UPDATE: Utusan berjaya mengimbangi artikel Ulama Sunni Syok Sendiri dengan 2 jawapan dari 2 kolumnis dan salah seorangnya ulama. Saya amat berharap kerosakan ini dapat dikawal kerana jelas dalam serangan Datuk Faris mengatakan Ulama Sunni Syok Sendiri dan Ustaz Kedai Kopi, di belah sini pula dapat dibaca kenyataan menyamakan Syiah dengan Yahudi! Lihat, jika kita dapat ketepikan soal siapa salah dan betul sekalipun, ketidakmatangan menyamakan orang yang kita tidak suka dan memberi gelaran, serang menyerang tidak membantu sesiapa malah hanya menambah parah pada barah. Itu baru forum utusan pun sudah terlihat ketidakmatangan dalam kenyataan, kalau di dialog, bolehkah orang Islam yang terlibat matang. Kalau di tulis, masa untuk menjelaskan ada dan masih boleh di baiki, kalau di dialog terlajak kata buruk padahnya. Dialog, debat bukan cara Islam. Orang Islam yang sibuk ajak berdebat adalah tidak Islam kerana ruang untuk musyawarah masih ada , lagipun Majlis Syura Khulafa Ar Rasyidin menggunakan pendekatan musyawarah bukan debat.
Saya bersumpah saya tidak pernah sakit hati dengan Utusan Malaysia
ataupun Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn. Bhd., Datuk Ahmad
Faris Abdul Halim mahupun penulis/wartawan En Zulkifli Jalil yang
memberikan publisiti lebihan kepada Datuk Ahmad Faris atas sebab hanya
beliau sahaja tahu.
Jauh sekali saya merasa cemburu
kerana artikel saya tidak disiarkan Utusan Malaysia kerana ada juga
disiarkan malah saya pernah dihubungi oleh Ketua Pengarang Utusan
Malaysia, Dato Zaini Hassan dan diberi kata semangat serta dorongan.
Justeru,
UTUSAN MELOYA 3 ditulis bukan kerana emosi sebaliknya mahu menengahkan
kelemahan ketara Utusan sebagai nadi pemikiran rakyat. Jika disebut nadi
pemikiran rakyat, maka tajuk artikel "Ulama Sunni Syok Sendiri?"
sebenarnya adalah artikel yang murah malah berbahaya kerana melakukan
"hasutan senyap" keatas anak muda.
Dalam artikel tesebut, penulis yang tidak berapa muda, menjelaskan apa yang anak muda mahu, bukan apa yang anak muda perlukan?
Dalam
konteks politik yakni dunia, apa yang anak muda mahu sudah
diterjemahkan atas kertas undi tapi soalnya, apa yang mereka perlukan?
Dunia yang lebih adil dan aman? Melayu bersaing tanpa kuota DEB? Cina
mahu menjadi PM? Perkahwinan sejenis dibenarkan? Soal benarkah yang tersebut diatas apa yang anak muda
benar-benar perlukan, hanya Allah sahaja yang tahu.
Tapi
dalam konteks agama dan akhirat, baik orang tua lebih lagi orang muda
tidak mempunyai hak untuk memilih! Orang muda tidak perlu ketarakan
mereka mahu dakwah cara moden, kerana apa yang diperlukan mereka adalah
Syurga yang kekal bukan nikmat dunia(bergelak tawa dalam ceramah) yang
sekejap.
Anak muda Islam perlu pada Islam yang benar,
walaupun ia bosan dan sedikit memaksa. Kerana Allah lebih tahu apa yang
mereka perlu dan Allah tidak perlu peduli apa yang mereka mahu. Malahan
jika dibandingkan dengan Penceramah India Zakir Naik, ia tetap menjadi
ikutan anak muda dan tua tanpa gelak tawa dan humor jauh sekali
menyerang dan memburukkan sesama ulama. Zakir Naik menjadikan ceramahnya
menarik dan hebat dengan fakta samada dalam Islam ataupun fakta agama lain yang beliau perolehi dengan ilmiah.
Hasutan
artikel ini atas anak muda amat jelas dengan berselindung disebalik
kemodenan dan trend kononnya, ia mengajak anak muda mempunyai pemikiran
globalisasi dan keterbukaan, hak serta kebebasan bersuara terhadap Islam.
