Pagi ini saya mahu tulis tentang Petaling Street. Tetapi tertarik dengan isu artikel Saiful Nang tentang Mekah.
Hakikinya, kita kena akui, kita perlu ada ilmu untuk komen. Sebelum ini saya terbaca tentang komen seorang blogger yang banyak follower berbanding saya 0 follower, yang mengatakan ikat dulu unta baru tawakal.
Saya tidak nafikan kita perlu usaha untuk ikat unta baru kita tawakal walaupun sebenarnya saya boleh sanggah dengan beberapa ayat Al-Quran dan juga hadis, tetapi disebabkan banyak ayat dalam Al-Quran mengatakan Allah suka pada hambaNYA yang memperbaiki amalan maka saya anggap samada ikat unta atau tidak ia adalah kepelbagaian dalam beragama.
Kepelbagaian yang membawa kepada jalan yang satu.
Namun, saya pelik dua orang insan yang mulia bercakap soal yang mereka tidak pasti. Ada yang komen, mungkin yang empunya sendiri tidak pernah menunaikan Haji bagaimana mahu komen tentang insiden yang berlaku di MINA?
Salah seorang adalah Saiful Nang yang juga adalah seorang Haji.
Terus terang saya katakan saya tidak jumpa akan rumah pelacuran di Mekah sepanjang 42 hari disana pada 2004 ketika Pasar Emas masih dibawah tangga Mekah dan 2008 ketika sudah tiada.
Bagi mereka yang jumpa itu bahagian mereka dan itu ujian mereka. Ujian saya berbeza tidak perlu saya ceritakan.
Saya perlu akui saya ada mendengar tentang pelacuran di Mekah dari rakan-rakan tetapi Allah jauhkan saya darinya kerana barangkali saya juga bernafsu.
Bilamana Saiful Nang jumpa maka ia adalah bahagian dan ujian untuknya. Jika ia hanya dengar dari kenalannya dan bukan mengalaminya sendiri, maka ia perlu tahu bahawa Allah menegah umat Muhammad mengatakan sesuatu yang kita tidak pasti.
Baiklah, mari kita "assume" bahawa Saiful Nang memang mengalami sendiri pengalaman rumah pelacuran di Mekah dan jangan menghukum tujuannya ke Mekah. Kerana itu adalah ujian dirinya, ujian kita belum tahu lagi.
Pelacuran, penipuan, kecurian dan banyak lagi memang berlaku di Mekah mengiku cerita rakan-rakan. Yang saya saksikan adalah penipuan dan saya alami adalah kecurian- selipar yang juga mungkin tersalah ambil.
Setengahnya tidak hanya berlaku diluar Masjidil Haram, malah ada yang berlaku didalam Masjidil Haram.
AlQuran dengan jelas mengatakan tentang Masjidil Haram dalam satu Surah. Saya bukan Ustaz jadi saya tidak layak untuk bicarakan soal Surah itu.
Tapi saya harap kita semua boleh buka Surah itu, baca terjemahannya dalam Bahasa yang mudah difahami agar faham dan barulah komen.
Tiada ayat yang jelas mengatakan tentang kejahatan tidak boleh berlaku di Mekah apatah lagi disekitarnya.
Justeru, Islam bukan agama komunis. Islam tidak katakan jangan kritik, ikut sahaja. Tapi Islam suruh IQRA. IQRA. IQRA.
Sebab bila kita IQRA, bila kita memiliih untuk percaya ada sisi gelap Haramain(nak sebut juga dalam bahasa Arab tapi sedang hina Arab) dan bila kita IQRA tentang Mekah dalam Al Quran, maka apa yang kita akan jumpa hanya satu, iaitu kebesaran ALLAH.
Kita dalami makna AlQuran dan jelas ALLAH mahu uji kita.
Kita semua, termasuk Saiful Nang.
Di Mekah saya didedahkan oleh ujian Allah yang tidak dapat saya sebutkan disini.
Saya sedar ia ujian untuk saya, bukan untuk mengaibkan Mekah apatah lagi secara terbuka.
Apakah kita menegur anu isteri kita di mata umum? Pasti ia membawa makna dan interpretasi yang berbeza.
Tujuan Saiful Nang, mungkin, mungkin walaupun sukar untuk percaya untuk membetulkan yang salah, kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk itu, tapi kita ambil yang baik bahawa Saiful Nang memang ikhlas mahu betulkan korupsi di Mekah serta maksiat.
Alhamdulillah dan TQ Saiful Nang.
Tapi yang terjadi sebaliknya, niat Saiful Nang telah akibatkan kejadian penghinaan dan aib secara terbuka keatas Islam, bukan Mekah.
Apa faedahnya? Apakah Raja Salman yang pernah membazir USD 100 juta menempah seluruh Kepulauan Maldives untuk privacy bercuti terkesan atau berubah?
Apa faedahnya selain mendapat hits dan menjadi popular dari tindakan ini?
Apakah pelacur yang Siaful Nang jumpa di Mekah berubah dan kembali ke jalan yang lurus?
TIDAK!
Saiful Nang juga mengatakan bahawa Tanah Suci itu bukan milik Keluarga Raja Salman.
Benar!
Mekah tidak pernah menjadi milik Raja Salman.
Sebab itu dia digelar Penjaga dua Kota Suci Islam dan bukan Raja dua Kota Suci Islam.
Selain ujian lebih hina dari pelacuran di Mekah saya juga diberikan Allah pelbagai pengalaman indah.
Melihat kaki burung sebesar peha lelaki 100kg. Melihat pelbagai ragam.
Dan yang pasti saya sering disapa oleh orang bukan Melayu.
Dengan kepayahan berkomunikasi berlainan Bahasa, saya tetap diajak berbual oleh Filipina, Yaman, Oman, Turki, Iran, Bangladesh, dll.
Dimana dari mereka, ada saya berjumpa bercertia tentang Panel Jawatanakuasa Pembesaran Masjidil Haram.
Panel tersebut terdiri dari banyak Negara Islam seluruh dunia.
Malahan saya diberitahu bahawa ada 9 Imam di Mekah yang dijaga keturunannya sejak zaman SAW.
Jumlah mungkin tidak tepat kerana anda fahamlah cerita atas cerita.
Mereka ini diambil sejak kecil dan dipelihara dari sebarang dosa.
Mereka beribadat setiap masa dan sudah tentu solat Istiqarah mereka tidak sama dengan kita.
Setiap apa yang mahu dilakukan keatas Mekah dan ibadah Haji akan di tapis oelh 9 Imam ini.
Mereka akan solat dan pohon petunjuk.
Jika ada antara 1 Imam ini yang bermimpi atau mendapat petunjuk tidak boleh walaupun 8 Imam lain petunjuk boleh, maka ia tidak boleh.
Ini termasuklah, memasuki Kaabah selain masa jadual pembersihan dll, pembesaran Kaabah, pembesaran kawasan Arafah yang digariskan oleh Jibril sendiri dsb.
Saya tidak mahu anda percaya saya, atau percaya pada Saiful Nang.
Percaya pada Allah dan kembali pada AlQuran sesungguhnya ada disebut dalam AlQuran ada satu lagi Baitullah yang seiriing dengan Baitullah kita.
Kita perlu mendalami diri sendiri dan bukan menghentam apatah lagi secara terbuka kerana kesannya, Allahuakbar amat amat mendukacitakan.
wALLAHUALAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
seronok baca =) menenangkan dan tak ada perkataan yang menghina
baru mula membaca blog ni hari ni.. alhamdulillah perkataan yg baik2 sahaja
Post a Comment