ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, April 28, 2015

Permatang Pauh Strategi BN Tidak Matang

BN adalah parti yang begitu banyak pengalaman dalam memenangi pilihanraya samada PRU atau PRK.

Namun, pasca 2008 lanskap politik Malaysia berubah sepenuhnya, dari arus deras Sungai kini bertukar ke lautan bergelora.

TAPI, cara BN berkempen masih tidak berubah baik di Sungai tenang, arus deras dan baik lautan bergelora.

Tali pancing yang sama masih digunakan, mata kail yang kecil buat ikan lautan yang lebih tenang seleranya dan ringkas hidupnya lengkap dan kaya dengan hasil alam.

Lautan tidak sama dengan sungai arus deras, jauh berbeza. Jika diberi makan ikan tetap tidak timbul keatas dan tenang bermain dibawah. Kekayaan makanan dan habitat kukuh berjuta tahun bermisteri dibawah lautan bergelora.

Kalau dapat dikail sekalipun, bagaimana BN mahu mendaratkan ikan jika membawa kereta "kecil" BMW, Honda, Alphard mewah ke tengah lautan itu?

Setiap kali PRK BN akan kembali membawa janji berjuta-juta, membawa janji pembangunan dan paling penting dalam tidak sedar merendahkan nafsu pengundi tempatan yang lebih suka tiada pembangunan seperti di Kelantan.

Kemudian calon yang diketengahkan akan berjanji pelbagai termasuk akan senantiasa bersama rakyat. Tidak usah setuju dengan saya, tengok sahaja ADUN dan MP anda sendiri, selepas PRU 13, Mei 2013 pernahkan anda melihat mereka?

Inilah Barisan Nasional, taktik dan strategi perang yang amat amat naif. Kalau dalam papan Chess gerakan 4 checkmate itu juga yang dibuat saban kali, rakyat sudah tahu.

Saya sangsi dan semakin yakin bahawa kemenangan BN sebelum ini adalah kerana Tun Dr Mahathir seorang bukan kerana wakil rakyat dan Pak Menteri kerana jika kerana Menteri, Dato Seri Najib pernah menjadi Menteri Mahathir.

Terkini yang paling menyedihkan saya adalah bagaimana strategi BN menyerang Kak Wan. Ikan sepat kering, calon kitar semula, Sate Kajang, nepotisme, politik keluarga dan lain-lain semua adalah strategi yang tidak tepat dan melantun balik ke muka BN.

Sebenarnya, rakyat tidak peduli tentang sepat kering kerana itu makanan biasa orang kampung, di bandar dari 10000 kedai makan satu kedai sahaja ada. Pengundi tidak peduil kitar semula, kerana mereka memang suka kitar semula tidak seperti orang bandar yang buang semua, pengundi suka Sate tidak kisah Sate Kajang ataupun Sate London sekalipun asal sedap dipandang dan sedap dimakan.

Nepotisme, politik Keluarga(contoh keluarga Sheikh Fadzir) dan lain-lain semua terjadi dalam UMNO sendiri khususnya UMNO Cawangan dan Bahagian. Jadi serangan ini tidak berkesan langsung malah makan diri.

Kak Wan dengan imej keibuaan dan isteri yang taat. Samada Anwar liwat atau tidak, Kak Wan taat dan banyak berkorban untuk niat yang tidak jelas. Itu yang patut diserang, dan strategi kasihankan Kak Wan perlu berkhidmat di Kajang, perlu jaga anak di Segambut, perlu lawat suami di Sg Buloh, perlu ke Tropicana untuk PKR, dan kini perlu ke Permatang Pauh berjumpa wakil  yang menjaga kawasan. Biar kami jaga Kak Wan, Kak Wan rehat.

Itu strategi halus yang patut digunakan di kala perut rakyat makin kecil kerana GST.

Lautan bergelora tetap tidak dapat tenggelamkan jala jaring halus dengan bola kecil, ikan yang tersangkut.

Saturday, April 25, 2015

Surat Terbuka Pada TMJ- Anak Raja lebih baik dari Ahli Politik?

Ini adalah surat terbuka saya yang kedua kepada Tuanku TMJ.

Pada surat pertama, saya nyatakan sokongan saya kepada usaha TMJ serta beberapa pandangan dari saya yang hina ini.

Saya masih lagi menyokong usaha Tuanku TMJ untuk rakyat Johor khususnya dan untuk pembangunan bola sepak Negara amnya.

Namun, saya terpanggil memberi teguran kepada Tuanku TMJ selepas membaca "serangan" Tuanku TMJ pada penyokong Selangor.

Saya adalah penyokong fanatik Selangor tetapi selepas format ditukar kepada Liga Super dan sebelum itu timbal balik 3 kali saya jadi jelik dengan FAM dan semangat kesukanan orang Malaysia.

Saya tidak kisah jika Selangor kalah, tapi directive pasukan Negeri Malaysia yang kabur dan tiada kesungguhan dari pemain tempatan membuatkan saya rasa seperti lebih baik menonton Maharaja Lawak Mega berbanding Liga Super Malaysia.

Saya meminati Tuanku TMJ dan merasakan Tuanku TMJ boleh menjadi seperti Julius Caesar dalam bola sepak. I come I see and I conquer.

Tapi Tuanku TMJ sering terbawa emosi dalam sukan. Kadang-kadang kedengaran suara Tuanku TMJ seperti budak-budak menghentak kaki merajuk dengan berkata "Saya budak mentah mahu urus pasukan bola" yang dipercayai merujuk kepada kata-kata menghina Tuanku TMJ oleh golongan Istana lain.

Perkataan serta tindakan Tuanku TMJ membentuk laku penyokong JDT yang memuja Tuanku TMJ. Apa yang Tuanku ucapkan disalah faham secara pelbagai oleh peminat. Pengaruh separa sedar ini dapat dilihat mudah di Hospital, jika Hospital dianggotai oleh Doktor yang ceria, yang peramah, yang mesra secara automatisnya Jururawat dan semua kakitangannya adalah mesra. Jika Hospitak dianggotai Doktor yang garang, tegang, sombong, dan angkuh secara automatisnya Jururawat dan kakitangan lain juga sombong.

Sepertimana kes FA Selangor yang berlegar dalam FB tentang JDT sedang dalam usaha mencuri pemain, Tuanku TMJ terlalu cepat respons dan mencemar diri melayan masyarakat yang celaru ini.

Pada saya, sebagai Tuanku TMJ yakni bakal Sultan kepada Johor, Tuanku TMJ mempunyai nilai, kelapangan, wawasan serta nilai mulia setinggi Matahari.

Mungkin kerana emosi dan punasihat Tuanku TMJ terbawa-bawa dan melakukan sesuatu yang kurang tepat sebagai pemimpin yang memimpin dengan tauladan.

Tuanku TMJ,

Tidak lama dari sekarang saya percaya Tuanku TMJ akan menjadi Presiden FAM. Hari pertama sebagai Presiden FAM kelak harus dijadikan tahun kesepuluh.

Pelbagai perancang untuk bola sepak Malaysia harus difikirkan sekarang supaya bila Presiden baru ambil alih, kita sudah berada di "gear lima".

Saya ingin melihat Tuanku TMJ menjadi lagenda dan dikenang lebih dari seorang Sultan yang dilahirkan dalam dulang emas.

Mungkin Tuanku TMJ masih ingat tentang seorang ahli politik muda yang lantang dalam mengkritik, agresif serta berwawasan. Pelbagai program realiti bola sepak, pelbagai pembaharuan serta pendekatakannya menjadi aspirasi serta harapan rakyat Malaysia.

Beliau turun ke jalan berdemonstrasi menentang Amerika dan pelbagai lagi kedinamikan beliau ditonjolkan.

Akhirnya bila dilantik menjadi Menteri, beliau membuktikan beliau sama seperti Menteri lain, ahli politik biasa yang bercakap dari otak bertindak dari perasaan. Bukan seperti Tuanku TMJ yang bercakap dari akal dan bertindak dari hati.

Menteri itu tidak bisa melakukan sebarang perubahan untuk anak muda di Malaysia yang lebih gemar merempit, melepak di Kedai Mamak dan membuang masa tanpa buku ditangan. Yang ada Smart Phone di tangan bermain permainan game ciptaan barat yang mengisi masa luang untuk beribadat kepada lalai dan sebagainya.

Tuanku TMJ,

Istilah curi pemain pada saya adalah kata orang tidak berpelajaran. Siapa boleh curi jika tuan punya badan tidak rela? Pemain bukan alat ataupun hak milik sesiapa melainkan dirinya sendiri dan Allah mutlaknya.

Isu curi serta pelbagai kata "undermine" Tuanku TMJ adalah tidak penting buat TMJ ketika ini.

Yang lebih penting adalah bagaimana kita mahu memajukan Bola Sepak Malaysia dan Negeri Johor sendiri.

Justeru berikut adalah beberapa cadangan saya yang hina kepada Tuanku TMJ.

1. Sponsorship atau Tajaan.

Saya pernah menulis tentang bagaimana Liga 80-an lebih meriah dengan tajaan syarikat rokok. Namun WHO menetapkan tiada tajaan syarikat rokok dibenarkan. Tapi minuman keras masih dibenarkan begitu juga judi.

Bagi menjaga sensitiviti orang Islam yang tinggi beberapa syarat pengiklanan judi dan arak boleh digariskan seperti larangan pada orang Islam pada banner mereka, tajaan mereka digunakan untuk pembangunan struktur dan kemudahan asas stadium dan pemain bukan Islam serta memberi elaun khas kepada pemain yang mengisytiharkan dirinya bersih dari arak dan judi.

Secara peribadi saya tidak rasa iklan yang akibatkan orang Islam berjudi dan minum arak kerana tanpa tajaan mereka selama 30 tahun masih ramai umat Islam minum arak dan berjudi.

Mungkin ramai yang kata tanpa tajaan judi dan arak pasukan Bola tetap boleh hidup. Betul, tapi tidak boleh membangun.

Pemain tidak diransang oleh hadiah wang ringgit, nilai tajaan, serta insentif yang bernilai jutaan ringgit hasil peningkatan mereka dimana jika diharap dari kehadiran peminat di Stadium dan poket peribadi orang persendirian, nilainya bukan sahaja tidak cukup malah tidak kompetitif dari segi "desire".

2. Jadikan Kerjaya Bola Sepak Pilihan Utama Rakyat

Dari 100,000 pengomel sukan yang mengaku meminati bola sepak, yang mengaku peminat setia dan kata pong pang lain, hanya seorang sahaja yang rela membenarkan anak mereka memilih bola sepak sebagai kerjaya.

99,999 lain hanya pandai bercakap tentang kegagalan orang lain tapi terlupa diri sendiri gagal berkorban untuk bola sepak dan mereka mahu anak menjadi Doktor, Engineer, Peguam bukan pemain bola. Jadi siapa yang mahu main bola? Siapa yang mereka harapkan untuk memuaskan hati mereka di padang?

Perlu diingatkan antara faktornya adalah pemain Bola sepak tiada masa hadapan kerana 9 dari 10 mereka hanya boleh bermain secara kompetitif sehingga umur 30 tahun sahaja. Selepas 30 tahun mereka tidak ada kerjaya dan tiada masa hadapan samada di padang atau di luar padang.

Tuanku TMJ boleh memulakan di Johor dan di FAM kelak. Keluarkan satu blueprint GAH Menjadi Pemain Bola.

Semua pemain bola sepak akan diserapkan sebagai kakitangan Kerajaan, Bank dan Swasta(yang ada MOU) secara automatik dengan gaji dan pangkat yang setimpal dengan sumbangan mereka atas padang.

Beri mereka latihan kerjaya selepas pencen dari bola sepak. Dan bagi yang mahu melanjutkan pelajaran menjadi Peguam, Doktor dan lain-lain sediakan Dana untuk mereka dari pelepasan cukai korporat.

Dengan ini saya sendiri merelakan ketiga anak lelaki saya menjadi pemain bola sepak.

3. Tulang Keting India sekeras besi (Bola Malaysia Majmuk)

Atas sebab nombor dua dan mungkin sebab lain Bola sepak dijadikan pilihan terpaksa oleh ramai orang. Terutama bangsa bukan Melayu. Malaysia seperti Singapura, 90% pemain mereka adalah Melayu kerana orang Cina dan India tidak berminat kerana tiada masa hadapan.

Tahukah peminat bahawa tulang keting India dan Orang Asli sekeras besi. Mungkin disebabkan pemakanan, mereka ini mempunyai otot kuat, tulang keras serta kulit lasak. Cina pula mempunyai elastik badan yang lebih lentur serta stamina lebih dari Melayu yang gemar makanan berasas minyak.

Saya juga masih teringat tentang catatan pendaki Kota Kinabalu yang mengatakan juara sebenar pendaki Kinabalu adalah orang asli disitu yang mendaki puncak setiap hari membawa tong gas turun dan naik tanpa gagal.

Hakikatnya, saya pernah bermain bola sepak dengan orang Asli dan India.

Justeru, Tuanku TMJ boleh lancarkan pencarian bakat melalui liga sekolah yang lebih kompetitif dan lumayan.

Setiap pasukan harus dianggotai oleh Cina, India dan Melayu dari satu daerah yang sama serta orang Asli sendiri. Hadiah lumayan berjuta ringgit samada tunai atau berbentuk tanah kosong, tanah sawit, hartanah rumah dan lain-lain akan menjadi tarikan utama untuk mereka.

Ini secara tidak langsung akan menyemai semangat majmuk masyarakat 1Malaysia.

4. Klinik Badan dan Jasmani Bebas

Jasmani dan Fizikal mudah dipelajari berbanding minda.

Ramai anak muda mempunyai bakat dalam jasmani dan fizikal.

Mereka boleh belajar dari internet dengan mudah dan mengajar dengan mudah. Tetapi mereka tiada lesen dari FAM dan tiada kelayakan justeru mereka akhirnya merempit atau jual burger ganja.

Tuanku TMJ boleh hantar sekumpulan 50 anak jati Johor ke Luar Negara untuk belajar pembangunan atlet yang terbahagi kepada banyak kategori seperti makanan, otot, stamina, kawalan, emosi, hidup sihat, disiplins sukan, integriti sukan, pengurusan dan lain-lain.

Mereka ini akan mengajar pula anak-anak muda di Kampung yang berminat secara percuma.

Dan anak muda ini boleh membuka Klinik perkhidmatan atau paling tidak berkhidmat di semua Sekolah sebagai kaunselor badan dan jasmani untuk atlet dan juga untuk pelajar akademik biasa.

Mereka juga boleh menjadi para "scout" yang mencari bakat terpendam anak kampung yang mempunyai kaki dan otot yang kuat hasil menoreh getah, mengait sawit, menebar jala dan lain-lain.

5. Sukan adalah Jihad dan Ibadah

Antara faktor sukar membangunkan sukan di Malaysia adalah kerana kekangan agama.
Ramai keliru tentang maksud AlQuran yang menyeru umatnya berjihad dan sukan adalah jihad.

Lihat bagaimana England, Spain, Itali, France, Amerika, dan semua berjuang dalam peperangan atas padang bagi menggantikan peperangan berdarah yang mereka alami sejak beribu tahun dahulu.

Pemain bola sepak seperti para Ustaz berjuang demi agama Allah dengan membuktikan pada dunia Islam adalah agama ulung dari semua sudut dan segi.

Bayangkan jika pasukan Islam Malaysia menjulang Piala Dunia, Islam adalah agama untuk semua.

Mentaliti lebih baik mengaji dari bermain bola atau bersukan perlu dikikis dari masyarakat.

Saya berharap Tuanku TMJ dapat perhalusi dan kembangkan lagi cadangan saya kerana Tuanku TMJ lebih bijak dan kreatif.

Pada pembaca yang kata saya bodek, ya saya bodek Tuanku TMJ tapi bukan untuk tujuan peribadi waima sesen pun, sebaliknya untuk kemajuan sukan Negara. Hyprocite in good course, God KNOWS.

PS: Mohon maaf dan ampun sekiranya surat ini melukakan hari Tuanku TMJ tapi saya yakin pada kepimpinan Tuanku TMJ yang berlapang dada pada teguran dan bersifat tenang serta memaafkan.

Loss(Mahathir) VS Missing(Najib)

Saya tertarik dengan keynote speech Perdana Menteri yang secara halus menyindir Tun Mahathir bahawa Kerajaan sedang berusaha menyelematkan beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan untuk diselamatkan.

Tetapi sambungnya, sejarah amalan itu menunjukkan Kerajaan kerugian berbilion ringgit.

Sebagai Perdana Menteri, seorang pembuat keputusan, satu keputusan perlu diambil samada betul atau salah.

Begitu juga dalam perniagaan, keputusan perlu dibuat samada untung atau rugi.

Tanyalah mana-mana ahli perniagaan, untung rugi adalah perkara biasa dalam perniagaan.

Jadi kalau rugi kita tetap kena tahu berapa kerugian.

Kata kunci pada hari ini, rugi(loss) lebih baik dari missing(hilang) kerana rugi adalah risiko dalam membuat keputusan dan ada pelajaran yang tidak tertanding nilainya, tapi apa nilai dapat dipelajari dari hilang? Curi mungkin?

-----------------------------------------------------------------------------------------------

I am amuse with Prime Minister keynote speech where he hint at Tun Dr Mahathir bail out failure that cost Goverment loosing billions of Ringgit during his Premiership.

Bail Out those Goverment Link Company prooven as not the bestest solution according to Najib.

As a Prime Minister, as a decision maker where millions of people faith depends on it, a decision must be made whether its right or wrong decision.

Same goes in business, a decision must be made either it cause loss or gain.

If loss, every cent counted and the amount must be known.

Keywords for today is loss is better than missing because loss is a risk in decision making and there is a great lesson to every loss, but what could we learn from missing? Theft perhaps?


Thursday, April 23, 2015

Minta Maaf Macam Namewee Selesai Kes Salib Taman Medan

Saya pernah menghadiri ceramah St Mary in Perspective of Christian and Islam di Gereja Taman Gasing, PJ, saya selalu melawati Tokong di Petaling Street dan Genting Highland menemani bekas teman wanita saya bersembahyang, saya mengambil giliran "solat" dengan rakan sekerja saya di Fujistu, En Andrew SGM di sebuah Hotel di Singapura kerana kiblat dan matahari berada di ruang tingkap yang sama. Dan saya juga membaca Bible kerana tertarik dengan ayat yang digunakan serta kehalusan bahasa English.

Dan saya bersetuju bahawa penunjuk perasaan di Taman Medan yang membawa kepada penurunan Lambang Salib itu amat melampau dan bersifat sembrono.

TAPI, saya tidak setuju jika seorang pun didakwa, dibicarakan dan dihukum termasuk Akta Hasutan selagi Namewee tidak didakwa, dibicarakan dan dihukum.

Namewee adalah rakyat Malaysia pertama yang menghina Azan, menghina perempuan Islam, dan menghina Islam tetapi tidak didakwa kerana beliau sudah meminta maaf.

Kes Namewee membuktikan bahawa hanya dengan maaf sahaja semua perbuatan termasuk menurunkan lambang salib akan diterima dan pelaku akan dilepas dan dibebas.

Malangnya, permohonan maaf Namewee adalah palsu kerana beliau tidak pula memusnahkan atau mengeluarkan video tersebut dari Youtube dan kita boleh tonton pada bila-bila masa.

Bukan itu sahaja, Namewee dipuja dan diangkat seperti Hero oleh golongan politik Melayu, Artis Melayu dan mempunyai berjuta pengikut berbangsa Cina.

Beliau diberikan dana secukupnya untuk membuat filem dan menjadi kaya hanya dengan menghina agama lain sebagai "Appetizer"nya.

Strategi beliau menjadikan agama lain sebagai alat untuk popular berhasil dan dijadikan contoh oleh ramai yang lain seperti Alvin Tan, 4 pemuda Melayu bakar Gereja, dan ramai lagi.

Mereka ini popular kerana menghina agama orang lain dan tidak dikenakan tindakan kecuali 4 pemuda Melayu yang sedang dipenjarakan.

Agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha yang diamalkan secara bebas di Malaysia menyuruh pengikutnya berbuat kebaikan serta berlaku adil.

Soalnya, adilkah jika Namewee tidak didakwa dan dihukum hanya kerana beliau meminta maaf, dan orang Melayu Taman Medan dihukum walaupun mereka juga meminta maaf?

Sunday, April 19, 2015

KJ Gagal

Ketika Pak Lah menjadi PM ramai benci pada beliau tapi saya menyokongnya sebab pada saya perlunya pemimpin muda diberi peluang dalam mentadbir Negara.

Kemudian, ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan ramai mencintainya termasuk yang membencinya dahulu, tapi saya tidak sokong melulu, melalaui artikel Khairy Jamaluddin 1 dan 2 saya berfikir rakyat tidak boleh menyokong beliau terlalu awal kerana dibimbangi ia akan merosakkan beliau.

Naluri saya ternyata betul.

KJ hari ini tidak sama dengan KJ yang dahulu.

KJ yang dahulu adalah seorang haluan kiri, agresif, pelawan arus, berani dan tekad. Beliau mudah mengkritik seperti anak muda lain, difikirkan ia mudah semudah mengkritik.

Menjadi haluan kiri bukanlah satu dosa apatah lagi jika apa yang diperjuangkan itu ada asasnya. Seumpama Harimau Kumbang menunggu malam, KJ penuh dengan idea dan bersedia melaksanakan semua idea beliau sesaat selepas mendapat kuasa.

Malangnya, selepas beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sudah hilang taringnya.

KJ sama seperti Menteri Belia dan Sukan yang lain, tiada apa pembaharuan dan revolusi kepada Golongan Belia seperti yang diharap dari aspirasi dan visi beliau.

Pada pendapat saya KJ GAGAL.

Kritik amat mudah tapi tidak semudah membuatnya.

Saya berharap KJ dapat melaksanakan beberapa revolusi dan pembaharuan dalam membangunkan belia negara.

Antaranya;

1. Mewujudkan Trek Lumba Motor seperti Batu Tiga Shah Alam di setiap Negeri
2. Mewujudkan Sukan Sekolah 1 Malaysia atau Sukan Sekolah PM Perpaduan Malaysia dimana ia menyediakan hadiah lumayan dengan syarat ia berasaskan Perpaduan Kaum sebagai contoh pasukan bola dianggotai oleh Melayu Cina dan India dari Sekolah Melayu Cina dan India, Regu Badminton Cina dengan Melayu dll.
3. Memberi tanggungjawab pada pergerakan belia untuk membantu kaum lain dan berikan mereka intensif
4. Menyediakan Dataran Bebas untuk golongan belia berdebat dan adakan pertandingan debat belia yang bebas
5. Menyediakan blue print masa depan ahli Sukan khususnya bola sepak, badminton dan sukan orang muda agar ahli sukan ini mendapat kerja dalam kerajaan selepas mereka pencen sukan
6. Melaksanakan kempen satu daerah satu sukan yang harus dianggotai oleh semua kaum dari semua jenis sekolah

KJ perlu mencontohi Mahathir yang tidak menunggu lama selepas dilantik menjadi Menteri, dan kemudian Perdana Menteri.

KJ harus elak kegagalan ini kerana jika beliau gagal beliau tidak berbeza pemimpin muda lain yang sudah tua kini yang bercakap dari perasaan dan otak bukan hati dan akal.

Wednesday, April 15, 2015

GST Tidak Haram Tapi GST Zalim

Para Ilmuwan Agama bercanggah pendapat tentang GST haram atau tidak dan kita terus keliru. Bukan sahaja keliru haram atau tidak, tetapi juga keliru jika haram apa yang boleh kita lakukan dan hukumnya jika tetap beli dan makan.

Isu agama sukar diperbincangkan dalam konteks media, blog, tulisan dan sebaiknya dilakukan secara berhadapan. Jadi lebih baik kita tinggal persoalan GST haram atau tidak dengan tidak haram supaya hidup pengguna lebih berkat dengan makanan dan minuman yang halal.

Tapi saya berani katakan GST zalim. Saya minta orang ramai jangan turun ke jalan dan jangan gunakan kekerasan untuk mendesak Kerajaan. Ingat, Ingat dan Ingat gunakan saluran yang betul iaitu menegur cara berhemah dan jika tidak berkesan gunakan undi kita sebaiknya.

Saya bukan anti cukai, saya juga harap Kerajaan boleh gunakan cukai untuk membangunkan Negara walaupun harapan saya kadang-kadang tiada harapan(hopeless).

Namun apa yang saya harapkan kita hayati seruan Allah dalam Al-Quran iaitu perbaiki diri, perbaiki amalan dan GST boleh diperbaiki.

Kenapa saya kata GST Zalim? 

Semua sistem cukai sebelum GST adalah jelas dan terang iaitu mengenakan cukai atas pendapatan dimana mereka yang tidak punya pendapatan serta pendapatan rendah tidak perlu bayar cukai dan diberi hak luas dan setara untuk menambah baik kehidupan dengan yang berpendapatan.

Malangnya, GST mengenakan cukai atas perbelanjaan dan ia zalim bila semua orang termasuk yang tidak berpendapatan termasuk OKU, budak Sekolah, orang tua uzur, wanita Uzur, anak yatim, fakir miskin, dan lain-lain semua kena cukai. 

Mereka semua tidak punya pendapatan dan menghadapi keterbatasan hidup dari sudut sumber, keupayaan berfikir dan tuntutan alam tapi kita rompak pula mereka atas setiap perbelanjaan asas mereka. Tidakkah GST zalim? 

Dalam kes rumah dan kadar sewa pula, Kerajaan mengatakan pemaju tidak akan menaikkan harga rumah kerana mereka boleh menuntut semula GST yang mereka bayar semasa membeli bahan binaan dan ia untuk perumahan komersil. Bagaimana dengan perumahan orang kampung? Bagaimana orang miskin mahu menambah satu bilik untuk anak daranya yang semakin besar jika dikenakan GST sedangkan Pemaju Billion Dollar tidak dikenakan GST? 

Jelas, orang kaya boleh bina rumah tanpa kena GST orang miskin bina rumah pasti kena GST! Tidakkah GST zalim?

Perniagaan kecil yang tidak mencapai perolehan RM 500,000 setahun tidak boleh tuntut GST tapi perniagaan besar yang perolehan RM 5,000,000 setahun boleh tuntut GST. Jelas ini bermakna peniaga yang kaya semakin kaya, dan peniaga yang miskin semakin miskin. Tidakkah GST zalim?

Banyak juga peniaga kecil malah peniaga besar yang tidak dapat membuat tuntutan semula GST atas beberapa klausa dan syarat Kerajaan akan memindahkan kos berkenaan kepada pengguna. Pada asasnya ia belum bermula kerana Kerajaan sedang memantau dengan teliti dan mereka akan didenda beratus ribu dan berjuta malah dipenjara. Persoalannya sampai bila Kerajaan mampu memantau dengan amanah dan jujur?

Peniaga barangan tidak naik dan barangan dan perkhidmatan bebas GST juga sebenarnya tertindas kerana barang tersebut seperti buku, beras, tepung, gula, teksi, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pendidikan, pembersihan, elektrik, penyaman udara dan lain-lain juga berkait dengan satu perkara yang sama iaitu LOGISTIK.

Lori yang mengangkut, alat ganti lori, tayar, mesin pemprosesan dan alat ganti pencetak buku, kertas, beras, tepung, gula, mesin kesihatan, dan bermacam lagi dikenakan GST.

Jika ayat ditindas digunakan untuk peniaga besar, bagaimana dengan pemandu teksi pula yang tetap dikenakan GST bila menukar tayar, menukar alat ganti kereta, dan lain-lain?

Kerajaan mahukan peniaga ini semua menyerap GST dengan erti kata lain mengurangkan untung mereka, yang mana pada saya antara benda baik dalam GST tetapi ia berdasarkan konsep keterpaksaan tanpa rela bukan rela ataupun menang-menang.

Jika GST zalim maka adalah tanggungjawab kita menyedarkan Kerajaan dan jika gagal kita perlu gunakan cara yang perlu iaitu undi untuk menentang kezaliman.

Bagaimanapun, kita wajib mendapat kepastian dari pihak Pakatan Rakyat bahawa mereka akan mansuhkan terus atau bentangkan pelan menambahbaik GST Pakatan Rakyat supaya ia dikenakan atas pendapatan bukan perbelanjaan sebelum kita mengundi mereka.

Sebelum PRU 14, kita tiada pilihan selain "bersubahat" menzalimi dengan GST tetapi kita ambil kesempatan merayu dan berharap pada Kerajaan Malaysia agar menambahbaik GST agar ia tidak membebankan golongan yang saya sebut diatas.

Antaranya, tubuhkan Jawatankuasa Khas dianggotai penyokong, pembangkang dan ahli akademik bebas untuk mengesan setiap sen kutipan GST, jumlah kutipan tahunan dan kemana ia dibelanjakan.

Kaji semula GST yang dikenakan pada golongan yang terbatas sumber, keupayaan berfikir dan tuntutan alam diatas secara terperinci agar tidak dikenakan GST secara langsung atau tidak langsung.  
Benarkan golongan miskin yang membina rumah membuat tuntutan semula GST dan bukan hanya perumahan komersil sahaja.

Benarkan peniaga bawah RM 500,000 yang tidak dikenakan GST membuat tuntutan semula walaupun bukan tuntutan penuh cukup sekadar subsidi atas kutipan. 

Benarkan peniaga barang dikecualikan GST membuat tuntutan GST atas GST logistik mereka juga bukan tuntutan penuh tapi subsidi sahaja sebagai contoh diskaun 4% GST untuk tayar 2 tahun sekali.

Benarkan Masjid, Surau, Rumah OKU, Sekolah dan lain-lain yang membeli barangan terbabit GST untuk buat tuntutan yang dibayar secara subsidi bukan tuntutan penuh khususnya atas barangan keperluan harian dan asas mereka.

Dan banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki GST agar matlamat sebenar cukai iaitu cukai dikenakan atas pendapatan bukan atas perbelanjaan dicapai.

Penambahbaikan ini akan mengubah GST dari zalim kepada sistem percukaian yang adil lagi saksama.

PS: Kerajaan bernasib baik kerana orang Melayu "inborn" dengan sikap lewa dan tidak apa atas beberapa sen dan beberapa ringgit yang mereka bayar untuk GST namun orang Melayu sedang perbaiki amalan mereka dan kini mereka "concern" kemana setiap sen GST mereka digunakan.

Tuesday, April 14, 2015

Cadangan Jumaat Warna Hitam Putih Sebagai Sokongan Pada Tun Dr Mahathir

Kita mahu Tun Dr Mahathir tahu beliau tidak keseorangan dalam mencari kebenaran dan menegur Kerajaan agar Kerajaan memperbaiki diri mereka.

Ini bukan soal sokong Najib atau sokong Mahathir tapi kita sokong usaha Tun Dr Mahathir mendapatkan jawapan kepada persoalan rakyat untuk mendapatkan kebenaran seperti yang dituntut agama.

Sekadar cadangan.

Saturday, April 11, 2015

Saya Rayu Rosmah Mansor Bersumpah Kes Altantuya

Salam 1 Malaysia Datin Seri,

Seperti yang kita semua maklum Dato Seri Najib kini diserang oleh Tun Dr Mahathir dan antara pelurunya adalah "Siap arahkan Sirul membunuh Altantuya?" dan pada hemat beliau Dato Seri Najib wajib jawab kerana Sirul adalah Pengawal Pengiring PM.

Saya bukan pembangkang yang bila ditanya Dato Seri Anwar meliwat atau tidak mereka akan jawab fitnah, berdosa tuduh orang tanpa bukti dan kena ada 4 saksi baru boleh tuduh tetapi bila sampai PM dan Datin Seri mereka tuduh sesuka hati, Altantuya, Beg, Rambut, Rantai dan macam-macam.

Saya hanya orang yang berpendirian dan berprinsip yang mana orang seperti saya biasanya miskin dan tidak disukai ramai berbanding tukang kipas, tukang angguk, tukang ikut, tukang bakar, tukang hasut, tukang jaja, tukang buka aib, tukang agama, tukang alim dan pelbagai lagi tukang.

Namun, saya kasihan pada Dato Seri Najib yang terus dihantui isu Altantuya ini.

Secara peribadi saya percaya Dato Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Teori saya mudah, bukan susah untuk seorang Perdana Menteri waima orang biasa untuk mengupah pembunuh upahan membunuh "no one" seperti Altantuya.

Altantuya berkelana seorang diri, bukan Pegawai Kerajaan, VIP mahupun kerabat diRaja yang senantiasa dilindungi Pengawal Peribadi.

Jikalau Dato Seri Najib atau Datin Seri mahu lakukan kenapa perlu lakukan di Malaysia? Bukan susah buat di luar Negara, jadikan seperti kemalangan Puteri Diana dan sebagainya. Dato Seri Najib dan Datin Seri bukan orang bodoh yang menjerat diri sendiri membunuh Altantuya dan kemudian Bom pula, kemudian biarkan Polis siasat dan biarkan Polis jumpa pula.

Kalau saya Perdana Menteri dan berniat membunuh Altantuya saya minta Altantuya naik Helikopter jumpa saya di Sabah kemudian Helikopter terhempas.

Malangnya, Jeneral Politik Pakatan Rakyat amat bijak.

Saya dari hari pertama tidak percaya, lihat seorang demi seorang kenalan saya percaya Dato Seri dan Datin Seri terlibat sama kerana mereka terus-terusan mengeluarkan kenyataan itu.

Benarlah kata orang, "if you tell people 10 same lies repeatedly, on the 11th times it will become 1 truth".

Saya berprinsip sepertimana saya tidak berani katakan Anwar meliwat kerana saya tidak saksikan dan tidak lihat bukti dengan mata sendiri, saya percaya Dato Seri dan Datin Seri tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana saya tidak saksikan dan tidak lihat bukti. Saya perlu jawab pada Tuhan kalau saya berani katakan dengan yakin YA! Anwar meliwat Saiful dan YA! Dato Seri dan Datin Seri arahkan Sirul.

Sebenarnya isu ini tidak penting kerana Dato Seri Najib pernah bersumpah, tapi disebabkan pembangkang terus-terusan memperalatkan strategis mengawal minda rakyat, impaknya ada Dato Seri Najib amat besar.

Sepertimana yang dikhuatirkan Tun Dr Mahathir, Dato Seri Najib terlalu banyak skandal dan ia tidak bagus untuk Parti UMNO dan Kerajaan BN. Pada saya Tun Dr Mahathir sedang membantu Dato Seri Najib memperjelaskan dan membersihkan dirinya sebersihnya dan perlu tampak bersih dari semua skandal.

Di kala Pakatan lemah berbalah kerana hudud, BN gagal mengalih sokongan orang Cina khususnya kerana Dato Seri Najib terpalit oleh banyak skandal yang mana kebanyakannya adalah mainan politik.

Inilah politik. Politik adalah persepsi. Dato Seri Najib bukan sahaja perlu bersih tetapi perlu nampak bersih. Jika beliau bersih tetapi nampak kotor, rakyat percaya yang kotor. Kenapa? Sebab itulah manusia!!!

Kita terlihat ramai ahlli politik malahan golongan Istana yang bermain dengan politik persepsi ini. Antaranya terjah, makan nasi bungkus, naik motosikal, tolong banjir, dan sebagainya dimana mereka memperoleh laba yang memuaskan. "Mind control" memang berkesan pada kebanyakan rakyat tapi bukan pada saya.

Datin Seri,

Saya tidak kenal dengan Datin Seri selain dari "10 repeated lies" tentang Datin Seri seperti Barang Kemas, Handbag, Rambut, Shopping Spree, Riza, dan banyak lagi yang telah bertukar pada "1 truth" oleh ramai orang Islam yang tidak Islam.

Pada saya, dosa Datin Seri hanyalah kerana menjadi isteri kepada YAB Dato Seri Najib. Kalau Datin Seri isteri kepada Dato Seri Magnum tiada siapa mahu peduli.

Dan pada saya, Datin Seri hanya seorang isteri bukan PM, bukan Presiden atau memegang apa-apa jawatan jadi tidak perlu Datin Seri tampil menjelaskan setiap "10 repeated lies" yang mereka dendangkan untuk jadi "1 truth".

Namun, saya kasihan melihat Dato Seri Najib terus dihimpit isu Altantuya. Ia lebih menyedihkan bila Tun Abdullah keluar kenyataan mempertahankan Dato Seri Najib kerana ia mudah diperalatkan oleh pembangkang sebagai terdesak.

Datin Seri,

Saya rayu pada Datin Seri bersumpah sepertimana Dato Seri Najib bersumpah bahawa Datin Seri tidak kenal langsung dengan Altantuya sehinggalah selepas beliau dibunuh.

Bersumpah Datin Seri tidak terlibat langsung atau tidak langsung dengan pembunuhan tersebut dan tidak arahkan Sirul.

Ini kerana masyarakat mudah tujukan pada Datin Seri Rosmah kerana Sirul adalah Pengawal Pengiring PM.

Datin Seri,

Bantulah Dato Seri Najib. Kasihan pada beliau. Mungkin pada zaman Tun Dr Hasmah rakyat masih belum dinoda sifat keji Facebook dan Twitter, tetapi zaman ini bukan sahaja Ahli Politik perlu bermain dengan politik persepsi dan perlu nampak bersih dan berjimat, tetapi isteri, anak malah cucu juga perlu bermain dengan politik persepsi.

Saya percaya Datin Seri orang yang berprinsip dan jarang tampil hipokrit. Hipokrit tidak salah jika digunakan untuk tujuan baik. Mungkin Datin Seri boleh turun ke pasar kotor beli ayam pakai seluar dan baju paling murah, makan nasi bungkus Gerai tepi jalan dan lain-lain untuk tampil "berjiwa rakyat" kerana kebenaran tidak lagi penting sebaliknya lakonan penting untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Pada saya mungkin sebab mentaliti tudung, jubah, serban dan janggut telah sebati dalam jiwa orang Islam Malaysia, maka mereka lebih suka pada lakonan diatas dan tidak melihat dan menilai seseorang dari iman dan amalannya. Wallahualam.

Datin Seri,

Saya undur diri dan tidak akan menulis lagi pada Datin Seri, kerana sebagai rakyat Malaysia Datin Seri sama seperti saya bezanya hanya Datin Seri adalah isteri Perdana Menteri.

Saya kasihan pada Datin Seri kerana Datin Seri hanya dinilai dari rupa dan cerita mulut seperti yang dialami ibu saya pada masa lepas.

Anggaplah ia sekadar pandangan saya seorang anak muda kepada seorang ibu kerana ibu saya juga sering dipandang serong oleh masyarakat Islam hanya kerana beliau tidak pakai tudung dan kerana beliau Cina. Satu-satunya dosa beliau adalah menjadi Isteri kepada Bapa saya seorang Guru Agama Tarekat yang punyai beratus anak murid setia dan mengubat orang.

Terima Kasih.

Surat Terbuka Pada IGP Polis Dan PM- Benarkan Tarekat Bantu Bendung IS

Sebelum saya bermula saya memohon Tan Sri IGP dan YAB tidak menahan saya kerana niat saya hanya memberikan cadangan.

Tahukah orang ramai berapa ramai rakyat Malaysia yang terlibat dengan IS dimana tidak mustahil satu hari nanti KLCC, KL Sentral atau Stesen Masjid Jamek akan di bom oleh pengebom berani mati.

Hakikatnya orang ramai sebenarnya tidak tahu bahawa jumlah mereka yang sudah dan akan menyertai IS jauh lebih ramai dari sangkaan kita semua.

Persoalannya bukan berapa dan siapa tetapi KENAPA?

IS berkaitan rapat dengan jihad, syahid dan syurga. Menentang kezaliman dan ketidak adilan adalah kata kunci “mereka” untuk menarik minat rakyat Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia terlibat dalam IS bukan kerana pesertanya kejam, zalim, mahu membunuh, dan membuat jenayah sebaliknya mereka hanya keliru. Keliru dengan suruhan Allah dalam Al-Quran kepada manusia agar mengimbangi dunia dan akhirat dengan seimbang dan sederhana.

Mereka keliru kerana di Malaysia mereka tidak mempunyai platform untuk berbakti dan berkhidmat kepada Allah. Pegang kata kunci saya iaitu mereka keliru.

Pada Mei 2013 saya ada menulis satu artikel yang ditujukan kepada YAB Perdana Menteri dengan tajuk “Masa Kerajaan Membenarkan Tarekat Semula Untuk Mengimbangi Dunia Dengan Akhirat”.

Ya! Tarekat atau ilmu hakikat adalah penyelesaian tunggal dan hakiki dalam usaha Tan Sri dan YAB Perdana Menteri menghadapi IS.

Ada satu jalan lain kerana orang Islam yang menyertai IS hanya mempunyai satu tujuan sahaja iaitu mati, maka jalan lagi satu adalah “tembak hingga mati” dimana ia tidak adil dan tidak perikemanusiaan kerana satu-satunya jenayah mereka adalah mereka keliru dengan definisi jihad.

Jihad mudah selalu diertikan sebagai perang suci menentang kezaliman kerana tidak banyak yang boleh umat Islam jihadkan di Malaysia kerana platform agama Islam di Malaysia terlalu kecil untuk dikembangkan.

Masjid dan Surau sunyi selepas jam 10 malam maksima tetapi Kedai Restoran Mamak tempat melepak beroperasi sehingga ke Subuh hari.

Semua program agama disekat, dipantau malah perlu ada tauliah jika tidak didakwa dan ditangkap.

Jadi yang tinggal adalah Solat 5 waktu yang mereka dipermudahkan memenuhi tanpa gagal, wirid pendek, ceramah sehala, ceramah bertindih oleh Ustaz berbeza, tazkirah dan kadang-kadang Qiamulail.

Lagi satu jalan mengabdikan diri pada Allah adalah menyertai parti Politik yang memperjuangkan Islam yang mana limitasinya kian hari makin terhad kerana beberapa sebab tertentu serta bangkangan dari rakan bukan Islam.

Jangan salah faham. Saya bukan katakan tiada Tarekat sesat tetapi Arwah Bapa saya berpesan selagi Tarekat itu melaksanakan 6 Rukun Islam dan berpegang teguh pada 5 Rukun Iman tanpa mengubahnya, maka ia tidak sesat.

Sebenarnya, Kerajaan mengharamkan “Tarekat” pada masa itu kerana ia sukar dipantau. Seperti di Besut, Gua Musang, Parit, Grik, Muar, Gemas, Pelangai, Marang, Ijok, Jelebu, dan banyak lagi di ceruk-ceruk penempatan yang sukar untuk Pihak Berkuasa pantau apatah lagi kebiasaannya aktiviti beribadat adalah pada waktu malam.

Lagipun, teori yang mengatakan bila manusia berkumpul maka mereka cenderung untuk melakukan sesuatu di luar batas mereka biasanya tepat seperti Rusuhan, Demonstrasi, Penyokong di Stadium dan lain-lain. Maka Kerajaan khuatir jika mereka berkumpul pada waktu malam, perkara tidak diingini akan berlaku pada mereka, keluarga dan masyarakat setempat.

Lebih lagi bila cukup bukti, Kerajaan juga sukar untuk mengenakan dakwaan kerana biasanya “sesat” dilakukan oleh pengikut dan murid yang taksub bukan Guru mereka, walaupun tidak dinafikan memang ada juga Guru yang sesat tetapi pandai menutup dan menghilangkan bukti.

Tapi itu zaman sebelum adanya Facebook, Instagram, Twitter, dan internet.

Hari ini jika Kerajaan membenarkan Tarekat atau Hakikat diajar secara terbuka dengan syarat mereka perlu memohon, mendaftar dan melaporkan pada pihak Berkuasa, kuasa FB, Twitter dan Instagram akan membantu Kerajaan dan orang ramai memantau aktiviti mereka yang dikategori sebagai ancaman kecil atau besar jika ada.

Lagipun, tiada gunanya Kerajaan menyekat Tarekat di Malaysia kerana di dunia maya terutamanya Youtube dengan mudah orang ramai bebas menonton ceramah agama dan mempelajari Syiah, Qadiani, Tarekat, Hakikat, malahan panduan buat bom pun ada di internet. Semuanya dipelajari mereka tanpa bimbingan dan pemantauan orang yang lebih arif.

Sebenarnya, tindakan Kerajaan membenarkan semula Tarekat akan membantu Kerajaan membendung IS, menyatukan orang Islam, meningkatkan nilai masyarakat Islam, menurunkan aktiviti sosial serta penyakit hati, dan banyak lagi.

Lebih lagi orang Bukan Islam akan berasa hormat terhadap orang Islam yang beriman. Syiar Islam bersinar cahaya dalam gelap malam yang gelita.

Mutakhir ini dengan jelas kita dapati semakin Kerajaan menyekat syiar Islam dikembangkan semakin banyak kifarah Allah menimpa Malaysia.

Secara peribadi saya berpandangan tiada ubat untuk menyekat IS walaupun jika ISA dikuatkuasakan semula. Kerana pemikiran mereka sudah diracuni untuk satu tujuan iaitu mati dan mendapat Syurga walaupun terpaksa “menghapuskan” orang Islam sendiri waima ibu bapa mereka sendiri jika terpaksa.

Justeru, hanya Tarekat atau platform yang lebih luas untuk orang Islam Malaysia berjihad mengembangkan Islam di Malaysia dengan cara yang benar lagi benar sahaja caranya. Lagipun Kerajaan boleh memantau dengan mudah di zaman dunia tanpa sempadan ini. Izinkan saya menggunakan kiasan yang popular walaupun tidak menggambarkan sepenuhnya senario ini, “The devil you know is better than the devil you don’t”



Wednesday, April 8, 2015

MRT VS KeretapilLaju Semenanjung Menjelang 2020

Antara dua projek mega terakhir Tun Dr Mahathir yang tidak sempat disiapkan adalah Jambatan Bengkok Tambak Johor dan Keretapi Laju Semenanjung.

Kedua projek berkenaan berkaitan dengan logistik.

Logistik adalah satu bidang keberhasilan ekonomi Negara yang menjana beratus billion.

Bayangkan jika projek Kereta Api Laju yang dimulakan Tun Dr Mahathir siap sepenuhnya pada 2012. Bayangkan berapa ramai syarikat Keretapi dunia yang akan mahu berkerjasama dengan Malaysia kerana infrastruktur iaitu Landasan Keretapi Laju siap dibina?

Bayangkan dari Perlis ke Kuala Lumpur hanya satu jam, dan dari Kuala Lumpur ke Singapore hanya 45 minit.

Bayangkan berapa maju Negara Malaysia dengan bukan sahaja logistik barangan yang diangkut keretapi membawa stok, dari Singapore ke seluruh Asia dipertingkatkan.

Bayangkan kita membeli rumah di Ipoh berkerja di Kuala Lumpur, beli rumah di Melaka kerja di JB, beli rumah di Perlis kerja di Selangor, beli rumah di Johor kerja di Perlis.

Pak Lah dan menantunya memang bijak pandai dan kini KJ merintis jalan mudah ke laluan terang menuju puncak kerusi Perdana Menteri.

Bagaimana dengan Najib pula?

Pada saya, bawah zaman Najib ada nampak kemajuan serta pembangunan berbanding zaman Pak Lah. Sekurangnya, Najib mengeluarkan berbilion ringgit untuk membina MRT bagi tujuan memperbaiki pengangkutan awam Lembah Klang.

Walaupun majoriti pengguna komuter dan bas Rapid KL adalah Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Pakistan, sekurangnya rakyat ibukota boleh menikmati jalan raya di Kuala Lumpur yang "tidak sesak".

Di Indonesia, kerajaan Republik itu mengeluarkan belanja trillion rupiah setiap tahun untuk memindahkan penduduk Jakarta ke penempatan baru yang kurang sesak.

Malaysia bilamana MRT siap menjangkakan lebih kesesakan dan perlu menguruskan transgrasi penduduk seperti Jakarta. Kenapa perlu diulang kesilapan Jakarta tidaklah jelas, kerana mungkin Kerajaan berpendapat bila MRT siap orang ramai akan berpindah dari Kuala Lumpur dan tinggal di Melaka. Wallahualam.

Pada pendapat saya, KeretapiLaju mempunyai lebih banyak kepentingan, keperluan serta keutamaan berbanding MRT. Dengan landskap udara yang semakiin mahal dan berisiko, Keretapi akan kembali menjadi pengangkutan utama dimana di Thailand pasaran keretapinya begitu mendesak dan amat tinggi.

Hubnya Singapore, laluannya Malaysia, Thailand dan terus bersambung ke seluruh Benua Asia.

Jika mahu dicari kesalahan pasti banyak tapi susah mencari penyelesaian dan pada saya, selepas MRT siap Kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada KeretapiLaju yang bukan sahaja akan meningkatkan taraf ekonomi luar bandar, meingkatkan ekonomi Negara, meningkatkan pelaburan asing, meleraikan kesesakan KL dan melaksanakan transgrasi bandar, menaikk taraf hidup, peluang pekerjaan dan nilai hartanah luar bandar dan banyak lagi.

Harap Kerajaan perhalusi dan menyambung semula usaha Tun Dr Mahathir ini.

Tuesday, April 7, 2015

GST Patut Bantu Dato Bandar MBPJ Tuan Azizi Dan Kakitangan Awam Lain- Tingkatkan Perkhidmatan Baru Gaji Susuli

Antara sebab rayuan saya ditolak oleh Mantan YDP MPS yang kini menjawat jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya adalah kerana Penduduk Banglo Anjung Melati membayar cukai yang tinggi dan saya hanya membayar cukai tanah sahaja. Melalui GST, orang susah seperti saya kini membayar cukai setiap hari kepada Kerajaan untuk Kerajaan membayar gaji Penjawat Awam yang mencecah puluhan ribu sebulan justeru mereka tiada alasan untuk membezakan layanan lagi.

Semasa saya merayu supaya kedai yang didirikan atas tanah saya sendiri tidak dirobohkan, saya hanya merayu bagi saya tempoh setahun dua tahun supaya saya dapat kembali modal yang saya keluarkan termasuk membina parking atas arahan MPS juga. Selepas 2 tahun robohkanlah. Tapi tidak dilayan YDP.

Saya kemudian merayu lagi agar Bangunan tidak dirobohkan dan berjanji tidak akan berniaga lagi supaya bangunan itu boleh digunakan untuk tujuan pertanian mengikut syarat tanah tetapi tidak diendahkan YDP.

Semasa barangan saya disita kurang 7 hari dari Notis Mengosongkan Bangunan 30 hari diberi pada saya, MPS mengatakan punca kedai saya tetap dirobohkan adalah kerana saya gagal mematuhi arahan MPS tutup serta merta pada 9 Ramadhan 2014. Saya sudah menaikkan notis tutup tapi gagal serta merta kerana saya fikir Negeri Islam PAS mestilah Islamik sedangkan Mahkamah Syariah BN juga menangguhkan hukuman pada bulan Ramadhan dan Lafaz Talak Allah juga tidak sah jika isteri mengandung, ini pula Kerajaan Campuran PAS PKR.

Saya agak kecewa kerana ia terjadi dalam Negeri Selangor yang kerusinya banyak dikuasai oleh PAS malahan bila saya minta bantuan dari YB ADUN Gombak Setia dari PAS, Ustaz Hasbullah tidak banyak membantu selain hanya menyalahkan pihak lain dengan mengatakan YDP MPS mendakwa ia arahan Kerajaan Pusat atau KPKT dan Menterinya.

Malangnya, Ahli Majlis dari PKR Tuan Haji Mustapha simpati dengan nasib saya dan memberitahu saya YDP MPS mengatakan pada beliau ia arahan langsung dari pejabat MB Tan Sri Khalid Ibrahim malahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor sendiri menelefon Tuan Haji Mustapha.

Sebagai pengundi Azmin Ali Parlimen Gombak dan Amiruddin Shaari saya keliru dengan kenyataan bercanggah Ahli Majlis PKR dan ADUN PAS tapi saya tidak berkecil hati kerana ia mungkin permainan pihak tertentu.

Hakikatnya, kehadiran kami diatas tanah kami sendiri adalah untuk menjaga Tanah kami yang diceroboh sejak 2008 hingga 2014 oleh 5 pemaju yang berlainan.

MPS bukannya simpati pada kami dan biarkan kami berniaga selama 2 tahun sebaliknya sebab MPS tahu tanah kami diceroboh justeru tawaran kami untuk berjiran dengan situasi menang-menang dengan penduduk Anjung Melati perlu diperhalusi kerana Anjung Melati mengalirkan air najis kedalam Tanah kami setiap hari sejak 2012 sehingga hari ini 7 April 2015.

Malahan MPS pernah menulis surat pada pemaju Anjung Melati pada September 2011 dengan Tajuk Kerja Tanah di Lot 2357 Mengakibatkan Sistem Perparitan Rosak, malangnya MPS tidak ambil apa-apa tindakan dan tidak memaklumkan kepada pemilik tanah selain berterusan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kebenaran.

Lebih 100 surat ditulis kepada MPS dan YDP Tuan Azizi tetapi satu pun tidak dibalas sehingga kami terpaksa, dipaksa dan didesak ke jalan buntu untuk mengutus surat pada Kementerian, meminta KSU Selangor Dato Khusrin Munawi membersihkan nama beliau, pada Sultan Selangor, pada Perdana Menteri dan semua yang simpati.

INGAT!!! Saya adalah pemegang 1/7 bahagian tanah 2.75 ekar sebelah Anjung Melati, bersama Ibu Saudara Saya Zainon Bt Ismail 1/7 bahagian, bersama 3 pemilik lain 2/7 dan kami berlima adalah pemilik 4/7 tanah ini.

3/7 atau 1 ekar tanah lagi dimiliki oleh 100 orang penama.

INGAT!!! 100 pemilik Tanah ini terdiri dari fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

Justeru, perjuangan saya bukan kerana kedai saya diroboh sebaliknya kerana tanah KAMI diceroboh sebanyak 10,000 kaki persegi, tanah KAMI dipotong dan dicuri sebanyak 400M3, tanah kami dari 20 darjah cerun dijadikan 80 darjah cerun mengakibatkan kami hilang hak guna tanah sebanyak satu ekar.

INGAT!!!Penyokong MPS dan sekutu Anjung Melati, INGAT jangan komen pasal kedai kena roboh tapi cuba komen tanah kami diceroboh dan aduan dibiarkan MPS sejak 2012 termasuk MPS sendiri sudah tahu sejak 2011 dan gagal maklumkan pada kami. Kerana kami perjuangkan tanah kami sejak mula lagi tetapi tidak diendahkan malahan Halamanda Gombak juga dibiarkan menceroboh pada 2014.

Selepas puas dan beribu ringgit berhabis menulis beratus surat, kini MPS berjanji akan meneliti aduan kami tetapi kami tidak yakin kerana Jabatan Bangunan MPS tetap terus memberi kelulusan kepada pembinaan rumah di Anjung Melati. Sepatutnya kelulusan dibekukan tetapi lawatan saya mendapati sebuah rumah sedang didirikan pada April 2015.

MPS mengingatkan kami tidak menggunakan media sosial tetapi kami serik percaya pada MPS lagi dan kami seperti sudah boleh agak selepas setahun MPS akan berkata bukti tidak cukup dan pemaju pun sudah lari dengan "gengnya".

Secara peribadi, pihak pemilik Tanah merasakan YDP Tuan Azizi gagal mengadili isu pencerobohan ini dengan baik kerana kami menawarkan situasi menang-menang jadi seadilnya kami pemilik Tanah  dan YDP Tuan Azizi diadili oleh Allah di akhirat kelak kerana janji Allah itu pasti.

Di dunia, kami "terpaksa" berpuas hati dengan alasan YDP Tuan Azizi hanya mengikut arahan dari atas samada benar dari KPKT, dari MB Selangor Tan Sri Khalid atau dari Pejabat KSU Selangor, selain alasan hanya bertindak mengikut undang-undang melalui laporan kakitangan bawahan. Pelik dan jelik, Kg Boyan Wira Damai sejak 30 tahun dahulu tidak pernah diroboh pula.

Kami berharap segunung harapan pada semua kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya agar dapat memberi maklumat yang tepat serta benar kepada Dato Bandar MBPJ Tuan Azizi agar nasib tanah kami tidak menimpa penduduk Petaling Jaya. Bantulah Dato Bandar Tuan Azizi kerana kami senantiasa menyokong beliau walaupun beliau merobohkan kedai kami, walaupun beliau tidak endahkan rayuan dan tidak berikan simpati pada kami langsung, kerana kami yakin pada Allah.

Dengan GST yang rakyat bayar sepatutnya mutu perkhidmatan Agensi Kerajaan dipertingkatkan dan tiada lagi alasan kerana penjawat awam juga pembayar cukai justeru mereka harus memahami perasaan kami yang beli air mineral pun kena bayar Gaji Semua Tuan (GST) Kerajaan.

Akhir kata, kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tuan Azizi dan berharap kutipan GST dapat membantu Agensi dibawah Tuan Azizi terus bertindak cemerlang dan diharap tiada lagi rakyat Selangor yang akan mengalami nasib tanah diceroboh dan dibiarkan PBT seperti kami dengan 1001 alasan.

Mastermind 13 Mei 1969

Apa sebenarnya yang terjadi pada tarikh ini?

Ketika saya kecil Arwah Abah sering menceritakan 13 Mei 1969 mengikut perspektifnya. Beliau antara yang dipenjarakan 2 hari kerana memiliki pistol. Cerita beliau, pada masa itu Askar masuk dan semua dikumpulkan tiba-tiba beliau mendengar namanya dipanggil dari atas, bila dia menoleh ke atas pistol itu sudah sampai atas kepalanya dan beliau menyambutnya, sekaligus disambut dengan gari.

Selain itu Arwah Abah juga punyai beberapa parut di muka dan dibadan hadiah pertempuran sebelum, semasa dan selepas 13 Mei 1969.

Sebenarnya Arwah Abah bukan orang jahat, tapi Mahaguru Silat Kuantan di Gombak ketika usia 20 tahun. Dan ketika zaman tegang itu, orang Silat adalah harapan Melayu kerana kongsi Gelap orang Cina sudah banyak memiliki pistol.

Selain kerana Arwah Atuk membenci Cina kerana ahli keluarganya dibunuh dan diseksa Komunis Cina, Arwah Abah juga bercinta dengan Emak, Cina Tionghua dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Arwah Abah(Melayu Gelap) dan Emak(Cina Tionghua) hangat bercinta di Kuala Lumpur sebelum, semasa dan selepas 13 Mei 1969. Ketika ia berlaku, Abah menghantar Emak dengan Teksinya ke Kg Kasipillay Jalan Ipoh dan berpesan walau apa jua jadi jangan keluar rumah, sebelum dia memandu terus ke Kg Baru.

Antara cerita yang mendebarkan, bila Arwah Abah kata lepas mereka keluar dari Panggung Odeon di Kuala Lumpur, lautan Cina menunggunya untuk membunuhnya "lelaki Melayu itu". Beliau sempat bertahan(bukan macam Filem seorang lawan seratus tetap menang), sebelum Geng Teksi sampai menghulurkan bantuan, kalau tidak mungkin saya tidak ada katanya. Masa itu majoriti pemandu teksi Melayu dan Bas pula Cina.

Emak juga bercerita semasa Arwah Abah menaiki Bas di Jalan Chan Sow Lin, Emak yang telah berada atas Bas nampak Lelaki Cina mengeluarkan pisau menikam Abah tapi tidak kena sebelum Bas memecut laju.

Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak, sebenarnya mereka banyak terima ugutan dan tentangan dari Keluarga masing-masing, selain provokasi dari rakan dan masyarakat setempat, tapi biasalah, kerana Cinta apa pun boleh.

13 Mei 1969 begitu dengan dekat dengan keluarga kami dan pada masa saya bersekolah Rendah di SRK Jalan Raja Muda 1987-1991 tiada seorang pun tahu tentang 13 Mei 1969. Saya tidak pasti adakah ia sudah masuk dalam sukatan pelajaran Sejarah sekolah Menengah.

Apa sebenarnya terjadi pada 13 Mei 1969?

Sebenarnya ia adalah kemuncak! Pelbagai pembunuhan demi pembunuhan terjadi sebelum itu yang memprovokasi kedua kaum utama Kuala Lumpur.

Kemenangan DAP hanya "trigger" perancangan lama orang Cina untuk menghalau orang Melayu dari Kuala Lumpur dan mengawal pemerintahan Malaysia justeru dalam konteks glokal DAP lebih mudahrela dipersalahkan bagi menutup "mastermind" sebenar. Perancangan ini lama sebelum kemenangan DAP kerana orang Cina amat yakin akan menang beradu pada masa itu kerana orang Melayu memang hebat dalam hal mengalah dan berkelahi sesama Melayu ini.

Mastermind ini lebih tinggi dan besar dari Parti Politik kecil seperti DAP. Gerakan ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, di Indonesia, di Thailand, justeru jika saya sebut mastermind ini saya akan dituduh bercakap kosong tanpa bukti dan artikel ini boleh dibakul sampahkan.

Kisah adiwira parang terbang merosakkan rancangan "mastermind" ini dan mitos parang terbang disahkan oleh Pak Cik saya sendiri, Uncle Ah Hock abang sulung Emak yang juga Gangster Jinjang. Ceritanya beliau nampak sendiri semasa dalam Bas, seorang lelaki Melayu tiba-tiba muncul, potong kepala Cina dan kemudian hilang ghaib. Uncle Ah Hock berkelana ke Kelantan selepas 13 Mei 1969 sebelum pulang ke KL 5 tahun selepas itu.

Versi Abah pula beliau dan rakan-rakan memang sudah bersedia dan sudah menjangka ia akan terjadi kerana beliau orang Teksi berkawan pula dengan Emak Cina yang memang sudah lama mendapat pesanan kedai-kedai kopi Cina untuk duduk dalam rumah pada tarikh-tarikh tertentu yang berubah-rubah.

Versi lain pula ada yang katakan orang Melayu berkumpul di Bangunan UMNO Selangor, hujung Jalan Raja Muda, dan berita cepat tersebar. Semua pahlawan Silat dari Gombak, Keramat, Klang semua turun berduyun-duyun bila cerita orang Melayu dibunuh Cina tersebar.

Sebenarnya ramai orang Melayu dibunuh Cina, dan orang Cina dibunuh Melayu sebelum 13 Mei 1969, tapi disebabkan provokasi sehari sebelum itu Cina menghalau Melayu, ditambah dengan cerita rekaan anak kecil disembelih, perempuan Melayu dirogol maka ia menjadi amat-amat panas.

Siapa sebenarnya provokasi 13 Mei 1969 hingga ia tidak berjaya dikawal? Orang Cina yang meraikan kemenangan menghalau Melayu atau orang Melayu yang berarak membalas dendam atau parti politik Cina yang buat provokasi melampau?

Kita tahu bukan pemimpin Melayu yang provokasi melampau kerana perlu diingatkan, Sultan dengan Orang Melayu amat dekat justeru kalau mahu menghalau Cina, Sultan Melayu boleh arahkan Askar Melayu dari awal, sebaliknya, Askarlah yang masuk mengawal keadaan 13 Mei.

Siapa mastermind sebenar yang masih terlepas hingga hari ini? Apa akan terjadi sekiranya keputusan pertempuran kaum itu sebaliknya dan Askar lambat mengawal keadaan?

Hakikatnya, ada laporan kertas putih Mageran, ada laporan Razak sendiri(bukan penyata Razak) berkenaan apa yang terjadi pada 13 Mei 1969.

Tetapi orang Malaysia samada Cina atau Melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Kita enggan menceritakan Fakta Sejarah kerana khuatir perasaan orang Cina terguris sedangkan jika hari ini Cina menjadi Perdana Menteri, esok laporan, buku dan filem 13 Mei 1969 akan ditayangkan. Patung Tugu Pejuang Kemerdekaan Chin Peng akan didirikan. Di China setiap pelosok sudut Negara ada patung MaoZedong didirikan sekaligus menafikan peranan signifikan pejuang Cina seperti Chan Kai Sek, Sun Yat Sen dalam memperjuangkan kemerdekaan China.

Jangan salah faham, sebab saya Cina dan punya saudara Komunis termasuk pengikut setia Chin Peng, saya tetap hormati peranan Chin Peng dalam menuntut "kemerdekaan" Malaysia lebih dari yang orang Melayu faham.

Tapi samada saya memihak Cina atau Melayu yang lebih penting adalah menceritakan dan mendedahkan setiap butir fakta Sejarah khususnya 13 Mei 1969.

Sejarah adalah cermin diri kita sendiri dan refleksi kepada kaum dan masyarakat. Ia adalah pengajaran paling berguna. Dan orang tidak berguna yang tidak belajar dari sejarah akan mengulangi kesilapan sejarah yang sama. Tapi bagaimana kita mahu belajar dari Sejarah sekiranya sejarah disembunyikan? Sekiranya Sejarah dimanupulasi, di edit, di tokok tambah, dan diubah demi memelihara imej orang tertentu.

Dalam 10 tahun lagi, semua orang yang terlibat secara langsung dengan 13 Mei 1969 seperti Emak akan meninggalkan kita membawa cebisan sejarah itu bersama. Malahan, Generasi ini tidak ada lagi untuk mengesahkan Sejarah 13 Mei 1969 yang diterbitkan pihak Kerajaan satu masa nanti dimana pasti mereka yang tercalar oleh fakta sejarah itu akan menafikannya dan menuduh kerajaan berkonspirasi memfitnah mereka.

Justeru, eloklah Kerajaan menerbitkan buku, filem, kertas putih 13 Mei 1969 dengan segera untuk tatapan umum sebagai check and balance supaya ia adalah asli dan tidak dimanipulasi oleh sesiapa dan disahkan oleh saksi-saksi yang masih hidup hari ini.

Persoalan siapa mastermind 13 Mei 1969 biarlah menjadi fakta tidak rasmi selamanya kerana tidak adil jika perbuatan jahat hanya sekelompok individu akibatkan seluruh kaumnya terpaksa memikul kesannya.

Cina, Melayu dan India semua perlu terima sejarah ini dan jangan toleh kebelakang lagi, jom kita melangkah kehadapan. Bersama-sama!!!

Monday, April 6, 2015

Sistem Cukai Negara, GST Bukan Terpaksa

Sebelum ini saya pernah menulis dalam blog ini tentang keperluan mencegah rasuah yang mengakibatkan ketirisan beratus billion, keperluan mengurus subsidi dan juga keperluan mendesak mengenakan cukai yang tinggi kepada pendatang asing yang berkerja di Malaysia.

Pengaliran wang keluar dari Negara setiap tahun mencecah RM 20 billion dan jelaslah pendapatan rakyat asing di Malaysia sebenarnya mencecah RM 50 billion.

Dari jumlah ini meraka hanya dikenakan levi berjumlah RM 2billion sahaja setahun.

Lebih tidak adil apabila mereka tidak perlu membayar cukai pintu, cukai tanah, tiada cukai pendapatan, tiada cukai perniagaan, tiada lesen perniagaan dan mereka bebas lebih bebas dari rakyat Malaysia kerana anggota penguatkuasa, ahli politik dan Pegawai Kerajaan dinodai rasuah.

Berjuta rakyat Asing ini juga menikmati beberapa imbuhan tambahan lebih dari rakyat Malaysia akibat dari kepincangan sistem subsidi Negara.

Kebanyakan mereka termasuk yang menyewa rumah saya menikmati RM 132/setahun air percuma atau RM 11/sebulan, RM 240/setahun elektrik percuma atau RM 20/sebulan, berjuta ringgit subsidi minyak, berjuta ringgit subsidi beras, gas dan barang keperluan asas, berjuta ringgit dari pembelian dari Kedai Rakyat 1Malaysia. Air, Elektrik, Cukai Rumah, Subsidi barangan keperluan asas semua mereka nikmati.

Mereka hanya perlu lesen Agung untuk memandu dan menunggang motorsikal di Jalan Raya.

Mereka tidak perlu bayar sewa tapak dan lesen kerana mereka berniaga secara haram dengan membayar "wang sewa" RM 15 sehari kepada PBT yang korup.

Jika mereka sakit, mereka hanya perlu ke Hospital membayar RM 30, dan RM 400 untuk pembedahan kecil jumlah yang terlalu kecil dibandingkan di Negara asal mereka sendiri.

Malah lebih 4 juta pendatang asing ini tidak bayar satu sen pun termasuk levi atau permit kerana mereka kosong disini dimana mereka perlu peruntukkan purata RM 300 setahun untuk merasuah jika ditangkap.

Jika rasuah tiada dan Kerajaan mempertingkatkan kutipan cukai atas mereka sudah tentu ia sama banyak malah mungkin lebih banyak dari kutipan GST.

Good Services Tax ini juga boleh ditambah kepada 16% untuk setiap ringgit yang dikirimkan mereka.
 
Malangnya Kerajaan tidak buat semua ini kerana Kerajaan berpendapat rakyat sendiri lebih mudah dikenakan cukai atas nama kebaikan bersama.

Justeru jelaslah pelaksanaan GST adalah kerana Penjawat Awam, Anggota Penguatkuasa kuat makan rasuah, dan kerana Kerajaan tidak mahu berkerja lebih untuk merangka sistem cukai yang lebih baik atas pekerja asing ini.

Kenapa??? Sebabnya jelas, kerana kaum yang paling teruk terjejas oleh GST ini adalah kaum yang bodoh dan tidak berani persoalkan kerana berpuas hati dengan jawapan "sudah takdir".