Maka tidak hairan makin banyak anak muda bertanya, Allah itu siapa,
kenapa perlu sembah, kenapa perlu jadikan manusia kalau mahu dimasukkan
Neraka, dan sebagainya.
Datuk Ahmad Faris juga boleh
dianggap mengecam ulama sunni sebagai syok sendiri dan menggelar Ustaz
sebagai Ustaz kedai kopi. Utusan Malaysia pula hanya mampu membentuk minda
rakyat menghina dan tidak menghormati Ulama dan Ustaz, inikah yang
dikata Utusan Malaysia Nadi Pemikiran Rakyat?
Dalam
membentuk pemikiran rakyat, sebuah akhbar perlu mengelakkan dari
menghina dan merendahkan gelar dan pangkat seorang manusia. Kita akui hari ini status Ulama, Ustaz,
Tok Guru malah Mursyid diguna sesuka hati oleh mereka yang tidak layak,
maka jelas, yang salah adalah si polan bin si polan bukan gelaran Ustaz
dan Ulama yang dipakainya.
Seharusnya Utusan Malaysia membawa
perjuangan menyedarkan rakyat membezakan gelaran dengan individu bukan
menyokongnya pula. Perlu diingat, "imam" ada disebut dalam Al-Quran, dan
perlukah kita menghina gelar "imam" semata-mata kerana perbuatan
seorang darinya membaling selipar kerana hilang sabar? Cukuplah Malaysiakini menggelar Imam Selipar ataupun "Buddhist Surau", Utusan tidak perlu ikut kerana agenda Utusan melangkaui berita sensasi dan rating semata.
Sebagai
anak muda saya layak menjawab saranan Datuk Ahmad Faris, seorang tua
yang mengatakan beliau lebih tahu apa yang anak muda mahu dan bukan apa
yang anak muda perlu dalam agama Islam.
Mari kita
bertanya pada diri kita dan pada Allah, Apa yang akan kita dapat dari
dialog terbuka Syiah Vs Sunni yang disarankan oleh Datuk Ahmad Faris,
Utusan Malaysia dan sudah lama disambut oleh Dr Asri seorang wahabi?
Samada
dialong Sunni Vs Syiah, Wahabi VS Sunni dan apapun, apa yang orang
Islam akan dapat? Pergaduhan ataupun perdamaian? Perpecahan ataupun
bersatu? Kefahaman ataupun kekeliruan? Jawapan yang jelas sudah ada di
hadapan mata dimana bumi Arab bergolak dicemari darah Islam dibunuh
Islam sendiri sejak wafatnya Baginda SAW hingga hari ini, apakah kita
mahu membawa darah persengketaan itu ke bumi Allah Malaysia ini?
Pun
begitu, saya ulangi pendirian saya menggesa pemimpin pihak berkuasa
agama Negeri dan JAKIM berusaha meningkatkan modal insan muslim. Kuatkan
iman mereka, taqwa mereka, solat mereka dan akidah mereka.
Semarakkan
Masjid kembali melangkaui 10 malam dengan zikir dilidah mereka, kuatkan
keyakinan mereka dibantu dengan suara yang keras mengucap syahadah.
Cari jalan menjadikan lidah mereka menyebut Allah senantiasa, mulut
mereka membaca Al-Quran, tangan mereka leka menyelak dan memahami
terjemahan AL-Quran.
Dalam dunia tanpa sempadan
internet ini, tidak ada gunanya JAKIM menghalang dan menekan fahaman
selain Sunni kerana orang Islam Malaysia dengan mudah boleh
mendapatkannya dari internet tanpa dihalang sesiapa, dan tanpa dipantau.
Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, inilah
harga kebebasan yang kita mahukan, kebebasan mengakibatkan lebih ramai
orang Islam tersasar dari siratul Mustaqim.
Hanya dengan
solat, dengan iman, dan hanya dengan pertolongan Allah sahaja dapat
menyelamatkan umat Islam dari terus berpecah dan bukannya dengan
perbandingan untuk membuktikan A lebih baik dari B dan sebaliknya.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment