ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, August 27, 2013

MERINTIS LORONG MOTORSIKAL DI MALAYSIA

Sepanjang tahun samada musim perayaan atau tidak, statistik kemalangan jelas menunjukkan kemalangan maut di Malaysia banyak berlaku membabitkan motorsikal. Ia meningkat cepat setiap kali tiba musim perayaan. Nyawa menjadi semurah nafsu. Malaysia kerugian beratus juta setiap tahun akibat kemalangan maut ini.

Saya mula menunggang motorsikal seawal usia 13 tahun secara curi-curi. Selepas mendapat lesen pada usia 16 tahun, barulah dibenarkan ibu bapa dan dibelikan motor pada usia 17 tahun selepas mendapati saya kerap ponteng dan menjadikan alasan lambat untuk ponteng. SMT Cheras atau TIKL berhimpun jam 7.25 pagi setiap hari dan saya perlu mengambil Bas Pertama jam 4.30 pagi di Pinggiran Batu Caves, jika tidak pasti saya akan sampai selepas 7.40 pagi.

Pengalaman bawa motor memang banyak, koleksi jahit mencecah  50 jahitan, dan saya bernasib baik tidak pernah patah. Kata otai-otai, kalau patah sakit dia sepanjang hidup terasa. Semua saya sudah rasa, terseret, melambung, tercampak dan pernah juga 4 kaki terselamat dair gaung.

Menunggang motor memerlukan kematangan dan kewarasan yang baik. Penilaian dan kawalan atas motor dan jalan hanya dapat diperoleh melalui pengalaman. Dengan Kriss 100cc saya mampu mengikut dekat TZM di Lorong Motor Lebuhraya Persekutuan, bukan kerana Motor saya hebat, tapi kerana sudah khatam jalan tersebut.

Tetapi apabila kemalangan terus berlaku dengan kerap, maka menyalahkan penunggang motor semata adalah tidak adil. Malah ada antara penunggang yang kemalangan itu adalah otai-otai yang menunggang dengan perlahan dan tertib. Untuk rekod, pemanduan dan penunggangan memerlukan fokus melebihi 70% bagi mengurang risiko kemalangan. Bagi kereta, apabila fokus sudah turun bawah 50% sekalipun, kereta masih boleh dikawal kerana ia empat tayar. Tetapi bagi motor, jika fokus sudah turun 69% maka kemalangan hampir banyak terjadi.

Saya simpulkan dari pengalaman saya bahawa ada dua sebab kenapa terjadi kemalangan motor;

1. Jalan
2. Komunikasi

Jalan motor tidak pernah wujud kecuali Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Persekutuan. Jika diteliti, tiada langsung kemalangan maut terjadi di lorong motor melainkan jika ada "makhluk" yang melintas.

Faktor jalan ini sebenarnya amat penting kerana perkongsian jalan antara motor, kereta, lori dan sebagainya atas jalan yang sama memerlukan komunikasi antara kereta, motor dan lori.

Malangnya, tiada dalam mana-mana modul pembelajaran pemanduan dan penunggangan kita diajar untuk menjalankan komunikasi antara kenderaan. Justeru, kereta kata ini jalan dia, motor kata, aku pun bayar juga, lori kata, aku paling besar, aku jalan dulu, bas pula kata, aku lagi ramai manusia, aku lebih utama.

Saya berpendapat, motor akan terus menjadi korban utama di Malaysia. Jika kita benar-benar mahu merubahnya, kita perlu membina jalan atau lorong motor khususnya di lokasi panas seluruh negara.

Jika kewangan yang membataskan, saya berharap agar Kerajaan boleh mengenakan kembali Cukai Jalan dan gunakan duit cukai tersebut untuk membina lorong motor yang tidaklah semahal jalan selorong.

Rakyat boleh membeli rokok sekotak sehari membelanjakan RM 10, pasti mereka boleh membayar Cukai Jalan Motor RM 10 setahun. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri mereka dan keselamatan mereka sendiri juga.

Saya berharap pengalaman saya memandu sejauh 1,000,000km seluruh semenanjung, KK-Lahad Datu, dan Jakarta-Bandung serta pengalaman saya menunggang motor sejauh 200,000km KL-MUAR-SEREMBAN-MELAKA dan seantero Lembah Klang dapat menarik perhatian pihak berwajib mengkaji kebenaran pendapat saya.

Yang penting bukan siapa betul siapa salah, tapi nyawa dapat diselamatkan.

No comments: