Saya pohon dan rayu kepada PAS, khususnya Dato Seri Abdul Hadi Awang, Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, Dato Seri Haron Din, Ketua Pemuda termasuk golongan pendakwah bebas atau berparti serta umat Islam semua menghentikan sebarang perbalahan mengenai hudud.
Orang bukan Islam sudah mula mentertawakan kita kerana kita memperbodohkan diri sendiri dan orang lain dengan perjuangan hudud kita. Mereka memanggil kita bodoh kerana orang Islam Malaysia tidak tahu bagaimana caranya hudud boleh dilaksanakan di Malaysia. Kita kata kita takut Allah dan agama kita suci tetapi kita gunakan hukum Allah tersebut untuk meraih simpati dan sokongan undi orang Islam atas nama perjuangan Allah.
Mereka(bukan Islam) bijak dan pandai tahu PAS tidak ikhlas mahukan hudud dan berkali-kali meminta PAS menghentikan isu hudud bagi meraih undi.
Dalam dunia ini hanya ada dua jalan sahaja umat Islam boleh melaksakan hudud yang secara automatiknya meletakkan kuasa Mahkamah Syariah diatas Mahkamah Sivil dan menghampiri Negara Islam.
Cara yang pertama adalah cara yang sah lagi dihormati iaitu melalui undian 2/3 Ahli Parlimen. PAS, dan sekalian Dato yang saya sebut diatas cara pertama ini adalah mustahil melainkan jika UMNO dan PAS bersatu. Kerajaan Perpaduan akan membolehkan pemimpin Islam bersatu untuk menguasai 2/3 atau 144 kerusi Parlimen.
PAS dan sekalian Dato diatas juga sedar melalui Pakatan Rakyat pada 2008, PAS mempunyai 23 kerusi dari 66 kerusi yang ditandingi, dan PKR hanya mempunyai 16 Kerusi orang Islam dari 97 Kerusi yang bertanding, Ini bermakna kerjasama melalui Pakatan Rakyat hanya membolehkan PAS mempunyai sekitar 49 kerusi Parlimen sahaja untuk menyokong pelaksanaan hudud.
Tindakan PAS dan Dato-Dato diatas menyalahkan UMNO kerana menolak hokum hudud dan tidak melaksanakan hudud juga adalah menyamai sifat fasik dan cubaan menipu Allah kerana UMNO hanya mempunyai 77 kerusi Parlimen pasca PRU 12. Jika semua Ahli Parlimen beragama Islam dapat diyakini untuk menyokong pelaksanaan hudud sekalipun, Islam hanya mempunyai 126 kerusi sahaja dimana undi 18 Ahli Parlimen Bukan Islam diperlukan.
Pada PRU 13, sekali lagi PAS menjanjikan hudud dan menyatakan komitmen serta janji untuk melaksanakan hudud jika menang pada PRU 13 kelak. Mereka cuba menipu Allah dan orang Islam dimana sebenarnya mereka menipu dan memperbodohkan diri mereka sendiri. Sebagaimana yang kita tahu, Presiden PAS sudah menandatangani Perjanjian Pakatan Rakyat yang dengan JELAS tiada hudud mahupun Negara Islam jika PR menang di PRU 13.
Hudud terus dibahankan sebagai alat utama untuk memperdaya orang Islam mengundi PAS. Kerana pada 5 Mei ini, jika ditakdirkan Allah semua kerusi ditandingi orang Islam UMNO dan PAS dan PKR menang, tanpa kesatuan dan perpuan ummah Malaysia tidak mungkin mampu menggubal undang-undang di Parlimen.
Kita andaikan semua kerusi yang ditandingi orang Islam menang samada PAS menang lawan UMNO, atau UMNO menang lawan DAP adalah Perlis (3/3), Kedah (13/15), Kelantan (14/14), Terengganu(8/8), Penang (5/13), Perak (13/24), Pahang (12/14),Selangor (13/22), WPKL (6/11), WPPutrajaya (1/1), WP Labuan (1/1), Negeri Sembilan (6/8), Melaka (4/6), Johor (19/26), Sabah (14/25), dan Sarawak (10/31).
Ini bermakna ada 152 dari 222 kerusi orang Islam yang membolehkan hudud dilaksanakan.
Namun, dari 152 kerusi ini datangnya dari UMNO, parti kompenen BN di Sarawak dan Sabah, PAS serta PKR. Sebenarnya, jika UMNO dan PAS bersatu maka mereka boleh meletakkan seramai 222 calon di semua kerusi dan akan mendapat sokongan lebih 70% undi rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Mungkin ramai yang memuja dan memuji Dato Seri Nik Aziz Nik Mat dan ramai yang menghina dan memperkecilkan Dato Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden boneka. Namun, Allah tahu dan hanya ALLAH dapat membalas jasa beliau kerana telah berusaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan.
Bangkit dari tidur dan sedarlah hanya perpaduan PAS, UMNO, PKR dan Parti Komponen Islam sahaja yang membolehkan hudud dilaksanakan. Dato Seri Nik Aziz penentang utama kerajaan perpaduan adalah penentang utama hudud di sisi ALLAH.
Cara yang kedua adalah kekerasan. Islam agama toleransi dan menghormati manusia yang tunduk pada penciptaNYA, namun kekerasan seperti pelaksanaan undang-undang perlu apabila manusia tidak tahu menghormati diri mereka sendiri. Usahkan Bukan Islam, orang Islam sendiri jika tiada penguatkuasaan undang-undang sudah pasti ramai juga akan berjudi, minum arak, berzina dan sebagainya.
Kekerasan melalui ketenteraan sepertimana kata Presiden PAS di Youtube di perlukan untuk melaksanakan hudud. Katanya lagi, PAS tidak melaksanakan hudud di Kelantan dan Kedah kerana mereka tidak mempunyai kuasa tentera dan polis sepertimana kerajaan pusat UMNO. Jawapan beliau jelas menunjukkan hudud hanya boleh dilaksakan melalui kekerasan dan paksaan sebagaimana perintah Allah yang lain kerana sifat serba kurang manusia itu sendiri.
Walaupun PAS memberi jaminan bahawa hudud hanya akan dilaksanakan keatas orang Islam sahaja, namun pengamal undang-undang serta pendukung keadilan sedar ia adalah mustahil untuk menjatuhkan hukuman yang berbeza keatas dua pelaku jenayah yang sama. Malahan, satu soalan besar belum dirungkai dimana jika si pesalah Islam mengisytiharkan keluar dari Islam dan mengakui kesaliban Isa, apakah undang-undang hudud tetap akan dilaksanakan keatas saudara baru Kristian tersebut? Jika YA, apakah reaksi dan mahukah Kristian merelakan hukuman hudud termasuk hukuman mati.
Rakyat Malaysia sedar pilihan yang kedua amat kabur dan akan mengundang banyak masalah dari penyelesaian.
Kesimpulannya hudud hanya digunakan sebagai alat untuk menarik sokongan orang Islam oleh segelintir pemimpin Islam yang berusaha mahu menipu tetapi mereka tidak boleh menipu Allah.
Setiap pembaca yang beragama Islam harus hudud adalah tanggungjawab kita semua. Melaksanakan di peringkat Negara adalah wajib keatas pemimpin Islam dimana di konteks Malaysia, hanya Kerajaan Perpaduan sahaja membolehkan Negara melaksanakan hudud. Melaksanakan di sekeliling kita adalah wajib ke atas kita. Jika anak kita mencuri, kita wajib memotong tangan mereka, jika mereka berzina, kita wajib merejam mereka sampai mati, jika mereka berjudi dan minum arak, kita wajib merotan mereka dan sebagainya.
Dalam sibuk kita menyalahkan orang lain, kita lupa, kita sendiri jangan katakan potong tangan, mahu merotan anak sendiri kerana mencuri dan menipu pun kita tidak mampu. Jika Guru atau jiran yang merotan kitalah paling kuat melenting dan terus membuang hukum Allah lalu mencari Mahkamah Sivil sebagai Hakim.
Di akhir kata, sejak saya pandai membaca setiap kali musim Pilihanraya PAS pasti akan mendendangkan lagu hudud dan kita semua akan tertipu untuk berjoget sama. Bukan sahaja orang Bukan Islam, saya sendiri sebagai orang Islam pun sudah jelik, penat dan menyampah dengan isu ini. Jika mahu dilaksanakan, laksanakan. Jika cakap sahaja mahu melaksanakan tetapi tiada pelan, tiada draf, tiada perancangan, tiada musyakarah di peringkat sekolah mahupun IPTA, tiada kempen penjelasan, tiada “”blueprint”, tiada strategi samada mahu ketenteraan atau mahu Islam bersatu bagi membolehkan ia menjadi kenyataan di Parlimen maka tindakan PAS dan orang Islam menjual hudud seperti Anjing Menyalak Bukit. Ingat, jangan tipu ALLAH, ALLAH tahu apa yang kita sembunyikan.
No comments:
Post a Comment