ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, June 16, 2017

Penjarakan Ibu Bapa Pembuli! Pinda Akta Pembuli!

Apa yang terjadi pada Arwah Zulfarhan dan Mendiang Nhaveen boleh terjadi pada anak kita jika Kerajaan dan pemimpin dari kedua parti tidak memperjuangkan pindaan akta pembuli.

Terlalu banyak pendapat tentang kenapa buli terjadi tetapi sebagai individu yang pernah dibuli dan hampir jadi pembuli saya yakin ia disebabkan pemikiran "dulu aku kena buli, sekarang apa salah aku buli" dan "kalau kau boleh buat, apa salahnya aku buat dan aku boleh buat".

Kerangka besar pemikiran manusia dan masyarakat membuktikan pemikiran digerakkan oleh "perdana" dengan mass media seperti Televisyen alat mempengaruhi watak dan nilai manusia.

Acap kali kita dengar keburukan Mantan Perdana Menteri didedahkan Televisyen untuk tujuan menghalalkan perbuatan curang Kerajaan hari ini dimana ia secara tidak langsung mendidik masyarakat bahawa jika ibu bapa kita atau senior kita mencuri, apa salahnya kita mencuri?

Sering kita mendengar dalam pekerjaan, Doktor Senior tegaskan mereka dulu "on-call" 48 jam kenapa Doktor muda hari ini tidak boleh. Begitu juga dalam semua pekerjaan lain, dialog yang serupa menghalalkan perbuatan buli hari ini dengan mengatakan ia tradisi dan perkara biasa!

Buli tidak hanya berhenti di Sekolah, dan pekerjaan tetapi juga tutur kata.

Lihat sahaja Menteri Senior kita yang gemar membuli orang lain dengan terma-terma degrading. Sikap ini kita terima dan dijaja dalam Televisyen sebagai satu nilai anak jantan yang "baik".

Bagi dialek Negeri yang sering menggunakan perkataan celaka, nate, beruk, bodoh, dan sebagainya kepada rakan Negeri lain, buli perkataan juga diangkat sebagai nilai yang perlu diterima samada secara suka atau paksa.

Buli tidak berhenti disitu, di jalan raya hon panjang juga merupakan tindakan membuli pemandu lain. Ajaibnya, walaupun Sekolah Cina setiap hari menyebabkan kesesakan jalan teruk akibat kereta ibu bapa yang sesuka hati meletak kenderaan di tepi jalan berlapis-lapis tetapi tidak pernah pula di hon panjang.

Mungkin kita anggap semua perkara disebut diatas adalah perkara kecil. Buli kecil.

TETAPI, buli kecil inilah yang membawa kepada buli besar dan kemuncaknya adalah kekasaran fizikal beramai-ramai terhadap subjek!

Amat malang, kita boleh biarkan kes buli Arwah Zulfarhan dan Nhaveen berlalu seperti yang biasa kita lakukan TETAPI jika kita terus bersikap tidak peduli seperti kebiasaan kita ANAK KITA mungkin akan menjadi korban mangsa buli.

Justeru, atas nama keadilan, kita harus mendesak Kerajaan dan pemimpin dari kedua parti berhenti sedetik berkelahi dan bersatu meminda undang-undang pembuli dengan menghukum ibu bapa pembuli.


Hukuman bukan untuk menghukum tetapi untuk AJAR ibu bapa pantau anak mereka. Didik anak kita jika mereka mahu susahkan hidup sendiri sukahati tapi jangan susahkan hidup orang lain.

Hukuman boleh berkisar dari denda, kerja kemasyarakatan hingga maksima penjara mengikut kadar adil mata dengan mata dan diyakini hukuman atas ibu bapa akan membuatkan ibu bapa meningkatkan pemantauan atas anak-anak mereka dan tidak hanya lepaskan tanggungjawab itu pada Cikgu semata-mata.

Hukuman keatas ibu bapa atas kelaku anak bukanlah perkara baru kerana Negara seperti Scotland, England, Sweeden dan lain-lain memang menghukum ibu bapa yang gagal melindungi anak-anak mereka.

Jelas, kelaku anak dan jenayah pembuli budak sekolah ini sebenarnya adalah salah ibu bapa yang menyumbang.

Mungkin ibu bapa tidak sedar ketika pertama kali anak mereka berumur 6 tahun pulang dari sekolah dan mengadu pensil mereka diambil rakan, buku mereka diconteng rakan apa jawapan kita, mereka diejek/dijentik rakan dll???

YA! Jawapan kita pada anak-anak sebenarnya menggalakkan mereka menjadi pembuli atau berpotensi dibuli dan amat sedikit akan berkata pada anak-anak tidak apa, biar orang buat kita, jangan kita sesekali buat orang! Sinis? Tapi itulah realiti hari ini!


No comments: