Saya terkejut dengan laporan The Sun semalam yang melaporkan kenyataan SPRM yang mahu membanteras rasuah seawal bangku sekolah lagi.
Tambah SPRM satu kajian pernah dilaksanakan oleh UKM pada tahun 2003 dengan melibatkan beribu respondent yang terdiri dari pelajar Universiti.
30% respondent mengatakan mereka sanggup terima rasuah jika mereka berkuasa kelak.
70% lagi yang tidak sanggup sudah pasti bukanlah orang yang memegang kuasa pada hari ini kerana mereka enggan menjadi sebahagian dari Sistem Rasuah yang dilaknat Allah ini.
Itu adalah kajian 12 tahun lepas keatas Pelajar dimana sudah tentu Pelajar tersebut kini sudah memegang kuasa yang membolehkan mereka menerima rasuah.
Saya tertanya, bagaimana jika kajian tersebut diadakan pada hari ini, saya yakin jumlahnya sudah pasti akan mencecah 90%.
Kenapa saya begitu yakin.
Kerana ia memang terjadi dan ia dilakukan oleh orang ISLAM tanpa sedikitpun rasa takut pada Allah.
Polis disasarkan sebagai sasaran utama kerana ia memiliki kuasa yang paling besar berbanding kuasa lain sedangkan rasuah SYABAS, TNB dan PBT jauh lebih jijik lagi.
Senario 1 - PBT
PBT amat sukar memberi lesen perniagaan kepada pemohon khususnya Restoran. Jalan paling mudah adalah dengan merasuah mereka.
Saya sendiri pernah mendirikan sebuah bangunan diatas Tanah Pertanian milik nenek moyang saya dan kemudian saya minta bantuan dari PBT supaya memberikan saya kebenaran sementara.
Mereka meminta saya RM 30,000 melalui sepupu saya yang menjadi orang tengah kerana dia sudah selalu menyelesaikan masalah itu dengan rasuah.
Senario 2- SYABAS
Tahukan anda berapa harga untuk apply Meter Syabas bagi rumah baru?
Harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut kontraktor.
Harga yang ditawarkan satu Meter berada di sekitar antara RM 1500-RM 4000.
Kenapa harganya berbeza untuk perkhidmatan yang sama, rumah dan kawasan yang sama?
Biar saya dedahkan TNB dibawah dan akan jawab di bawah Senario 3?
Senario 3-TNB
Tahukan anda berapa harga untuk apply Meter TNB bagi rumah baru?
Harga yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut kontraktor.
Harga yang ditawarkan satu Meter berada di sekitar antara RM 1500-RM 4000.
Setahu saya deposit yang dibayar saya selaku pemohon kepada TNB adalah RM 150 sahaja untuk kediaman single phase.
Saya memohon di Kaunter tetapi tidak dibenarkan kerana perlu menggunakan kontraktor berlesen TNB sahaja.
Kenapa harganya berbeza untuk perkhidmatan yang sama, rumah dan kawasan yang sama?
Satu harga standard yang sama boleh difahami kerana TNB perlu menanggung pelbagai kos.
Lalu saya tanya kepada kontraktor TNB apa bezanya harga berbeza ini?
Bezanya adalah;
RM 1500- Meter TNB dipasang selepas 2 bulan.
RM 2000 - Meter TNB dipasang kurang dari 2 bulan
RM 3000 - Meter TNB dipasang kurang dari 1 bulan
RM 4000- Meter TNB dipasang esok!
Senario sama berlaku di SYABAS.
Senario 4 DBKL.
Senario 4 ini bukan tuduhan rasuah tetapi soalan.
Sejak 2 tahun kebelakangan ini saya sudah menjadi Bangla.
Pekerja Bangla saya ini agak manja dengan saya dan suka menyusahkan saya membawanya ke Kota Raya. Mahu pergi beli tiket kapal terbang pun saya kena temankan.
Saya sering menjamu selera kerana kedapatan makanan Bangla boleh dimakan saya. Melainkan rempahnya membuatkan saya susah tidur pada malam hari kerana panas.
Soalan saya, kenapa DBKL membenarkan Restoran Bangla masak di Tingkat 1 dan 2?
Bukan sahaja kotor malah tiada ventilator langsung?
Saya bertanya kepada Bangla disitu, dia mendakwa mereka perlu bayar.
Senario 5- Polis Selangor.
Masih lagi Bangla. Di Aman Putri Sg Buloh tempat saya bawa Bangla saya beli Rokok RM 3 dan ekstrajus, mereka berjumpa lebih kurang 100 pekerja Bangladesh di Kongsi tersebut.
Ada kosong ada yang tidak.
Yang kosong tunjukkan saya kad kuasa dari Polis Selangor.
Mereka perlu bayar RM 50 sebulan untuk kad kuasa itu dan perlu tunjukkan kepada polis dan tidak akan ditangkap walaupun mereka kosong dan bergelar PATI.
Tetapi disyaratkan mereka tidak boleh tunjukkan kad tersebut kepada Imigresen jika diperiksa.
Senario 5 - Diri Sendiri
Rasuah di Malaysia berada dalam kawasan amat tenat.
Hudud Adil adalah jawapan untuk ini. Hudud PAS atau Hudud Kelantan sudah mengesahkan bahawa hukuman potong tangan tidak boleh dijatuhkan kepada orang yang memberi dan menerima rasuah.
Itu jawapan dari mulut TGHA yang saya baca diakhbar.
Kalau begitu, hukuman hudud komunis China lebih adil. Di China, pesalah rasuah dihukum berat malah jika ia membabitkan salah guna kuasa dan wang yang besar, hukumannya adalah tembak sampai mati.
SPRM tidak perlu buang masa mahu banteras rasuah di Sekolah.
Sebaliknya hukuman berat perlu dilaksanakan.
Pada pembaca yang budiman, saya merendah diri mengingatkan anda akan peringatan Allah dalam AlQuran.
Takutlah pada Allah. Hentikan rasuah dan pulaulah isteri, suami, anak, kakak, abang, adik, sepupu, kawan, sahabat, kekasih, cucu, dll yang menerima dan memberi rasuah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tuan dpt maklumat tth kadar rasuah meter syabas dr siapa dan dr mana?
tuan dpt maklumat tth kadar rasuah meter syabas dr siapa dan dr mana?
Post a Comment