ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, April 15, 2013

Seks di Danok



Kesedaran seks di Danok adalah satu pengalaman berharga. Sebagai anak Bandar, saya membesar di Kuala Lumpur sehingga hari ini berusia 33 tahun, masih di KL. Pada saya, bersekolah, remaja dan muda di tengah-tengah Kuala Lumpur yang tulen satu pengalaman yang amat mencabar. Rokok, ganja, pil, arak, hiburan, gangster, lumba dan seks semuanya lumrah buat kami. Yang benar-benar dilindungi sahaja berjaya melepasi godaan yang datang saban hari, dimana menolak total hanya mengundang lebih banyak godaan yang melonggarkan rantai nafsu secara perlahan. Paling ramai tewas pada rokok yang dijatuhkan hukum haram kerana memudaratkan, pada saya sama mudarat dengan onani.

Pilihan yang terbaik adalah menguji diri sendiri dengan tidak mengelak disamping tawakal kepadaNYA. Saya pernah ditangkap polis menghantar kawan membeli ganja, hantar mereka membeli pil, menemani rakan mengutip hutang, menemani rakan membeli arak pelbagai jenis dan menemani mereka menikmatinya samada di pusat hiburan, dalam kereta, parking, tepi longkang dan sebagainya. Percaya atau tidak, saya dianggap pelik kerana walaupun berada dekat dengan benda-benda itu saya kekal sebagai bebas rokok, bebas dadah, bebas ganja, bebas pil dan bebas arak. Kuat iman diri bukanlah jawapan tepat, tetapi saya percaya dan yakin Allah yang berkehendak melindungi saya. Tanpa kekuatanNYA tidak mungkin saya berjaya mengatasi semuanya.

Perkahwinan adalah harapan untuk menguburkan godaan seks dari wanita,  namun hingga hari ini seks atau tubuh wanita kekal cabaran paling besar dan paling lama buat saya. Saya pernah beberapa kali melarikan diri seumpama seorang pengecut lari dari medan perang dan dari godaan seks isteri orang. Termasuklah kematian seorang isteri orang yang saya hingga kini mahu percaya ada hikmah Allah disebalik kematiannya antaranya menyelamatkan dia dan saya dari terjerumus ke kancah dosa besar.

Dalam banyak pengalaman, pengalaman seks di Danok kekal dalam ingatan. Kerana saya di hantar ke sempadan oleh rombongan bas Kampung Wira Damai(ketika itu kami menghantar kakak berkahwin di Alor Star-bertandang), dan diiringi masuk ke Danok oleh Mak bersama dua rakannya. Mak adalah wanita yang banyak membentuk dan menyokong diri ini. Ramai rakan yang cemburu akan kepercayaan yang Mak berikan pada saya. Pada usia 20 tahun, sambutan tahun baru millennium tahun 2000 jatuh pada bulan puasa, Mak saya bukan sahaja memberi wang saku malah melambai tangan dan memberi bekal berisi keyakinannya. Saya akan berasa malu jika mengkhianati kepercayaan itu. Pernah satu hari, kawan saya tertinggal sebotol ubat Spanish Fly atau ubat kuda, dan Mak memberitahu saya, jika saya mahukan wanita itu minta secara baik dan jangan memaksa atau memberi ubat. Sekali lagi, kerana kepercayaan dan keyakinannya, saya malu untuk mengkhianati keyakinan itu.

Malam di Danok amat menyeronokkan kerana saya menemani rakan seorang anggota polis di IPK Selangor “membayar bil air”. Untuk makluman, Polis dan penjawat awam perlu meminta kebenaran untuk ke luar Negara, justeru kemasukan kami ke Danok adalah secara haram dengan diiring dan ditemani oleh seorang Pegawai PGA atau Polis Sempadan yang dikenali rapat kepala-kepala gangster disana.

Dari hotel, kami ke ke karaoke, pusat urut, memilih ayam dan akhirnya ke disko. Di sudut VIP disko saya dipaksa minum arak dan dianggap tidak menghormati atau tidak memberi muka kepada kepala gangster di Kelab itu, sekali lagi, kekuatan ALLAH menggerakkan polis sempadan tadi mempertahankan saya. Di situ saya lihat pelbagai orang yang kebanyakkannya adalah rakyat Malaysia malahan bukan sedikit orang-orang tua termasuk yang tua Bangka berlagak kemas memeluk ayam-ayam Thailand dengan erat dan menciumnya sekali sekala. Milik siapa minuman keras diatas meja, saya tidak pasti, namun, di sini saya pasti, masalah seks dan godaan wanita bukan masalah saya seorang tetapi masalah semua lelaki. Yang membezakan cabaran seks ini hanya faktor umur, peluang dan masa sahaja.

Malam itu tidak berakhir pada jam 4 pagi, semua rakan saya ke hotel bersama ayam-ayam mereka, saya yang dari mula tidak membeli ayam pergi mencari kepak ayam goreng kerana lapar dan bercadang mahu balik ke bilik hotel dan menghabiskan malam dengan tidur.

Namun, Syaitan masih belum mahu mengalah, rakan kepada ayam rakan-rakan saya masih berterusan bertanya saya duduk hotel mana dan bilik nombor berapa dari awal mula perkenalan lagi. Mereka meneka mudah Hotel mana, walaupun saya tidak mengiyakan saya tetap berfikir mahu melarikan diri kerana rakan-rakan sedang menikmati hidangan mereka di bilik masing-masing.  Sekali lagi umpama penakut, saya menikus memilih jalan lain ke hotel sebelum menyelinap masuk ke hotel dan saya dapat lihat ayam-ayam tadi menunggu saya di pintu masuk hotel.  Saya lolos, dan akhirnya sampai ke bilik keseorangan dan godaan tidak berakhir kerana TV di hotel Thailand menyajikan saya dengan hidangan TV porno 5 bintang 24 jam, sekurangnya saya selamat dari dosa besar.

Sampai hari ini, saya tidak pernah mendabik atau memberitahu pengalaman hidup saya, tapi saya dengan tegas menyatakan saya lemah dan masih bergelut dengan peperangan nafsu seks saya. Saya malah terfikir, jika malam di Danok itu yang memburu saya ayam dara, mungkin saya tidak pilih untuk melarikan diri. Walaupun saya tidak pernah melakukannya tanpa cinta dan perasaan, tapi ada suara-suara halus berbisik untuk mencuba seks tanpa perasaan dan cinta.

Pengalaman seks di Danok amat berharga kerana saya sedar saya bukan keseorangan malah saya percaya semua lelaki akan berhadapan dengan masalah seks selepas atau sebelum kahwin. Ada yang mengambil perempuan simpanan, ada yang melanggan ayam, ada yang memburu dan diburu, ada yang bersekedudukan, ada yang mengamalkan one night stand,ada yang bertukar pasangan dan bertukar isteri suka sama suka, ada yang berskandal bujang dan dengan isteri atau suami orang, ada yang menggendap, ada yang melayan video seks, ada yang beronani, samada mereka berani mengakui atau tidak, ia adalah masalah kita semua.

Masalah ini sengaja dicipta oleh Allah kerana isteri yang halal mempunyai masa cutinya. Allah meninggalkan sedikit cabaran untuk kaum Adam mengatasinya sebagai bukti mengakui ke esa an Allah. Mengatasi dan mengawal diri sendiri bukan perkara mudah, dan jika yang cemerlang di zaman mudanya, di zaman tuanya mereka berada di Danok, dangdut malahan ada yang melakukan dengan pelbagai orang termasuk anak dan cucu sendiri.

Semua ini terjadi kerana lelaki khususnya umat islam memilih untuk jijik membicarakan soal seks dan malu mengakui masalah seks mereka. Tiada apa yang perlu dimalukan dan hanya keberanian mengakui kelemahan diri mampu memperbaiki kelemahan kita dalam seks. Malahan isteri, keluarga dan rakan juga tidak perlu segan menegur dan membimbing cara menangani dan mengawal nafsu. Bagi isteri yang tidak mampu dan memilih untuk membiarkan suami anda terlibat dengan seks haram, adalah lebih baik membiarkan mereka kahwin lain sekurangnya halal. Jika tidak pun, janganlah dibela suami anda bila aktiviti mereka ketahuan, kerana seks seperti dadah, ketagihannya amat tinggi.

Untuk anak-anak Abah, Abah, pada usia 33 tahun, berpuasa untuk satu tempoh yang amat lama, memohon kepada ALLAH untuk membantu Abah memerangi masalah seks Abah. Semoga anak-anak Abah dapat menjadikan kisah ini satu pengajaran bukan untuk tidak diulangi, tetapi ditimbang dan dinilai sebagai ingatan bila ia harus bermula, tentu bila ia harus berhenti, bila ia harus perlahan, bila ia harus dikuatkan, bila ia harus dijauhi agar tidaklah menjadi manusia yang memakai kosmetik agama dan warak tetapi kalah dengan nafsu sendiri.

Belajar mengurus dan mengawal nafsu seks dan jika kita ada masalah dan penyakit "seks", kita harus berani mengakuinya, barulah kita mampu mengatasinya.

9 comments:

Anonymous said...

Slm tuan..sy x pernah g danok..tapi ingin sekali kesana.

Anonymous said...

semoga sy sekuat encik untuk menahan nafsu seks

Mohd Nizam said...

Anwar Ibrahim apa ni?

Mohd Nizam said...

Mengucaplah bro.

abgdan said...

Saya kerap ke Thai tapi tak Ambil Ayam

Anonymous said...

Kita pun tak tahu anwar ibrahim tu betul ke tak terlibat. Dia pun bukan di bicara dan di hukun mengikut hukuman islam. Jadi tulisan saudara nj menimbulkan fitnah pula.

Si Kaki Lanjut said...

pelik aku, kenapa cerita AI kuar plk.. ni kan citer ayam thai... jibraun betulla ..

Unknown said...

Sama sama Kita joi

Anonymous said...

Terbaekk bro.