Tiada saling kait antara I.S.A, C.I.N.A dan Pistol langsung dalam apa jua bentuk. Perkataan yang mungkin muncul apabila berbicara tentang tiga perkara ini adalah “gangsterisme”. PISTOL menjadi lambang kekuatan jenayah, ISA digunakan untuk membendung kegiatan jenayah sebelum ia dilakukan manakala Cina pula tidak dapat dipisahkan dengan dunia gelap mereka.
Saya sedia didakwa atas fakta yang saya pelajari dari Subjek Sejarah di bangku Sekolah dahulu dimana kedatangan kaum Cina dari Tanah Besar China ke Tanah Melayu disusupi oleh kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San yang meneruskan permusuhan dan dendam mereka di sini. Malahan, dalam filem-filem realiti Holywood mengenai Chinatown dan filem keluaran China dan Hong Kong juga jelas menceritakan betapa kongsi gelap, gangster dan underworld amat sinonim dengan masyarakat, perniagaan dan sebahagian anggota politik dan kerajaan.
Di Malaysia, orang Cina disini baik-baik belaka dan bersatu serta membantu pihak berkuasa dalam memerangi kegiatan jenayah tanpa mengira warna kulit. Pun begitu, perkataan baik dan ikrar membanteras jenayah sahaja tidak dapat menghilangkan rasa khuatir dan bimbang rakyat Malaysia atas kejadian “hit and run” samada menggunakan pistol apatah lagi bom.
Hari ini nasib orang entah esok kita pula yang ditembak mungkin di bom Persoalannya, selepas ISA yang ditafsirkan sebagai “preventive detention law atau undang-undang mencegah jenayah sebelum ia dilakukan” dimansuhkan - sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Internal_Security_Act_(Malaysia), bagaimana undang-undang sedia ada mampu menghalang kejadian jenayah sebelum ia dilakukan, bukan selepas ia dilakukan?
Anak saudara saya, Ukashah, berumur 12 tahun bertanya, mengapa kini semakin banyak kejadian tembak di Malaysia. Saya jawab, kerana ISA dimansuhkan. ISA adalah satu akta yang membenarkan polis menggunakan alasan keselamatan untuk menahan seorang “suspek” sebelum “suspek” melakukan jenayah bagi tempoh lebih dari 24 jam,malahan lebih dari tempoh maksima reman yang dibenarkan Mahkamah iaitu 14 hari. ISA boleh menahan seorang suspek selama 60 hari, dan Menteri boleh melanjutkan kepada 2 tahun.
Ukashah bertanya lagi, bagaimana dengan Anwar Ibrahim. Saya tersenyum kerana inilah kuasa persepsi politik sehinggakan budak berumur 12 tahun pun percaya persepsi ISA adalah akta untuk memenjarakan Anwar Ibrahim dan pembangkang. Walaupun hanya sekadar 1% tahanan ISA merupakan ahli politik, tetapi ISA dikecam zalim sedangkan 99% tahanan ISA yang lain adalah penjenayah tegar.
Saya bertanya pada Ukashah, apakah kita mahu mengharamkan pisau digunakan didapur semata-mata kerana 1% pisau digunakan untuk membunuh? Mungkin benar ada berlaku salah guna ISA, sewajarnya hukum pelaku salah guna tersebut, tetapi jangan dihukum “pisau” yang membawa banyak kebaikan itu.
Akhbar Harian Metro muka 17 Kolum Setempat pada 14 Ogos 2013 melaporkan seorang bekas tahanan EO atau ISA yang dibebaskan tahun lepas tidak serik menyamun rumah. Fakta jasa ISA menahan beribu penjenayah tegar sebelum mereka bertindak lebih jahat tidak boleh ditolak walaupun sering disembunyikan.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo pada tahun 2007 pernah mendesak Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dato Seri Hishamuddin menjawab dakwaan laporan PBB yang mengatakan sejumlah 1500 penjenayah tegar ditahan di bawah ISA tanpa dibicarakan antara tahun 2003-2007.
ISA tidak digunakan untuk menahan tanpa bicara orang politik sahaja tetapi juga untuk menahan beribu penjenayah tegar.
ISA harus diharamkan keatas golongan politik tetapi wajib digunakan keatas golongan penjenayah tegar.
Malangnya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak ISA dimansuhkan buruh padahnya.
Atas permintaan kebanyakan rakyat yang menjadi nadi perjuangan parti politik Cina, ISA dimansuhkan pada tahun 2012.
Jika agenda parti Cina ini mahu memansuhkan ISA benar-benar demi hak bersuara dalam politik maka sewajarnya ISA dimansuhkan hanya keatas golongan politik sahaja tetapi sebaliknya mereka menuntut ISA dimansuhkan sepenuhnya waima untuk penjenayah tegar.
Apakah parti mereka sudah disusupi oleh anasir “Ghee Hin dan Hai San” tanpa mereka sendiri sedari yang mahu aktiviti jenayah kembali rancak dan bebas.
Kerajaan yang baik hanya boleh dicapai kerana rakyatnya yang baik. Manakala Kerajaan yang huru-hara terjadi kerana rakyatnya menuntut perkara yang tidak baik untuk mereka.
Selepas ISA dimansuhkan setahun lalu, dan kebetulan selepas PRU 13 kejadian tembak semakin menjadi. Pistol kini dikatakan semurah RM 500 dan boleh dibeli di mana-mana lorong gelap. Ada pendapat liar yang mengatakan kerana Cina sudah memegang kuasa politik dan mengukuhkan lagi kedudukan mereka di sebuah Negeri, maka gangsterisma yang sering dikaitkan dengan Cina sudah bertapak kukuh disana. Logiknya ada, kerana kebanyakan kes “hit and run” ini terjadi di belah sana dan di kawasan bersempadan dengan Thailand yang sememang terkenal dengan kemudahan senjata api.
Penguatkuasaan memerlukan lebih dari bukti untuk bertindak bukan sahaja pada pencabul undang-undang tetapi juga terhadap penguatkuasa undang-undang yang korup. Bayangkan satu hari nanti, jika Ali ditahan kerana disyaki menyeludup masuk bom nuklear yang hanya boleh diaktifkan oleh suaranya tetapi kerana polis tiada bukti beliau memiliki bom tersebut, polis hanya boleh menahan beliau untuk 24 jam sahaja. Apa akan terjadi selepas beliau bebas?
I.S.A, C.I.N.A dan PISTOL memang tiada kaitan. Tetapi gangsterisma hanya boleh dbendung dengan lebih berkesan jika ISA dikembalikan pada polis untuk menangkap penjenayah tegar sahaja. Jika tidak percaya pada Kerajaan Malaysia tidak mengapa, tanyalah pada Kerajaan Singapura dan Amerika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment