga minyak distabilkan, peluang pekerjaan diwujudkan, pengangkutan awam ditambah baik Putra Star LRT, Komuter masih diguna pakai selepas 16 tahun dengan tambang yang murah, Bas Mini, Intrakota, Metro Bas dll beroperasi hingga tiada rumah yang Bas tidak sampai di KL, tanah setinggan diberi geran dan pemilikan rumah dibantu secara hutang mudah, cukai tidak dibebankan atas pengguna, Islam disatukan tanpa kompromi, pendidikan berbayar tetapi harga tetap dan jauh lebih murah dan banyak lagi!
Pokoknya, rakyat tidak merasai "susah" dibawah pentadbiran Tun Mahathir jika susah ada sahaja cara murah untuk hidup tanpa perlu dilayan seperti pengemis atau diugut, anda mahu BR1M undi BN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam kenallll, aunty.
Post a Comment