YO Bro! Whats Up!
Mungkin ayat di atas melayakkan saya mendekati dan berkawan dengan
anda sepertimana yang berjaya dilakukan beberapa individu, artis dan
juga Menteri Melayu. Tetapi, saya orang Melayu. Jika saya mahu berkawan
saya akan gunakan pendekatan Melayu kerana perlembagaan Malaysia jelas
mengatakan Bahasa Kebangsaan kita adalah Bahasa Melayu.
Saudara Namewee,
Saya berharap agar anda sihat dan bahagia dengan kehidupan anda
sekarang. Walaupun anda pernah menghina agama Islam dengan cara anda,
menghina lagu Negaraku dengan RAP anda, menghina bendera Malaysia
bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati anda dan sebagainya, anda
tetap hero dan idola kepada kaum anda. Ini jelas terbukti melalui filem
arahan anda yang box-office selain mendapat sokongan daripada korporat Cina serta penggiat industri filem Cina.
Pada Ramadan tahun ini, selepas lebih enam tahun anda menghina Islam,
Melayu dan Malaysia, seperti yang kami jangka, didikan dan hasutan anda
kepada jutaan Cina lain khususnya anak muda remaja yang lain telah
berjaya. Alvin dan Vivian hanya merupakan dua orang daripada berjuta apprentice anda yang akan meneruskan legasi 'rasis jahat' anda.
Sebagai anak ibu Cina, saya mengaku ibu saya mempunyai sikap
perkauman yang kuat kepada bangsanya iaitu Cina. Namun ibu juga mendidik
saya agar saya juga bangga dengan kaum saya sama ada Melayu atau Cina,
dengan menjadi seorang 'rasis baik' yang menghormati hak dan perasaan
kaum lain.
Tidak seperti anda Namewee, anda sebaliknya dididik ibu anda untuk
berbangga menjadi 'rasis jahat' yang hanya menghormati hak dan perasaan
kaum anda sahaja dan menghina hak dan perasaan kaum lain.
Saudara Namewee,
Saya berdoa kepada Allah agar anda diberi kesihatan dan nyawa yang
panjang. Hidayah jika itu kehendakNYA. Saya amat berdoa agar anda terus
hidup untuk menyaksikan kesan daripada satu tindakan anda. Tindakan yang
pada anda mudah, senang dan heroic tetapi kesannya panjang dan amat mudarat kepada rakyat Malaysia yang bakal didiami oleh anak cucu anda.
Sejarah Wikipedia mencatat anda sebagai ahli seni yang berjaya
dan tidak langsung menceritakan yang anda meminta maaf kepada rakyat
Malaysia bagi mengelak tindakan ke atas anda. Tetapi saya pasti, sejarah
akan mencatat anda sebagai pencetus utama kepada hubungan serta
keharmonian kaum di Malaysia.
Terma ini amat dibanggakan anda buat masa ini kerana anda akan terus
dianggap hero oleh kaum Cina.
Walaupun Buddha mengajar penganutnya
berdamai dan menghormati hidupan lain waima semut, maka jelaslah ramai
penganut Buddha seperti anda sudah banyak terpesong daripada ajaran
Buddha. Saya katakan anda terpesong kerana saya pernah membaca 'kitab'
rakan Cina saya, seorang Buddha SGM. Jelas ajaran Buddha adalah baik
hati, baik tutur, baik makan, baik badan, baik nafas, baik penglihatan
dan baik segala yang ada di dunia.
Mungkin bila anda mati Buddha akan mengecilkan anda kerana
memesongkan pemikiran serta mengotorkan hati penganut Buddha Malaysia.
Saudara Namewee,
Apa jua kepercayaan agama kita, kita semua tidak dapat lari daripada
hukum alam. Kita akan tua, akan berkahwin, akan mempunyai anak dan akan
mati.
Pada masa itu, anda mungkin masih tidak akan menyesal walaupun
berjuta orang Cina dikotori jiwa mereka oleh anda, dihina tamadun dan
nilai bangsa Cina yang sopan oleh bahasa kesat anda.
Anda sudah pasti tidak menyesal walaupun beratus Melayu Islam
ditangkap polis kerana marahkan anda serta anak-anak didik anda. Jauh
sekali anda tidak akan peduli walaupun berjuta Melayu terus dihambat
masalah nilai maruah kerana tiada tindakan diambil terhadap anda dan
banyak lagi kesan yang anda tidak pernah fikir, jauh sekali menyesal.
Tindakan anda pada masa lepas telah mengakibatkan pelbagai masalah
kepada berjuta orang. Saya pasti agama anda mengajar anda nilai
kemanusiaan tapi mungkin anda bukan seorang penganut agama yang baik.
Sebagai rakyat Malaysia, saya memberi anda jaminan, saya dan ramai lagi
akan mengingati anda sebagai punca kepada 'segalanya'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment