Salam 1MDB Dato Zahid,
Saya adalah antara peminat jauh Dato. Tiada peluang lagi untuk dekati Dato sejak mengenali Dato buat pertama kali di atas pentas PAU 1998 yakni yang terakhir Anwar sebagai TPM.
Pada saya apa yang Dato katakan diatas kapasiti Ketua Pemuda UMNO adalah berani dan melawan arus, bagus untuk Tun Dr Mahathir dan Anwar sendiri.
Selepas Anwar ditangkap, barulah saya tahu Dato orang Anwar dan boneka Anwar. Malah ramai katakan Dato Jambu Anwar yang sudah ditebuk. Bukan saya atau orang yang kata Dato, akhbar Utusan Malaysia yang kata.
Sejak kes itu, Dato hilang dan di bekukan dalam peti ais Bank Simpanan Nasional.
Selama 5 tahun Dato dibekukan, saya ikuti Dato kerana saya kagumi Dato.
Kemudian bila kes 1MDB timbul saya lihat Dato mampu jadi TPM jika Muhyidin jadi PM. Malangnya, saya manusia, ALLAH lebih berkuasa.
Dato menjadi TPM dan TSMY dipecat.
Teguran ini bukanlah berkenaan 1MDB mahupun UMNO sebaliknya berkenaan personaliti Dato.
Saya pernah lihat dan berjumpa ramai pemimpin kerana Arwah Abah saya(rumah saya) sering dikunjungi Ku Li, Anwar, Ahmad Razali Ali, Pak Lah dan Menteri lain.
Saya dapat lihat muka mereka berubah dari garang kepada mesra, dari sombong kepada tidak, dari hitam kepada putih, dari kelam kepada seri tidak terkecuali dari berlubang kepada handsome jika mahu ambil kira ke"handsome"man.
Tapi muka Dato dari mesra kini serabut.
Dari tegas kini garang.
Dari lembut kini keras.
Dari berseri kini hilang seri.
Wajah Dato sombong, keras, samseng, berlagak, garang, malah tidak keterluan menghina orang lain.
Sebagai peminat Dato saya berharapan agar Dato dapat buat sesuatu kerana saya sendiri lihat Dato Seri Najib pada mula menjadi PM tidak pandai bercakap tetapi semakin pandai.
Belajarah dan berubatlah.
Insya Allah keikhlasan seorang pemimpin akan terpancar dari wajah Dato kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment