ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, April 30, 2013

PRU 13 dan Pasca PRU 13: Analisis dan Ramalan Saya



Saya bukanlah sesiapa dalam arena politik Negara. Hanya seorang rakyat biasa seperti anda semua. 

Penglibatan saya dalam politik sudah lama sejak berusia 7 tahun. Ketika itu saya mengikut ibu berniaga di Kantin SRK Jalan Raja Muda dan oleh kerana kesempitan hidup, kami sekeluarga tinggal di Kantin tersebut.

Hampir setiap malam saya akan mengikut Ayah ke Medan Selera, Jalan Raja Muda dan disitu saya mengikuti segenap perbualan politik dari selepas Isyak sehingga jam 4 pagi, dimana ia lebih berkisar dan condong kepada golongan perdana Negara dan juga ramalan ahli falak. 

Pada PRU 12, saya lebih terlibat dengan menggunakan media baru sepenuhnya untuk menentang Pak Lah kerana dia adalah punca segalanya berubah.

Saya sebenarnya tidak mahu membuat analisis ini kerana selain faktor I am nobody, saya juga merasakan tidak perlu kerana rakyat sudah matang.

Namun saya berasa terganggu dengan orang sekeliling dan blog-blog utama yang begitu yakin Anwar akan menjadi PM. Pada saya ini adalah perkara biasa dalam peperangan, dalam perlawanan EPL, UCL, La Liga, World Cup, NBC, ABC, dan sebagainya physcology memainkan peranan yang besar selain Anwar mencipta alibi untuk menyalahkan pengundi hantu, SPR tidak adil dan BN diktator kerana menafikan kemenangannya.

Semua analisis ini dibuat berdasarkan segala maklumat kononnya dan juga keyakinan.

Biarlah saya mulakan analisis saya dengan Allah. Kerana mereka lupa faktor kuasa ALLAH dalam analisis serta ramalan mereka.

Allah masih mengasihi Malaysia kerana ramai yang masih sujud dan dijalan yang benar terutama mereka yang bebas politik(pasti bukan PAS). 

Sebagai bukti tiada bencana alam, tiada gempa bumi dan tiada wabak penyakit berlaku disini.

Tetapi selepas PRU 12 banyak sudah berubah. Berhala terbesar di Asia terletak di Kelantan, dan Sekolah Agama pula tidak dibenarkan dibina dan disita. Gereja tumbuh begitu banyak di KL terutama di Puchong. Orang Islam pula berpecah dan sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa termasuk menyalakan lilin, tunduk hormat pada simati bukan Islam sedangkan mereka adalah musuh Allah ketika hidup, ayat Al-Quran digunakan sewenangnya oleh bukan Islam, Masjid mula dimasuki bukan Islam, nama ALLAH menjadi pertaruhan dan alat memancing undi dan sebagainya.

ALLAH AMAT MURKA OLEH ITU PRU 13 AKAN MEMIHAK KEPADA HAMBA ALLAH YANG LEBIH BERIMAN(PASTI BUKAN PAS kerana beriman bukan sekadar solat dan kopiah).

Sebenarnya, pada PRU 12 BN kalah bukan kerana PR kuat. BN kalah kerana mereka lemah akibat sabotaj dan masalah dalaman.

Pada PRU 13, PR akan kalah bukan kerana BN kuat, tetapi kerana PR lemah atas sebab yang sama BN hadapi pada PRU 12. Bolehkah pasukan balapan  4X100 yang tidak fit serta berkelahi mampu mengalahkan pasukan yang lebih konsisten?

Saya meramalkan BN akan memenangi Perlis, Kedah,  Selangor, N9, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Malaysia.

DAP akan kekal di Penang, Perak saya tidak pasti siapa menang tapi pasti tidak dapat 2/3, dan BN akan menang kurang sedikit dari 2/3 kerusi Parlimen. 

Samada BN boleh mencapai 2/3 di Parlimen atau tidak banyak bergantung kepada strategi akhir Anwar dan PR yang sudah diramalkan oleh blogger dan juga strategi akhir Najib.

Nik Aziz akan kalah, Hadi Awang kalah, Lim Kit Siang kalah, LGE menang, Karpal Menang, Izzah kalah, Anwar menang, Najib Menang.

ALLAH BERSAMA KITA, kerana Malaysia masih mengamal Islam sebenar, namun masalah BN selepas menang PRU 13 bukan berakhir tetapi baru sahaja bermula.

Pasca PRU13, keadaan di Malaysia mungkin banyak berubah jika ancaman dalam BN dan PR sesama mereka dan antara mereka tidak dikesan dan dikendalikan dengan baik. Tidak mustahil Malaysia berpecah dan sedikit kekecohan akan berlaku. 

Jika ia benar mengikut ramalan saya yang banyak diilhamkan oleh Kapsul Masa Tun Dr Mahathir dan para ahli falak maka orang Melayu khusunya Islam perlu bersedia kerana SYAITAN TIDAK TIDUR DAN TIDAK BEREHAT KETIKA KITA TIDUR DAN BEREHAT MALAH MEREKA TIDAK PERNAH BERKELIP MATA WALAU SESAAT SEJAK INGKAR PADA ALLAH UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.

2 comments:

PKIK100 said...

salam..saya juga org biasa..yg memahami setiap gerak tulisan saudara..memang dijngka dgn situasi sekarang menyebelahi BN..tetapi apa yg dirisaukan akan ada isu perkauman atau perhimpunan yg mungkin ganas dan diluar kawalan.Kita hanya mampu berdoa dan banyakkanlah pergantungan kita pd Allah..hanya padanya kita bergantung..kita memohon pertolongan..pertahankan Hak Allah dikala mereka mengenepikan Allah demi Putrajaya..Pertahankan Islam Agama Negara..Allahuakbar..

Anonymous said...

Salam ...sy ada mengikuti penulisan sedsra brkenaan kapsul masa Tun M....sungguh menakutkn sebenarnya jika semua itu terjadi...apalagi selepas melihat apa yg sdg berlaku sekarg...sy setuju pendpt saudara bhw pru13 kali ini mmg perlawanan antara kaum...umat islam berpecah....sedih betul. ..