ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, September 25, 2015

Tragedi Mina: Antara Takdir, Usaha Dan Komen Orang Tidak Pernah Ke Haji

Bebarapa otai Blogger masing-masing berebut menulis mengenai tragedy Mina.

Ada yang percaya ia ketentuan takdir dan mendoakan semoga roh mereka dirahmati Allah.

Tidak kurang ada yang mengatakan mereka yang terkorban semasa menunaikan haji masuk Haji hingga mengjungkit rasa cemburu mereka yang lain.

Ada yang percaya kita perlu berusaha dan ia boleh dielakkan bak kisah unta diikat baru tawakal.

Lebih lagi rakyat Malaysia sering berbangga dengan Haji sempurna yang mereka capai dibawah tadbir urus Tabung Haji yang cekap.

Sebagai orang jahil yang berpandangan bahawa kita perlu berusaha dan ikat unta baru tawakal, saya insaf.

Selama berpuluh tahun saya mempersoalkan takdir Tuhan kerana jemu dengan sikap orang Melayu yang sering menyalahkan takdir atas kecelakaan padahal mereka yang memandu laju, salahkan takdir padahal mereka yang cuai tidak ikat tali pinggang.

Hinggalah Allah beri kesempatan pada saya membaca setiap perkataan terjemahan AlQuran untuk kali pertama sepenuhnya.

Dalam Al-Quran jelaslah saya jahil.

Saya jahil kerana sebenarnya mencabut nyawa itu urusan Allah sepertimana yang dikatakan dalam Al-Quran.

Saya jahil kerana manusia tidak mampu berdiri dengan sendirinya tanpa iradat Allah.

Saya jahil kerana saya fikir saya berusaha untuk berada di jalan yang lurus sedangkan AlQuran Allah kata petunjuk adalah miliknya, dia sesatkan siapa yang dia mahu dan dia tunjuki jalan siapa yang di kehendaki.

Justeru, saya tidak berani lagi persoalkan takdir Tuhan selepas kejadian tersebut terjadi.

Sebelum unta itu terlepas, ya, kita perlu berusaha dan menuntut ilmu kerana biarkan diri dalam kejahilan juga satu dosa.

Tetapi, selepas unta itu terlepas, selepas kejadian itu berlaku, selepas anak kecil mati kerana ibunya terlupa pakaikannya tali pinggang, selepas tragedy Mina, selepas runtuhan Kren di Kaabah, semuanya adalah kehendak ALLAH.

Manusia tidak boleh persoalkan langsung kejadian yang sudah terjadi melainkan menginsafi ia kerja Allah SWT.

Dan memahami dala AlQuran dalam banyak ayat Allah katakan dengan jelas Allah suka manusia yang perbaiki amalan.

Keliru? Saya keliru sejak kecil dan jahil, dan masih jahil.

Rumusannya, adalah sukar untuk mengatakan atau menjatuhkan hukuman atas musibah yang menimpa orang lain, apatah lagi jika kita tidak pernah menunaikan haji, bagaimana kita mahu komen tentang perjalanan ibadah itu.

Saya beruntung bermuasassah dibawah Tabung Haji. Tapi saya berharap jika Allah benarkan saya menjadi tetamu Haram sekali lagi, saya tidak mahu pergi dibawah Tabung Haji.

Kudos kepada Tabung Haji kerana menjadikan segala perkara mudah untuk Jemaah Malaysia hinggakan saya berada di kawasan gated bersama 2 maktab lain di Arafah. Disebelah kawasan berpagar kami adalah kawasan berpagar Maktab lain.

Kerana mengikut peraturan saya menunaikan ukuf tanpa melihat manusia dikumpulkan di padang Arafah malah tidak dapat melihat Jabal Nur sedikit pun.

42 hari saya disana, sepanjang 42 hari setiap solat Fardu saya tunaikan di Haram. Alhamdulillah. Kerana TH mendapatkan Hotel paling dekat untuk rakyat Malaysia. Paling jauh pun diatas sedikit dari Masjid Kucing.

Malangnya, ramai Jemaah Malaysia tidak pergi ke Haram tunaikan solat berjemaah sebaliknya hanya berjemaah di Surau Hotel di Lobby. Bukan yang sakit, yang muda dan sihat.

Semasa di Mina, kami diberikan taklimat tentang masa melontar. Dan diberitahu supaya tidak pergi melontar pada waktu afdal.

Mudahnya pergi melontar semasa orang lain tidak pergi melontar, mudah hingga ia hanya ambil masa 30 minit sehari, dimana 23jam 30 minit lagi digunakan untuk tidur, membeli belah, berbual, baca Al-Quran dan paling penting digunakan untuk jama dan qasar solat.

Dalam khemah saya, setiap solat Fardu kami "terbahagi" kepada 6 Imam. Satu imam tidak mahu jamak kerana terlalu banyak masa terluang berehat tanpa urusan lain. Satu imam mahu jamak takhir, satu imam mahu jamak takdim, satu lagi Imam memang dari awal bidaikan khemah mereka kerana Jemaah mereka orang Sarawak kebanyakan dan satu lagi Imam rasa Imam lain tidak layak dan tidak sedap suaranya.

Kadag-kadang terfikir, dari berbalah dan solat 6 imam dibawah satu khemah kerana kemudahan mudah mudah Tabung Haji baik pergi bergelut dan berebut demi Allah tunaikan melontar pada masa afdal walau berisiko mati terkorban.


Sepanjang berada disana juga saya sering ditegur dan berkawan dengan beberapa Jemaah lain dari Negara Indonesia, Iran, Yaman, Filipina, Thailand dll yang semuanya perlu memasak unttuk makan dan Muasassah di Malaysia hanya perlu buka penutup makanan untuk makan itu pun masih banyak aduan.

Mereka, tidak sebaik kita, atau lebih tepat tidak sebaik Tabung Haji.

Tabung Haji tidak bersalah kerana menyediakan khidmat yang begitu cemerlang tetapi Jemaah Malaysia yang terlalu mudah tunaikan Haji yang bersalah.

Takdir Allah tidak wajar dipersoalkan. Tapi untuk perbaiki amalan wajib kita dalami takdir Allah itu, bukan persoalkan.

Sukar untuk bezakan persoalkan atau dalami kerana keduanya perlu ikuti proses soalan yang sama, kenapa tidak berusaha untuk elakkan unta terlepas?

Wallahualam..

Terbaru Kerajaan Arab Saudi dipersalahkan. Menyalahkan orang lain memang mudah melainkan salahkan diri sendiri. Tetapi kita hanya mahu perbaiki sahaja.

Pada pengamatan saya, Jemaah Muasassah Asia Tenggara ditempatkan jauh sebelum terowong. Lepas kami melalui terowong kami akan lalui kawasan khemah Jemaah yang terkorban ini.

Kiri dan kanan Pagar dan Pintu semua tertutup dan pada masa itu terfikir, jika mereka keluar dari pintu ini, dan pulang melalui jalan kami pulang bagaimana mereka mahu pulang, dimana mereka mahu melintas?

Bila diamati memang ada jalan pulang khas untuk mereka, tetapi kurangnya tanda jalan di sana.

Untuk pengetahuan, tiada tanda jalan dalam bahasa lain selain Arab jika ada amat sedikit.

Mahu Tanya bilik air pun kalau tidak tahu omong B. Arab hentamlah ayat al unsa, al insi, barulah mereka faham.

Patut banyakkan signage bahasa universal atau bahasa Jemaah tempatan ikut khemah.

Wallahualam.

PS: Dimana-mana boleh mati, atas katil, atas Jalan, di tandas, atau di Haram. Tapi jangan salah faham, bukan senang mahu mati. Bukan semudah tutup mata tidur.

Robie William, Pelakon, Pelawak dan Pengarah terkenal akhirnya berjaya membunuh diri selepas beberapa cubaan untuk mati sebelum ini gagal. Malahan beliau menghidap pelbagai penyakit maut tetapi tidak juga mahu mati. Akhirnya Allah lepaskan "unta" itu, walaupun sudah puas manusia berusaha. Walllahualam

No comments: