Pertanyaan ikhlas Melayu tersebut dibalas dengan naif oleh seorang anak kecil yang berbunyi I dont talk to stranger especially Malay. Because Malay All Stupid!
Hakikinya penghinaan kaum sesama kaum di Malaysia tidak dapat dielakkan kerana perbezaan budaya dan agama.
Sebagai contoh, Anjing adalah binatang kesayangan Cina, tetapi amat amat dibenci oleh orang Melayu hinggakan ada yang tergamak membunuh binatang ciptaan Allah yang tidak berdosa.
Stigma Anjing dalam masyarakat Islam di Malaysia terlalu teruk dan hampir ketahap menghina.
Apa perasaan kita jika orang Cina membenci Kucing?
Apa perasaan kita jika orang Cina membunuh Kucing?
Contoh kedua, adalah pemakanan Babi.
Sebagai Islam kita tahu kenapa diharamkan tetapi Bukan Islam tidak tahu justeru menjadi makanan kegemaran mereka.
Atas sebab perbezaan itu kita balas dengan kasar dan hina. Kita hina makanan mereka.
Apa perasaan kita jika orang Cina menghina makanan orang Islam ie Lembu, Ayam, Ikan Tongkol?
2+2 adalah 5! Anda katakan saya salah tidak bermakna anda menghina saya.
Tetapi anda mengatakan saya salah dengan perkataan budak bodoh, Cina penipu, Melayu Malas, India Mabuk, Malingsia dll menghina saya.
Tidak salah menegur kesalahan orang lain tetapi janganlah peribadi dan terlalu kasar. Yang salah ialah perbuatan, bukan orang mahupun binatang tersebut.
Stigma Anjing dan Babi dibiarkan terlalu teruk hinggakan orang bukan Islam merasakan kita menghina mereka, dimana mereka tetap makan babi dan bela anjing, justeru pendeakatan Islam itu amat kacau dan boleh undang ucap kata dari mulut anak kecil sepertimana yang terjadi.
Bayangkan, jika anak kecil Cina itu mencintai anjing sangat, dan orang Melayu pula jijik dengan anjngnya lalu ia bertanya kepada ibunya, apa yang boleh ibunya jawab?
Tanya diri sendiri, setiap kali nampak Anjing dibawa orang Cina, apa anda akan beritahu anak anda? Apa reaksi anda dan anak anda?
Isteri saya akan melompat bagai nampak hantu, anak saya akan hilang semangat dan lari jauh, kerana itulah yang ditanam kepada anak Melayu Islam oleh ibu bapanya.
Eeee....Anjing, Kotor suhhh suhhhh.....Eeeee, Babi Haram jangan tengok.
Islam agama suci dan sempurna.
Kita boleh sentuh Anjing dengan syarat tertentu. Kalau kita tidak boleh Allah akan terus kata tidak boleh sentuh Anjing langsung dalam Al-Quran kerana Allah tidak bodoh.
Kita boleh sentuh Wanita bukan Muhrim dengan syarat tertentu seperti perubatan, darurat, "rescue", uzur, siratulrahim malahan kita boleh sentuh anak saudara tapi batal air wudhu.
Allah tidak kata kalau salam anak saudara perempuan kecil sudah baligh haram dan perlu samak, tetapi hanya batal air wudhu.
Sebagai anak Cina saya sendiri tidak setuju dengan cara orang Islam khususnya Melayu mengajar anak mereka tentang anjing.
Untuk pengetahuan, Allah cipta Anjing untuk kebaikan manusia. Allah cipta setiap benda dengan tujuan tertentu dan diambil dari ucapan Bismillahhirahmannirahim sudah tentu Allah cipta Anjung dan Babi untuk kebaikan manusia.
Ya, untuk sebab yang kita tidak jelas. Dan ditegah makan binatang ini atas sebab yang jelas iaitu kemudaratan.
Kita boleh tuding menuding, salah menyalah dan terus fokus dan berlegar pada masalah tanpa solusi.
Apa solusinya?
Sistem satu Sekolah perlu diwujudkan agar kita saling memahami dan orang Islam perlu mengurang stigma mereka terhadap Anjing.
Kita perlu bela Anjing? Tidak. Kita hanya perlu tegur dengan cara yang betul dan lengkap dengan kenapa serta fakta.
Sebagai contoh, sebelum ini ada seorang wanita Melayu yang marah jirannya mengadu pada pihak berkuasa dimana kemudian pihak berkuasa datang menangkap anjing liar.
Kita puji sikap kemanusiaannya dan kasih sayangnya yang tinggi. Tetapi kita hidup berkongsi ruang udara yang sama, oksigen yang sama, jalan yang sama, tanah yang sama, Negeri yang sama malah PM yang sama.
Samada beliau perasan atau tidak pencinta Anjing atau pembela Anjing Bukan Islam tidak mahu bantu Anjing liar ini. Kenapa?
Kerana Anjing Liar terdedah kepada penyakit dan boleh menjangkiti Anjing mereka di rumah.
Setiap Anjing perlu di ikat. Every Dog must be leashed.
Anjing mempunyai personaliti tidak terduga, dari pakar Anjing Caesar di Astro, ramai salah anggap bahawa bila Anjing menyalak manusia yang lalu dihadapannya, rupanya Anjing itu sebenarnya takut.
Stigma kita, Anjing mahu menakutkan kita kerana dia tahu kita takut.
Anjing menyalak pada "stranger" kerana Anjing takut dan mahu memastikan persekitarannya selamat. Cara kita bereaksi samada kita adalah ancaman atau rakan membawa kepada kejadian seterusnya.
Dari segi penyakit, Anjing paling mudah dijangkiti kutu, kulit dan juga penyakit Anjing Gila yang boleh membawa maut kepada manusia jika digigit.
Justeru, Anjing Liar merupakan ancaman melainkan masyarakat yang hidup di persekitaran itu mempunyai pengetahuan tentang anjing, cara melayan mereka dsb.
Malangnya, kita tidak puna pengetahuan itu,
Kesimpulannya, jika kita tidak suka pada Anjing dan geli dengan makanan kegemaran Cina, kita tidak perlu menunjukkan dengan memek muka menghina kerana ia cara yang salah.
Saya tidak pernah dengar orang Bukan Islam berhenti minum arak, bela anjing, berjudi, mahupun makan Babi kerana ejekan separa sedar Islam!
Cara yang betul adalah menegur dengan cara yang betul.
Menunjukkan reaksi dengan cara yang betul.
Dan jika anda beranggapan ia kekotoran pun secara dasarnya anda perlu menjadi sebahagian dari kekotoran untuk membersihkan kekotoran.
PS: Toleransi adalah baik, tetapi toleransi sederhana. Terlalu bertoleransi akan akibatkan kita menghadapi masalah dan tidak bertoleransi akibatkan masalah pada orang lain.

No comments:
Post a Comment