ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, November 30, 2014

Kemalangan Maut Motosikal Yang Kerap Terjadi Boleh Di Elakkan JIKA...

Saya pernah menulis tentang saranan ini dan berharap agar Kerajaan melakukan tindakan pantas agar lebih banyak nyawa rakyat Malaysia dapat diselamatkan.

Setiap tahun lebih 5000 nyawa rakyat Malaysia maut di tangan Motosikal. Dari 5000 ini mungkin ada saudara kita dan mungkin anak kita juga bakal memenuhi senarai 5000 nyawa ini. Atau mungkin bapa kita yang ke Surau, atau mungkin kita sendiri.

Perlu difahami bahawa statistik JPJ menunjukkan lebih 500 ribu moto baru didaftarkan setiap tahun dan jumlah diatas jalan adalah sebanyak 15 juta unit motosikal.

Pemilikan motosikal adalah tinggi berbanding kenderaan lain kerana ia mampu milik. Kebanyakan pemegang IC Merah dan juga permit kerja Pakistan dan Bangladesh membeli motosikal kerana ia murah sesuai dengan kehadiran mereka di Malaysia membuat harta bawa pulang.

Sekarang kita fokus pula kepada masalah utama penyebab kemalangan motosikal iaitu hampir 10,000 kemalangan motosikal setahun.

Cuba perhatikan semua jalan raya di Malaysia, baik 3 lorong, baik 2 lorong dua hala, atay selorong dua hala, dan pelbagai lagi jenis lorong, perhatikan apakah ada lorong motosikal?

Ya. Tiada lorong motosikal yang ada adalah lorong kereta, yang dipisahkan dengan lorong kenderaan berat yang paling hampir dengan lorong haram motosikal atau lorong kecemasan kereta rosak.

Cuba ingat kembali ujian bertulis JPJ, apakah dalam grafik itu wujud lorong motor atau motor berkongsi dengan lorong kereta? Jika lorong itu dikongsi, apakah kesedaran kenderaan lebih besar bahawa mereka berkongsi dengan motor.

Apakah kereta sedar mereka perlu berkongsi dengan motor? Apakah mereka rela dan setuju?

Lakukan eksperimen ini, bawa motor anda ditengah-tengah lorong kereta dan anda akan di hon oleh kereta dan lori. Akhirnya laluan paling selesa adalah diatas garisan putih antara dua lorong kereta.

Ketiadaan lorong kereta ini disahkan lagi oleh Cukai Jalan Motosikal. Cukai Jalan Motosikal adalah percuma kerana motosikal tiada jalan disediakan untuk motosikal. Mereka hanya perlu membayar RM 2 sahaja sebagai kos pentadbiran atau process fee.

Soalan saya semula, apakah anda mahu salah seorang 5000 rakyat Malaysia yang terkorban itu adalah anak anda, suami anda ataupun bapa anda, mungkin anda sendiri?

Jika tidak adakah anda bersetuju jika perlu membayar RM 10 setahun sebagai yuran khas jalan motor. Pada masa dahulu cukai Jalan motor adalah RM 32.50 setahun.

Bayangkan jika 15 juta motosikal membayar yuran khas jalan motor, maka RM 150 juta dapat dikutip dan digunakan untuk membina jalan motor secara berperingkat di seluruh Malaysia.

Jalan motor ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan yang melindungi penunggang motosikal.

Mungkin ada yang kata tidak perlu bebankan rakyat, dan orang yang berkata sedemikian biasa adalah perokok yang mampu beli RM 10 rokok sehari.

Sebenarnya, lebih separuh atau 8 juta pemilik motosikal ini adalah warga asing. Mereka patut membayar lebih lagi untuk kemudahan kekal Malaysia dimana mereka membawa pulang semua kekayaan di kampung mereka.

Justeru, pada saya tiada lagi dolak-dalik, komen ataupun penentangan terhadap cadangan ini melainkan kita mahu lihat lebih ramai terkorban dimana giliran kita atau keluarga kita mungkin tiba bila-bila masa.

Khas untuk JPJ dan penunggang motosikal kuasa tinggi saya ingin berkongsi pengalaman saya yang berjahit lebih 50 jahitan seluruh badan kaki dan tangan kerana kemalangan motosikal.

JPJ perlu tambahkan module teknik jatuh motor dan teknik menghadapi jatuh ketika superlaju dalam kursus mereka.

Jatuh dalam keadaan laju, badan kita tidak mampu mengikut arahan otak kerana kuasa momentum yang kuat menekan badan justeru banyak penunggang kuasa tinggi jatuh dengan cara yang salah dimana mereka maut tetapi motor kuasa tinggi mereka selamat. Jatuh pun ada tekniknya iaitu melompat sekuat hati keatas meninggalkan motor agar melambung tinggi supaya lebih masa di peroleh atas udara sebelum jatuh. 

Bagi motor tidak laju, teknik jatuh lebih mudah dipelajari walaupun ia terjadi dalam 1ms kerana badan tidak ditekan kuasa momentum.

Mungkin impaknya akan akibatkan patah atau putus, tapi nyawa masih dapat diselamatkan.

Malangnya satu-satunya cara motosikal kuasa tinggi belajar jatuh adalah dari perlumbaan motosikal 250 cc atau 500 cc yang jalan mereka luas serta menggunakan blok jerami lembut sebagai penghadang jalan dan batu kerikil sebagai brek badan ketika diheret motor. Diatas jalan raya Malaysia, besi penghadang tajam, kereta laju arah berlawanan dan gaung yang menunggu,.

Ini kali kedua cadangan saya dalam 10 tahun ini, harap kita tidak perlu tunggu lebih lama sebelum masa kita pula tiba.

Saturday, November 29, 2014

Larang Penjawat Awam Terima Pangkat Dato/Datin/Tan Sri/Puan Sri Bagi Kurangkan Birokrasi Berurusan Dengan Kerajaan

Kerajaan sebenarnya terdiri dari dua golongan berbeza iaitu Golongan Pemerintah yakni ahli Politik dan Golongan Pentadbiran yakni penjawat Awam.

Dalam organisasi Kementerian, terdiri dari KSU, TKSU 1, TKSU 2, Ketua Pengarah, Timbalan, Pengarah, dan Timbalan. Juga yang setaraf seperti dalam organisasi lain seperti Ketua Polis Negara, YDP Majlis Perbandaran dan lain-lain. Mereka ini adalah pihak paling tinggi dalam golongan pentabdiran.

Dari pengalaman bertugas sebagai kontraktor Sektor Kerajaan, saya perhatikan banyak Ketua Pengarah dianugerahkan pingat mungkin disebabkan khidmat baik mereka. Saya ingin mencadangkan pingat tertinggi yang membawa gelaran Datuk dan Tan Sri hanya diberikan dengan menilai khidmat baik mereka selepas mereka berhenti berkhidmat.

Ia dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan dan menaikkan semangat kakitangan Kerajaan ini untuk terus berkhidmat baik hingga saat terakhir di Pejabat.

Ini kerana pelbagai Gelaran ini hanya meningkatkan karenah birokrasi serta pelbagai protokol lain yang perlu dipatuhi yang menyukarkan rakyat atau pembayar cukai berurusan. Malahan sistem sebelum ini tidak sahaja menyukarkan rakyat tetapi juga menyukarkan usaha antara Jabatan apatah lagi antara Kementerian untuk berkerjasama.

Bak kata pepatah, besar periuk besar keraknya.

Saya juga berpengalaman berurusan dengan PBT. YDP yang memakai gelaran Dato mempunyai ego yang berbeza dikala yang tidak memakai Gelaran Dato pula mengejar nama dan gelaran peribadi dan bukan mengejar mutu perkhidmatan.

Dalam norma dan etika perjalan sistem Kerajaan Malaysia yang diwarisi dari Kerajaan British, sewajarnya mengikut juga etika mereka yang hanya menganjarkan gelaran Sir atau Dato selepas anggota kerajaan berkhidmat.

Harap Ketua Kerajaan Pemerintah & Para Sultan dapat memperhalusi cadangan ini sesuai dengan Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Thursday, November 20, 2014

Tun Dr Mahathir - A True Islam Leader By Bury Hatchet With Khairy

In life there is no way we can learn all. Allah treasures are too big to understand and learn.

But, we all can try to learn all. This attitude differentiate us among us. We can learn from School, teachers, parents, friends, leaders, experiences, books, environment and everything from big to as tiny as ant.

I always adore and older person set good example for us younger one to follow.

I still remember Tun Dr Mahathir said he dont like doing two things in his daily life, take a bath and nailcutting if Im not mistaken because he cannot read book at that time.

Today, Tun Dr Mahathir again teach me something.

When we angry to someone, when we scold them, criticize them, we dont hate them, we only hate their doing, their thinking, their attitude so on and so fore.

Tun has shown us real Islam taught by put on a yellow shirt for his number one nemesis Khairy Jamaludin. In fact, there is no enemy between Muslim, we may have differ in many things, but in heart or at last line we always bersaudara.

Tun, I always adore you and I always will.

Azalina Terbaik- Pegawai Kerajaan Lebih Berkuasa Dari Perdana Menteri

Perkara ini bukan rahsia lagi. Bukan mustahil dan bukan juga pelik, Malah ia sudah terjadi sekian lama sejak Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri lagi. Cuma pada masa itu, harimau ini masih muda belum bertaring, semasa Pak Lah dihimpit krisis kepercayaan, harimau ini sedang mengasah kuku dan akhirnya pasca 2008, harimau ini keluar menjadi pemangsa.

Pada orang awam yang selalu berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan mereka memang sedar hakikat Pegawai Kerajaan yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri.

Ada KSU yang bertindak seperti Maharaja dalam Kementerian. Ada Pengarah yang tidak menerima arahan dari sesiapa. Pelbagai malahan hampir semua tender Kerajaan diberikan pada kroni mereka dan biasalah istilah kuota politik 30%. Dulu 70% untuk orang biasa rebut kini hanya 0.7% untuk direbut selebihnya dingap.

Ada juga kisah dimana Imigresen tidak melaksanakan kensus Parlimen yang mengarahkannya melaksanakan pemeriksaan kesihatan atas pekerja dan pelajar asing, mereka juga engan melaksanakan arahan Menteri dan Perdana Menteri dengan pelbagai alasan dan akhirnya melaksanakan juga selepas kontraktor ditukar.

Saya sendiri berada dalam pejabat TKSU Kementerian Wilayah seorang Datuk dimana beliau menerima panggilan dari ahli Politik untuk makan malam. Apabila meletak telefon beliau berkata beliau enggan menurut kata orang politik.

Banyak lagi kisah ini dan semua ini terjadi akibat celaru politik yang terjadi dalam Malaysia. Kecelaruan ini digunakan sepenuhnya oleh Pegawai Kerajaan dan peluang yang tidak dilepas.

Sebagai rakyat dan orang Islam saya tidak ada masalah selagi Pegawai Kerajaan ini Islam tetapi agenda mereka dipersoalkan.

Jika agenda mereka Islam dan Melayu, alhamdulillah. Jika agenda mereka untuk membolot dan menindas kerana mereka lebih senang terlepas berbanding ahli politik, habislah Negara, hancurlah Melayu, jahanamlah Islam.

Sementelah artikel ini ditulis, hanya 2 dari 10 mereka yang beragenda baik dan 8 lagi adalah penindas bertaraf Firaun.

Terima kasih kepada Ahli Parlimen Pengerang Dato Seri Azalina Othman yang membawa isu nadi rakyat. Inilah contoh Ahli Politik yang kita perlukan dari sibuk berretorik cadangan, cadangan dan cadangan langsung tiada pencegahan, penyelesaian dan penambahbaikan.



BR1M Adalah Usaha PM Najib Imbang Kesilapan Pak Lah Menaikkan Gaji

Hakikatnya banyak yang dilakukan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak adalah "damage control" terhadap polisi kerajaan sebelum beliau. Sebagai contoh BR1M, BR1M adalah imbangan kepada kerosakan yang terjadi akibat menaikkan gaji kakitangan kerajaan.

Polisi menaikkan gaji kerajaan cukup popular dan disokong ramai, Saya tidak pernah mendengar sesiapa membantah polisi ini mungkin kerana gembira dan juga takut. Dan tidak ramai yang sedar atau sengaja buat tidak realistik dimana logiklah bila gaji naik, harga barang juga akan naik.

Kos operasi yang meningkat akan mengakibatkan harga jualan dinaikkan.

Kalau gaji naik, kuasa membeli tinggi dan barang kekal dengan harga murah apa yang akan terjadi? Produktiviti akan menurun, inflasi akan meningkat cepat kerana imbangan supply dan demand terjejas teruk dan sebagainya. Justeru, saya tidak faham kenapa orang yang menikmati kenaikan gaji marah bila orang lain naikkan harga barang(naikkan gaji pekerja mereka).

Juga akibat dari ketidak seimbangan gaji sama gred. Pada masa gaji kakitangan Kerajaan dinaikkan Kerajaan dari RM 700 kepada lebih RM 3000,  pekerja Swasta yang membentuk golongan majoriti masih ditakuk gaji lama iaitu RM 1100 sahaja.

Apakah akibat dari keadaan ini, samada kesilapan atau tidak ia bergantung kepada keadaan.

Justeru, bila Dato Seri Najib dilantik Perdana Menteri beliau sedar menaikkan gaji swasta(permulaan RM 1100) menyamai gaji Kerajaan(permulaan RM 2500) hanya akan akibatkan kos sara hidup menjadi lebih tinggi dan akhirnya mengundang inflasi serta produktiviti menurun.

BR1M dilihat sebagai satu kaedah berkesan menyampaikan kuasa membeli pada golongan Swasta yang bergaji rendah dengan kos sara hidup tinggi tanpa menjejaskan aturan ekonomi itu sendiri.

Kesan domino tidak berkesan dan terkesan pada BR1M. Ia juga boleh dianggap perang senyap Kerajaan dengan Peniaga dalam memerangi kenaikan harga barang.

Namun saya tetap bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir tentang BR1M dan saya ingin mencadangkan pada Kerajaan menukar nama BR1M kepada GR1M atau Ganjaran Rakyat 1 Malaysia dimana penerima perlu berusaha untuk mendapatkan GR1M. Usaha mereka ialah menyumbang kearah Malaysia yang lebih baik dengan menanam pokok, membersih sampah, jauhi dadah dan jenayah, bina keluarga bahagia, sumbangan kepada Negara, jauhi rusuhan, rapat haram dan banyak lagi.


Wednesday, November 19, 2014

Kembalikan Sekolah Melayu Setanding Dengan Sekolah Cina

Saya bersetuju dengan kenyataan Dato Seri Najib yang mengatakan Sekolah bukan alat politik sebaliknya sekolah adalah alat membentuk anak bangsa mengikut identiti masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika mengatakan sokongan berterusan Kerajaan pada Sekolah Cina dengan harapan Cina terus menyokong PM Melayu.

Justeru saya ingin memohon kepada mana-mana NGO dan perwakilan PAU untuk memperjuangkan Sekolah Melayu agar anak Melayu dapat dibentuk mengikut identiti kaum Melayu.

Umum mengetahui, Cina ada Sekolah Cina, India ada Sekolah India malahan Kemboja di Pasar Borong KL juga ada Sekolah Kemboja tetapi Melayu tiada Sekolah melayu sebaliknya dipaksa menukar kaum dari Melayu kepada Malaysia di Sekolah Kebangsaaan,

Paling tidak, Kerajaan harus mengadakan subjek kaum Melayu di semua sekolah Kebangsaan kerana Cina ada Sekolah Cina, Melayu tiada untuk mendidik anak Melayu memahami jati diri dan mencintai kaumnya,

Harap mendapat perhatian kerana hanya dengan Sekolah Melayu, Melayu dapat disatukan dan diselamatkan dari dihilangkan identiti masing-masing.

Misi Tanah Rizab Melayu Adalah Misi Politik

Dalam kes Tanah Rizab Melayu yang diperjuangkan bersama UMNO, PAS dan PKR, UMNO adalah juaranya.

Bermula dengan janji Pemuda UMNO, kemudian disambut Menteri berkenaan dan terbaru oleh MB Johor dengan komitment yang sama iaitu;

"Agenda utama kita mempertahan dan memperluaskan Tanah Rizab Melayu".

Sebenarnya, usaha ahli politik ini lebih tepat adalah seperti berikut;

"Agenda utama kita, mempertahan, memperluas dan membiarkan Tanah Rizab Melayu menjadi tanah terbiar".

Pemilik Tanah Rizab Melayu mahu tahu apa gunanya tanah jika tidak diusahakan? Apakah 11% Tanah Rizab Melayu yang tinggal dimana kebanyakannya terbiar mahu disimpan untuk dijadikan kubur orang Melayu kelak.

Parti Politik tidak membantu membangunkan Tanah Rizab Melayu dengan melonggarkan syarat tukar status tanah dari pertanian kepada kediaman dimana ia bukan sahaja memudah cara membangunkan dengan PBT malah menaikkan harga tanah itu sendiri.

Parti politik ini tahu bercakap sahaja demi kelangsungan politik masing-masing.

Nasib Tanah Rizab Melayu hanya diperjuangkan oleh orang Melayu sendirian sahaja.

Saturday, November 15, 2014

Berdosakah UMNO Selangor Tiru UMNO Kelantan Dalam Kekalahan?

UMNO Selangor kehilangan SELANGOR untuk kali kedua berturut-turut.

Tetapi UMNO Kelantan kehilangan Kelantan untuk sepuluh kali berturut-turut.

Pencapaian UMNO Kelantan jauh lebih teruk tetapi saban kali sekurangnya 2 wakil UMNO Kelantan akan dilantik sebagai Menteri.

Ini adalah kelemahan sistem reward atau ganjaran dalam UMNO yang pernah saya tulis sebelum ini.

Saya percaya siapa jua terajui UMNO Selangor waima Tun sekalipun, selagi sistem reward atau ganjaran tidak diperbaiki maka UMNO Selangor akan terus meniru UMNO Kelantan.

Mungkin yang tertanam dalam fikiran UMNO Selangor, tidak apa, UMNO Kelantan sudah lebih 20 tahun jadi pembangkang pun boleh berjaya dan kaya dibantu Kerajaan Pusat ini pula UMNO Selangor Negeri paling maju(lebih diperlukan-kononnya) dalam Malaysia.

Saya tidak tahu saya bukan ahli UMNO, tetapi sebagai bapa saya juga perlu ada sistem ganjaran yang baik untuk anak saya diganjar sewajarnya khususnya bila dia gagal mengawal keadaan sebagai abang kerana dia menjadi ikutan adik-adiknya.

Wallahualam.

Wednesday, November 12, 2014

Tolonglah Bantu Utusan Malaysia betterknown "Akhbar OKU"

Tan Sri Zainudin Maidin mengecam Nazir Razak kerana CIMB kurang mengiklankan iklannya dalam akhbar Utusan Malaysia.

Dari sudut perniagaan apa yang dibuat oleh Nazir Razak itu adalah betul lagi tepat kerana apa guna mengiklankan iklan perniagaan dalam akhbar yang hanya menjual ribuan naskah sahaja itupun diberi percuma, diborong pembantu melalui tender bekalan akhbar MAS, Hotel, Pejabat Kerajaan dan Sekolah.

Dari sudut persaingan pula ia adalah tidak sihat dimana Utusan semakin manja dan hanya bergantung kepada bantuan dasar-dasar kerajaan. Untuk rekod, Utusan sudah berusia hampir 80 tahun dan sewajarnya ia sudah tidak memerlukan bantuan dalam survivalnya.

Dari sudut politik, agama, kaum dan lain-lain yang Utusan dikatakan pejuangnya, terpulanglah pada masing-masing menilai dan kita hormati pendapat masing-masing.

Jujur saya katakan, saya begitu dekat dan sayang pada Utusan Malaysia akhbar yang saya baca 3 jam setiap hari sejak ia dipanggil akhbar Utusan Melayu lagi.

Malahan jika dikaji kebangkitan nasionalisme dan kejatuhan imperialisme di China, Indonesia dan banyak lagi sebenarnya dicetuskan oleh akhbar yang hebat.

Setiap bangsa dan kaum didunia memiliki akhbarnya sendiri kerana akhbar mempunyai roh yang memperjuangkan kaum dan agama bangsa tersebut. Malangnya, Melayu tiada akhbar sendiri dan keliru diantara nasionalisme dan kaum dalam akhbar Utusan Malaysia. Terperangkap sekian lama dalam idealisme Negara dan Kaum yang dicipta sendiri.

Lebih malang lagi, UTUSAN adalah bukti kepada kelemahan organisasi Melayu sekaligus memberi moral dan contoh yang lemah dan buruk kepada masyarakat Melayu dimana "kaum Melayu tidak boleh, tidak mampu", "Bahasa Melayu tidak laku", "perniagaan Melayu gagal dan tidak mampu, perlu dibantu", "orang Melayu tidak sokong produk Melayu" dan banyak lagi yang tidak perlu disebut sebaliknya boleh difikir dengan mudah.

Hakikatnya pada akhir Abad 20 akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling laris di Malaysia dimana jualannya mencecah jutaan naskah setiap hari.

Kelemahan Utusan Malaysia dalam melayari ombak besar internet mengakibatkan Utusan Malaysia hancur musnah dibadai ombak itu. Kedegilan pengurusan akhbar ini melakukan perubahan menuruti anjakan paradigma pembacanya berpunca dan akibat dari sikap selesa- comfort zone Utusan yang tidak memahami denyut nadi rakyat khususnya Melayu.

Untuk kesekian kalinya, Utusan dibantu lagi dan ia selamat dari dibaham ombak iinternet penghujung 90-an. Kini selepas berusia 80 tahun dan 15 tahun selepas ditewaskan Internet, Utusan terus dan terus jatuh.

Langkahnya untuk kembali untung dengan mengenakan limitasi pada akhbar onlinenya hanya mampu bertahan seminggu sahaja dimana ratingnya terus menurun dalam masyarakat online apatah lagi masyarakt offline.

Semua pemilik dan pengurusan atasan Utusan hari ini dan masa lepas perlu malu pada diri sendiri dimana mereka gagal seta kita binggung apakah yang mereka lakukan semasa selesa dipangku tongkat emas?

Jika kita, orang kaya malahan orang miskin diberi ayam yang bertelur emas setiap hari, sudah pasti ramai kita masih berjaya hingga hari ini walupun ayam sudah tidak bertelur lagi.

Sepertimana yang saya katakan, orang Melayu tiada akhbar Melayu dan bukan rahsia akhbar Melayu sahaja perjuangkan agama Islam dan kaum Melayu, akhbar Inggeris, Cina dan India perjuang kaum dan agama masing-masing, maka adalah wajib kita pertahan dan perjuangkan akhbar Melayu dengan cara yang betul, iaitu melepas tongkat emas.

Utusan Malaysia perlu berhenti dibantu dan dirombak dan diberi tenaga baru supaya kembali gagah dalam industri pembacaan harian rakyat Malaysia dan bukan kembali sebagai "anak emas" Kerajaan.

Utusan Malaysia perlu bebas, dinamik, tidak selektif dan terbuka samada secara kias,imej atau realiti. Ia juga perlu konsisten dalam memperjuangkan agama, bangsa dan Negara dan bukan Negara, bangsa dan agama.

Sudah-sudahlah dibantu tongkat emas, bersainglah secara sihat lagi bersih dan amanah kerana akhbar adalah benteng terakhir setiap kaum, agama dan Negara.

Sunday, November 9, 2014

Kerajaan eg Jamil Khir DiMinta Berhati-Hati Tangani Isu SIS-MAIS

Polemik antara SIS dan MAIS ini sebenarnya tidak perlu melibatkan Kerajaan Pusat. Tetapi sebagai Menteri bertanggungjawab, Datuk Jamil Khir meletakkan kepentingan Agama Islam diatas kepentingan politik dan keluarkan komen menyokong MAIS.

Ramai lagi ulama serta Ustaz PAS termasuk bebas UAI dan lain-lain tidak keluarkan komen terhadap SIS kerana dari sudut politik dan populariti, mereka akan rugi.

Saya berharap saya juga sebegitu, kepentingan umat Islam termasuk golongan liberal saya letakkan diatas kepentingan diri khususnya dilihat menyokong SIS.

Hakikatnya ramai umat Islam di Malaysia mengamalkan keliberalan dalam hidup walaupun sedar ia salah disisi hukum agama.

Antaranya, ramai kita bersekedudukan, berkawan dengan kawan bersekedudukan dan mempunyai jiran seperti itu, tapi kita tidak melaporkan pada pihak berkuasa dan tidak menasihat jauh sekali memulau kawan kita.

Di Bandar khususnya Kuala Lumpur usah diukur 35 waktu solat seminggu, ambil sahaja solat Jumaat satu waktu seminggu kita dapat lihat ramai kaum Adam diatas jalan, di dalam Mall, di meja Snooker dan kedai makan dan juga di pejabat tapi kita tidak bertindak menasihati mereka.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh ditulis tapi ia menjadi echo yang bosan didengar kerana sudah acap kali ditulis dan diungkit dan seperti biasa ia adalah fenomena taik ayam.

Liberal adalah gaya hidup utama yang amat moden, dipandang tinggi oleh kebanyakan masyarakat dan juga diamalkan secara meluas oleh ramai anak muda Melayu termasuk saya dari generasi 80-an keatas.

Jumlahnya hampir separuh dari jumlah umat islam di Malaysia.

Orang liberal ini mereka sebenarnya berada di antara atau diatas garisan halus yang memisahkan batil dan hak, betuil dan salah, halal dan haram.

Kadang-kadang, yang salah adalah betul, dan selalunya yang betul adalah salah dan sebaliknya.

Pada golongan liberal mereka menjunjung dan menghormati prinsip keterbukaan, keadilan dan
unsur utama globalisai iaitu hak termasuk hak bersuara, mengatakan pendapat, beragama, dan segala jenis hak.

Penilaian manusia liberal adalah mudah dengan menggunakan pendekatan logik dan bukan holistik.

Sebagai contoh, jika MAIS mengharamkan SIS dan mengecam tindakan semakan kehakiman oleh SIS dan di Amerika pula, pihak Gereja mengalu-alukan tindakan NGO Islam disana mencabar keputusan Kerajaan Kristian Amerika di Mahkamah maka golongan liberal akan berasa keadilan tiada di Malaysia.

Hakikatnya, masih ramai golongan liberal di Malaysia yang menjunjung prinsip Islam tetapi perlu diingat pengaruh akhbar seperti The Star, Nanyang, Utusan dan banyak lagi.

Akhbar pandai memainkan isu, memusing fakta dan juga kadang-kadang bermain dengan fikiran kita tanpa kita sedari.

Akhirnya yang rugi adalah Islam.

Saya ingin melihat kita tunjukkan pada dunia luar khususnya Barat sebagai agen utama liberal dan globalisasi bahawa Islam adalah agama yang adil serta suhul. Mencabarnya bermakna lebih bukti akan dikemukakan pada umum dimana akhirnya yang terang lagi bersuluh Islam adalah agama ulung tanpa ragu,


Lee Chong Wei Tidak Salah Dianiaya Peminat Kita Sendiri

Penantian satu penyeksaan. Nov 5 penentuan dan benarlah kata orang lama Sukan, its a rare event for sample A to differ from sample B. Dan, sudah disahkan Lee Chong Wei mengambil bahan terlarang bagi menghadapi kejohanan.

Apa jua penjelasan termasuk ia bukan dadah seperti penagih dadah dan dadah adalah ubat dan digunakan membuat ubat sebab itu kesalahan penagih adalah salah guna dadah bukan sebab mengambil dadah, dan sebagainya, imej serta reputasi beliau sebagai Lagenda Sukan Negara tetap jatuh teruk.

Atas apa jua alasan sama ada beliau tahu, atau tidak tahu ubat yang diambilnya mengandungi bahan terlarang, samada beliau secara sengaja atau tidak, Lee Chong Wei tetap bersalah di kaca mata peminat sukan tetapi peminat Malaysia memang tidak matang tetapi bijak menghukum.

Lee Chong Wei dalam apa jua cara dan keadaan tidak bersalah dalam isu pengambilan bahan terlarang ini. Samada sengaja atau tidak, tahu atau tidak beliau tidak bersalah dan tidak sewajarnya dipersalahkan termasuk dilayan seperti pesalah.

Ini kerana, dalam usia 32 tahun, keringat Chong Wei terus ditagih oleh rakyat Malaysia. Kalau sudah habis keringat, darah Chong Wei pula akan ditagih kerana jika tiada Chong Wei maka tiada pingat.

BAM(tidur anakku), MOM(tutup mulut), KBS(Menteri) dan apa sahaja Gabungan Sukan semuanya gagal melahirkan jaguh badminton pelapes Chong Wei dan natijahnya, jika Chong Wei terlantar di katil pun kita masih berharap padanya.

Chong Wei sudah menyerahkan segala-galanya demi maruah Negara dan kebanggaan Malaysia. Lebih dari itu, memahat mentaliti orang Malaysia Boleh melakukan pada jiwa anak Malaysia dan beliau mengorbankan hidupnya, keluarganya, serta masa dan haknya sebagai manusia, ayah, suami, anak, adik, kawan dan lain-lain semuanya demi Negara.

Justeru, jikalau peminat(hakikinya sudah pasti) mahu menghukum Chong Wei sebagaimana peminat JDT menghukum Mat Yo, peminat perlu menghukum diri sendiri kerana apa yang terjadi pada Chong Wei adalah salah peminat sendiri. Peminat tidak bertanya apa yang mereka sumbang kepada Negara sebaliknya mempersoalkan kenapa Chong Wei tidak mampu sumbang pada Negara.

Mesej khas saya kepada Chong Wei, anda selayaknya dihukum dan dilayan diatas segala jasa anda sebelum usia 30 tahun iaitu Lagenda Sukan Negara, Pada usia itu seingat saya pertama kali anda neyuarakan hasrat untuk bersara buat kali pertama sebelum beberapa kali menyatakan hasrat bersara teapi mengubah fikiran.Anda adalah Jaguh Utama Sukan dan bukan selain itu. Malangnya, anda akan rasa dilayan sebaliknya oleh peminat yang memang jaguh menghukum orang lain.

Harap tabah menghadapinya.



Friday, November 7, 2014

Surat Terbuka Pada Datuk Noh Omar, ROMBAK SISTEM UMNO

Salam Datuk

Saya ingin menyampaikan rasa simpati saya pada Datuk atas perkembangan terkini dimana Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan begitu juga PM keatas UMNO Selangor.

Apa yang dapat saya perhatikan sejak dahulu lagi zaman Dato Razali Ali dan Harun UMNO Selangor sering dikambinghitamkan oleh UMNO Pusat.

Almaklumlah, kita orang Selangor tidak pandai melawan Bos, Bos pula orang Utara pandai menekan kita, hun pun un apa lagi lah. Orang Selangor yang setia ini juga amat berjiwa besar dalam memastikan keutuhan agama dan bangsa, mungkin itu jasa Sultan Sulaiman terdahulu dalam mendidik rakyat Selangor mendahulukan kepentingan Islam berbanding kenegerian.

Kemudian, zaman Mohd Taib, zaman Khir Toyo juga begitu tidak lepas zaman Khalid Ibrahim. Semua MB Selangor samada dikekahkan atau dikorbankan oleh Parti sendiri atau terpaksa berundur atas semangat Islam diutamakan.

Dato,

Sebagai rakyat Selangor saya yang memuja Tun Dr Mahathir tetap berasa sedih apabila beliau menimbulkan isu kurangnya penjawat awam kelahiran Kedah menjawat jawatan tertinggi dalam Kerajaan beberapa kali semasa dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Semangat kenegeriaan mereka memang bagus, tetapi dalam masa yang sama ada tidak bagusnya dalam menyisih rakyat Selangor khususnya yang tidak punya semangat kenegeriaan melainkan agama Islam agenda utama.

Untuk makluman Dato, lebih separuh dari Rakyat Selangor, pengundi Selangor dan ahli UMNO Selangor lahir bukan di Selangor, malahan baru generasi pertama lahir di Selangor.

Untuk ini, mereka mempunyai kampung halaman dan tanah tumpah darah mereka tetap Negeri yang mereka dahulu dan utamakan.

Saya tidak menyisih mereka, dan mengikut resam rakyat Selangor kami ini berterima kasih pada mereka dan membiarkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam Selangor termasuk Yang Dipertua Majlis PBT.

Tetapi saya ingin mencadangkan penyelesaian yang boleh UMNO Selangor lakukan dalam memastikan kepentingan rakyat Selangor terjaga dan utuh terlindung samada dari luar mahupun dari dalam sendiri.

UMNO Selangor perlu mengusulkan pada konvesyen dan diluluskan satu ketetapan bahawa semua jawatan dipertandingkan diperingkat Cawangan dan Bahagian UMNO perlulah rakyat asal Selangor yang lahir di Selangor.

Bagi jawatan AJK mungkin dibolehkan 50% bukan kelahiran Selangor.

Ini kerana, dalam masa kita susah, Ketua-ketua UMNO Selangor termasuk AJK yang tidak lahir di Selangor mengambil jalan mudah memihak kepada Ketua UMNO kelahiran Negeri mereka seperti Pekan Pahang, Kedah dan lain-lain.

Lagipun, ini adalah harapan Sultan Selangor yang mahukan Menteri Besar anak kelahiran Selangor. Bagaimana Menteri Besar rakyat Selangor tetapi Ketua Ranting dan Dahannya semua kelahiran bukan Selangor boleh mentadbir Selangor dengan berkesan dalam mendahulukan Rakyat Selangor?

Natijahnya, UMNO Selangor untuk kesekian kalinya dikambinghitamkan dan dibelasah terbuka.

Malu ada, tapi hakikat UMNO Selangor tidak berkesan dalam alam maya terpaksa kita akui dan bila Dato buat "post-mortem" jangan terperanjat antara sebab utama UMNO Selangor lemah adalah kerana 90% ketua dan pemimpin UMNO Selangor bukan anak kelahiran Selangor.

Justeru walaupun benar UMNO Selangor salah dan perlu berubah dan terpaksa menanggung malu ditegur, tapi bukanlah 100% salah UMNO Selangor sebaliknya UMNO Negeri lain pun terlibat sama kerana tanah subur ini, di semai dan di tuai oleh semua rakyat Malaysia tanpa ada kenegeriaan.

Sekian harapan saya.

Thursday, November 6, 2014

Melayu Bodoh Sahaja Pertahan Bahasa Melayu

Saya adalah pejuang bahasa. Jihad saya termasuk memilih pilihan Bahasa Melayu di semua mesin ATM, mesin bayaran lain, dan segala jenis mesin kerana saya mahu pemilik mesin tahu, peratusan memilih Bahasa Melayu amat tinggi walaupun I also can read, write and talk in English. Basically, I talk better because my sifu is Indian Woman, and my grammar sux.

Saya juga bertegak tegak dengan sesiapa sahaja yang memperkecilkan Bahasa Melayu sehingga ke taraf menjerit-jerit pada orang yang merendahkan Bahasa Melayu.

Tapi, itu dulu, kini tidak lagi, kerana saya tidak rela dibodohkan lagi.

Sebelum kalian memilih tidak bersetuju, saya ingin berkongsi satu fakta. Negara yang membenci Malaysia sebagai adik iaitu Indonesia, termaktub dalam Undang-undangnya, atau dalam Buku Legalnya, pada 17 August 1945, Indonesia sempena hari kemerdekaannya telah menetapkan dalam perlembagaannya, bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Rasmi Indonesia.

Boleh dikatakan, Bahasa Indonesia sebelum dunia IT menjelam sebenarnya adalah Bahasa Melayu tulen.

Dan, sebagai bangsa yang lebih kukuh dan kuat, Indonesia telah terpaksa menerima istilah Bahasa Inggeris dan lain-lain kerana Bahasa Melayu kekurangan nahu, nahi, suku, frasa, kosa dan lain-lain.

Malangnya, Bahasa Melayu Malaysia enggan menerima hakikat ini dan terus mempertahankan Bahasa Melayu.

Saya juga ingin berkongsi fakta bahawa setiap tahun Kerajaan Indonesia menerbitkan lebih 20,000 dua puluh ribu naskah buku yang telah dialih bahasa. Usaha ini dijalankan secara giat oleh pencinta Bahasa Indonesia aka Bahasa Melayu.

Di Malaysia, setiap tahun hanya 3 sehingga 5 buah buku diterjemah kedalam Bahasa Melayu, itupun prosesnya memakan masa bertahun dan berpuluh mesyuarat oleh DBP termasuk di luar Negara.

Isu saya bukan isu politik, jauh sekali isu tidak puas hati dengan perjalanan kerajaan Melayu Malaysia, sebaliknya adalah isu kelangsungan Bahasa Melayu dan kelayakannya.

Kelangsungan Bahasa Melayu dan kelayakannya menjadi Bahasa Utama banyak bergantung kepada penguturnya sendiri.

Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa jiwa bangsa, soalnya bangsa apa?

Bangsa Melayu. Jika Bangsa Melayu, Melayu ada berapa bangsa?

Indonesia mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaaan Indonesia dan semua penguturnya mengutur, bercakap, menulis dan menggunakan dalam Bahasa Melayu bukan dicampur slanga Bahasa Minang, Bahasa Jawa, Bahasa Batak, Bahasa Boyan, Bahasa Madura, Acheh, Irian dan apa jua bahasa waima Inggeris, Cina, India atau Bahasa Arab sendiri.

Indonesia hanya mengutur dan menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu Melayu.

Sekarang, wahai pejuang Bahasa Melayu di Malaysia, berapa banyak Bahasa Melayu yang digunakan dan ditutur oleh Malaysia. Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Kelantan paling teruk, Bahasa Melayu Terengganu, Bahasa Melayu Daerah Pahang, Bahasa Melayu Nogori, Bahasa Melayu Jawa, Bahasa Melayu Sabah, Bahasa Melayu Sarawak, Bahasa Melayu Perak, Bahasa Melayu Cina, Bahasa Melayu India, Bahasa Melayu Inggeris dan Bahasa Melayu Arab.

Bagaimana boleh banyak Bahasa Melayu ini menyatukan bangsa Melayu sepertimana Indonesia menyatukan BANGSA INDONESIA?????????????????????

Saya tidak ada jawapan tetapi saya tahu kita bodoh mempertahankan Bahasa Melayu jika kita sendiri membenarkan secara langsung dan tidak langsung Bahasa Melayu Kelantan, Kedah, Perak, Sabah, Negeri dan Terengganu digunakan juga.

Malahan, di kaca TV mereka ini bebas menggunakan Bahasa Melayu Kedah, dan Kelantan, juga Negeri dan diterima kita dengan baik.

Maka kesimpulannya, tidak perlulah mempertahankan Bahasa Melayu kerana ia tidak mampu kemana pun kerana salah kita sendiri yang tidak mendukungnya dengan erat, salah kita tidak memeluk dekat pada hati kita dan salah kita tidak melekatkan di lidah dan telinga kita,

Sebagai Melayu saya dan anda walaupun bodoh ada yang sudah sedar ada yang tidak tapi kita berharap perubahan dapat dilakukan bukan sekara perubahan yang membodohkan orang ramai tapi perubahan dan penyelesaian yang bijak lagi bijaksana.

Wednesday, November 5, 2014

SIS ANOTHER VICTIM OF "AJARAN SESAT"

** This article havent check for Grammar and written by a beginner. Apologise for poor English""

Ajaran sesat auto referred to Tarekat.

Its began on 1960's where many Indonesian Tarekat look forward to built its base in Malaysia. The climax was Ajaran Ibrahim Libya Baling Kedah where Police receive order to ambush the human barrier and so called terrorist armed forces.

Almost 20 peoples die on that very sad day for Malaysia.

In 1980's Arqam has rises with more money, more follower and more power. Somehow rather, its Chief has reflect wrong lifestyle and attract Government attention on him.

Again, in 90's many Tarekat has been classified as sesat with numerous accusation which most of it does not true at all, some doesnt make sense and some just more to justify Jabatan Agama Islam sanction towards them.

I dare to say and having credibility to said such because I was involved in Tarekat where most of what they said about my Tarekat was not true.

However, we accept the sanction because we agree some of the followers was mis-interpret and misundertand about what they learn. Their wrongdoing is unacceptable in a name of protecting Allah and Muhammad SAW taught.

More over, its not easy for Goverment to monitor and control Tarekat activities and its fundamentals. Therefore sanction seems to be the right way at that time because Government repeatedly claim IS, terrorist, Taliban and all generate from Tarekat.

After 20 years, IS has rises in many countries in middle east with hundreds of Malaysian join the forces and the most interesting part, they are no tarekat followers!

Its hard to understand and digest why and how they are not coming from Tarekat?

Yet today, SIS was another "Tarekat" dismissed as sesat by Majlis Agama Islam Selangor.

For many reason, Sultan has approved this and as Malaysian we uphold the Sultan decision because we vow as Malaysian under Rukun Negara, Kesetiaan kepada Negara.

In fact we also vow to be loyal and obedient to Allah & Rasul, but its doesnt stop Muslim from freely question HIS hukum.  Therefore, I ask for Sultan permission to question his decision.

Why? Because I believe in Allah, Quran, and Rasul taught about justice.

Sister In Islam must be proven wrong and not just said them wrong and its must be following Islam way which is a chance for them to defend themselves.

Im not holy, we are not, but its holy if we admit our mistake and uphold justice in Islam.

After all, I believe as long as a person perform all 5 Rukun Islam, then they are not sesat.

As muslim, I also would like to know is SIS perform, encourage and practice all 5 Rukun Islam especially solat, and if proven they did, we have no right to call people sesat.


Monday, November 3, 2014

Tanah Rizab Melayu Bukti Melayu Bodoh

Hal ini semakin heboh dijuarai oleh parti politik dan NGO umpama guruh dah berbulan di langit tanpa hujan, air di tempayan di periksa untuk seribu kali oleh pemimpin.

Dari 50% Tanah Rizab Melayu kini tinggal 11%, penurunan ini bukan terjadi dalam satu malam, tidak satu bulan, mustahil dalam setahun, sebaliknya ia menurun secara beransur-ansur selama lebih 60 tahun.

Dalam 60 tahun ini apa yang telah pemimpin kita lakukan untuk pertahankan 50% Tanah Rizab Melayu ini dari menurun ke 11%?

Seperti biasa kita akan salahkan pemimpin, Taukey-taukey Cina, para pemilik dan pewaris Tanah Rizab Melayu, dan salah apa jua melainkan diri kita kerana orang Melayu bodoh dan suka dibodohkan oleh parti politik yang menjuarai isu ini.

Sebelum menyalahkan pemimpin, pembaca perlu memahami terlebih dahulu latar belakang Tanah Rizab Melayu!!!

Tanah Rizab Melayu adalah perkara 2 dari 7 Wasiat Raja Melayu yang diumumkan pada 5 Ogos 1957 untuk melindungi dan memajukan orang Melayu.

Sudah pasti Tanah Rizab Melayu ini semuanya adalah Tanah Pertanian yang terletak di Bandar dan kebanyakannya di kawasan luar bandar utama dan lebih pasti ia telah diwarisi selama lebih 5 Generasi samada secara jual atau terus dari Generasi Pertama.

Mungkin Raja yang meninggalkan wasiat ini terlupa bahawa Melayu adalah Islam dan mereka terikat dengan faktor pembahagiaan harta faraid atau mungkin Raja tersilap menilai Melayu pandai menguruskan dan memajukan hartanah mereka sedangkan mereka bodoh lalu dibiarkanlah Tanah Rizab Melayu berstatus pertanian hingga hari ini melainkan jika diminta atau dipohon oleh pemilik Generasi pertama hingga ke Generasi kedua.

Melayu bodoh dan hanya pentingkan diri. Apabila mereka kaya dengan hasil makan gaji dan diwariskan mereka Tanah Rizab Melayu bersama beradik, sepupu dan anak buah lain, mereka abaikan kerana mereka tidak berminat dengan harta itu.

Selepas Tanah Rizab Melayu mencapai status Generasi ketiga dan keempat keatas maka ia adalah mustahil untuk dibangunkan.

Bagaimana Bahagian Pusaka Kecil Faraid serta Peguam Syarie harus mengumpulkan persetujuan semua 3 generasi dari Atuk ke Cucu berjumlah antara 50 orang hingga beratus orang dimana ada yang sudah mati, ada yang telah berpindah dan sebagainya.

Itu kita ambil tanah bawah 5 ekar, jika Tanah berpuluh ekar dalam satu geran kita akan jumpa beratus nama, berpuluh nama dalam Geran sudah meninggal dengan meninggalkan pewaris faraid berjumlah ratusan nama.

Untuk membangunkan atau menukar status tanah, PBT memerlukan setiap seorang dari ratusan orang in tandatangan dimana ia adalah mustahil.

Maka jalan paling mudah ialah dengan mencari pemaju atau broker Cina yang mempunyai kuasa wang dimana kuasa wang boleh menukar status Tanah Rizab Melayu ini, atau sekurangnya boleh memajukannya.

Apa salahnya pemilik Tanah Rizab Melayu mencari Cina untuk memajukan Tanah ini dari terbiar?

Tidak ada salah langsung dan yang salah adalah Melayu sendiri yang malas(pewaris Generasi awal yang kaya tapi tidak uruskan), yang bodoh(sikap penting diri dan enggan melihat dan menyokong pewaris bersama menguruskan Tanah ini) dan yang sombong(sikap Melayu Pegawai Kerajaan) yang enggan melonggarkan syarat kelulusan pembangunan Tanah dengan menetapkan syarat semua ratusan pemilik perlu tandatangan melainkan jika ada habuan.

Maka kesimpulannya, yang salah adalah orang Melayu itu sendiri bukan pemilik sahaja tetapi semua termasuk kita, dan lebih malan golongan yang suka dibodohkan apabila isu ini timbul tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Ada yang suruh pakai duit ZAKAT tebus balik Tanah Rizab Melayu yang kehilangan itu adalah lebih baik duit ZAKAT itu digunakan untuk memajukan Tanah Rizab Melayu yang terbiar sebanyak 11% itu.

Saya tidak perlu tahu perangkaan pejabat Tanah tapi saya pasti 11% Tanah Rizab Melayu yang masih tinggal itu adalah TANAH TERBIAR selama berpuluh tahun kerana tidak dapat dimajukan oleh masalah faraid.

Jadi orang Melayu jangan jadi bodoh, berkokok bertingkat-tingkat, tahi bergelumang bertingkek-tingkek.

Buang sikap bodoh sombong, bodoh penting diri, bodoh hasad dengki, bodoh hati busuk, bodoh bodohkan orang, bodoh fakta, dan sepertimana yang masih belum telat kita lakukan, ayo Melayu, ayo Melayu, ayo Melayu, kita bersatu, kita maju, kita jangan dibodohkan lagi.

Majukan 11% Tanah Rizab Melayu itu dahulu baru berbicara mahu memperluaskan kuasa Tanah Rizab Melayu ke 50% kembali. Jika tidak, kita macam tengok filem Ultraman sahaja, hero mesti menang, tapi dalam dunia khayalan sahaja.


Saturday, November 1, 2014

Melayu Bodoh Berjudi Dibodohkan Pula Polis Dan Kerajaan

Judi ini bukan perkara baru.

Selama bila saya tidak pasti, tapi saya pasti saya pernah bodoh terjebak dalam mesin kuda. Sejak 1998 hingga hari ini selepas 20 tahun, saya masih dengar ayat yang sama, banteras habis-habisan, kita gempur, sasar semua pusat judi tutup dan banyak lagi.

Kenapa polis membodohkan kita? Sebabnya mudah bagaimana Kerajaan mahu polis selesaikan kes judi sedangkan kerajaan tidak mahu sensor internet?

Umpama kerajaan bekalkan beras pada kita, tapi suruh polis rampas semua beras dan larang rakyat makan beras. Bunyi pelik, tapi bila Melayu mudah dibodohkan tidak sepelik mana pun.

Judi adalah salah satu pengaruh orang Cina yang Melayu dapat. Tapi bukan salah Cina sedangkan Melayu memang suka berjudi.

Ada Pak Cik Indonesia beritahu saya sepanjang di Malaysia selama 30 tahun dia sudah beli RM 1 juta judi ekor dan hanya menang sekitar RM 200 ribu sahaja. Bodohkan.

Judi Melayu paling popular adalah lucky ball, judi ekor, dan judi ekor haram. Pergi sahaja di Grand Season ada lebih 50 meja snooker pada masa solat Jumaat penuh dengan orang Melayu dan asap rokok. Saya tidak pasti ada lagi tidak, tapi semua pusat snooker pasti ada.

Tapi judi itu tidak apa kerana judi mesin ini mengayakan Cina dan mengundang masalah social. Mana ada judi yang tidak undang masalah social tapi masih belum atau sudah mencapai tahap itu sahaja menjadi ukuran.

Anda boleh ke pusat judi pada malam raya, pada pagi raya, pada bulan puasa siapa paling ramai melekat di mesin? Orang Melayu termasuk polis sendiri!!

Paling Melayu dibodohkan sekali adalah isu ini akan suam dan sejuk, kemudian ia kembali lagi bukan rahsia lagi, saya sudah hidup berpuluh tahun menyaksikan judi dan pati menjuarai carta Kerajaan gempur taik ayam,.

Sebenarnya jika Kerajaan benar-benar tidak membodohkan rakyat tahan sahaja judi Magnum Toto dan Genting yang berlesen serta sekat internet kerana zaman sekarang judi online.

Tapi bukan salah Kerajaan, kerana yang lebih salah adalah rakyat kerana ada demand. Demand dari Cina kita fahamlah kerana mana ada dosa berjudi, tapi orang Melayu sendiri suka berjudi, biar anak berjudi, kawan dengan pejudi, berbaik dengan orang judi, bagi bisnes, kontrak, tender pada kaki judi dan banyak lagi orang Melayu pula salahkan Kerajaan.

Terbuktilah Melayu bodoh diperbodohkan lagi oleh judi.

PDRM bagi seminggu kemudian sekarang 3 bulan. Saya bagi setahun sahaja kemudian puisat judi pesat kembali dan saya bagi 24 jam sahaja main banyak talian judi luar Negara untung berbilion dari Malaysia,