ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, April 13, 2016

Zakir Naik Kufar

Saya pasti ramai teruja dengan tajuk TIDAK BENAR ini.

Lebih menarik, ramai gembira jika Zakir Naik kufar, sesat, syirik, ditimpa bencana, ditangkap dan dipenjarakan waima jika beliau tersalah cakap sedikit pun.

Jangan risau, saya bukan ahli nujum yang tahu apa yang ada dalam hati manusia.

Sebaliknya, sifat-sifat manusia semuanya sudah diceritakan dalam AlQuran yang begitu sempurna.

Dengki, cemburu, khianat, gembira melihat kesusahan orang lain, kecewa melihat kegembiraan orang lain, semuanya adalah bisikan Syaitan dalam hati kita.

Orang Islam Melayu sebenarnya amat unik.

Melayu sembrono dalam agama dan gagal pisahkan adat dengan agama, tapi, Subhanallah, Allah jadikan Melayu dengan sifat-sifatnya dengan bersebab.

Disebabkan sifat Melayu yang lemah, lembut, tidak peduli, tidak kisah dll inilah yang berjaya mempamerkan sisi sederhana Islam.

Dalam setiap perkara baik ada BURUKNYA, dalam setiap perkara buruk ada BAIKNYA!!!

Allah jualah yang MENGETAHUI.

Nasib Zakir Naik dijangka serupa dengan Ahmad Deedat!

Ahmad Deedat adalah seorang ahli Syariat yang hebat, hujah beliau jauh lebih hebat dari anak muridnya iaitu Zakir Naik.

Lahir di India, dibesarkan di Afrika, memulakan kareer sebagai penjual kereta, Ahmad Deedat sering diejek Mubaligh Kristian di Afrika.

Beliau bangkit dengan semangat dan niat tunggal tidak mahu Islam dihina lagi!!! Belajar, dan terus belajar agama Kristian, Old Testament dll.

Dengan ilmu didada, Ahmad Deedat "menyerang" Kota London, Amerika, dll seorang diri tanpa pasukan dakwah.

SATU-SATUNYA KESILAPAN Ahmad Deedat adalah kerana beliau membela Syiah sekaligus mengundang permusuhan dengan "mereka" yang suka meliihat permusuhan sesama Islam!

Saya masih ingat dalam videonya, beliau bercerita pengalamannya duduk sebelah seorang Syiah dalam Kapal Terbang ke/dari Amerika.

Ahmad Deedat huraikan satu persatu dakwaan sesat tentang Syiah berhujah dari perbincangan dengan lelaki itu dan juga pertemuan dengan beberapa pemimpin Syiah.

Antaranya, solat atas batu, ketaksuban pada Ayatollah Khomeini, dan lain-lain.

Kesimpulannya, Ahmad Deedat dakwa bukan semua Syiah sesat, dan paling penting, Syiah disebelahnya Solat atas Kapal Terbang ketika semua orang sunnah termasuk dirinya tidak Solat dan hanya jama/qada Solat sahaja.

Ahmad Deedat dibenci kerana membela Syiah dan kerana enggan melihat permusuhan SunniVS Syiah dan perpecahan dalam Islam.

Musuhnya meletakkan pelbagai label pada Ahmad Deedat.

Mereka berusaha cari dari jutaan ucapkatanya untuk mencari SATU kesalahan dan kesilapannya.

Ahmad Deedat dihalang masuk/datang ke banyak Negara Sunnah termasuk Malaysia.

Dalam satu ceramah Dr Maza, ada rakyat Malaysia yang bertanya tentang akidah Ahmad Deedat yang didakwa ramai sebagai kafir.

Dr Maza menjawab, "Allah, Islam Tuan-tuan, Islam".

YA!

Ahmad Deedat lakukan apa yang kita tidak mampu lakukan begitu juga Zakir Naik!

Ahmad Deedat "serang" kesesatan agama selain Islam(dalam AlQuran ada satu agama sahaja yang betul iaitu Islam justeru agama selain Islam bukan Agama tetapi kesesatan), begitu juga Zakir Naik!!

Ahmad Deedat bukan sahaja mampu hafal AlQuran, malah Injil, Old Testament, 40,000 Journal Gereja, Kitab Hindu dll begitu juga Zakir Naik!!!

Ahmad Deedat dan Zakir Naik umpama seorang askar yang mampu masuk kedalam kubu musuh, hingga kedalam Istana Raja musuh Islam, mengegar Syaitan dan bercakap pada hati musuh itu dan kembali semula ke kubu Islam dimana tiada seorang pun orang Islam yang mampu melakukannya!!!!

Justeru, jika KITA(saya, anda, ulama, ustaz, penceramah, Tarekat, dll) tidak mampu lakukan, tidak perlu  "menghalang" Ahmad Deedat dan anak muridnya, Zakir Naik!!!

Bukan semua yang dikatakan Zakir Naik itu betul dan tepat. Tetapi;

Ada banyak ilmu serta kebenaran, kenapa ramai yang berusaha cari kesalahan walaupun satu(jika ada).

Serangan pada Zakir Naik tidak akan berhenti kerana ramai orang Islam sendiri mahu melihat Zakir Naik tersungkur seperti Ahmad Deedat.

Buktinya jelas, ramai gembira Ahmad Deedat mati dalam keadaan sakit bertahun di Hospital.

Pelbagai teori untuk kaitkan kemurkaan Allah pada Ahmad Deedat dan untuk sahkan beliau mati dalam keadaan kafir.(Itu belum kira soalan popular orang Melayu, sempat mengucap tidak?)

Pasti, jika ia menimpa Zakir Naik, ia sesuatu yang menyenangkan kerana sifat munafik orang Islam ini jelas disebut dalam AlQuran.

Sifat munafik ini begitu dbenci Allah hingga Nabi SAW dilarang membela mereka.-Surah AtTaubah.

Janganlah diganggu dakwah Zakir Naik.

Jika KITA tiada apa yang baik untuk bercakap lebih baik diam! Kerana ia mungkin menghalang usahanya berdakwah dengan bukan Islam!

Jika KITA tidak mampu melakukan seperti yang Zakir Naik lakukan, lebih baik biarkan dia yang lakukan dan jangan sesekali KITA jadi penghalang usaha menyebarkan kalam Allah!

KITA dengan cara kita, biarkan dia dengan caranya. Matlamat tetap sama -mengESAkan Allah!

Akhir kata, KALAU satu hari nanti, Dr Zakir Naik pertahankan SYIAH(saya pernah tonton video yang umumnya, Zakir pertahan Syiah tapi dengan cara lembut berbanding Ahmad Deedat), janganlah dihina kematiannya seperti dihina Ahmad Deedat.

Saya tidak berkata, beliau dijamin Syurga, atau dijamin mati dalam Islam dan tidak akan sesat, saya tidak berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Tapi saya berkata, fikulubihim maradun faza dahumullah. Dalam hati manusia ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit itu.

JADI saya berkata, sibuklah dengan sakit dalam hati kita, berbanding dengan perihal orang lain!

Wallahualam.

PS: Malaysia mendabik dada dengan sikap terbuka, kebebasan media, serta hak asasi manusia tetapi jika orang Islam mahu berceramah padda orang Islam kena pilih tajuk yang betul. Pelikkan?

Saya pernah ke Geraja Jalan Gasing, mendengar dalam Gereja itu "St Mary from perspective of Islam and Christian", kenapa agama lain boleh anjurkan "comparison" dalam agama tetapi Islam tidak boleh?

No comments: