Jadi apakah kita mahu tunggu tragedi
baru kita mahu sedar kita saling memerlukan? Selagi tidak maka kita bebas
bercakap apa yang kita mahu. Cina bebas menghina Melayu malas, dan mencarut
sesuka hati seperti Namewee? Melayu panggil Cina pendatang dan kini Cina juga
panggil pendatang balik hutan Indonesia?
Cina begitu megah kerana mendakwa
merekalah membangunkan ekonomi, mereka boleh berjaya tanpa Melayu dan
sebaliknya. Tetapi, bila ramai Cina yang maut dalam nahas bas semalam, hampir
99% penyelamat adalah Melayu.
Saya bukan kejam, jauh sekali
zalim, saya sedih dan menangis melihat berpuluh mayat terbujur kaku. Takziah
saya ucapkan kepada keluarga si mati tidak kira apa agamapun. Sudah tentu,
sebagai anak campuran Cina saya tidak akan tanya berapa orang Melayu mati, dan berapa
Cina mati, kemudian secara spontan menarik nafas lega seraya berkata “Nasib
baik ramai Cina”!.
Hakikatnya, itulah
Negara yang
diami sekarang. Bahasa yang berlainan mendorong kita bersikap perkauman
dan ia
menjadi lebih parah bila kaum bukan Melayu menghantar anak ke sekolah
bukan Melayu kerana takut anak mereka bercampur Melayu. Pasca abad 21 ia
menjadi lebih parah apabila ahli politik menggunakan apa sahaja
termasuk sensitiviti kaum demi kuasa politik.
Dengan
suka hati hanya kerana kita Cina,
apa sahaja Namewee hina Melayu kita “Like” dan sokong. Bila tulis status
merendahkan agama Islam kita kata ini kebebasan bersuara. Bila komen
kita sokong bangsa sendiri. Bila mati kemalangan siapa
tolong? Namewee? Kawan FB?
Melayu juga begitu, kita tidak endah dengan nyawa lain warna, bila kita
susah siapa tolong?
Adalah amat baik jika kita lihat 5 jari tangan kita dan menginsafi bahawa kelima jari kita saling memerlukan, begitu juga kita.
Malangnya,
politik Malaysia kini
melangkau batas kesopanan dan kesusilaan. Ahli politik dibiarkan
mempolitikkan apa
sahaja waima nyawa manusia. Bila tersepit, dengan mudah kita salahkan
Melayu kerana
merekalah Polis yang rasuah, merekalah Tentera yang mati katak,
merekalah PBT yang korup dan sebagainya. Galak amat, hingga yang beri
rasuah kita tidak pula hina?
Politik
terlalu dibiarkan mendajal nilai kemanusiaan sehingga kita tidak tahu
bersyukur nikmat yang ada sebelum ia tiada. Apakah kita mahu tunggu
sampai penyelamat datang dan bertanya "Anda Cina atau Melayu?", "Anda
UMNO atau PAS?", silap jawapan kita dibiarkan mati.
Sewajarnya, rakyat Malaysia
khususnya orang Cina yang tiba-tiba menjuarai politik dan semakin hari semakin galak menghina dan merendahkan
Melayu berfikir sejenak dan menjadikan nahas Bas semalam sebagai pengajaran
berguna. Hari ini nasib orang esok entah nasib kita. Hari ini kita kaya dan tidak
perlu Melayu esok mati entah sebaliknya.
Saranan
dan pesanan ini bukan
sahaja untuk Cina tetapi juga untuk Melayu dan India. Sama-samalah kita
menyahut seruan “Jom Ubah Diri” kerana ini Negara kita!!! Dan seharusnya
kita bersyukur kita di Malaysia walaupun ada kurangnya, sekurangnya
kita tidak dibiarkan mati kemalangan seperti di China.
No comments:
Post a Comment