ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, August 29, 2013

Pandangan Saya Tentang Roboh Surau

Sedih.

Ramai yang mengomel dan mengomen dan mereka bukan dari Ahlinya. Dan lebih ramai seperti saya, mengecam orang lain mengomel tapi tidak layak, tapi secara tidak langsung komen dan ngomel juga. :)

Saya tidak akan menyentuh dan memberi pandangan baru tentang roboh surau ini kerana saya tidak layak dari banyak sudut. Tapi saya akan cuba membawa perspektif berlainan atas pandangan "lama" pihak- pihak yang telah mengeluarkan pandangan.

Dan, seperti artikel saya yang lain, saya dedikasikan untuk panduan anak-anak saya dimasa hadapan. Zaman mereka akan lebih mencabar, sekurangnya ulasan saya dapat memberi sedikit panduan bagi mereka.

Isu surau bermula selepas seorang Melayu merakam video beberapa Sami dan penganut Buddha Singapura meditasi dalam sebuah surau di resort di Johor. Hakikatnya, tindakan beliau merakam baik tapi memuat naik ke internet tidak tepat dan tidak bijak.

Hikmahnya tetap ada, dalam isu ini, golongan agama Islam terus berbalah tentang boleh atau tidak Surau dikongsi guna dan hingga hari ini masih berbalah boleh di roboh atau tidak sedangkan para-para sami lebih bersatu hati dalam mengatakan pendirian dan permohonan maaf, dengan petikan ajaran Buddha "Tidak Mungkin Membina Kebahagiaan Diri Dengan Menghancur/Menghalang Kebahagian Orang Lain".

Saya bersetuju dengan fakta sejarah;

1. Yang mengatakan banyak Gereja dijadikan Masjid dan Surau dan tidak pula dirobohkan. Tetapi, ia sebenarnya berbeza kerana bangunan itu didirikan pada asalnya untuk tujuan mengingkari Allah(Gereja) dan selepas "dakwah" kini untuk menghambakan diri pada Allah(Surau), berlainan surau resort ini dibina asalnya untuk tujuan menghambakan diri pada Allah dan kemudian digunakan pula untuk mengingkari Allah.

Umpamakan seorang gadis yang dilahirkan dan dijaga suci, kemudia dirogol tanpa kerelaan. Masih sucikah? Lebih dari suci, maruahnya sudah tercemar. Masihkah boleh dibersihkan dan ditandakan "suci'? Mungkin boleh, tapi kita sendiri tidah mahu mengambilnya sebagai isteri, mungkin ada, tapi sedikit amat.

2. Yang mengatakan Kaabah pernah digunakan oleh agama bukan Islam dan Berhala dan kini menjadi milik Kiblat Orang Islam. Jawapannya, Kaabah dibina pada asalnya oleh Nabi Ibrahim sebagai tanda mematuhi Allah malah dinyatakan oleh ALLAH ia adalah tempat suci Islam, justeru apabila manusia menzalimi diri dan mengingkari Allah di Kaabah dengan pelbagai berhala, maka ia menjadi fardu kifayah bagi setiap umat Islam khususnya yang berdekatan untuk memastikan Kaabah kembali bebas dan itulah yang Baginda Rasulullah SAW lakukan lama sebelum kiblat ditetapkan kepada Kaabah.

3. Yang mengatakan pernah datang satu rombongan bukan Islam menemui Rasullulah SAW untuk mencari kebenaran dan kesahihan Allah, maka selepas penat berdiskusi, Nabi membenarkan mereka berehat dan sembahyang(cara mereka) di Masjid. Ulasannya, mereka datang untuk berdiskusi dan belajar mencari Tuhan Yang Sebenar, bukan menyembah Tuhan yang lain jauh sekali belajar untuk mengenali Allah.

Banyak lagi komen serta ngomel FBians yang mentah-mentah belaka yang tidak sanggup saya ulas. Ada yang baru keluar Universiti malah ada yang menyebut dia adalah pelajar UIA sebab itu dia tahu dan ada yang masih dibangku sekolah semua mengeluarkan hujah yang saya sendiri tidak berani. Saya hanya berani mengulas pendapat orang lain agar kita dapat lihat dari perspektif berbeza.

Apa-apa pun, saya percaya ada baik dan buruk dalam setiap perkara. Pada pihak yang menyokong berpendapat merobohkan surau ini dapat;

1. Memberi pengajaran dan peringatan tegas pada semua orang agar tidak buat lagi. Kalau buat, mereka akan rugi teruk didenda, dan dipenjarakan. Kalau tidak diberi pengajaran yang keras dikhuatiri esok ada lagi Surau yang "Opssss Tidak Sengaja", atau "Maaf, Saya Tidak Tahu".

2. Menghalang pemboleh ubah toleransi agama digerakkan dari tidak mungkin, kepada mungkin. Jika tidak dirobohkan dan terus diguna sebagai surau, orang Islam akan fikir boleh jadikan Surau tempat bukan Islam memuja selain Tuhan Yang Satu. Percayalah, ia hanya permulaan sebelum ia terjadi seperti di Indosia, siang jadi Surau, Malam jadi Gereja. Di Indonesia mungkin masalah kemiskinan sehingga masyarakat setempat tidak mampu membina Gereja dan Surau, tapi di Malaysia Surau dan Gereja amat banyak.

3. Memberi mesej jelas kepada bukan Islam, ini Negara Islam.

Pihak yang menentang sudah mengatakan pelbagai sebab yang saya hanya dapat ulas beberapa sahaja.

Dan ini pandangan saya. Memang wajar perlu ada pengajaran tetapi memadai denda yang keras atau penjara tapi bukan roboh. Kerajaan boleh mendenda RM 1,000,000 kepada pesalah dan Bangunan dan Tanah akan dirampas. Dengan denda dan tindakan keras ini pada saya masih dapat memberi mesej 1,2 dan 3 diatas.


Surau tersebut selepas dirampas bolehlah digunakan untuk dijadikan rumah perlindungan orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat atau sebagainya yang berkaitan amal dan kebajikan.

Tapi tidak boleh digunakan untuk mana-mana agama sekalipun untuk sembahyang lebih-lebih lagi orang Islam kerana ia menjadi bukti menduakan Allah sedangkan tujuan asalnya dibina adalah untuk memuja Allah. Surau ini bukan Kaabah dimana Allah tidak mengatakan Surau tersebut tempat suci Islam seperti Kaabah maka tidak memadai kita merampas dan meneruskan solat di surau itu.

Akhir sekali, saya juga menyokong pendapat FBian bahawa wajar mana-mana kesalahan pertama diberi maafnya sepertimana kita memaafkan Namewee, ia akan disambung pada Alvin dan Vivian kemudian disambung lagi orang lain sebab kita memberi maaf pada orang yang berlainan tapi perbuatan mereka sama.

Justeru Islam akan terus dihina dan kita boleh terus memberi maaf, dalilnya, its first time, give second chance.

Saya sangsi dan tertanya jika kita menghina Hindu, Kristian dan Buddha, apakah mereka seliberal kita terus memaafkan sampai bila-bila.

Dan kita dengan FB masing-masing dengan hak bersuara dengan kepandaian sendiri dan KITA TERUS BERPECAH...

Wallahualam.

 

No comments: