ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, April 23, 2016

Satukan Bahasa Sebelum Satukan Sekolah!

Sistem satu Sekolah kian mustahil di Malaysia. Tindakan Sarawak mengiktiraf UEC atau SPM Sekolah Cina hanya memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Tidak setuju?

Fahamkan 7 senario dibawah yang benar terjadi dihadapan saya;

1. Thistle Hotel PD

Dua budak lelaki Melayu berumur 6-10 tahun mengajak 2 budak lelaki India/Inggeris bermain di Kolam Renang hotel tersebut.

Tidak faham apa yang budak Melayu cakap, budak India itu mengadu pada ibunya budak Melayu rampas pistol airnya walaupun niat budak Melayu mahu main bersama!

Ibu India datang memarahi budak Melayu, dan ibu Melayu pula campurtangan.

Saya?

Terkesima sambil salahkan Kerajaan kerana gagal sediakan bahasa komunikasi rasmi Malaysia hingga akibatkan 4 kanak-kanak tidak berdosa jadi mangsa dan mungkin pengaruhi sifat nasionalis mereka.

2. IPD Dang Wangi(Campbel)

Seorang lelaki Cina dimarahi Polis kerana gagal ikut arahan duduk dan biarkan teman wanitanya(pengadu) seorang sahaja buat laporan polis(SOP Polis seorang pengadu sahaja dibenarkan membuat laporan bagi elakkan kekeliruan kerana laporan polis adalah perkara serius, "tersilap fakta" dalam laporan polis adalah jenayah!)

Lelaki Cina tersebut jelas tidak faham Bahasa Melayu slanga Kelantan yang dituturkan Polis wanita tersebut. Saya berada di EO 2 dan kejadi di EO 3 kerana saya sedang perbaiki komputer Sistem Laporan Polis.

Saya lihat, keluarganya yang lain bermasam muka selepas itu.

3. Pejabat Tanah Gombak

Seorang wanita Cina minta borang tukar hak milik tapi diberi borang berlainan. Dia kembali untuk "marah" sebaliknya dimarahi kerana didakwa tidak beritahu dengan betul.

Saya beratur di belakang faham apa yang dituturkan kerana saya boleh faham Bahasa Kantonis malah faham pelat Cina cakap Melayu.

Beberapa bulan selepas itu diPejabat sama, seorang Lelaki Cina bawa Peguam bersama semata-mata untuk ambil borang tukar hak milik kerana bimbang dilayan "kasar" oleh Penjawat Awam Melayu selain tidak faham penjelasan langkah tukar hak milik oleh pegawai Melayu.

Sebenarnya, baik Penjawat Awam Melayu, mahupun rakyat Cina keduanya tidak bersalah kerana Kerajaan gagal sediakan satu bahasa Rasmi sebagai Bahasa komunikasi.

4. IPD Kuala Selangor

Lecthumy atau seorang wanita India tua mahu buat laporan polis menantu mabuknya bawa lari cucunya tapi dia dan anak perempuannya hanya boleh bercakap sedikit Inggeris dan Tamil sahaja.

Malangnya mereka tidak faham Bahasa Melayu sepatahpun. Cubaan saya untuk membantu berbahasa Inggeris juga gagal kerana India Estet tidak seperti India Bandar fasih English.

2 jam selepas itu, seorang Pegawai India masuk bertugas dan terjemah tetapi sudah terlambat kerana cucunya mungkin sudah mati dibunuh menantunya.

Perkara ini boleh dielakkan sekiranya Kerajaan "memaksa" rakyat menguasai satu Bahasa sebagai Bahasa Rasmi komunikasi Rakyat!

5. Balai Polis Titi

Seorang Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris ditahan kerana disangka lari dari Pusat Tahanan Dadah berhampiran.

Untung kawasan tersebut kawasan Cina justeru beliau dilepaskan selepas penduduk bantu terjemah.

6. Tesco, Giant, NSK dan banyak Mall Lain
7. Immigresen, JPN dan banyak agensi Kerajaan lain

Kebanyakan "kekasaran" pekerja dan penjawat Awam Melayu terhadap Cina, India dll adalah kerana salah faham komunikasi kerana orang Melayu beri penjelasan, orang bukan Melayu pula tidak faham.

Akibatnya, orang Melayu tadi ulang penjelasan dengan tinggikan suara sedikit lalu disangka marah oleh Bukan Melayu.

Masalah ini mungkin kecil, tapi ia sedang membesar dan semakin teruk.

Kerajaan setakat ini gagal teruk untuk kuatkuasakan satu Bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Malaysia justeru menjamin keharmonian antara rakyat.

Bukan sahaja TV, Iklan, Akhbar malah rancangan Berita pun tidak gunakan Bahasa Melayu betul.

Mereka gunakan Bahasa Inggeris, Cina India, Manglish, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan banyak lagi.

Kerajaan tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mungkin ramai tidak sedar, adalah sukar untuk pelajari Bahasa kedua eg Bahasa Melayu dikala pemilik Bahasa kedua itu sendiri tidak tutur bahasanya dengan betul sebaliknya berslanga Manglish, Negeri, Daerah dan lain-lain.

Malahan Kerajaan Negeri, dan Universiti dunia iktiraf UEC@SPM Sekolah Cina, dimana UEC tidak meletakkan Bahasa Melayu sebagai syarat sah wajib lulus!

Justeru, adalah signifikan bagi Kerajaan perkenalkan dan perkuatkuasakan satu Bahasa Rasmi sebagai Bahasa Pengantaraan.

Satukan SATU BAHASA untuk satukan rakyat Malaysia.

Secara peribadi walaupun akan dikecam, saya cadangkan Bahasa Inggeris dijadikan Bahasa Rasmi Malaysia.

Bagi "martabatkan" Bahasa Melayu agar "mereka-mereka" tidak merajuk, Bahasa Melayu perlu kekal sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib di pelajari.

Inggeris sebagai Bahasa Rasmi tidak kikis hak Bahasa Melayu kerana Kerajaan boleh paksa wajib setiap warganegara lulus ujian ringan Bahasa Melayu sebelum "dianugerahkan" MYKAD(pada umur 12 dan 18 tahun) bagi menjamin rakyat boleh berkomunikasi dengan baik jika tidak dalam Bahasa Rasmi Inggeris, boleh dengan asas Bahasa Kebangsaan Melayu!

PS: Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak lebih betul dari Bahasa Melayu Kelantan, Negeri, Terengganu dan Kedah!

No comments: