Kesedaran seks di Danok adalah satu pengalaman berharga. Sebagai
anak Bandar, saya membesar di Kuala Lumpur sehingga hari ini berusia 33 tahun,
masih di KL. Pada saya, bersekolah, remaja dan muda di tengah-tengah Kuala Lumpur
yang tulen satu pengalaman yang amat mencabar. Rokok, ganja, pil, arak,
hiburan, gangster, lumba dan seks semuanya lumrah buat kami. Yang benar-benar
dilindungi sahaja berjaya melepasi godaan yang datang saban hari, dimana
menolak total hanya mengundang lebih banyak godaan yang melonggarkan rantai
nafsu secara perlahan. Paling ramai tewas pada rokok yang dijatuhkan hukum haram
kerana memudaratkan, pada saya sama mudarat dengan onani.
Pilihan yang terbaik adalah menguji diri sendiri dengan
tidak mengelak disamping tawakal kepadaNYA. Saya pernah ditangkap polis
menghantar kawan membeli ganja, hantar mereka membeli pil, menemani rakan
mengutip hutang, menemani rakan membeli arak pelbagai jenis dan menemani mereka
menikmatinya samada di pusat hiburan, dalam kereta, parking, tepi longkang dan
sebagainya. Percaya atau tidak, saya dianggap pelik kerana walaupun berada
dekat dengan benda-benda itu saya kekal sebagai bebas rokok, bebas dadah, bebas
ganja, bebas pil dan bebas arak. Kuat iman diri bukanlah jawapan tepat, tetapi
saya percaya dan yakin Allah yang berkehendak melindungi saya. Tanpa
kekuatanNYA tidak mungkin saya berjaya mengatasi semuanya.
Perkahwinan adalah harapan untuk menguburkan godaan seks
dari wanita, namun hingga hari ini seks
atau tubuh wanita kekal cabaran paling besar dan paling lama buat saya. Saya
pernah beberapa kali melarikan diri seumpama seorang pengecut lari dari medan
perang dan dari godaan seks isteri orang. Termasuklah kematian seorang isteri
orang yang saya hingga kini mahu percaya ada hikmah Allah disebalik kematiannya
antaranya menyelamatkan dia dan saya dari terjerumus ke kancah dosa besar.
Dalam banyak pengalaman, pengalaman seks di Danok kekal dalam ingatan.
Kerana saya di hantar ke sempadan oleh rombongan bas Kampung Wira Damai(ketika
itu kami menghantar kakak berkahwin di Alor Star-bertandang), dan diiringi
masuk ke Danok oleh Mak bersama dua rakannya. Mak adalah wanita yang banyak
membentuk dan menyokong diri ini. Ramai rakan yang cemburu akan kepercayaan
yang Mak berikan pada saya. Pada usia 20 tahun, sambutan tahun baru millennium tahun
2000 jatuh pada bulan puasa, Mak saya bukan sahaja memberi wang saku malah
melambai tangan dan memberi bekal berisi keyakinannya. Saya akan berasa malu
jika mengkhianati kepercayaan itu. Pernah satu hari, kawan saya tertinggal
sebotol ubat Spanish Fly atau ubat kuda, dan Mak memberitahu saya, jika saya
mahukan wanita itu minta secara baik dan jangan memaksa atau memberi ubat.
Sekali lagi, kerana kepercayaan dan keyakinannya, saya malu untuk
mengkhianati keyakinan itu.
Malam di Danok amat menyeronokkan kerana saya menemani rakan
seorang anggota polis di IPK Selangor “membayar bil air”. Untuk makluman, Polis
dan penjawat awam perlu meminta kebenaran untuk ke luar Negara, justeru kemasukan
kami ke Danok adalah secara haram dengan diiring dan ditemani oleh seorang Pegawai PGA atau
Polis Sempadan yang dikenali rapat kepala-kepala gangster disana.
Dari hotel, kami ke ke karaoke, pusat urut, memilih ayam dan
akhirnya ke disko. Di sudut VIP disko saya dipaksa minum arak dan dianggap tidak
menghormati atau tidak memberi muka kepada kepala gangster di Kelab itu,
sekali lagi, kekuatan ALLAH menggerakkan polis sempadan tadi mempertahankan
saya. Di situ saya lihat pelbagai orang yang kebanyakkannya adalah rakyat
Malaysia malahan bukan sedikit orang-orang tua termasuk yang tua Bangka berlagak
kemas memeluk ayam-ayam Thailand dengan erat dan menciumnya sekali sekala. Milik
siapa minuman keras diatas meja, saya tidak pasti, namun, di sini saya pasti,
masalah seks dan godaan wanita bukan masalah saya seorang tetapi masalah semua lelaki. Yang
membezakan cabaran seks ini hanya faktor umur, peluang dan masa sahaja.
Malam itu tidak berakhir pada jam 4 pagi, semua rakan saya
ke hotel bersama ayam-ayam mereka, saya yang dari mula tidak membeli ayam pergi
mencari kepak ayam goreng kerana lapar dan bercadang mahu balik ke bilik hotel
dan menghabiskan malam dengan tidur.
Namun, Syaitan masih belum mahu mengalah, rakan kepada ayam
rakan-rakan saya masih berterusan bertanya saya duduk hotel mana dan bilik
nombor berapa dari awal mula perkenalan lagi. Mereka meneka mudah Hotel mana,
walaupun saya tidak mengiyakan saya tetap berfikir mahu melarikan diri kerana
rakan-rakan sedang menikmati hidangan mereka di bilik masing-masing. Sekali lagi umpama penakut, saya menikus
memilih jalan lain ke hotel sebelum menyelinap masuk ke hotel dan saya dapat
lihat ayam-ayam tadi menunggu saya di pintu masuk hotel. Saya lolos, dan akhirnya sampai ke bilik keseorangan
dan godaan tidak berakhir kerana TV di hotel Thailand menyajikan saya dengan
hidangan TV porno 5 bintang 24 jam, sekurangnya saya selamat dari dosa besar.
Sampai hari ini, saya tidak pernah mendabik atau memberitahu
pengalaman hidup saya, tapi saya dengan tegas menyatakan saya lemah dan masih
bergelut dengan peperangan nafsu seks saya. Saya malah terfikir, jika malam di
Danok itu yang memburu saya ayam dara, mungkin saya tidak pilih untuk melarikan
diri. Walaupun saya tidak pernah melakukannya tanpa cinta dan perasaan, tapi
ada suara-suara halus berbisik untuk mencuba seks tanpa perasaan dan cinta.
Pengalaman seks di Danok amat berharga kerana saya sedar
saya bukan keseorangan malah saya percaya semua lelaki akan berhadapan dengan
masalah seks selepas atau sebelum kahwin. Ada yang mengambil perempuan
simpanan, ada yang melanggan ayam, ada yang memburu dan diburu, ada yang
bersekedudukan, ada yang mengamalkan one night stand,ada yang bertukar pasangan
dan bertukar isteri suka sama suka, ada yang berskandal bujang dan dengan
isteri atau suami orang, ada yang menggendap, ada yang melayan video seks, ada
yang beronani, samada mereka berani mengakui atau tidak, ia adalah masalah kita
semua.
Masalah ini sengaja dicipta oleh Allah kerana isteri yang
halal mempunyai masa cutinya. Allah meninggalkan sedikit cabaran untuk kaum
Adam mengatasinya sebagai bukti mengakui ke esa an Allah. Mengatasi dan mengawal
diri sendiri bukan perkara mudah, dan jika yang cemerlang di zaman mudanya, di
zaman tuanya mereka berada di Danok, dangdut malahan ada yang melakukan dengan
pelbagai orang termasuk anak dan cucu sendiri.
Semua ini terjadi kerana lelaki khususnya umat islam memilih
untuk jijik membicarakan soal seks dan malu mengakui masalah seks mereka. Tiada
apa yang perlu dimalukan dan hanya keberanian mengakui kelemahan diri mampu
memperbaiki kelemahan kita dalam seks. Malahan isteri, keluarga dan rakan juga tidak perlu segan menegur dan membimbing cara menangani dan mengawal nafsu. Bagi isteri yang tidak mampu dan memilih untuk membiarkan suami anda terlibat dengan seks haram, adalah lebih baik membiarkan mereka kahwin lain sekurangnya halal. Jika tidak pun, janganlah dibela suami anda bila aktiviti mereka ketahuan, kerana seks seperti dadah, ketagihannya amat tinggi.
Untuk anak-anak Abah, Abah, pada usia 33 tahun, berpuasa
untuk satu tempoh yang amat lama, memohon kepada ALLAH untuk membantu Abah
memerangi masalah seks Abah. Semoga anak-anak Abah dapat menjadikan kisah ini
satu pengajaran bukan untuk tidak diulangi, tetapi ditimbang dan dinilai sebagai ingatan bila ia
harus bermula, tentu bila ia harus berhenti, bila ia harus perlahan, bila ia
harus dikuatkan, bila ia harus dijauhi agar tidaklah menjadi manusia yang
memakai kosmetik agama dan warak tetapi kalah dengan nafsu sendiri.
Belajar mengurus dan mengawal nafsu seks dan jika kita ada masalah dan penyakit "seks", kita harus berani mengakuinya, barulah kita mampu mengatasinya.
Belajar mengurus dan mengawal nafsu seks dan jika kita ada masalah dan penyakit "seks", kita harus berani mengakuinya, barulah kita mampu mengatasinya.
10 comments:
Slm tuan..sy x pernah g danok..tapi ingin sekali kesana.
semoga sy sekuat encik untuk menahan nafsu seks
Anwar Ibrahim apa ni?
Mengucaplah bro.
Saya kerap ke Thai tapi tak Ambil Ayam
Kita pun tak tahu anwar ibrahim tu betul ke tak terlibat. Dia pun bukan di bicara dan di hukun mengikut hukuman islam. Jadi tulisan saudara nj menimbulkan fitnah pula.
pelik aku, kenapa cerita AI kuar plk.. ni kan citer ayam thai... jibraun betulla ..
Sama sama Kita joi
Terbaekk bro.
Mungkin Tuan kurang bawa duit boleh menahan ketempat pelacur
Post a Comment