ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, September 22, 2015

Haji 2015

Setiap tahun perkara sama saya akan kongsikan dengan semua berbekalkan satu harapan iaitu bersatu adalah wajib dalam Islam dan diterjemahkan dalam ibadah haji.

Berjuta perbezaan dikumpulkan di Padang Arafah untuk satu persamaan.

Sebagai orang muda sukalah saya berkongsi pesan orang-orang tua, mencapai haji adalah amat amat mudah.

Setiap tahun berjuta Jemaah mencapai haji tanpa masalah yang menghalang.

Tetapi, mengekalkan haji adalah amat amat sukar.

Bermula dari ukuf, mabit kemudian melontar dan ditutupi dengan ibadah tawaf dan saie maka lengkaplah haji setiap Jemaah dari 4 juta Jemaah.

Tetapi, siapa yang benar-benar mengekalkannya?

Ada yang kekalkan di kopiah sahaja!

Ada yang kekalkan di ingatan sahaja!

Ada yang kekalkan di Jubah sahaja!

Ada yang kekalkan di mata umum sahaja!

Ada yang kekalkan di nama gelar sahaja!

Berapa ramai yang kekalkan haji iaitu ukuf setiap malam merenung diri sendiri,  mabit di Rahim ibu yakni taat pada ibu bapa/suami, melontar di tiga jamrah iaitu membuang semua nafsu yang ada pada fizikal, rohani dan mental dan diakhirinya dengan solat 17 rakaat setiap hari menggantikan 7 kali tawaf, 7 kali saie, dan 3 kali melontar?

Kita capai haji kerana Allah dan selamat Berjaya dan semoga Berjaya mengekalkan haji hingga satu masa yang termaklum.

Insya Allah.

No comments: