Semasa kecil, saya pasti kita pernah bermain dengan besi berani atau magnet.
Ada magnet yang menarik dan ada yang menolak,dan bagi yang punya angan-angan besar pasti mahu cipta kenderaan yang ditarik atau ditolak guna magnet bila besar nanti!!!
Angan-angan kosong seorang budak 4 tahun, 40 tahun dahulu telah jadi realiti hari ini.
Keretapi Shanghai Maglev adalah keretapi paling laju dalam dunia selaju 431km sejam.
Lebih menakjubkan, keretapi ini tidak ada enjin dan gunakan magnet yang ideanya mungkin tercetus dari angan-angan seorang budak Melayu Malaysia!
Kenapa kita tidak mampu mencipta?
Kenapa kita bangga dengan hanya menjadi pengguna?
Sampai bila kita mahu terus menjadi pengguna ciptaan produk dan sistem yang dicipta barat!
Benarkah orang MALAYSIA tidak mampu jadi pencipta dan mahu jadi pengguna selamanya?
Lebih lagi apakah agama ISLAM ajar supaya kita berpuas hati sebagai manusia kelas kedua sahaja?
Mungkin kita berpuas hati dengan kisah Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizma, Wong Fei Hung, IP Man dan sebagainya tetapi saya dan ramai tidak puas hati!!!
Al-Quran dengan jelas suruh manusia tuntut ilmu, kembara di dasar lautan, di angkasa dan sebagainya untuk lihat kebesaran Tuhan tetapi kita lebih rela bergaduh sesama sendiri hanya kerana perkara sekecil Doa Qunut, Tahun Baru Cina dan Thaipusam!!!
Kemunduran Sains rakyat Malaysia buat saya teringat filem Round The World In 80 Days lakonan Jackie Chan yang menyahut cabaran Royal Science Academy of London.
Royal Science Academy London atau Royal Society ditubuhkan pada tahun 1660.
Pencapaian mereka bukan sahaja dibawah, malah Akademi secara tidak langsung memberi inspirasi serta dorongan kepada pencipta hebat lain.
Sudah pasti dana kewangan serta sokongan moral dan material disokong oleh Raja mereka dan selepas tamatnya Kerajaan Raja, Kerajaan Parlimen Britain masih teruskan usaha ini.
MALANGNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kebanyakan Sultan dan Raja Melayu sejak dahulu amat pentingkan diri sendiri dan tidak peduli nasib rakyat khususnya perkembangan ilmu sains mereka!
Saya menjunjung kasih dan taat setia kepada Raja Melayu seperti ikrar saya Rukun Negara tetapi keperluan memajukan rakyat Malaysia amnya, dan orang Islam khususnya memaksa saya ambil risiko ini untuk sampaikan harapan kami pada Raja Melayu!!!
Saya memetik kata Mending Lee Kuan Yew, "kaum itu" tidak mahu maju dalam pelajaran, "kaum itu" lambat menguasai ilmu sains jadi kami(Singapura), tiada pilihan melainkan meninggalkan mereka dibelakang.
Di Singapura, tiada Sultan dan Raja, tapi di Malaysia sudah pasti Sultan dan Raja Melayu tidak akan "tinggalkan" orang Melayu dan dalam masa sama membantu semua rakyat Malaysia menguasai sains.
Daulat Tuanku,
Saya merasa bangga dengan pembelian Boeing 777 berharga RM 500 juta oleh Tuanku Sultan Johor.
Sebagai rakyat Selangor, anak jati Selangor yang dipinggirkan Sultannya sendiri, saya tiada hak untuk "komplen" kerana Tuanku Sultan Selangor sudah kaya lama dahulu dari Sultan Johor.
Tapi kerana terdesak, apakah pilihan yang saya ada selain merayu kepada Sultan Johor yang kelihatan lebih peduli berbanding Sultan-Sultan lain???
Raja Melayu punyai kuasa yang amat besar apatah lagi dengan sistem penggiliran, mereka bergelar YDP Agong setiap 40 tahun(atau kurang).
Tetapi apakah sumbangan Raja pada Rakyat khususnya orang Melayu selain tanah rizab Melayu yang tidak boleh dibangunkan langsung akibat karenah birokrasi dan undang-undang PBT?
Pincangkah Raja, cacatkah ugama Islam? Atau kita sendiri yang pentingkan diri???
Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,
Ada berpuluh Negara mengikut jejak London dan menubuhkan Royal Science Academy masing-masing dan jika Raja Melayu mahu menubuhkan Akademi Sains Diraja Malaysia ia semudah kelipkan mata Tuanku sahaja.
Tetapi, Tuanku sekalian tidak mahu kelipkan mata akibatnya orang Malaysia terus jadi manusia tidak berilmu, pengguna dan kelas ketiga sahaja dan terus diperbodohkan oleh Memanda Menteri melalui kaedah "divide and rule".
Memang Rakyat Malaysia tidak pandai, selain menjawab soalan peperiksaan, kami hanya gunakan sistem sedia ada, dan gunapakai produk ciptaan Barat dengan gembira tanpa menyedari jika esok perang, kita guna peralatan yang mereka cipta jadi apakah peluang untuk kita menang atau sekurangnya mempertahankan diri, keluarga dan Negara- 0!
Rakyat Malaysia dikenali dunia kerana sifat dengki dan berkelahi sesama sendiri, kami juga dikenali berkelas dunia diatas jalanraya, berjudi bola sepak, transit dadah, pemerdagangan manusia, serta penerima derma berbillion ringgit!
Mungkin kami tidak layak menerima perhatian Sultan dan Raja!
Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,
Saya terfikir apakah yang difikirkan Raja England bila menubuhkan Royal Science Academy pada 1660 kerana pada masa itu saya pasti orang Barat masih lagi belum pandai terbang dan mungkin masih ramai Red Indian makan orang lagi!
Tetapi, Raja James/Charles tahu, jika mereka gunakan seluruh kekayaan mereka membeli kapal terbang sekalipun, mereka hanyalah Raja kepada pengguna atau dalam English King to users is is still known as user but King To Scientist known as inventor!
Justeru, mereka lebih rela berusaha tubuhkan Akademi, Society atau Institut yang memberi galakan, sokongan, dorongan, motivasi dan segala apa yang diperlukan termasuk duit, emas dan berlian untuk mencipta Kapal Terbang, Roket, Kereta, Keretapi, Kapal, rawatan sakit termasuk yang dideritai anak cucu cicit Tuanku Sultan dan sebagainya.
Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,
Patik mohon ampun jika artikel ini kasar serta sembrono.
Harap jangan fokus pada masalah dan tangkap patik dengan pelbagai Akta kerana jika kita fokus pada penyelesaian, jika kita lihat pada beberapa ayat patik, maka apa yang boleh disimpulkan dari artikel bosan panjang berjela ini adalah;
1. Rakyat rayu Sultan Johor(Sultan paling peduli) dan Raja Melayu tubuhkan Akademi Sains Diraja atau Royal Society.
2. Akademi ini harus sediakan apa sahaja yang diperlukan oleh rakyat tanpa kira warna kulit untuk jalankan eksprimen sains dan tidak tertumpu pada IPT sahaja kerana dari sejarah kebanyakan penciptaan hebat bukan dicipta dari makmal Universiti!
3. Arahkan Kerajaan Malaysia rombak sistem pendidikan Negara dengan asimilasikan sains dalam hidup, bukan dalam kelas sahaja!
Ikut Jepun dimana bakat sains dan penciptaan dikenalpasti dan dipupuk seawal usia 7 tahun!
4. Angan-angan boleh jadi kenyataan jika sokongan diberikan. A wet dreamer can be an inventor!
5. Ada sebab kenapa diseluruh dunia, Akademi Sains dan Royal Society ini diletakkan dibawah Raja dan bukan Kementerian Pendidikan kerana penciptaan boleh dihentikan dengan kejahatan politik dan kepentingan individu!
Tuanku Sultan Johor dan Raja Melayu,
Mana tahu 10 tahun lagi Tuanku Sultan Johor boleh beli 100 Kereta Terbang, Trak Terbang atau Optimus Prime dan Kapal Terbang yang amat murah kerana dihasilkan oleh Saintis Tempatan dari Akademi Sains DiRaja!
Bukankah ia pelaburan lebih baik dari membeli sebuah kapal terbang sahaja?
Ampun Tuanku!
PS: Saya yakin, dengan adanya Akademi Sains DiRaja ini rakyat Malaysia mampu lahirkan ciptaan yang hebat, sehebat Keretapi Maglev Shanghai dalam dunia moden ini!
Saya teringat saya dan Fairuz sertai Minggu Sains di Sekolah dan kami cipta kereta yang akan berhenti/perlahan/ketepi sendiri bila pemandu tertidur.
Saya berhenti disitu, tetapi beliau tidak, hari ini beliau cipta jam tawaf. Mungkin, jika ada Akademi Sains DiRaja, beliau boleh cipta medan magnetik dengan aruhan bertentangan dari kutub utara dan selatan. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment