ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, April 30, 2013

Muhd Taib Dan Kamilia, Jangan Jadi Bangsat



Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP, MIC, MCA dan mana-mana parti sekalipun, masalah tetap akan timbul. Ini norma biasa kerana ciptaan ALLAH YANG MAHA AGUNG juga sering dipersoalkan ini pula keupayaan manusia yang lemah. Namun, dalam UMNO adalah wajar mereka ini dipanggil bangsat.

Kenapa bangsat? Kerana orang seperti Datuk Kamilia, Tan Sri Muhd Taib semuanya menginjak dan memijak ahli UMNO untuk berada dipuncak kerjaya politik dan menjadi amat kaya termasuk ditahan di Luar Negara membawa wang tunai berjuta ringgit tetapi hari ini apabila mereka dipijak sedikit mereka tidak dapat menerima dengan baik.

Alasan untuk membetulkan sistem dan kepincangan, untuk memperjuangkan Islam dan sebagainya jelas sukar diterima kerana merek ini seperti Firaun yang hanya mahu mengakui kebenaran Tuhan ketika meniti maut sedang ditelan laut yang terbelah. Jelaslah mereka yang mempunyai peluang untuk menegakkan syariat serta hukum Allah ketika berkuasa tidak berbuat demikian, sebaliknya menggunakan nama Allah dan kebenaran untuk menghalalkan dan menutup kerakusan mereka sebelum ini dan ketamakan diri mereka sendiri pada hari ini.

Wajarlah mereka ini digelar bangsat. Pesanan saya pada mereka, jangan jadi bangsat.

Dan kepada PAS yang mengaku menjunjung syariat Allah jangan jadi bangsat menerima orang bangsat seperti ini. Muhd Taib terutamanya memang tidak sama dengan Firaun, tetapi dia lebih teruk dari Firaun kerana ketika berkuasa dia sedikit pun tidak peduli untuk memperjuangkan hukum, syariat serta amanah Allah, bila dipijak sedikit sahaja, dia menggunakan dan menjual nama Allah sepertinya dosa-dosanya ketika menjadi MB Selangor, Ahli MT UMNO dan orang nombor satu dalam banyak organisasi terhapus. 

Sebelum diancam mati sudah jual nama Allah, kalau sudah hampir kepada maut, syaitan pun mungkin jadi penebus.

Khusus buat Tan Sri, jika ikhlas mahu perjuangkan Islam dan kembali kepada jalan Allah, jual semua harta anda, dermakan semua harta anda dan hanya tinggalkan sebuah kereta dan sebuah rumah sahaja kemudian tubuhkan Yayasan Muhd Taib, Sekolah Tahfiz, biaya anak Islam menuntut agama dan waima dermalah semuanya kepada PASTI pun sudah baik.  

Mahu mengenal Allah dalam keadaan kaya memang susah,tetapi dalam keadaan miskin, insyaAllah dipermudahkan. Pada saya setakat apa yang Tan Sri lakukan hari ini amat diragui ikhlas kerana ALLAH dan selayaklah anda memegang gelaran bangsat.

No comments: