Sultan dan Syaitan sebenarnya bermusuh. Syaitan amat
memusuhi Sultan kerana Sultan tidak membenarkan pemimpin pusat mahupun Negeri
samada BN atau PR menyentuh wang zakat. Lebih dari itu, Syaitan berasa sakit
hati apabila Sultan kebelakangan ini menjadi baik dan alim maka wujudlah orang
seperti Ustaz Wan Ji untuk menghapuskan Sultan.
Sejarah membuktikan orang Melayu terikat dengan sifat hutang
budi dan rendah hatinya. Banyak pihak melihat ia sebagai satu kelemahan, tapi
di dunia hambaNYA yang lemah ini, mana ada kelemahan tanpa kelebihan mahupun
kelebihan tanpa kelemahan? Sekurangnya, kerana sikap Melayu itulah Islam
sederhana yang hampir kepada ajaran Islam sebenar dapat diamalkan dan
diberjayakan di Malaysia dan bukan di bumi Arab.
Beraja di mata, bersultan di hati. Samada Raja ataupun
Sultan tidak ada dalam diri manusia. Ini amat berbeza dengan Syaitan, setiap
manusia Allah letakkan Malaikat dan Syaitan dalam dirinya kecuali Baginda SAW.
Justeru, mana-mana pihak yang menyamakan Manusia dengan Syaitan maka pastilah
kita siapa yang bercakap bagi pihak dirinya.
Sultan hanyalah manusia biasa dan disisi Allah ia tidak
mempunyai apa-apa keistimewaan dan kelebihan berbanding sesiapa waima peminta
sedekah.
Asal Sultan di Malaysia sudah pasti sejak Hindu bertapak di
Tanah Melayu ini dimana hanya ada Kuil Hindu sahaja baik di HinduNesia mahupun
Melayusia. Ada yang kata Sultan sebenarnya adalah Lanun yang mula mengutip
cukai jalan, cukai sungai, cukai tanaman dan sebagainya. Alhamdullilah melalui
beberapa kaedah, Islam berkembang di sini dan sudah pasti cara yang paling mega
dan perdana sekali adalah melalui pengislaman Sultan yang secara automatisnya
diikuti oleh rakyat jelata.
Disinilah datangnya Daulah dan Kiramah Sultan kerana pahala
yang dipikulnya amat besar sehingga tidak habis dimakan 7 keturunan. Bayangkan,
hanya kerana seorang Sultan memperakui Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan
Allah, Nabi Muhammad Rasul Allah, maka berjuta orang Melayu dan Indonesia Hindu
ketika itu memeluk agama Islam dan masih Islam hingga hari ini. Subhanallah.
Hari ini pewaris Sultan tidak mewarisi jawatan Sultan semata
sebaliknya mereka mewarisi amanah Allah kepada moyang mereka iaitu menjaga
agama Islam. Dalam banyak konteks, mereka tidak buat apa-apa kerana sistem pemerintahan
demokrasi tidak memberi apa-apa kuasa kepada Sultan sebaliknya kepada Parlimen,
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Namun, dalam satu konteks, Sultan adalah
simbol sepertimana Kaabah merupakan Simbol perpaduan umat Islam. Kaabah bukan
sembahan tapi tempat suci itu dijadikan simbol oleh Allah SWT bagi menghadap
dan menyembahnya.
Simbol Sultan ini dikuatkan dengan pengawalan kuasa tentera
dimana sumpah dan taat setia TENTERA MALAYSIA adalah kepada Yang Dipertuan
Agung yang dilantik melalui sistem penggiliran beraja. Tentera tidak sumpah
taat kepada Perdana Menteri dan mana-mana individupun.
Sebaliknya, jika Sultan tidak ada dan Malaysia menjadi
republik, maka sumpah dan taat setia TENTERA MALAYSIA adalah kepada Presiden
dan masalah tetap timbul sepertimana yang terjadi di Iraq, Mesir, Pakistan dan
sebagainya.
Untuk rekod, sistem yang paling sempurna adalah sistem Islam
begitu juga hukum Islam. Namun, realitinya kita saksikan bagaimana hukum faraid
atau pembahagiaan harta pusaka memberi masalah kepada umat Islam, kerugian
berbilion ringgit dan juga pelbagai perkelahian terjadi. Mengapa??? Bukan salah
system dan hukum tetapi kerana manusia yang tidak betul. Sistem dan hukum Islam
sudah sempurnya manusia yang menjalankan yang tidak betul dan mendengar kata
SYAITAN bukan Sultan.
Justeru, apa jua sistem tidak akan menjadi sistem yang baik
waima Sistem dan Hukum Islam sekalipun jika umat Islam sendiri tidak amanah dan
betul. Bagi mengimbangi kuasa manusia yang tamak ini maka wujudlah Sistem Raja
Berparlimen yang menghalang Sultan beraja di mata, Parlimen bersultan di hati
agar kepentingan rakyat dapat dilindungi dan yang terpenting Islam dapat
ditegakkan dan SYAITAN dapat ditewaskan.
No comments:
Post a Comment