Saya bersalam dengan Tun Dr Mahathir untuk kali pertama pada tahun 1984 ketika berusia 4 tahun. Sejak itu, beliau sudah sebati dengan saya kerana Abah bersahabat baik dengan Datuk Ahmad Razali Ali dan topik mereka sudah pasti ada tentang Tun.
Saya membayangkan nama Mahathir mempunyai 8 huruf seperti saya, begitu obses dengannya sehingga setiap inci ucapannya di akhbar saya baca sejak kecil, malah sehingga hari ini walau berkali menonton video beliau meletak jawatan saya akan menangis-basah.
Pada tahun 2004, itu kali pertama saya melihatnya secara live di KLCC. Ketika itu KLCC dan KL tiada bekalan elektrik. Beliau bersama Syed Mokhtar dan seorang rakan minum di Dome tingkat atas.
Kemudian pada 2005, saya melihat beliau dikerumuni orang ramai di hadapan Watson KLCC sebelum ada Maybank disitu.
Keduanya pada 2004 dan 2005 saya memilih hanya melihat beliau dari jauh, dan menitiskan air mata. Saya tidak mampu untuk pergi dekat dan bersalam kerana saya terlalu sayang padanya hinggakan tidak mahu menggangunya, seperti kita tinggal seketul durian paling sedap, sayangnya hendak makan.
Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang berjumpa dengan beliau in person di pejabat beliau dan hasilnya, saya mengalami perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang hidup, iaitu terkesima!!!
Saya hanya membaca skrip dan tidak ubah seperti patung dalam mimpi yang digerakkan oleh fantasi. Saya balik dengan tergesa-gesa kerana khuatir menangis di hadapannya dan saya tidak mahu beliau kesian atau simpati pada saya kerana air mata. Sekurangnya itu ajaran abah, lelaki tidak menangis untuk simpati.
Tun seorang yang hebat, sesuai dengan namanya. Tapi, saya yang rugi mengsia-siakan masa Tun dan gagal memanfaatkan pertemuan itu untuk mengenali dan dikenali beliau. Tidak di bumi dan dilangit.
Maafkan saya Tun, diharap di pertemuan akan datang, jika ada peluang saya akan tunjukkan diri saya sebenar yang menyayangi Tun dan tidak lagi terkesima.
PS: Pesan saya kepada anak, mengagumi manusia kerana perbuatan dan tindakannya bukan kerana dirinya. Ingat, kerana taksub pada manusia itu berdosa, tetapi taksub pada perbuatan dan tindakannya kerana Allah, dan jasanya pada Islam itu adalah dibenarkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment