ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, April 15, 2013

Surat Terbuka Pada Dato' Lim Kit Siang



Salam Dato’ Lim Kit Siang,

Saya bukan menghina Dato’ walaupun Dato’ tidak pernah menerima anugerah dari mana-mana Sultan yang membawa apa-apa gelaran, samada ia polisi DAP ataupun keengganan Sultan tidak penting kerana secara peribadi saya berpendapat jasa dan sumbangan Dato’ kepada Malaysia khususnya kaum Cina adalah lebih besar dari sebahagian besar Dato’ yang sahih. Ikhlas dari dalam hati saya, saya bersumpah atas nama ibu dan bapa saya, saya menghormati anda sebagai “check & balance” 5 Perdana Menteri Malaysia atau bahasa kasarnya pembangkang yang hebat.

Kehebatan anda senantiasa menekan kerajaan sedia ada untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan dan mengatasi masalah dengan baik. Malaysia tidak akan mencapai status dan mengecapi pelbagai kejayaan, Tun Mahathirr tidak akan sehebat mana jika tidak ada pembangkan yang hebat seperti anda.

Tujuan surat ini ditulis adalah kerana mahu mencerahkan air yang keruh di dalam mana-mana minda yang teracun dek “Melayu”. Terlebih dahulu izinkan saya kenalkan diri saya, Mustaqim Abdul Rahman anak kepada seorang perempuan Cina yang datang dari sebuah keluarga komunis yang ada antaranya masih taat disisi Chin Peng hingga kini. Namun, pengajaran dan bimbingan Mak pada anak-anak adalah teramat hebat dan mulia, ringkasnya kerana dia adalah seorang Cina. Saya mengaguminya. Dato’ dan pengikut boleh mengecam dan memanggil betapa malangnya ibu saya mendapat anak seperti saya sebagaimana Ridhuan Tee diperlakukan, kerana walaupun saya menyimpan hasrat sebesar gunung untuk membahagiakan Mak di dunia ini, tetapi kami lebih mendambakan syurga untuk Mak kami.

Saya mempunyai satu soalan pada Dato’, kenapakah Dato’ amat membenci Melayu? Sudah lama saya dapati DAP pimpinan Dato’ memperjuangkan Malaysian Malaysia atau lebih tepatnya satu Bangsa satu Negara. Dalam katanya lainnya, nama Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu dilupuskan dan dikenali sebagai Malaysian atau bangsa Malaysia. Namun, dalam masa yang sama Parti Dato’ memperjuangkan sistem pendidikan Cina yang jelas adalah penghalang menukar identiti Cina kepada Bangsa Malaysia. Secara mudahnya, saya mendapati Malaysian Malaysia jelas adalah propaganda untuk menghilangkan identity Melayu kerana Cina tidak pernah mungkin akan melepaskan sekolah Cina, akan melepaskan bahasa Cina waima akan menukar warna merah sekalipun.

Dibawah adalah Visi dan Misi DAP dimana saya biarkan dalam Bahasa asal agar maksudnya tetap sama;

The vision of the party is to establish a peaceful and prosperous social democracy that can unite its disparate races and diverse religions and cultures based on;

i.                     A Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with universal moral values,
ii.                   offering equal access and opportunity
iii.                  democratic governance and rule of law
iv.                 creating wealth and equitably and
v.                   fighting against corruption 

The Mission of the DAP

Our mission is to make a difference in the lives of Malaysians by bringing about positive changes. To do that leaders and members must be united, have a vision focus on our ideals and principles, congregate talented people who are- economically competent; and with the ability to deliver efficient management of the civil administration.

Jelas konsep Malaysian Malaysia menengahkan konsep kesaksamaan  ekonomi, kesamarataan kaum dan agama serta agihan kekayaan yang adil termasuk membuat beberapa perubahan dasar khususnya sector awam yang di monopoli Melayu seramai 90%. 

Dato’ seharusnya juga jelas akan fakta sejarah bahawa orang Melayu bersifat mulia menerima pendatang yang dibawa British malahan bersifat suci dengan bersetuju memberikan berjuta mereka kerakyatan tanpa syarat. Untuk rekod, Datuk dan Nenek saya adalah antara penerima kerakyatan Malaysia tanpa syarat yang kemudian memiliki pelbagai hartanah di Kuala Lumpur.

Dato’ juga lebih dari maklum Melayu tidak mempunyai tanah asal sepertimana China, dan India. Kaum Melayu hanya mempunyai Malaysia sahaja.

Sebagai anak campur, saya berani mengatakan kualiti duniawi antara Melayu dan Cina adalah seperti langit dan bumi. Ia tidak memalukan memandangkan terdapat kajian mengesahkan Melayu adalah kaum paling muda didunia kurang lebih berusia 1000 tahun berbanding Cina yang sudah berusia berpuluh ribu tahun dimana tulang manusia paling tua ditemui di China berusia 67 ribu tahun. Ketamadunan, prinsip, kesatuan, kesungguhan, kelangsungan, amat mustahil untuk ditandingi Melayu.

Justeru saya tidak faham kenapa dan mengapa Melayu boleh menjadi ancaman kepada kaum Cina sehingga perlu diwujudkan Malaysian Malaysia. Jika kerana ekonomi, saya pasti senarai 1000 ribu orang terkaya di Malaysia menjelaskan 970 adalah Cina. Jika kerana politik, saya fikir belum pernah ada PilihanRaya tiada calon kaum Cina, malah ramai calon Cina mengalahkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu dan ramai diberi jawatan Menteri. Jika kerana agama Islam, saya fikir Dato’ lebih mengenali diri dan tidak adil untuk saya menuduh secara liar.

Namun saya akui Melayu agak menjengkelkan bila berbicara soal mutu khidmat sektor awam, karenah MC dan cuti sektor swasta selain tidak kompeten dan profesional dalam sektor Tenaga kerja.

Bagaimanapun, sebagai penyumbang terbesar dalam sumber tenaga kerja, fakta menjelaskan Melayu sudah banyak berubah berbanding 50 tahun dahulu dimana mereka cepat belajar dari kaum Cina malah ramai professional dan ahli perniagaan Melayu tanpa segan silu menjadikan orang Cina sebagai mentor dan idola mereka. 

Kerajaan Tanah Besar China bangkit dari jajahan Genghis Khan dengan mengenepikan perbezaan klan dan mencapai persamaan berjaya mewujudkan Kerajaan  Maharaja Shih Huang Ti. Sejak itu beratus Dinasti yang semuanya hanya kekal relevan bila wujud keseimbangan antara pemerintah dan rakyat dan antara rakyat dengan rakyat.

Keseimbangan ini penting untuk mana-mana Kerajaan termasuk Malaysia. Konsep yang diguna pakai oleh Barisan Nasional jelas lebih “workable” dimana semua kaum mengekalkan identitinya, bahasanya, adatnya, agamanya malah sekolahnya, dan bila-bila masa ada percanggahan dan perkelahian, meja rundingan digunapakai oleh ketua-ketua kaum untuk berunding dan bertolak ansur dalam memastikan keseimbangan ini dapat dikekalkan tanpa dirasai oleh rakyat jelata. Berbeza dengan konsep DAP dan sekutunya, yang mengheret setiap rakyat dalam semua masalah termasuk yang kecil, sehingga wujud perasaan tidak selesa dan syak wasangka yang tinggi antara kita.

Akhir sekali, saya pohon agar Dato’ dapat menjelaskan maksud Malaysian Malaysia, satu Negara satu bangsa dimana Negara satu bangsa seperti Indonesia, Thailand, Singapura, dan Eropah hanya boleh digapai dengan satu bahasa dan satu sekolah sahaja. Adakah DAP berpendirian Sistem Satu Sekolah dan Satu Bahasa akan diwujudkan bagi menghapuskan identiti untuk memberi laluan kepada Bangsa Malaysia seterusnya menjunjung prinsip kesamarataan kaum dan keadilan ekonomi? Jika Sekolah Cina terus kekal, maka saya memohon kepada Dato’ dan rakan-rakan serta saudara berbangsa cina agar menghormati kontrak sosial yang dipersetujui oleh Ketua-ketua kaum sejak sebelum merdeka lagi.

Jika tidak, jelaslah DAP dan Dato’ adalah rasis dan membenci Melayu dengan berniat untuk menghapuskan Melayu terus dari sejarah Malaysia sepertimana yang terjadi di Singapura.

Sebagai anak Malaysia sebenar(merujuk komposisi kaum Melayu 70% dan Cina 20%) saya berharapan, agar keseimbangan ini dikekalkan dan Dato terus menggunapakai dasar BN jika ditakdirkan Tuhan PR memenangi PRU 13. Dan saya pinta, janganlah membenci Melayu, kerana Melayu sudah banyak bertolak ansur dan saya rayu bimbinglah, bantulah, sokonglah serta beri tunjuk ajar kepada Melayu agar kita sama-sama menggapai bintang bersama.



1 comment:

Anonymous said...

Well said...hope Lks read this and understand well....but I bet hes going to read english and chinese blog only....sigh...