Sebagai pencacai tidak bertuan dan manusia kerdil dalam politik, saya seperti anda memilih landasan perjuangan politik dan memperjuangkan tanpa sesen bayaran pun. Malah, saya yang perlu menghabiskan masa, fikiran malah wang dibelanjakan demi parti yang saya dukung.
Walaupun keahlian UMNO saya bermula dengan penipuan tapi saya senang dengan perjuangan UMNO sepertimana rakan dan saudara yang senang dengan perjuangan PAS, PKR mahupun DAP.
Proses politik saya sebenarnya amat cepat jika dibandingkan dengan politician yang berumur 50 tahun sekalipun. 25 tahun yang lalu ketika umur saya 7 tahun saya sudah menghafal nama Menteri, MT UMNO, kepimpinan PAS, DAP malah tahu secara general perlembagaan dan perjuangan parti-parti ini.
Saya berada di kalangan Perwakilan UMNO semasa Tun Mahathir ditentang Ku Li malah Abah memainkan peranan yang agak signifikan dalam pertarungan tersebut. Di Medan Selera Kg Baru yang menjadi tumpuan para perwakilan PWTC berkumpul setiap malam, saya adalah wartawan tidak bergaji ketika itu.
Semasa zaman tidur kebanyakan kita pada masa Tun M mula-mula meletak jawatan dan Pak Lah mengambil tempat saya sudah mula mengeluarkan kebimbangan saya pada Pak Lah sehingga saya dipecat dari kerja kerana mencampuri politik.
Saya pernah bertegang urat, berbaling keyboard dengan rakan-rakan PAS, DAP malah reformis antara tahun 1998-2002. Ia reda selepas musuh utama mereka meletak jawatan.
Sejak adanya FB, Blog dan media baru ini politik sebenarnya masuk ke liga berlainan. DOSA SUDAH MENJADI MAKANAN dan bagaimana saya cuba sekalipun ia tetap mengotori saya.
Selepas keputusan PRU 13 diumumkan saya mengambil keputusan untuk bersara dari politik walaupun hanya sebagai pencacai atau orang biasa.
Walau apa jua sebab saya, yang pasti saya gembira dapat menghindari dari dosa mengata, dosa menyebar berita tidak jelas, dosa memburukkan orang Islam, dosa memecahbelahkan Islam, dosa membalas dengan marah dan banyal lagi dosa lain.
Terima Kasih Allah atas kesedaran ini dan saya belajar bahawa Islam diatas Parti PAS, atas Parti UMNO, atas Parti Anwar, atas lagi dari segalanya. ISLAM JAUH LEBIH ATAS DARI POLITIK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment