ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, September 2, 2015

Bila Kerajaan Mahu Tangkap Namewee? Nurul Hidayah Zahid Tolong Jawab!

Saya bukan Perkasa yang berapi-api mahu memastikan Namewee dipenjarakan tapi akhirnya diam seribu bahasa.

Saya hanya anak Melayu beribukan Cina yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan Negara ini khususnya hubungan Cina dan Melayu.

Saya layak menegur kerana saya tidak pernah menjadi seperti Nurul Hidayah mahupun Zahid Hamidi.

Jika 17 tahun dahulu mereka boleh bertindak bodoh dan menyertai keganasan Reformasi serta komplot menjatuhkan PM Dr Mahathir, hari ini bila orang lain mahu buat silap seperti mereka, mereka gelar bodoh, pengkhianat, rosakkan kapal, karamkan parti dan pelbagai kata nista yang menggambarkan diri mereka sendiri.

Saya tidak pernah menghina kaum dan agama lain seperti Namewee justeru saya layak menuntut keadilan untuk agama saya.

Namewee harus dihukum dan dipenjarakan!

Namewee membuat ramai orang percaya termasuk Alvin Tan, *Perkasa, Ridhuan Tee dan ramai lagi bahawa adalah "cool" menghina agama orang lain. *Pada Orang Cina Perkasa dan Ridhuan Tee hina kaum dan agama mereka walaupun tidaklah segagah Namewee dan Alvin Tan menghina.

Perilaku Namewee adalah tidak adil dan tidak mengambarkan keperibadian ketamadunan Cina serta ajaran Buddha yang berbunyi "mengajar penganut Buddha mengorbankan kebahagiaan diri demi kebahagian orang lain".

Jika ia masih belum jelas, adalah baik jika kita diperjelaskan bahawa Gautama Siddharta Buddha adalah anak Raja yang meninggalkan kebahagiaan dirinya mencari Tuhan demi kebahagiaan orang lain.

Justeru, apa yang dibuat Namewee sepatutnya dikutuk kerana ia dilarang dalam ajaran Buddha.

Malangnya ia tidak berlaku kerana Namewee adalah suara keramat yang terpendam sekian lama. Sejak lama dahulu, suara Namewee sebenarnya adalah suara hati orang Cina tetapi bukan menghina cuma tidak puas hati dianaktirikan di bumi sendiri.

Mungkin ramai tidak tahu atau buat-buat tidak tahu atau sengaja terlupa apa salah Namewee?

Namewee melalui "single" pertamanya bertajuk Negarakuku menghina Islam secara terang-terangan. Selain menyamakan suara azan dengan ayam berkokok, Namewee juga menghina hijab dalam lagu itu.

Saya tidak katakan suara azan itu sedap, memang ada yang tidak sedap, tetapi mengeluarkan penghinaan terbuka adalah tidak boleh diterima.

Saya juga mempunyai pandangan berbeza terhadap patung Buddha tetapi ia hanya peribadi di dada dan ia akan menjadi penghinaan yang tidak boleh diterima penganut Buddha jika saya katakan secara terbuka.

Lain penghinaan seperti Penjawat Awam malas, Polis Rasuah dan sebagainya tidak serius kerana ia bukan menghina agama.

Video ini mendapat perhatian dan kemudian MCA memohon kepada PM Pak Lah untuk memaafkan Namewee dan tidak mendakwa beliau. Kerajaan Malaysia memaafkan dengan syarat Namewee menarik balik Video tersebut dari YouTube.

Malangnya, hari ini kita masih boleh menonton video Namewee menghina Islam bertajuk Negarakuku yang diupload oleh orang lain.

Sebagai penyanyi tunggal dalam klip tersebut serta pemilik lirik dan lagu itu, Namewee berhak menuntut hakciptanya dan mengarahkan Youtube banned semua Video Negarakuku.

Video tersebut merosakkan generasi masa hadapan khususnya anak muda Melayu, Cina, India dll yang berpendapat adalah bukan jenayah, tidak mengapa dan adalah "cool" menghina agama lain.

Buktinya, Namewee masih belum ditangkap!

Soalan saya khusus pada Nurul Hidayah Zahid Hamidi yang begitu prihatin terhadap nasib dan keamanan Negara, bila Kerajaan mahu tangkap dan hukum Namewee.

Kerana dengan hukuman terhadap Namewee sahaja segala bentuk penghinaan dan ancaman kepada Negara boleh dihapuskan sepenuhnya kerana beliau orang yang pertama melangkah garisan yang memisahkan prinsip saling menghormati antara agama di Malaysia.

Dari Nurul Hidayah perjuangkan hukuman atas Bersih, hukum dahulu Namewee.

Dari KPN bersemangat mahu siasat Tun Mahathir baik siasat kenapa Video Negarakuku menghina Islam masih boleh ditonton di Youtube. Apa IT Bukit Aman buat?

Tangkap dan hukum Namewee sebagai pelajaran sekaligus tiada ekstremis lain yang bakal lahir.

Sekian permintaan saya.

No comments: