Rakyat dan ramai pengikut setia yang amat terkejut dengan tindakan Dr Mahathir yang mengetuai Deklarasi Rakyat bersama barisan pembangkang termasuk "kawan lama", Lim Kit Siang.
Tajuk berita yang paling melodramatik adalah "Mahathir Tidak Kisah DAP jadi Perdana Menteri", seolah-olah, DAP bukan rakyat Malaysia dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Hakikatnya, Mahathir mempunyai banyak sebab untuk berbuat demikian kerana bagi yang tidak tahu, wajah Malaysia tidak akan sama lagi selepas 5 tahun, dan sudah tentu keadaan akan lebih memburuk.
Sebagai Mantan PM yang berusaha selama 50 tahun hayatnya demi Rakyat Malaysia, sudah pasti Mahathir mempunyai hak berbuat demikian.
Tetapi, Mahathir perlu ingat, sebagai Negarawan dan Tokoh, dan lebih utama sebagai hamba Allah Mahathir perlu menunjukkan contoh yang baik kepada umat Islam.
Mahathir sudah berusia 91 tahun, dan beliau belum pernah mahu melepaskan "dunia". Contoh dan tauladan ini amat buruk hingga diikuti ramai bapa, ibu, saudara, abang, kenalan kita yang sudah berusia 60 tahun tetapi masih belum mahu melepaskan "dunia" dan mencari akhirat!
Saya kenal ramai Muslim berusia lebih 60 tahun tetapi enggan melepaskan dunia, sedangkan bukan Islam seperti Bill Gates, jutawan kain India dan ramai lagi sanggup lepaskan dunia sedangkan mereka berada di puncak.
Islam bukan agama yang pasif dan mundur, kita berusaha dan bukan berserah pada takdir semata-mata.
Tetapi usaha perlu dilakukan sehabis usaha selagi ia tidak menyalahi undang-undang Allah ia wajib dilakukan sebelum kita berserah.
Apa yang Tun lakukan semalam tidak salah tetapi kurang wajar kerana ia adalah diluar dari capaiannya.
Sebagai pengikut setia sejak umur 4 tahun, Tun telah ajar rakyat Malaysia bahawa sebarang pertukaran Perdana Menteri perlu dilakukan melalui PRU dan Pemilihan Parti.
Usaha Tun singkirkan Pak Lah dan Najib boleh diterima asalkan ia dalam capaian kemampuan Tun.
Malangnya, kenapa perlu dibuat sesuatu yang diluar kemampuan Tun, dan kononnya sebagai "rakyat" Tun membuat tuntutan yang berlawanan dengan apa yang Tun ajar rakyat selama 23 tahun menjadi PM?
Sebagai orang yang amat sayangkan Tun, saya ingin merayu pada Tun agar lepaskan isu Najib Razak dan serah nasib Malaysia kepada Allah.
Jalan Allah bukan sekadar "aku berserah", tetapi jalan terbaik adalah diatas sejadah.
Mungkin sebagai orang paling tua, Tun boleh ketuai kami Solat Hajat menyerahkan Najib Razak dan nasib Malaysia pada Allah.
Kerana TUN,
Saya 110% menyokong malah saya berusaha gigih menyingkirkan Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri bagi Tun Mahathir melantik Najib Razak menjadi Perdana Menteri!
Hari ini saya tertanya, apakah perletakan jawatan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan pelantikan Najib Razak sebagai PM adalah kehendak Allah atau ia adalah onar manusia?
Mungkin Allah mahu Pak Lah jadi PM, Allah tidak mahu Najib Razak jadi PM, tapi kerana "kerosakan", komplot serta ketamakan manusia perkara yang terjadi "bukan kehendak" Allah tapi adalah onar manusia!
Tun,
Kalau saya menyokong Tun kali ini dan menyingkir Najib Razak, benarkah ia yang dimahukan Allah?
Apakah jaminan pengganti Najib Razak adalah lebih baik darinya atau PM akan datang akan lebih jahat dari Najib Razak!
Dulu Tun jamin Najib Razak lebih baik dari Pak Lah, tapi Tun silap!
Dulu Tun jamin, Najib Razak lebih layak jadi pengganti Pak Lah dari Muhyidin, tapi Tun silap!
Dulu Tun jamin Anwar lebih baik dari Ghafar tapi Tun silap!
Selepas berpuluh kali Tun SILAP menilai pengganti dan pemimpin hingga Malaysia terjerumus kekancah bahaya, bukanlah lebih baik jika Tun belajar untuk lepaskan dan serahkan pada ALLAH SWT!
Saya, sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang yang amat sayangi Tun dan setia pada Tun tanpa sedikitpun khianat dan ragu sejak 36 tahun dahulu dengan ini menyeru pada Tun Mahathir dan semua rakyat Malaysia;
Ya Allah! Kami serahkan nasib Malaysia kepada ENGKAU! Jika Najib Razak yang terbaik buat kami, ENGKAU berilah Najib petunjuk, bimbinglah dia kejalan "mustaqim", dan jika Najib Razak bukan yang terbaik buat kami, maka ENGKAU berilah kami semua akan rahmatMU agar kami mendapat perlindungan serta keamanan senantiasa!
Amin!
PS: Saya sering syok sendiri dan beranggapan bahawa saya sering dipilih Allah untuk mengikuti politik Malaysia secara dekat.
Sejak dahulu, bila Nik Aziz "menyerang" Tun, saya sudah diberitahu ia untuk hari ini kerana ketegasan Tun akan makan diri!
Saya sudah tahu tentang Rosmah Mansor lama dahulu, sebelum Najib PM, selepas Najib PM, dari sumber yang berkredabiliti.
Terbaru, selepas Special Task Force, SPRM dimalukan dan AG dipecat, saya dapat dari sumber Polis dan Tentera bahawa keadaan Malaysia hampir tergadai sepenuhnya dikala orang lain tidak tahu!
Kebenaran cerita itu tidak dapat saya pastikan sehingga tindakan Mahathir dan doa Tun Hasmah di Mekah selari dengan cerita yang saya dapat.
Pun begitu, kita semua wajib berusaha, tetapi janganlah berusaha luar kemampuan hingga memberi contoh yang tidak baik kepada generasi anak-anak kita, apatah lagi, kesilapan demi kesilapan patut mengajar kita bahawa setiap kejadian(baik dan buruk) ada hikmahnya.
Sepatutnya, dalam usia 70 tahun keatas, kita perlu lepaskan dunia dan mencari Allah hingga mencapat tahap yakin 1+1=2 kerana Allah!!!
Ya!! 1+1 adalah 2 kerana Allah, jika tidak kerana Allah, ia bukan 2 dan itu saya belajar dari filem barat penuh seksi LUCY 2014.
Saya Mustaqim Abdul Rahman sudah tandatangi Deklarasi Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
http://nusanaga.blogspot.my/2015/03/mimpi-pelik-pemimpin-malaysia.html
Post a Comment