Dr Rahman Ismail adalah calon BN Parlimen Gombak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Senator Yati Tan Sri Onn. Sudah tentu saya masih ingat betapa blog termasuk Papagomo dan Parpukari memainkan isu ini yang datang ketika krisis kepimpinan UMNO oleh Pak Lah.
Namun, manusia ada nilainya. Kini, manusia yang sama mengeluarkan paparan di blog masing-masing mempertahankan Dr Rahman Ismail dan disokong oleh satu surat oleh si pengadu, atau lebih tepat suami wanita terbabit yang mendakwa ia adalah satu salah faham dan permohonan maaf dibuat. Klise betul dengan U-Turn bapa Saiful Bukhari.
Isunya sekarang pemimpin PR sememangnya tiada nilai serta kualiti sebagai pemimpin. Jauh sekali pemimpin ISLAM, saya ulangi ISLAM, saya tekankan ISLAM, yang menekankan kualiti amanah, jujur, bertanggungjawab, berani, berkata benar dan juga bukan sahaja mengamalkan suruhan ALLAH tetapi mesti juga meninggalkan larangan ALLAH. Majoriti pemimpin Islam Malaysia memang mengamalkan suruhan ALLAH sebagai pemancing undi, tetapi melakukan larangan ALLAH juga untuk memancing undi termasuk membuat fitnah dan melakukan perpecahan.
SOALNYA, apakah UMNO mahu ikut perangai dan tingkah PR? Inikah transformasi politik yang di uar-uarkan oleh UMNO. Suka diingatkan, Perdana Menteri hanyalah seorang manusia biasa dan didalam sistem demokrasi ini, beliau perlu tunduk pada kehendak akar umbi. Tun Dr Mahathir juga terpaksa melantik Anwar sebagai TPM, dan Pak Lah sebagai PM kerana akar umbi yang mengundi mereka. Bolehkah Perdana Menteri mengambil individu lain selain nama yang dicadangkan dan dimenangkan oleh Parlimen Gombak???
Sebagai orang ISLAM, pemimpin ISLAM haruslah yang cukup ISLAMnya bukan sekadar solat tunggang tungging tapi masih menunggang hasil haram, masih membuat fitnah, menipu dan mengelirukan. Jauh sekali bergambar berpeluk dengan wanita bukan muhrim Ya, mungkin ada benarnya kata Papagomo pemimpin PR jauh lebih teruk, namun apakah jika Anwar Ibrahim meliwat maka Najib pun perlu ikut meliwat sama.
Sebagai pemimpin Dr Rahman Ismail perlu berani mengaku salah dan saya berharap beliau mengaku secara terbuka dan katakan beliau sudah bertaubat dan kembali pada ALLAH atas kelakuannya termasuk bergambar berpeluk sebegitu bukan sibuk menyalahkan orang lain. Selagi beliau tidak bertaubat dan mengaku salah, maka adalah wajar pengundi Gombak tidak mengundi beliau.
PS: Kalau Ketua berpeluk dalam bilik seperti itu, maka pengikut pula boleh lebih dari itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment