Disini sana ada kempen kepenggunaan. Malahan PPIM atau
Persatuan Pengguna Islam Malaysia selaku badan tunggal telah berusaha seadanya
untuk mendidik kuasa dan hak pengguna Islam melalui Klinik Kepenggunaan di
Radio Bernama 93.9
Kuasa pengguna amat besar dimana ia bukan sahaja boleh
meruntuhkan sebuah syarikat gergasi malahan sebuah Negara malah Benua pun boleh
tersungkur.
Dalam erti kata lain, rakyat adalah pengguna dan pengguna
adalah Raja.
Pengguna yang bersatu mampu menyatakan kehendak mereka
melalui boikot dan Syarikat Pengeluar akan tunduk merayu mengikut kehendak
pengguna.
Pengguna Islam masih belum sedar akan kuasa yang mereka
miliki. Sebagai pengguna mereka mempunyai kuasa untuk memilih Kerajaan dan
pemimpin samada Islam atau Bukan Islam.
Malangnya, pengguna Islam mudah diperbodohkan oleh agenda
globilasasi dan keamanan. Sedangkan jika mereka bersatu mahukan Kerajaan dan
pemimpin Islam tidak ada bukan Islam yang akan mati dan keamanan tetap kekal
kerana keamanan adalah sebahagian tuntutan Islam.
Hakikatnya, orang
Cina amat berani dan begitu lantang menyeru masyarakat Cina mengundi Orang
Cina.
Bukan sahaja Undi, Cina sebenarnya hanya akan membeli barang, melanggan
khidmat, menyimpan wang dan melabur dari Syarikat milik orang Cina sahaja.
Sifat perkauman dan kesatuan orang Cina ini sudah lama wujud
dan bukan rahsia, malah kini merebak hingga ke peluang pekerjaan dan peluang
perniagaan. Kita harus mencontohi mereka yang mengangkat bangsa mereka melalui
kesatuan. Hanya bersatu kita teguh, jika tidak bersatu kita bodoh.
Dalam beberapa PRU sebelum ini, orang Islam yakni golongan majoriti
gagal menjadi penentu sebuah Kerajaan sebaliknya orang Cina yang senantiasa
menjadi penentu Kerajaan mana disebabkan Undi orang Islam tidak pernah bersatu.
Seperti orang Islam, orang Cina juga dimomokkan Pilihanraya
adalah memilih parti namun mereka tetap mengundi orang Cina dan ini dapat
dilihat jelas dalam semua pilihanraya sebelum ini.
Jika kawasan A bermajoriti Cina, maka BN dan PR akan meletak
calon Cina kerana pengundi Cina hanya mengundi pemimpin Cina tidak kira parti.
Jika kawasan B bermajoriti Melayu dan berpecah, maka BN dan
PR tidak akan meletak calon Melayu kerana orang Islam tegar undi bukan Melayu
dari undi calon Melayu parti lawan.
Sedarkah kita Allah melalui Al-Quran menyuruh kita memilih
pemimpin dikalangan orang Islam. Dalam kes ini, orang Cina lebih Islam dari
orang Islam.
Masih keliru? Sekarang bayangkan jika 100% orang Islam hanya
mengundi calon Islam sahaja samada dari BN atau PR dan melakukan undi rosak
keatas calon bukan Islam. Sebagai pengguna mereka Apa akan jadi pada PRU 14 atau PRU 15?
Saya pasti, tidak, saya jamin sesiapapun akan tunduk kepada
kuasa pengguna dan memenuhi kehendak pengguna tidak kira Syarikat, Parti,
mahupun Kerajaan.
Mimpi menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam akan jadi
kenyataan apabila semua 222 kerusi Parlimen ataupun sekadar 2/3 atau 144 kerusi Parlimen diduduki oleh
orang Islam samada dari BN mahupun PR. Jika tidak, ia akan kekal sebagai
angan-angan kosong.
Fakta Sejarah membuktikan PRU 13 Mei dan PRU 12, Kerajaan
akhirnya tunduk kepada kuasa pengguna.
Bukan sahaja UMNO, PAS juga tunduk kepada kuasa pengguna
dengan meletakkan calon bukan Islam, DAP tunduk pada kuasa pengguna dengan
meletakkan calon Melayu dan disini sana berlaku pelbagai perubahan demi
memenuhi kehendak pengguna.
Yang menjerit mahu menutup Kilang Arak di Selangor selepas
berkuasa akhirnya akur kepada kehendak pengguna, yang melolong UMNO kafir
kerana berpakat dengan MCA dan MIC, akhirnya tunduk kepada kehendak pengguna
dan berpakat dengan DAP, yang menyatakan orang wanita haram bekerja akhirnya
tunduk kehendak pengguna mahukan calon wanita, yang bermatian menghalang
pembinaan jambatan Pulau Pinang kini tunduk kepada kehendak pengguna dengan
membina Jalan Terowong walaupun Jambatan kedua sudah siap, yang mahu melelong
Putrajaya kini tunduk pada kehendak pengguna menduduki Putrajaya, yang dahulu
kata songkok hitam itu Melayu bukan Islam kini tunduk pada kehendak pengguna
malah ada yang tidak bersongkok pun, pokoknya, kita harus sedar, Kerajaan dan
pemimpin tidak kira mana parti akan tunduk kepada kuasa pengguna atau pengundi.
Kita adalah orang Islam dan kita adalah pengguna, sediakah
kita mencontohi orang Cina yang mengenepikan ideologi politik dan bersatu
menggunakan kuasa undi mereka secara terancang dan strategi.
Lebih gawat lagi, apakah pengikut PAS berupaya menolak
stigma UMNO kafir dan undi UMNO masuk neraka?
Semakin lunak lidah berbicara, semakin terserlah kebodohan
kita yang sejak dahulu tegar menyalahkan pemimpin dan orang lain kerana tidak
menjunjung syariat Allah. Hakikatnya, ALLAH memberi kita akal dan kuasa untuk
mengangkat agama Allah di Malaysia tetapi kita takut bersusah sedikit dan kita
lebih rela bermusuhan dan tanpa sedar akhirnya kita mungkin salah seorang musuh
Allah.
Akhir kalam, saya pernah menyeru rakan-rakan dari PAS dan
UMNO dan baik keduanya mentarbiah dan menyekolahkan saya tentang memilih Parti
bukan calon. Yang pasti, saya sudah jalankan tanggungjawab saya sebagai
hambaNYA, anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment