Menjadi Ketua bukan mudah, lebih menakutkan kebanyakan ketua
hari ini tidak layak menjadi ketua. Kebanyakan mereka(ketua) dipilih bukan
kerana kualiti kepimpinan jauh sekali pengetahuan.
Ketua bukan sahaja perlu tenang, berpengetahuan dan bijak
malah harus mampu membimbing pengikutnya dalam waktu sukar dan dalam tekanan.
Antara semua tokoh dan Ketua Agama di Malaysia, saya paling mengagumi
Ketua Sami Malaysia yang telah menunjukkan tauladan dan contoh yang baik kepada
kita semua tanpa mengira agama.
Sekalung tahniah juga harus diberikan kepada Sami-Sami yang
lain yang sekata dan tidak membuat kenyataan yang boleh mencetuskan perpecahan
di kalangan pengikut Buddha. Mereka berjaya memimpin pengikut mereka melalui
tauladan, contoh, perilaku dan kata yang baik tanpa perlu menghina, mengeji,
mencaci, memfitnah dan memutar belit.
Dalam isu kalimah Allah, seharusnya penganut Kristian
belajar mencontohi ajaran Ketua Sami Malaysia bahawa adalah mustahil membina
kegembiraan diri sendiri dengan mengganggu dan menghancurkan kegembiraan orang
lain.
Saya juga ingin cadangkan Namewee belajar mendalami agamanya
sendiri dengan Ketua Sami Malaysia.
Sebagai orang Islam, apa yang dikata oleh Ketua Sami Malaysia tersebut sebenarnya juga diperintahkan oleh Allah dengan jelas dalam Al-Quran malah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Umat Islam dan Tokoh Islam Malaysia terutamanya dalam
politik harus malu dengan karisma Ketua Sami Malaysia dan Ketua Sami lain yang
tidak berbalah dalam isu ini justeru mengelak dari mengejar populariti murahan.
Saya percaya, jika ada Sami yang tidak bersetuju dengan Ketua Sami Malaysia,
mereka lebih matang dengan memilih untuk berhujah secara bersemuka dan bukannya
menyerang satu sama lain melalui media seperti yang diamalkan kebanyakan Ustaz,
Penceramah dan Bekas Mufti.
Akhir sekali, saya merayu kepada Saudara dan Saudari
seagama, fahami dan dalamilah Al-Quran sedalam-dalamnya dan elakkan ketaksuban.
Semua kebaikan yang ada didunia termasuk yang ditunjukkan oleh Ketua Sami Malaysia ada diajar oleh Baginda Rasulullah SAW dalam Al-Quran. Syaratnya, usah kita malu mengakui kelemahan diri dan ikhlaskan belajar kerana Allah,
kerana sifat penyayang Allah(Ar-Rahim) luas meliputi setiap inci isi dunia
termasuk kepada Bukan Islam(Ar-Rahman). Ingatlah kasih baginda SAW yang mahu umatnya bersatu, Ummati, Ummati, Ummati.
No comments:
Post a Comment