ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, March 30, 2015

Soalan Terbuka Pada Tun Dr Mahathir

Assalamualaikum wbt,

Kehadapan Tun Yang Amat Di Kasihi,

Saya berharap Tun berada dalam keadaan walafiat bersama dengan Tun Siti Hasmah. Jika diizinkan Allah, saya akan ukir nama Tun di langit dan saya pasti akan lakukannya sepertimana yang Dato Seri Anwar Ibrahim pernah ucapkan. Tapi itu janji orang politik, saya bukan orang politik.

Bersama Tun sejak saya lahir, kemudian sejak Ku Li VS Mahathir, sejak S46 vs UMNO, terus menyokong Tun semasa 1998 walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim juga merupakan idola saya, dan bersama Tun meletak jawatan ahli UMNO secara terbuka pada zaman Pak Lah, berkempen untuk menyokong Tun dan terus menyokong Tun.

Bagaimanapun kebelakangan ini ada satu persoalan yang sering menganggu benak yang mana persoalan itu pernah ganggu emosi saya lama dahulu.

Emosi saya amat terganngu bila orang menuduh Tun Dr Mahathir mahu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia, kerana pada saya jika Tun mahukan sebegitu Tun akan lakukan semasa Tun adalah Perdana Menteri Malaysia. Lihat Singapura, Filipina, Bangladesh, Korea Utara dan lain-lain membuktikan orang Asia amat terikat dengan perasaan terhutang budi pada pemimpin.

Justeru jika benarlah dakwaan mereka, Tun yang bijak ini sudah pasti dapat melakukannya dengan mudah dan kini Mukhriz adalah Timbalan Perdana Menteri tapi Tun tidak lakukannya.

Saya maafkan mereka yang menuduh Tun kerana pada masa itu adalah masa Mukhriz dan KJ bertarung untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dan biasalah dakwaan liar dan silap mata berlaku.

Tun Dr Mahathir yang amat saya hormati,

Semasa Tun meletak jawatan saya menangis dan saya terus menangis sehingga hari ini walaupun setiap kali rakaman itu dimaikan berulang-ulang.

Pada saya Tun adalah pejuang sejati Islam dan Melayu.

Kepimpinan melalui tauladan.

Tun kemudian memilih pengganti Abdullah Ahmad Badawi dan dikatakan meminta Pak Lah berjanji untuk menjadi PM untuk satu penggal sebelum menyerahkan kepada Dato Seri Najib.

Pada 2004, bila saya ke temuduga kerja Petronas, semua "ass kisser" marahkan saya kerana mengkritik Pak Lah mereka. Pada masa itu, Pak Lah adalah PM idaman setiap orang Malaysia.

Kemudian malang Pak Lah bermula selepas kematian isteri tercinta, Datin Seri Hendon, Pak Lah didakwa tidak kompeten, lemah, dikawal, di manipulasi, di bonekakan menantu dan anak sendiri dan banyak lagi sehinggalah PRU 12 menghukum Pak Lah.

Sejak 2006 sehingga 2008 saya dan ramai lagi terus menyokong Tun Dr Mahathir dimana kami semua tahu Tun dan kami mahukan Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Dr Mahathir yang amat saya kagumi,

Persoalan yang menggangu benak saya bukan bolehkah Najib ditekan sehingga meletak jawatan tetapi siapa yang akan gantikan Najib????

Semasa Pak Lah, kita tahu dan sokong Najib gantikan Pak Lah tapi siapa akan gantikan Najib jika Najib meletak jawatan pada Mei 2015?

Muhyidin, Zahid, Shafie, Hishamuddin, Khairy Jamaluddin, Sohaimi Shaahadan, Hassan Malek, Shahidan Kassim, Ku Li, Mukhriz, Ali Rustam, Isa Samad, atau siapa???????

Siapa sahaja yang jadi Perdana Menteri juga akan menggantikan Presiden UMNO kerana BN mempunyai kerusi paling banyak di Parlimen.

Siapakah individu yang akan disokong majoriti dalam UMNO? Yang kita tahu Bahagian UMNO sama tamak dan keji dengan Bahagian-Bahagian lain. Perpecahan teruk akan terjadi dalam UMNO sekiranya Presiden baru hanya mendapat sokongan dari sekitar 100 Bahagian sahaja atau kurang 2/3 dari Perwakilan!!!

Mungkin apa yang terjadi di Sidang Ketua Lanun untuk mencalonkan Presiden Lanun dalam filem Pirates Of The Carribean akan terjadi dimana semua Bahagian UMNO akan menyokong Ketua UMNO Negeri mereka masing-masing!!!

Tun Dr Mahathir yang amat saya rindui dan mimpi,

Saya tetap beranggapan tiada manusia biasa yang dapat mengawal emosi, dan begitu istiqamah dalam perjuangankan Islam dan Melayu seperti Tun.

Saya rayu Tun Dr Mahathir mula mengambil beberapa "anak angkat" politik untuk direkrut, di didik dan dibimbing menjadi seperti Tun Dr Mahathir. Bukan menjadi PM, tetapi sebagai pemimpin yang memiliki ketenangan dan ketenteraman pemikiran dan jiwa yang abadi(mortal).

Saya juga berharap agar Tun dapat menamakan individu yang menggantikan Najib sementara menunggu anak didik Tun siap dimasak dalam dapur panas Tun.

Itu kata saya, kerana kata orang lain, Malaysia bukan milik Tun, tapi pada pandangan saya, Tun banyak "share" dalam Malaysia kerana jasa dan budi yang tiada bandingan.

Apapun, adalah penting untuk menamakan pengganti Najib kerana saya dan ramai lagi tidak mampu beri 100% sokongan untuk tidak sokong Najib sepertimana kami beri untuk tidak sokong Pak Lah kerana kami tidak jelas siapa akan ganti Najib. Lagipun kami tidak nampak sesiapa yang lebih baik dari Najib dalam barisan kepimpinan UMNO Pusat.

Mungkin ada di luar kepimpinan UMNO Pusat tapi ia sukar kerana Presiden dipilih oleh ahli UMNO dan ahli UMNO pula mudah dibeli dan dikotakkan.

Bukan semua tapi majoriti, mohon Ahli UMNO jangan terasa.

Sunday, March 29, 2015

Kejujuran Pekerja Melayu - Solat Jumaat dan Asar

Sah ke Solat dalam waktu berkerja?

Dalam Al-Quran Allah ada sebut tentang perjanjian bertulis, saksi dan kepentingan mematuhi termasuk berlaku adil.

Begitulah bila kita menandatangani kontrak pekerjaan Awam dan Swasta. Antara terma yang kita biasa bersetuju adalah kita akan berkerja dari Jam 8.00 atau 9.00 pagi sehingga 5.00 atau 6.00 petang.

Dan ditetapkan dalam perjanjian bahawa waktu rehat yang diberikan adalah 1 jam samada jam 12.00 hingga 1 petang atau jam 1 petang hingga 2 petang.

Bagaimana dengan masa rokok, "take 5", masa kopi, "time out", "pantry time" dan lain-lain. Di Malaysia istilah ini semua amat popular tetapi di Negara Budaya Tinggi, pekerja mereka berkerja dengan jujur melengkapi 8 jam waktu berkerja termasuk 1 jam rehat, tidak kurang seminit pun waktu berkerja seperti yang pekerja tandatangani dalam kontrak pekerjaan.

Pekerja Negara Budaya Tinggi ini bukan sahaja jujur berkerja melengkap setiap minit dalam 8 jam malah mereka juga amanah dengan tidak menggunakan masa untuk buat kerja peribadi, photostat dokumen peribadi, menggunakan pencetak pejabat, kertas pejabat,pen pejabat dan lain-lain.

Dan Negara yang mempunyai ramai pekerja seperti ini bukan Negara Islam. Pelik bukan?

Di Malaysia, senarionya lebih parah. Semasa saya berkerja di Fujitsu (M) Sdn Bhd dari 2000-2010 saya dihantar ke semua sektor pelanggan kami antaranya Kilang Panasonic AVC, Sony SPEM, JVC, Shinetsu, Spansion, Infineon, NZMilk, Fronterra, WD, Motorola, Sony Penang, Epson Johor, dan beberapa kilang di Melaka. Antara korporat adalah EDS, Lufthansa Airlines, America Airlines KLIA, Deutche Bank, Tokyo Mitsubishi Bank, Insurans, Microsoft KLCC, Maxis, Digi, CIMB, AIA, Hong Leong, Hospital, National Library, KDN, seluruh kontijen Polis Malaysia, Pejabat Peguam Negara, EPU, JPM, KKLW, KKPDN, DBP, dan banyak lagi justeru saya mempunyai banyak pengalaman berkerja dengan sektor pelbagai.

Disini saya ingin bertanya tentang Solat Jumaat dan Solat Asar?

Kerana pengalaman beberapa kali berurusan dengan pejabat Kerajaan pada Hari Jumaat mengusik jiwa saya terutama bila melihat orang tua bukan Islam terkulat-kulat kerana masa tutup kaunter hari Jumaat amat panjang.

Semua tahu bahawa kaunter Kerajaan tutup untuk Solat Jumaat antara dari jam 11.45 atau 12.00 hingga 2.30 atau 2.45 petang. Hampir 3 jam!!! Solat Jumaat adalah untuk lelaki sahaja, jadi saya ingin tanya kepada Tan Sri KSN dan Dato Seri KSU Negeri-Negeri khususnya yang mahu merubah sikap penjawat awam, kenapa tutup kaunter sedangkan kakitangan wanita tidak perlu pergi Solat Jumaat.

Jikalau memang Penjawat Awam Wanita yang tidak pergi Solat Jumaat rehat sama lama dengan Lelaki yang perlu pergi Solat Jumaat, kenapakah rehat begitu panjang diberikan pada mereka?

Berapa jam rehat untuk kakitangan awam wanita pada hari Jumaat seperti dalam kontrak kerja mereka perlu diperjelaskan?

Tidak bolehkah Kaunter dibuka dan kakitangan wanita termasuk barisan pengurusan turun ke kaunter mengganti kakitangan lelaki? Ini kerana khidmat mereka diperlukan oleh rakyat justeru ia jadi pertikaian serius dalam pemikiran Bukan Islam. Mereka tidak berani sebut kerana khuatir didakwa rasis atau dengki dengan Islam.

Setahu saya pekerja wanita lebih ramai dari pekerja lelaki dalam Sektor Awam, berapa nisbahnya?

Dari pengalaman saya kakitangan wanita juga rehat seperti kakitangan lelaki pada hari Jumaat dalam sektor Kerajaan, tetapi tidak di sektor swasta.

Lebih lagi jujurkah pekerja Islam menggunakan masa yang diberi untuk beribadah, rehat dan makan itu samada lelaki atau perempuan?

Itu Solat Jumaat, bagaimana dengan Solat Asar.

Pekerja Kilang-kilang Jepun menampal beberapa notis di Surau mereka agar tidak tidur di ruang solat dan ramai yang patuh ada yang tidak.

Untuk solat Zohor, apakah Masa Solat adalah termasuk dalam masa makan atau masa solat dimetrikan berlainan dengan masa makan dalam perjanjian kerja?

Untuk Solat Asar saya pasti tiada  masa rehat diperuntukan dalam semua kontrak pekerjaan kerana masa berkerja tamat pada jam 5.00 atau 6.00 petang.

Soalan saya sekali lagi pada Tan Sri KSN, dan Dato Seri KSU apakah Surau ditutup dan hanya dibuka selepas jam 5 petang atau ia dibuka dan digunakan sepenuhnya termasuk solat Jemaah sebelum jam 5.00?

Saya adalah orang Islam, tujuan saya menulis artikel ini bukan dengki dengan masa kerja, gaji, atau keselesaan Saudara Islam saya, mahupun semua boleh berkata asal kerja siap, semua pun boleh, Bos tidak marah tetapi bagaimana dengan Tuan Punya Duit yang digunakan untuk membayar gaji kita.

Lagipun, Al-Quran tidak kata begitu. Al-Quran kata ada perjanjian, kita setuju dan tandatangan ada saksi dan kita pasti patuh.

Justeru adalah molek, jikalau Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri yang mengaku Negara dan Negeri Islam menukar kontrak pekerjaan dengan memperuntukan masa solat Zohor dan Asar dalam perjanjian kerja. Dan letak klausa ganti masa yang mana dapat menyuraikan trafik "jam" sekiranya pekerja Islam ada yang balik jam 5, ada yang Solat di pejabat dulu dan balik Jam 5.30, ada jam 6.00 ada jam 6.30 mengikut keperluan dan tanggungjawab seperti anak sekolah dan lain-lain.

Dengan ini setiap sen yang kita perolehi lebih berkat dan halal dan masyarakat dunia akan memandang tinggi terhadap kejujuran, amanah, kerajinan, dan kecekapan pekerja Melayu yang mana mereka hakikatnya mereka sedang memandang rendah terhadap pekerja Islam sekaligus mereka mudah menyalahkan Islam sedangkan Islam tidak ajar begitu.

Dari tahun 2005-2007 saya terlibat dengan projek Police Reporting System atau PRS di semua Balai Polis, IPD dan IPK di Malaysia termasuk Bukti Aman. Untuk tempoh 1000 hari saya tidak pernah bercuti, tidak pernah MC dan berkerja selama 1000 hari tanpa rehat seharipun termasuk Hari Raya. Cuma Hari Raya saya standby jadi walau tidak dipanggil tetapi dibayar kerana berkerja.

Dan jelas Bukan Islam menerima saya dengan baik dimana saya berharap saya dapat mengubah pandangan mereka terhadap pekerja Islam yang sering EL, MC, Ular, Hilang, MIA, dan lain-lain. Pada saya ia fardu kifayah untuk kita semua berusaha merubahnya!!!

Untuk rekod DEB mensyaratkan Syarikat MNC dan Public Listed perlu ada management orang Melayu. Orang Melayu mengisi kuota ini kerana DEB bukan kerana merit kerana semua MNC yang saya pergi semua barisan pengurusan dipilih berdasarkan merit dan hanya ada seorang sahaja Melayu DEB, tidak pernah lebih dari seorang kerana mereka mempunyai tanggapan buruk terhadap pekerja Melayu.

Dr Zakir Naik kata Jihad itu adalah strive dan struggle bukan berperang maka marilah kita jadi orang Islam yang patuh pada Al-Quran, jom Jihad diri sendiri dulu khususnya dalam pekerjaan yang kita setuju dengan syarat-syarat kerja itu. Jom ubah sikap, ubah tabiat maka terubahlah nilai masyarakat Islam Malaysia. InsyaAllah.

Friday, March 27, 2015

Jangan Jadikan Hudud Huduh, Faraid Parit

Hudud tidak sempurnakan Islam tapi keadilan sempurnakan Iman dan Islam.

Kalau saya menentang hudud saya bukan menentang Islam. Jika saya menentang keadilan, maka saya menentang Islam.

Hududullah disebut tidak lebih dari 5 kali seingat saya dalam Al-Quran. Saya bukan dengar dari mana-mana Ulama, tapi saya baca sendiri terjemahan Al-Quran dari mula hingga habis.

Tetapi keadilan disebut berpuluh kali dalam Al-Quran dan sama banyak dengan hudud Allah juga menyebut tentang kemaafan sesungguhnya memaafkan itu lebih baik untuk Manusia.

Malangnya, entah mana silapnya di Malaysia Islam kian dilihat sebagai agama komunis. Orang Islam langsung tidak boleh mengatakan perbezaan pendapat dimana mereka akan dihukum, dikeji, ditekan, diugut dan sebagainya manakala kesangsian bukan Islam langsung tidak dilayan dan diendahkan, sedangkan Islam agama untuk semua.

Kadang-kadang perbezaan pendapat itu dikatakan dalam keadaan saudara dan saudari kita itu jahil, yang mana lebih Islam jika kita gunakan adab kesopanan Islam membimbingnya.

Saya tidak khuatir pandangan orang terhadap artikel saya ini kerana saya lebih khuatir pandangan orang Bukan Islam terhadap Islam. Apakah mereka mahu mendekati Islam yang pantang salah atau pantang tanya sikit terus ugut atau terus guna kekerasan?

Kini lebih ramai tampil mempersoalkan hudud Kelantan yang dikatakan menolak bukti cap jari, DNA dan rakaman video. Sebaliknya mewajibkan saksi. Saya terbaca artikel seorang Cina dalam Malaysian Insider yang dirompak di Kelantan. Polis menyoal apakah perompak itu Islam atau tidak? Berapa harga nilai rompakan? Dan soalan paling terbaik, polis menolak kelayakan mangsa menjadi saksi kerana mangsa adalah Cina sedangkan ketika kejadian mangsa seorang diri!

Diatas hanya sedikit dari beratus kelemahan hudud Kelantan yang jika dipersoalkan, kita akan dikecam menentang Islam, kafir, jahil. ahli neraka dan sebagainya. Bukan sebab hudud itu lemah, tetapi masyarakat belum benar faham sepenuhnya tentang hudud justeru penting menuntun mereka ke penjelasan yang profesional, tenang dan Islamik.

Saya menyeru kepada semua untuk menyokong hudud Kelantan ini tetapi dalam masa yang sama orang Islam perlu lebih terbuka perbincangkan hukum hudud dan hukum faraid yang pelaksanaan dan keadilannya bergantung kepada tangan manusia yang memegang amanah. Sudah terbukti hukum faraid Allah itu adil tapi yang terjadi banyak yang tidak adil, kerana manusia, tuntas samada hudud atau faraid ia perlu lebih terbuka kepada penambahbaikan mengikut zaman.

Saya juga berdoa agar UMNO akan sokong hudud ini dan terus sokong memperbaiki pelaksanaannya agar ia adil dan berharap Kerajaan PAS Kelantan dapat membuka pintu bermusyawarah bukan terus menempelak setiap mereka yang persoalkan keadilan dalam hudud. Perjelaskan kepada orang ramai dengan sejelas-jelasnya kerana jika Kelantan berjaya, ramai Negeri akan ikut, insyaALLAH Malaysia juga akan ikut serta.

Sebelum anda memilih untuk mengecam saya, carilah hudud + mustaqim abdul rahman dan anda akan dapati saya menyokong hudud sejak dulu tapi bukan hudud tidak adil.

Hudud tidak adil adalah hudud manusia. Adil itu barulah hukum Allah atau hududullah. Sama seperti faraid, hukum Allah yang adil tapi lihatlah semua masalah tanah dan harta faraid, hukum Allah yang adil dalam pembahagian harta itu menjadi tidak adil kerana manusia yang memegang amanah tidak amanah.

Dan saya persoalkan keadilan jika seorang fakir miskin tiada duit membeli susu beras anak, dan kali pertama mencuri wang masjid RM 700 tetapi dihukum potong tangan tapi Pemimpin politik dan Pegawai sektor kerajaan pula mengguna kuasa, beri tender pada kroni, dan sebagainya beratus ribu ringgit tetapi tiada saksi dan terlepas.

Apa pesalah fakir miskin mahu buat dengan tangan kudung, bagaimana mahu berkerja? Dia yang baru sekali tersilap langkah akan terpaksa meneruskan hidup dalam dina lautan dosa yang kejam.

Saya persoalkan keadilan bila Kerajaan tidak menapis internet tapi hukum rejam pasangan remaja yang berzina kali pertama, sedangkan mereka jahil walaupun baligh.

Saya cakap ada asas Al-Quran sendiri kerana diakhir ayat bunuhlah mereka, Allah kata boleh merdekakan hamba, boleh tebus dengan nilai yang keluarga mangsa setuju dan akhirnya Allah kata maafkan mereka kerana itu lebih baik buat kamu.

Sistem hudud bukan sistem hukuman tetapi sistem keadilan dan pengajaran. Justeru, pada saya Kerajaan Malaysia sendiri boleh laksana hudud atas kesalahan kali ketiga atau keempat dan pasti akan dipersetujui oleh bukan Islam kerana siapa yang memihak kepada penjenyah yang berkali-kali buat jenayah? Talak dan beberapa laku tebus dan dosa juga diambil kira selepas 3 kali diberi peringatan.

Sebagai contoh, kesalahan pertama curi wang, hukuman hudud potong tangan tapi hukum dunia penjara. Kita ikut penjara untuk kesalahan kali pertama, kedua dan ketiga. Dan kita adakan program bimbingan dalam penjara atau luar penjara untuk si pelaku perbaiki diri dan takuti Allah.

Jelas ia adil, dan orang Bukan Islam pasti akan menyokong sistem keadilan yang adil ini dan barulah ia layak dipanggil hududullah. Jika tidak ia jadi macam faraid, hukum Allah yang pasti ramai setuju tidak adil(kerana manusia) dan layak jadi hukum parit sahaja .

Tetapkan limitasi samada kesalahan ketiga atau keempat, jika selepas dipenjara dan dibimbing masih juga mencuri, merogol, merompak, jelaslah pelaku samada Islam atau Bukan Islam memang tidak serik maka saya pasti semua akan setuju hukuman potong tangan, potong anu pun boleh bagi kesalahan rogol, potong jari bagi hisap dadah supaya tiada jari mahu hisap dadah lagi, kalau boleh hisap rokok pun kita kena potong juga.

Sebut potong, potong, potong seolah hudud sebab mahu potong tangan orang. Bukan, hudud adalah keadilan, kalau tidak adil bukan hudud tapi huduh.

Thursday, March 26, 2015

Lee Kuan Yew 2

Kerana dari Lee Kuan Yew 1(Pengkhianat Lee Kuan Yew) saya mendapat beberapa SMS kecaman dari "unknown person".

Itulah lumrah hidup, walaupun agama menuntut berkata benar, tetapi ia sukar dilakukan.

Artikel Lee Kuan Yew 2 ditulis selepas saya menonton Channel 552 Founder of The State, Lee Kuan Yew.

Pandangan saya berubah terhadap beliau. Antara kata-katanya adalah "I do this for Singapore", "We must make people feel we need them", "Everybody in the family is important, and they are important son" dan banyak lagi kata-kata mutiara "Kakak Tua" diucapkannya.

Lee Kuan Yew memang seorang ahli politik yang bijak, pandai berkata-kata, dan siapa yang berkerja dengan Cina akan faham kiasan pandai Tai Chi.

Saya tidak berapa faham kenapa Tunku tidak meminta Singapura kembali ke Malaysia kerana ia memang milik Johor semasa Tunku menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Tapi saya tahu ia tidak semudah itu kerana sebelum Tunku Abdul Rahman pergi menemui Queen Elizabeth, Chin Peng sudah melobi atau sudah menemui Baginda dahulu. Malahan, Lee Kuan Yew sendiri pulang ke Singapura pada tahun 1950 dan tidak mustahil jika rakan-rakannya di Singapura sudah memainkan peranan dalam membentuk masa hadapan Singapura agar kekal di luar Malaysia samada Chin Peng atau Tunku berjaya peroleh kemerdekaan.

Lee juga berkata selepas Singapura mendapat kemerdekaan beliau perlu memujuk rakyat Singapura untuk masuk kembali kepada Malaysia pada 16 September 1963. "Pieces Puzzle" ini jika dicantumkan, dipusing-pusingkan pasti pembaca akan tahu "niat suci" Lee menyertai Malaysia bukan semudah Ronaldo menyertai Real Madrid.

Sepertimana 13 Mei 1969, peristiwa Merdeka, kemasukan Singapura dan penyingkirannya dari Tanah Melayu tidak semudah yang diperkatakan samada Lee atau Tunku. Peranan "mastermind" yang memanipulasi, yang mengawal pergerakan, yang memulakan langkah, yang bijak mencaturkan, yang berkawan dengan semua, dan menikam belakang secara rahsia dan lain-lain kemahiran bertempur yang bijak iaitu menggunakan akal minda bukan kekerasan tidak boleh ditolak.

Ingat kata-kata Lee orang Melayu tidak ditindas malah mereka dilayan dengan samarata dalam sistem meritokrasi yang berjaya, tetapi orang Melayu dari zaman British lagi sukar untuk menyaingi orang bukan Melayu dalam Sains dan Matematik. "I am not God, but I can guide them" tambahnya.

Mungkin Lee terlupa formula 5 jari ciptaan saya, setiap jari juga penting walaupun ada yang pendek ada yang tinggi, ada yang kurus, ada yang gemuk. Lee terlupa bahawa ada antara anaknya yang pandai, ada yang kurang, ada antara cucunya yang "istimewa" ada yang normal, mereka ini tetap perlu diberi perhatian yang berbeza-beza mengikut keperluan masing-masing yang berlainan agar mereka sekurangnya dapat duduk bersama satu rumah, atau satu meja makan tanpa kira tinggi dan rendahnya. Dan saya pasti Lee sendiri pasti melayan anak-anak dan cucu-cucunya dengan berbeza-beza. Malangnya, Singapura hari ini orang Melayu tidak layak(kewangan dan status) memasuki beberapa Restoran dan Hotel Mewah, hanya Cina dan Orang Asing sahaja.

Lee orang yang amat bijak malah terlalu bijak untuk disedari pemimpin dan juga orang kebanyakan.

Tapi pada penggemar Chess mereka tahu permainan Chess tidak disandarkan pada Raja sahaja, juga bukan Queen, bergantung pada strategi kadang-kadang mastermindnya adalah pawn. Kadang-kadang mastermindnya adalah petak putih. Malahan, kadang-kadang ia lebih sulit lagi dari apa yang sudah jelas dihadapan kita.

Artikel kedua diharap adalah penutup pada artikel pertama dan tiada lagi selepas ini mengenai Lee Kuan Yew, kerana seperti beliau saya rasa sukar untuk mengatakan sesuatu yang ramai tidak "up to standard" Lee Kuan Yew seperti kata Setiausaha Politiknya. Lee Kuan Yew tidak suka bercakap dengan orang yang tidak ada standard beliau.

Sebagai anak Cina saya kagum dengan Lee, saya kagum dengan kebijaksanaannya, walaupun saya sedih dengan tindakannya samada tanpa niat atau dengan niat terhadap Tanah Melayu, perpaduan Islam dan Kesatuan Malaysia tetapi apa yang boleh dikatakan peminat Chess seperti saya, jika Lee Kuan Yew tidak melakukannya, pasti orang lain akan melakukannya dan mungkin nasib lebih malang menimpa rakyat Singapura dan Islam.

Uprising di China, gerakan Sun Yat Sen, penubuhan Komunis, kemudian Komunis MaoZeDong semuanya ada mempengaruhi takat lebur dan takat beku politik rantau Asia. Malahan, cita-cita mereka bukan seperti cita-cita orang Melayu dan Islam yang hanya cukup sekadar cukup makan atau untuk selagi hayat dikandung badan.

Walaupun menggelar Lee sebagai Bapa Pengkhianat Tanah Melayu tapi saya juga memuji beliau kerana beliau samada sedar atau tidak berjaya membuatkan orang Melayu dan Islam terus bodoh dan diperbodohkan. Ia satu perkara yang baik, kerana lebih cepat orang Melayu di "ethnic cleansing" lebih cepat orang Melayu maju.

Sejarah telah membuktikan Yahudi hanya menjadi lebih kuat selepas Holocaust malah Quran buktikan mereka bertambah maju selepas dizalimi Firaun, Cina lebih kuat selepas ditekan dan ditindas oleh Maharaja, China lebih berjaya selepas Leap Year, Jepun lebih dihormati selepas kalah Perang Dunia kedua, dan ramai lagi.

Secara teorinya, Melayu akan lebih maju selepas dihapuslupus samada secara harfiah, ekonomi, masterclass, fizikal ataupun mental.

- Afterall, he only did what he "force to do" and for me personally, better Lee then the other "person"-

Wednesday, March 25, 2015

Pengkhianat Lee Kuan Yew

Semasa saya berkursus 1 bulan di Singapura, saya mendapat kawan warga Singapura. Saya tidak ingat nama beliau, tapi beliau anak jati Singapura yang satu apa tidak tahu Bahasa Melayu, berbadan gempal, periang dan berkaca mata.

Sebagai Tuan Rumah, beliau cuba memenuhi kehendak kami yang ada mahu ke Geylang Malam, Jalan Brunei, Sentosa, Geylang Siang, Menara Sim dan lain-lain.

Kami kerap berlegar di Orchard Road kerana disitu kami berlima ditempatkan. Andrew(Malaysia), Andreas Kurnia Jati(Indonesia) dan 2 lagi warga Thailand yang mana nama beliau juga saya lupa.

Satu hari saya bertanya kepada beliau tentang Lee Kuan Yew, jawapan spontannya "sssshhh!! Cannot say in Public, Police is everywhere", "Last time my friend talk about Lee Kuan Yew bad side in his own house, the other morning Police came and arrested him".

Itulah Lee Kuan Yew yang saya kenal melalui anak jati Singapura. Saya tidak mahu menggunakan ayat diktator kerana pada saya memang sukar mengawal rakyat berbilang kaum dan agama dan paling sesuai ialah diktator terpimpin seperti kata P.Ramlee.

Lee Kuan Yew yang saya kenal dari sejarah Malaysia lebih keji lagi. Beliau jelas mengkhianati persahabatan yang dihulur orang Bodoh(baca Melayu) yang tertarik dengan keterbukaan hatinya mempelajari adat Melayu dan Islam. Orang Melayu Singapura dan Malaysia begitu berbangga ada pemimpin Cina yang sanggup merendah diri mempelajari budaya Melayu, walhasil ia hanya mainan keji sang licik sahaja. Buktinya, ramai kawan rapatnya kini menjadi lawan dan sahabatnya tidak mahu berkawan lagi dengannya.

Peliknya, bila beliau meninggal dunia, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tampil mengutuk perbuatannya ketika beliau hidup iaitu memecahbelakan Malaysia dan Singapura.

Orang Melayu memang berani dengan Melayu sahaja, bila Sultan mangkat ada sahaja orang Melayu yang berani kutuk Sultan tersebut. Antara yang selalu dihina adalah Sultan Iskandar, Sultan Azlan Shah, Sultan Salahuddin, Sulan Ahmad Shah dan Sultan Abdul Halim. Mereka ini Sultan yang benar-benar berwibawa bukan ikut telunjuk parti politik dan bukan cuba raih populariti dan simpati Rakyat.

Lee Kuan Yew adalah pengkhianat Tanah Melayu. Pengkhianat Malaysia. Beliau membawa keluar Singapura keluar dari Malaysia dan tidak sampai 50 tahun semua Cina di Singapura sepatah haram tidak tahu Bahasa Melayu. Tiada langsung Bahasa Melayu terdapat disana.

Beliau mengawal rakyatnya seperti burung. Tidak diikat, dibiarkan bebas terbang dalam sangkar besar buatan manusia.

Pernah Datuk Jackie Chan menggelar Singapura Negara mengawal rakyat kerana makan gula-gula getah pun tidak boleh.

Tiada pembangkang di Singapura kerana jika ada mereka akan disaman sehingga muflis dan dihalau keluar dari Singapura.

Saya tidak nampak kenapa kematiannya satu kehilangan kerana pada PRU lepas banyak anak muda menolak beliau. Seperti Malaysia, undi popular tidak memihak kepada Parti Lee Kuan Yew tapi sistem pertandingan yang menyelamatkannya. Malahan data terkini hanya 10% dari rakyat Singapura hadir memberi penghormatan kepadanya sedangkan Singapura adalah Negara kecil jadi jarak bukan masalah untuk sekurangnya 50% rakyat Singapura hadir jika benar sayangkan beliau.

Kerana Lee Kuan Yew, orang Islam berpecah dan mudah ditindas. Sejarah membuktikan bagaimana Britain memisahkan India dengan Pakistan dan Bangladesh mengikut agama agar Islam menjadi lemah. Hingga kini Pakistan dan Bangladesh tetap tidak mesra dan lebih rela berbaik dengan India.

Mungkin ramai akan menempelak saya kerana bukti sejarah berkata sebaliknya, tetapi saya tetap berpegang sejarah ditulis oleh manusia biasa yang sudut pandangannya juga berdasarkan emosi dan prinsip malahan kebanyakan sejarah ditulis oleh orang yang tidak mengalami peristiwa itu secara langsung.

Lagipun, manusia tidak hidup bersendirian kerana adanya Gerakan subversif, Gerakan Rahsia, Underworld dan lain-lain yang menentukan hala tuju sebuah Negara, yang menentukan seorang manusia memilih baju merah bukan kuning walaupun manusia itu merasakan dialah yang memilih merah secara rela dan bebas.

Lee Kuan Yew bapa perpecahan Tanah Melayu, bapa penceraian Malaysia, bapa Cina China yang disamarkan dengan Malaysian Malaysia, dan Bapa kepada pelemahan Islam di Asia Tenggara.

Monday, March 23, 2015

Sokongan Terbuka Pada Aisyah Tajudin, Islam Bukan Komunis

Allah pun mencarut. Saya tidak perlu menerangkan siapa yang buat kenyataan terbuka ini kerana di Youtube beratus ceramah agama yang dikupas Ustaz menyokong kenyataan Murabbi Ummah(gelaran diberi orang padanya).

Walaupun pada saya kenyataan mantik ini ada benarnya tapi kerosakan khususnya pada minda pembaca tetap tidak dikawal.

Inilah masalahnya bila kita pilih penulisan berbanding lisan untuk berbincang soal agama, Wartawan salah, akhbar salah, ahli politik salah, kadang-kadang Ulama pun salah. Kita semua tetap manusia yang tidak bebas dari kesalahan yang tidak disengajakan tapi akhbar memang sengaja pilih tajuk yang sensasi bagi tujuan melariskan selain agenda kepartian.

Aisyah Tajudin dan Kassim Ahmad adalah orang Islam. Mereka telah dan bakal didakwa atas tuduhan menghasut, mendatangkan perasaan tidak senang pada orang Islam dan sebagainya.

Kesalahan Aishah hanya kerana ia mempersoalkan hukum Islam dan dia bakal dijatuhi hukuman. Malahan ugutan bunuh, tekanan emosi serta segala cacian dan kejian saban hari dilemparkan kepada Aishah.

Tindakan Pihak Berkuasa dan orang Islam terhadap Aisyah hanya membuktikan pada dunia khususnya barat dan bukan Islam bahawa Islam sama dengan Komunis.

Dulu masa China diperintah Komunis Mao Zedong tiada siapa boleh persoalkan segala konsep komunisma langsung. Jika dipersoalkan, maka mereka akan dikeji, dihina dan dibunuh.

Benarkah Islam itu Komunis?

Pada saya Islam adalah agama sempurna dan sederhana. Jika benar Aisyah salah dan jahil dalam Videonya, tegurlah dengan tertutup, kaunseling dengan tertutup atau terbaik bimbinglah dia ke jalan yang betul dengan akhlah Baginda SAW.

Terangkan padanya dengan ilmu dan keperibadian Islam bukan dengan makian kejian dan ugutan.

Sebenarnya, banyak lagi kes Komunis seperti ini, di Malaysia Islam sudah dijadikan komunis. Tidak boleh dipersoalkan, tidak boleh diragui, setiap orang Islam mesti kena ikut walaupun tidak faham, sama macam lembu. Orang Islam bukan lembu, kita diberi akal.

Islam menekankan keadilan serta hak setiap individu, Tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah dengan saksi dan Allah suruh kita perbaiki amalan dan kita akan terima CCTV, DNA dan sebagainya sebagai bukti kerana ilmu Sains adalah ilmu Allah bukan ilmu Jin dan Manusia.

Keadilan adalah sendi utama Islam dan keterbukaan untuk dikritik serta ditegur adalah rahsia kepimpinan hebat Baginda Rasulullah SAW.

Apa yang dikata Aisyah sebenarnya dikata dan dirasa ramai orang termasuk saya, cuma Aisyah punya keberanian untuk mengajak orang Islam berfikir luar kotak buruk dan lusuh iaitu kotak "saya Islam sebab Ibu Bapa saya Islam".

Saya sendiri takut untuk bertanya soalan apatah lagi secara sensasi seperti Aisyah. Namun, wujud keperluan untuk bertanya seperti Aisyah kerana hudud adalah isu yang amat besar malahan keadilannya sering dipersoalkan oleh orang bukan Islam termasuk Tun Dr Mahathir sendiri. Jadi kita perlu melayani setiap persoalan orang Islam dan Bukan Islam termasuk melayani persoalan Aisyah dengan adil kerana itulah hudud, adil.

Malangnya, kita menolak orang yang berbeza pendapat dengan kita seperti Aisyah tanpa mendengar apa yang beliau tidak faham dan cuba sampaikan. Ini bukan cara menerangkan hudud kepada orang ramai dan bukan cara menegakkannya dan bukan cara menyokong hudud.

Sokong hudud dengan perjelaskan kepada orang yang tidak faham dengan akhlak yang baik. Kita hendak tegakkan hukum hudud Allah tapi kita langgar hukum Allah yang lain.

Kebenaran berdiri dengan sendiri tanpa perlu nafsu amarah, fitnah, syak, cacian dan makian, ugut, bunuh, provokasi dan sebagainya. Senyum, dan yakinlah padaNYA.

Jom kita buktikan, Islam bukan komunis kerna ia tanggungjawab kita selepas Islam dicap sebagai pengganas oleh Barat.

Sunday, March 22, 2015

Sultan Ibrahim: Perniagaan dan Perjuangan

Sultan Ibrahim akhirnya terpaksa menerangkan dengan panjang lebar akan keberadaan Baginda dalam bidang perniagaan. Bisik-bisik rakyat sejak dahulu kian kuat dan golongan peniaga khususnya orang Cina merasai tekanannya.

Persaingan perniagaan menjadi tidak sihat dan berat sebelah bila peniaga terpaksa bersaing dengan Sultan dakwa mereka.

Rakan Cina Penang saya menukar tajuk teruknya rasis orang Cina Penang terhadap suku Cina sendiri kepada kesan penglibatan Sultan dalam perniagaan kerana saya hujah padanya Cina memang rasis semulajadi.

Joseph beritahu saya, semasa beliau menuntut di Universiti di Miami, Pensyarahnya memberi satu tajuk untuk mereka kaji iaitu Kajian Destinasi Pelabur Di Dunia Dari Sudut Persaingan. Laporan itu bersandarkan pada kajian 1999 menerangkan Malaysia sentiasa menghuni kedudukan  5 Negara paling tidak sihat persaingan untuk pelabur kerana keterlibatakan kuasa Sultan dalam perniagaan.

Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua Sultan mempunyai perniagaan dalam Negara. Ada yang menggunakan proksi, ada yang berpuas hati dengan perniagaan sedia ada, yang kembangkan ke segenap prospek, ada kaya raya, ada yang masuk tender, ada yang bina Bangunan ada yang itu dan ini.

Sudah tentu, sedikit sebanyak pasti ada merit dalam pertimbangan persaingan perniagaan samada dari kacamata Swasta, Kerajaan, Penguatkuasa malahan Dewan Parlimen sendiri terhadap "permohonan" Sultan.

Ini kerana, orang Melayu amat terikat dengan sentimen kesetiaan seperti Hang Tuah serta sentimen terhutang budi khususnya Sultan bertanggungjawab membawa Islam dalam Kerajaan Parameswara.

Jujurnya, saya rasa tidak adil Sultan berniaga dan bersaing dengan rakyat.

Tetapi saya rasa lebih tidak adil bila satu kaum dibiarkan memonopoli perniagaan samada di Malaysia atau di mana-mana Negara. Tapi di Malaysia, perniagaan sudah dimonopoli satu kaum sahaja.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia dan Selangor dimana saya punya perasaan "kasih mendalam" terhadap Sultan Selangor(Sultan Selangor juga ada perniagaan), dan kaitan dengan Sultan Ibrahim, sebagai orang Islam.

Ya. Sebagai orang Islam saya berharap agar Sultan Ibrahim dapat meneruskan perniagaannya bersaing dan memecah monopoli perniagaan oleh satu kaum. Berilah modal dan bantuan kepada orang Islam dan Melayu untuk memecah monopoli perniagaan ini.

Sultan Ibrahim sebagai pejaya dalam bidang perniagaan juga diharap meletakkan agenda ekonomi agama Islam sebagai perjuangan utama diatas kepentingan keluarga kerana itulah tugas dan amanah Sultan oleh Allah.

Sultan Ibrahim gunakanlah kuasa Raja serta kuasa perniagaan untuk bantu ekonomi orang Islam bukan dengan cara zakat atau memberi sedekah kepada Masjid. Tetapi dengan cara dan gaya tersendiri.

Saya tidak suka Sultan berniaga tetapi saya lebih tidak suka bila perniagaan seperti perkakasan, komputer, elektronik, perumahan, hartanah, pakaian, alat ganti kenderaan, kenderaan, hotel, pelancongan, runcit semua sudah dan hampir dimonopoli satu kaum dan terkini mereka sudah masuk ke sektor makanan orang Islam pula.

Justeru, Daulat Tuanku, Semoga Sultan Ibrahim, Sultan Nazrin, Sultan Sharafuddin, Sultan Ahmadm Sultan Halim, Sulatn Syed, Sultan Muhammad, Sultan Mizan semuanya menjunjung amanah Allah dan warisan nenek moyang Tuanku untuk mendaulatkan agama Islam.


Thursday, March 19, 2015

GST+ Cukai Lain: Kerajaan Vs Lanun

Kerajaan boleh jadi Lanun dan Lanun boleh jadi Kerajaan.

Kerajaan boleh jadi Lanun jika gagal kembalikan wang cukai yang dikutip dari orang ramai dan Lanun boleh jadi Kerajaan jika berjaya kembalikan wang cukai yang mereka "kutip" kepada mangsa mereka. Samada secara langsung atau tidak langsung.

Sebelum wujudnya Kerajaan hari ini, Negara di dunia diperintah oleh Kerajaan Monarki atau Raja dan Sultan.

Semua Kerajaan yang pernah wujud beroperasi dan berdiri dengan hasil wang cukai yang dikutip dari Rakyat atau orang ramai.

Dan sebelum wujudnya semua Kerajaan dikenali, kita "diperintah" oleh Lanun dan Penjahat.

Lanun dan penjahat mengenakan "cukai" pada orang ramai. Mereka dipanggil Lanun bukan Kerajaan atau Pemerintah kerana Lanun menggunakan semua "wang cukai" sesuka hati mereka sahaja termasuk mengayakan diri, keluarga dan orang terpilih sahaja.

Tiada sesen pun "wang cukai" dikembalikan Lanun dan orang Jahat kepada orang ramai.

Berbeza dengan Kerajaan.

Namun Kerajaan sepatutnya mengutip wang cukai dan menggunakan untuk membangunkan masyarakat, tempat, prasarana, ekonomi, taraf hidup, pendidikan, kesihatan, kemudahan, pengangkutan, saliran, kumbahan, pengurusan, sampah dan banyak lagi.

Persoalannya, apakah Kerajaan hari ini samada Malaysia ataupun Negeri-Negeri Malaysia benar-benar berkesan sebagai sebuah Kerajaan ataupun Lanun dan Penjahat?

Saya tiada jawapan untuk itu kerana pembaca lebih tahu melalui pengalaman masing-masing.

Cukai yang dikutip samada terlalu banyak, ataupun masih sedikit, tinggi atau rendah, wajar atau tidak semuanya dijawab melalui keberkesanan "wang cukai" tersebut dialirkan semula untuk "digunakan" rakyat.

Parti politik sebagai parti pemerintah pusat dan Negeri tidak boleh dipersalahkan seorang sahaja kerana kakitangan Kerajaan juga berkongsi tanggungjawab yang sama.

Kakitangan Kerajaan juga menerima gaji dan menyara hidup dengan menggunakan wang cukai yang dikutip. Justeru adalah penting untuk kakitangan Kerajaan senantiasa berikan yang terbaik dan mengelak dari jadi penjahat atau lanun perseorangan.

Sebagai contoh, Kerajaan sepatutnya menggunakan wang cukai menyelenggara Jalan Raya dengan baik. Malangnya banyak Jalan khususnya di Selangor dari K.Selangor ke Sabak Bernam berada dalam keadaan yang amat teruk.

Contohnya, harga rumah dikatakan terlalu mahal sedangkan Kerajaan yang mengenakan pelbagai syarat kepada pemaju. Pemaju hari ini tidak sama dengan Pemaju dahulu. Mereka perlu bina longkang sendiri, Jalan Raya sendiri, Taman Permainan sendiri, dan perlu sediakan tapak untuk sekolah, Masjid, Surau dan lain-lain, justeru Pemaju tidak menanggung langsung beban kos itu sebaliknya memindahkan kedalam harga jualan rumah yang sudah pasti melonjak.

Bukankah Kerajaan yang sepatutnya menggunakan wang cukai membina jalan dan longkang itu?

Dan terbaru GST! GST! GST!

Ia dikatakan penambahbaikan SST. SST. SST.

Pada zaman Lanun memerintah, orang ramai tidak faham apa itu cukai perlindungan, cukai kawasan, cukai payung, cukai matahari, cukai air, cukai laut, cukai darat, cukai senyum, cukai tangan dan sebagainya, yang mereka faham, mereka sedang dirompak.

Pada zaman Raja juga begitu, cukai pertanian, cukai buah, cukai tanah, cukai padi, cukai dan cukai, Rakyat tidak faham, mereka cuma mahu Raja dan Sultan melindungi mereka pada masa kesusahan.

Dan dizaman moden Kerajaan dipilih Rakyat ini, Rakyat juga tidak mahu tahu apa nama cukai dan untuk apa, penjelasan demi penjelasan, Rakyat cuma mahu tahu, apakah perubahan perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada Rakyat selepas GST?

Apakah Jalan Raya bertambah lorong? Apakah Longkang tidak tersumbat atau tiada banjir lagi? Apakah sampah akan dikutip dengan efisien? Apakah kos sara hidup memingkat seiring dengan taraf hidup dan sebagainya?

Ini Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri perlu berhati-hati agar terus menjadi Kerajaan yang berkesan dan bukan Lanun Jadian.







Friday, March 13, 2015

Jangan Nilai Kebaikan Dan Iman Wanita Dari Tudungnya! Bertudung Tak Semestinya Baik, Tak Bertudung Tak Semestinya Jahat!

Percayalah saya pernah membenci semua wanita yang bertudung sejak kecil hinggalah umur dewasa.

Sebab apa? Sebab mereka yang bertudung selalu memandang rendah kepada Emak saya yang tidak bertudung. Dan demi Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa baik, suci, murni dan bersihnya jiwa Emak. Kerana saya anak ke 6 dari 10 orang anak termasuk 3 anak Mak Muda saya yang beliau jaga, saya ada hak untuk kata Emak saya lebih baik dari orang yang bertudung.

Orang bertudung bukan sahaja memandang rendah pada orang tidak bertudung malah menghina, dan mengeluarkan kata cacian. Saya ke Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, saya tanya Emak boleh ke makan Telur Penyu ini, Emak saya terus bertanya kepada penjual dan mereka tidak layan Emak saya, dihadapan saya, kerana Emak tidak bertudung. Tidak cukup dengan itu, mereka halau kami dan caci Emak saya dikhalayak ramai.

Begitulah bagaimana tudung memainkan peranan signifikan dalam masyarakat Islam Malaysia.

Malangnya, banyak rakaman CCTV merakamkan pencuri Islam, ramai juga yang bertudung.

Malangnya, yang kena tangkap basah, yang ditemui bogel di Taman Awam, yang berkelakuan sumbang seluk menyeluk, ramai juga yang bertudung.

Malangnya, yang terkinja-kinja, yang tergedik-gedik, yang menari dengan asyik, ramai juga yang bertudung.

Malangnya, yang menyara hidup dengan aurat suara, kini ramai juga yang bertudung.

Malangnya, yang berbaju ketat menampakkan buah dada, bentuk kaki, bentuk punggung dll, malah ada seluar menampakkan V mereka, ramai juga yang bertudung.

Malangnya yang sombong di kaunter-kaunter Pejabat, ramai juga yang bertudung.sedangkan Allah dalam Quran kata jangan sombong.

Malangnya, yang suka maki memaki, keji mengkeji, megeluarkan kata buruk ramai juga yang bertudung.

Malangnya, yang mengamuk kerana kereta dilanggar orang tua Cina pun bertudung.

Malangnya, yang memegang anjing atas nama kebebasan pun bertudung.

Malangnya, yang rela dipeluk lelaki K-POP semua bertudung.

Malangnya, dan teramat malang, sangat malang apabila masyarakat Melayu dan Islam masih tidak berubah sejak berpuluh tahun dahulu dengan menjadikan tudung sebagai kriteria utama menilai kebaikan orang.

Bukan sahaja kebaikan, iman seseorang juga mereka nilai dan hukum dengan tudung.

Dan semua yang tidak bertudung akan dihina, dikeji, dikatakan jahil agama, dosa besar, ahli neraka, kafir dan sebagainya, semuanya kerana kebodohan diri mereka sendiri gagal menterjemah dan mendalami Kalam Allah dalam Kitab Suci Al-Quran.

Aurat, labuhkan baju mereka menutup aurat hanya disebut kurang dari 10 kali sahaja dalam Quran dan paling banyak Allah sebut pentingnya berbuat baik, berhati baik dan mengabdikan diri pada Allah.

Isteri saya, sebelum kahwin tidak bertudung, tetapi selepas kahwin beliau meminta kebenaran saya memakai tudung. Saya jawab, "kalau awak pakai tudung kerana saya, tidak perlulah awak pakai tudung kerana Allah Lebih Besar dari saya, jangan jadikan saya lebih besar dari Allah, jadi pakailah tudung kerana Allah".

Jawapan saya tetap sama sehingga hari ini bila setiap kali isteri menghadapi dilema memilih pakaian dan tudung yang sesuai. Saya tetap akan kata, "kalau awak mahu cantik, bukalah tudung, kerana awak lebih cantik tanpa tudung, tapi kalau bertudung kerana Allah teruskan bertudung samada cantik atau tidak". Walaupun saya sedar tidak salah untuk isteri mahu cantik, tetapi saya mahu beliau istiqamah dalam keputusannya memakai tudung iaitu kerana Allah bukan kerana saya atau sesiapa.

Hakikatnya, lebih dari 90% orang Islam bertudung di Malaysia bukan kerana Allah tetapi kerana;

1. Ibu bapa/Suami/Anak paksa atau terpaksa
2. Peraturan Sekolah/IPT
3. Rambut tidak cantik
4. Trend
5. Pandangan/Mulut Masyarakat, Jiran, Kawan dan Keluarga
7. Mahu dihormati
8. Lebih cantik bertudung dari tidak bertudung
9. Fesyen
10. Fesyen
11. Fesyen
12,13,14,15,40,100,404..................
1001. Fesyen

Dan hanya 10% sahaja memakai tudung kerana takut pada Allah itupun dari 10% ini hanya 0.01% sahaja tahu Allah suruh pakai tudung ayat berapa, surah apa, juzuk apa!!!

Natijahnya majoriti wanita yang bertudung hanya berjaya menutup kepala tetapi gagal menutup kepala hati dan kepala jiwa mereka dari membusuk dan bernanah.

Ia dapat dilihat dengan jelas saban hari dihadapan kita, dari mulut pemakai, pakaian pemakai, tingkah laku pemakai, gerakgeri pemakai, adab pemakai, fitnah, dengki, sombong pemakai, batas pergaulan pemakai, kelaku pemakai, kerja pemakai, dan banyak lagi.

Mereka bertudung kerana tidak mahu atau malu dan segan orang lain nampak rambut mereka, tetapi mereka tidak malu dan segan Allah melihat kebrorokan dan kebusukan hati mereka serta kekejian perbuatan mereka.

Saya rayu kepada semua yang bertudung teruskan bertudung dengan betulkan niat kerana Allah, jika sudah betul tiada salahnya lafaz sekali lagi demi menebalkan tauhid.

Saya juga rayu wanita lain bagi yang belum bertudung mulailah bertudung dan bertudunglah kerana Allah. InsyaAllah, jika ia dibuat kerana Allah, Allah akan meleraikan semua kesulitan yang anda pertimbangkan.

Jika wanita bertudung kerana Allah, kerana takut pada Allah sudah pasti pemakai tudung akan takut juga dengan larangan Allah yang lain termasuk jauhi zina, arak dan judi, jauhi riba, tunaikan Solat dan Zakat, berkata yang baik jika tidak lebih baik diam, berbudi kepada kedua ibu bapa, jangan menceroboh, bersabar, bersabar dan bersabar dan banyak lagi perintah Allah yang diulang beratus kali berbanding tutuplah aurat yang disebut beberapa kali sahaja.

Saya menutup kisah ini dengan berbangga Emak saya memakai tudung kerana Allah, setahun sebelum Allah memilih beliau menjadi tetamunya di Tanah Haram ketika usianya 50 tahun. 50 tahun dahulu pun beliau jadi orang Islam kerana Allah dengan meninggalkan agama Buddhanya, beliau bukan Islam kerana ibu bapanya Islam tetapi kerana Allah. Amat penting segala yang kita lakukan bukan kerana asbab munasabab lain selain dari Allah, itu nasihat beliau pada saya yang akan saya genggam hingga mati.

Anda bagaimana????

Wednesday, March 11, 2015

Zakir Naik Tanya Kenapa JAKIM Tidak Tanya?

Saya tinggal di Kg Orang Asli Sg Sampo selama 2 tahun. Saya bercampur dengan suku Semelai/Semai disitu. Berkawan baik dan hampir bercinta.

Sepanjang keberadaan kami sekeluarga, orang Asli tidak mengalukan kehadiran kami. Mujurlah kami tinggal dalam kawasan pagar Sekolah dan di pangkal Kampung bukan di hulu.

Setiap bulan November akan masuklah beberapa agensi seperti JAKIM, MAINS dan juga PERKIM kedalam kampung ini. Kemudian akan ada Majlis Bantuan Persekolahan Saudara Baru oleh mereka. Maka ramailah orang Asli yang mengucap Syahadah bagi melayakkan mereka mendapat bantuan persekolahan, bulanan, kewangan dan lain-lain.

Sedihnya, saya kenal mereka, selepas PERKIM, JAKIM dan Jabatan berkenaan pergi, semua akan kembali kepada kehidupan bukan Islam mereka.

Tahun kedua saya disitu, masuklah Ustaz dan mengajar di Surau berdekatan, tidak ramai yang hadir melainkan terpaksa datang kerana kehadiran juga melayakkan mereka menerima bantuan, tapi program itu terbantut, dengarnya Ustaz sakit.

Pada penghujung tahun kedua, saya sudah berani masuk kedalam Kampung dalam dimana terletaknya rumah kawan saya. Saya berani pergi ke Kubur Tok Batin mereka walaupun ditegah dan mereka tidak berani. Saya masuk ke Surau Ustaz mengajar yang ditinggalkan hampir setahun, berak manusia merata tapi sudah kering.

Pada hemat saya pada tahun 1993 itu, JAKIM tidak perlu ikut MO Missionary Kristian yang berdakwah di pendalaman Borneo menggunakan taktik sama kerana ISLAM berbeza dengan Kristian. Tiada paksaan dan sesiapa yang mahu mengucap Allah itu Satu dan Muhammad SAW itu persuruh Allah mestilah melakukan dengan rela hati bukan dipancing dengan material.

Saya amat tertarik dengan Global Peace TV dan soalan Zakir Naik kepada hadirin yang mahu mengucap syahadah "Apakah anda berada dalam tekanan ekonomi?". Jika tidak teruskan, jika ya, kenapa anda mahu masuk Islam.

Islam adalah agama suci jika kita memaksa orang Asli ini masuk Islam kerana RM 50 sebulan, maka kesucian Islam tercemar kerana bila mereka dewasa merekalah orang Islam yang makan minum benda tidak halal, yang bersekedudukan, yang menghina Allah dan Rasul dan sebagainya.

Wallahualam.


Monday, March 2, 2015

Najib warisi kekayaan Tun Rahah bukan Tun Razak


Isu ini mungkin sensitif kepada orang Islam tetapi pada Bukan Islam ia perkara biasa. Lebih menakjubkan, tiada seorang pun bukan Islam lebih lagi DAP yang mahu menyentuh perniagaan Genting Highlands, milik orang Cina.

Mungkin ramai tidak tahu, Tan Sri Mohd Noah Bin Omar adalah bapa Tun Rahah, Datuk kepada Dato Seri Najib Tun Razak.

Tan Sri Noah bukan calang orang, beliau adalah cicit kepada Raja Chempa, pewaris kekayaan Orang Kaya Muar. Beliau juga antara pemimpin utama penubuhan UMNO pada 1946.

Pada 1965, Tan Sri Lim Goh Tong mengajak beliau dan bersama-samanya menubuhkan Syarikat Persendirian yang dinamakan Genting Highlands Berhad.

Benarlah kata orang, dibalik kejayaan seorang individu hebat seperti Tan Sri Lim Goh Tong pasti ada isteri dan juga sahabat yang menasihati. Tan Sri Lim Goh Tong dengan bantuan sahabat-sahabatnya Berjaya memperoleh kelulusan 15,000 ekar tanah dari Selangor dan Pahang. Jika dicongak harga RM 10,000 seekar kini, nilai tanah sahaja sudah RM 150 juta dan semua orang tahu harganya lebih dari itu lagi.

Tidak keterlaluan jika kehebatan tiga anak perempuan Tan Sri Noah ini juga menyamai persis kehebatan Sung Sister dalam sejarah Negara China.

Justeru, tidak ada sedikit kehairanan pun jika NYT atau CNN malah Dajjalkini untuk menyiarkan berita Najib mewarisi kekayaan keluarga kerana ia memang benar Cuma ia disalah ertikan secara jahat dan curang dengan merujuk kepada Tun Abdul Razak yang amat bersih itu.

Melayu dan Islam perlu mencontohi orang Cina dalam bersatu pertahankan perniagaan bangsa mereka seperti mereka pertahankan perniagaan Genting Highlands menyumbang kepada kekayaan keluarga Najib Tun Razak dimana sedikitpun mereka tidak sebut dan tidak serang Genting Highlands.

Dan pada orang Islam yang bakal menambah dosa menuduh haram makan harta Genting kerana judi dinasihatkan merujuk kepada orang yang lebih arif kerana kejayaan dan kekayaan Genting Highlands tidak sahaja berasal dari judi kasino sebaliknya dari perhotelan, pelancongan, logistik, tenaga dan banyak lagi luar dan dalam Negara.

Pendek harta, tanpa sesen pun harta Tun Razak, Dato Seri Najib tetap antara pewaris kekayaan terkumpul sejak dahulu yang boleh dianggarkan berbilion ringgit itu.

Saya bukan penyokong tegar UMNO dan Najib tetapi saya bukan pendokong fitnah justeru penjelasan ini hanyalah dari pihak yang baca wikipedia sebagai renungan bersama dan perkongsian bagi yang lebih arif.